Iklan Leaderboard

Isnin, 20 Mei 2013

53 Sembang politik kedai kopi dan Adam Adli

Ni baru betul2 sembang politik kedai kopi, bukan lakonan2 palsu macam Sembang Rakyat ni. Lawak gila tengok karenah pakcik2 ni bersembang. "Kau jangan cerita la kau orang Negeri Sembilan kau apa tau, sawah padi batu kikir jambatan bosi...".



Kalau orang atasan kita tak suka nak berdebat dan berbahas, mungkin lepas ni boleh buat satu siri kat Youtube sesi sembang politik kedai kopi versi rakyat2 marhaen. Tapi kalau dah namanya berbahas kenalah ada pihak yang cadang dan pihak yang bangkang. Kalau ada satu pihak je tu bukan debat, tapi ceramah syok sendiri.



Btw hero mahasiswa yang kena gantung dari UPSI iaitu Adam Adli telah ditangkap polis di bawah Seksyen 124(b) Kanun Keseksaan dan juga Seksyen 4 Akta Hasutan. Berikut adalah kenyataan beliau di dalam sebuah forum pada Mei 13 Di Chinese Assembly Hall (video di bawah bermula minit 5:04) yang dikatakan menjadi punca beliau ditangkap:
"Kalau ada polis, kalau ada SB, kalau ada agen-agen daripada Umno sekalipun, nama saya Adam Adli bin Abdul Halim, no kad pengenalan 890703075357, ambil butiran saya, buat laporan polis, kerana hari ini saya nak ajak semua yang ada disini kita harus susun dan kita akan turun ke jalanraya untuk rampaskan kuasa, boleh atau tidak?, boleh atau tidak?, boleh atau tidak ?"

"Kita tak banyak masa lagi, semua siap sedia, beli kasut, beli tracksuit, beli seluar jeans, sedia kita akan turun ke jalanraya, sebab akhirnya dalam dunia ketiga macam negara Malaysia, pilihanraya takkan tumbangkan kerajaan, yang boleh tumbangkan kerajaan hanyalah kuasa rakyat."

Dia didakwa di bawah akta hasutan, dan kalau kata dia menghasut, bagi aku ya memang dia menghasut orang untuk turun ke jalanraya untuk tumbangkan kerajaan. Ramai yang membantah beliau, dan ramai juga yang menyokong beliau malah mintak dia dibebaskan kerana pihak lain yang pro-BN seperti Utusan, Zulkifli Noordin dan lain2 yang juga dikatakan pernah mengeluarkan kenyataan berbaur hasutan juga tidak diambil tindakan.

Bagi aku tak perlu bebaskan Adam Adli kerana kesalahan tetap kesalahan, cuma apa yang perlu dituntut adalah pihak kerajaan perlu berlaku adil dalam pelaksanaan dan penguatkuasaan undang2, jangan pilih bulu. Mana yang salah tu tak kira pro-BN atau pro-PR perlulah diambil tindakan secara sama rata termasuk pemimpin sekali, barulah takkan muncul lagi sejuta orang macam Adam Adli.

Cuma walaupun dia ni penuntut UPSI, tapi dari gaya dia sekarang aku percaya yang dia takkan jadi cikgu suatu hari nanti tapi akan jadi ahli politik.




tags: politik kedai kopi debat bn pas pkr pakcik teksi lawak adam adli kena tangkap ditangkap gantung upsi akta hasutan kanun keseksaan polis pdrm bapa halim video tipu pilihanraya turun jalanraya forum ceramah ucapan kenyataan pro kerajaan pembangkang barisan nasional bn pakatan rakyat pr kuatkuasa undang adil berat sebelah pilih bulu democracy is dead demokrasi sudah mati rambut panjang

53 ulasan:

  1. dengan penampilan dia tu, nampak lebih kepada penagih dadah jer...

    BalasPadam
    Balasan
    1. zaman sekarang org dh tak tengok melalui penampilan. zaman kuno dulu boleh la

      Padam
    2. mcm ada pglmn jer Izni... tongkang kerrrrr bro... he3

      Padam
    3. Ala banyak orang corporate pakai kot tali leher pun ada addict dadah

      Penjelasan peguan & Bapa Adam Adli yang tengah duduk lokap 5 hari..

      Padam
    4. macam bagus jer mengata orang penagih dadah ko nih.

      Padam
    5. macam lah penampilan ko elok sangat izni.


      #mecha

      Padam
    6. Macam ni nak jadi cikgu? rambut panjang. Kalaulah betul dia jadi cikgu esok, dia nak tegur anak murid pun anak murid buat derk! Siap cakap, tunggu cikgu kat jalan raya nanti. Pukui ramai-ramai potong rambut panjang cikgu adam adli sekali..

      Padam
    7. relax lar..tak semestinya jadi cikgu tak boleh rambut panjang. yang penting kemas. btw dia ada cakap dia nak jadi cikgu sekolah kebangsaan ker?

      Padam
    8. Ala PM Najib masa muda rambut panjang jugak..

      Apa nak kecoh pasal rambut.. dah jadi cikgu tau la dia nak didik anak murid macamana.. Kat UPSI ada ajar psikologi apa..

      btw tak semua keluar UPSI jadi cikgu lol..


      Padam
    9. mentaliti melayu. cmnie la. belajar pendidikan mesti jd cikgu. belajar law mesti jd lawyer. che guevara sebelum jd pejuang revolusi belajar medic x jadi doktor ada org argentina kisah? amin rais belajar ape sebelum jatuhkan soeharto? fred hamton x jadi lawyer tapi jadi union leader sebelum dibunuh fbi. bouazizi jual buah jer sebelum jatuhkan zainal abidin ali.
      ada orang belajar demi kerja. ada orang belajar for the sake of knowledge.

      Padam
    10. habih tu, apa kejadah adam adli nak balajaq pendidikan kat UPSI kalau bukan utk jadi cikgu? Boleh je nak belajar kat universiti lain yang tawarkan pendidikan.. UPSI memang untuk lahirkan cikgu/pendidik..

      Padam
    11. ko tak faham lagi ker ape aku tulis? ada orang belajar demi kerjaya. ada orang belajar sebab ilmu itu sendiri. ali ra sebut lazzatul makrifah. pernah dengar? habis tu ko ingat semua graduate upsi semua jadi guru? alahai..

      Padam
  2. Balasan
    1. lambat :)

      banyak tangkapan ke?
      banyak blog dah senyap takda update haha..

      Padam
  3. lagi 30 tahun dia bakal PM kot...

    BalasPadam
  4. assalamualaikum.....ni aku ahmad....ok, aku nak mintak maaf kat pembaca semua, dan jugak kepada noob.....aku tahu komen aku semuanya menyakitkan hati....tapi bagi aku itu semua cuma gurauan untuk menghilangkan bosan.....tapi aku tau, kadang2 agak melampau jugak komen2 aku.....aku tau korang semua benci aku.....so, sekali lagi aku nak mintak maaf kepada korang semua dan jugak kepada noob....aku harap korang semua boleh maafkan aku dan tidak mengambil serius dengan komen2 aku....lepas ni aku dah x komen kat mana2 blog lagi....aku janji......klau aku mungkir janji aku ni, demi ALLAH, biarlah aku dipanah petir.....ok, ni last komen dari aku.....selamat tinggal semua......klau ada nampak anon menyamar jadi aku, mohon ambil tahu itu bukan aku....aku dah x komen lagi.....k,bye....assalamualaikum.....moga sukses terus abang noob yg kacak......

    -ahmad-

    BalasPadam
  5. nampak sangat polis jadi alat politik BN jer. adam adli berani takngkap, tapi ahli politik pro BN tak berani di sentuh.

    najib=tsunami cina
    utusan=apa cina mahu?
    ibrahim ali=akan bakar bible
    zul nordin=menghina agama hindu

    politik negara kartun.

    BalasPadam
  6. btw noob statement ko "Bagi aku tak perlu bebaskan Adam Adli kerana kesalahan tetap kesalahan"

    adakah ko yakin Adam Adli telah bersalah? polis baru dapatkan perintah reman 5 hari dan belum lagi masuk mahkamah macam mana ko yakin dia bersalah?

    BalasPadam
    Balasan
    1. kesalahn dia menghasut...paham tak? intonasi cakap pon dah menghasut, tidak lagi sarcasm#...

      Padam
    2. dia menghasut. ok. siapa yang boleh sahkan dia bersalah?

      Padam
    3. apa yang aku maksudkan apa2 pun kena ikut balik SOP dan prosedur polis untuk menangkap orang di bawah akta hasutan, kalau memang kena tangkap reman 5 hari untuk siasatan, so kena ikut, tak perlu tuntut suruh bebaskan sebelum itu. cuma apa yang aku harap SOP dan prosedur tersebut terpakai kepada semua tak kira ko tu pemimpin, orang biasa, pro-PR atau pro-BN, bukan pilih bulu.

      Padam
    4. NòÓb durjana, kenape ko dh xkømen kt blog politik??

      Padam
    5. Ntah. Mungkin sebab kebanyakan blog politik audien kat situ terlalu pro ke sebelah pihak so jadik tak berapa nak best komen kat situ.

      Padam
    6. Aq rindu nk kutok ko la nòób,dulu senang nk jmpa bløg ko ni,mcm link yg ko tiggalkn tu cume klik je,tpi sjak dah ade 1juta view ni dh jrang jmpe blog ko n¡

      Padam
    7. akta hasutan bukan dah mansuh ke? mohon bagi pencerahan

      Padam
  7. hoho nampaknye dia muda beberapa hari dari aku....
    bagus ak respect orang yang mcm ni kerana berani dan bukan sekadar nak publisiti murahan mcm sesetengah org.

    BalasPadam
  8. Mengaji takmau, belajaq agama sombong...cakap pandai....

    Budak2 U lepas ni, tak payah buang masa belajaq sampai 5,6 tahun...first sem jaa, memberontak ja dengan cara sendiri, sebab dengan ayat "demi rakyat", anda akan diselamatkan dan menjadi Hero

    Lepas ni, PR akan rampas negara ni. Bangsa-bangsa memberontak ni akan jadi ahli kabinet menteri dan hero Malaysia, jangan risau.

    Anak Muda sekarang nak berjaya, nak diangkat sebagai hero, memberontak ja, jgn takut masuk penjara..yg masuk penjara semua hero.

    Belajaq agama segan, hafal Al-Quran tak mau...Jemaah kat masjid, pakai jeans..itu pun kalau pi..keluaq jemaah...haram....jemaah datang ziarah, kunci pintu rapat-rapat.

    BalasPadam
    Balasan
    1. kalau yer pun ko rajin keluar ikut jemaah, rajin baca quran, rajin pergi masjid, so perlu ker ko bersangka buruk seolah olah ko tahu si adam tu malas belajar agama, tak pergi jemaah di masjid tu sumer? dasar hollier than thou!

      Padam
    2. jgn di layan org emo ats tu dia 2x5 sama cam adam emo kuat, jgn join robot kang hang pun2x5 adam tu haha

      Padam
    3. mecha_praline,
      Maap sebab mantan satu blok....

      Padam
    4. takleh solat pakai jeans ke?

      Padam
    5. pakain sopan ok dah ni nak terus paksa org terus pki alim ap jadahnyer ades patut la adam tu xnak ikut ko, perangai ko pun mcm ad masalah jaga perangai insyaallah adalah peluang dia ikut ko, ini mcm ntah ap2 angin mcm kejayaan dlm agama bukan berapa bnyk org ikut tp berapa bnyk yg anda dan sy dpt amalkan dlm hidup...

      Padam
    6. ini masalah segolongan pengikut ajaran tabligh. berasa bagus dan syok sendiri bila boleh ikut keluar 3hari, boleh pakai sugi, boleh pakai jubah, hingga orang pakai jeans pun dia jadi sakit hati.
      apa syarat sah solat? menutup aurat atau mesti pakai jubah pakistan?
      tak perlulah nak tambah syarat yang tak disuruh oleh nabi.

      Padam
    7. gila baboon!

      Padam
  9. Puk¡¡Mak pnye bdak blaja mlas, ade aty nk jdi pejuang revolusi, baik ko btol kn dri ko sndri,blaja pn tk abis

    BalasPadam
    Balasan
    1. ko da habis belajar ker?

      Padam
    2. dah la bongøkkk

      Padam
    3. sebelum kau suruh mamat tu betulkan diri dia... ada baiknya kau betulkan segala ejaan kau tu dulu...

      Padam
  10. Hello dear friend! Great website! Congrats! Visit me back please. Have a nice day!

    BalasPadam
  11. Tapi dia memang berani lah..Tu ja.... :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tu bukan berani, tu bodoh..Tu ja.. :)

      Padam
  12. tahniah sempena 2 mil pageviews noob, tak dak apa2 bentuk contest unik/kreatif utk celebrate pencapaian BO yg ni? :D

    BalasPadam
    Balasan
    1. tq plain, mungkin ada... nantikan hehehe

      Padam
  13. Hahhahaa. Kenyataan makan diri. Zaman ni sape pandai hujah dia menang. Lantang tapi tak pikir pun tak guna, kalo nak jadi pemimpin akal kena panjang. Budak2 blaja law mesti ketawa terbahak bahak. Uncle karpal geleng kepala beb. Entah la labu. Biarkan siluncai terjun dengan labu labu nya

    BalasPadam
    Balasan
    1. yea ke? ko belajar law?
      peguam dia tak belajar law?

      Padam
  14. 2002149

    beribow ribow tania encek noob:-)

    BalasPadam
    Balasan
    1. tq nazha... nak mintak lukih kartun lagi leh hehehe

      Padam
    2. ngeh ngeh..boleh boleh boleh..tapi tunggu aku setelkan 1 kartun tertunggak yg ko req dlu..

      Padam
  15. kalo jilat buntot dan lubang bubur umno, walau menghasut skalipun, tu dianggap murni oleh polis

    BalasPadam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...