Rabu, 29 Mei 2013

21 Kedurjanaan kaki buli tidak mengenal jantina

Kat entry 2 hari lepas ada seorang anon suruh aku tengok kat link video yang dia bagi tu. Klip ni memang aku tak pernah tengok lagi. Kalau sebelum ni kita ada kaki buli versi budak baru nak up mamat2 K-Pop dan versi geng2 mahasewel mahasiswa loser, kali ni kita ada kaki buli versi budak2 sekolah perempuan yang jahanam.

Pembuli #1
Pembuli #2

Berdasarkan2 sumber di Internet, baju2 tersebut adalah baju sekolah SMK Semenchu, Kota Tinggi, Johor. Kes buli ini juga dah pun jadi kes polis dan semua 6 pelajar perempuan yang berusia 15 dan 16 tahun yang terlibat itu telah pun diambil tindakan dan dijatuhkan hukuman seperti mana yang dilaporkan di Harian Metro:
“Kalau kau buka mulut, mulut kau aku gunting,” kata seorang pembuli selepas puas menggunting rambut serta menyumbat stoking ke dalam mulut mangsanya.

Mangsa yang juga pelajar perempuan sebuah sekolah di Semenchu, Kota Tinggi dibuli enam pelajar perempuan sekolah berkenaan dan seorang daripada pembulinya bertindak sebagai jurukamera untuk merakam adegan kejam selama 11 minit sembilan saat itu.

Sekurang-kurangnya enam rakaman video itu dengan pelbagai tajuk seperti ‘Lagi kes buli di sekolah’ dimuat naik beberapa individu di YouTube sejak semalam. Ketika dibuli, mulut mangsa turut ditekup serta disumbat dengan stoking milik pembuli. Mangsa yang ketakutan serta lemah pula tidak dapat berbuat apa-apa dan hanya mampu menangis.

Pembuli pula tidak mengendahkan tangisan mangsa, malah mereka ketawa melihat keadaannya.

“Kau diam, kau pergi cium kasut aku cepat, kan sedap, kau rasa bau apa,” kata seorang daripada pembuli sambil mengangkat kaki dan menghalakan kasut dipakai ke muka mangsa.

“Aku nak tunjukkan pada Ima (nama seseorang),” kata seorang lagi pembuli. Seorang lagi pelajar itu kemudian bertanyakan mengapa rambut mangsa tidak berwarna perang.

“Kenapa rambut kau tak perang, kalau perang masuk Facebook (FB),” kata pembuli sambil memegang gunting dan menarik rambut mangsa.

Berdasarkan rakaman itu, pembuli pada mulanya menyelak baju dan seluar sukan dipakai mangsa seterusnya menarik rambut pelajar yang berusia 14 tahun itu.

Kumpulan pembuli terdiri daripada pelajar perempuan berusia 15 dan 16 tahun itu turut menekup hidung mangsa, memukul serta menendang mangsa.

Apabila melihat keadaan mangsa lemah, seorang daripada pembuli memaksa mangsa mencium kasut serta stoking dipakainya sambil menyatakan ‘minta maaf kalau stoking aku bau bangkai’.

Pembuli kemudian meletakkan kaki di atas kepala mangsa sebelum menyumbat stoking ke dalam mulutnya.

Selepas puas mempermainkan mangsa, kumpulan pembuli kemudian menggunting rambut pelajar itu dengan alasan ia tidak kemas.

Pembuli kemudian mengelap kasut masing-masing dengan stoking sebelum ia dilap pada muka mangsa.

“Sekian terima kasih,” kata seorang daripada pembuli selepas memakaikan tudung mangsa sebelum rakaman terbabit dihentikan.

Jurucakap sekolah itu ketika dihubungi mengatakan kumpulan pembuli itu sudah dihadapkan ke mahkamah dan dijatuhi hukuman.

“Kes ini berlaku pada awal tahun ini dan ia sudah selesai,” katanya enggan mengulas lanjut.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kota Tinggi Superintendan Mohd Nor Rashid mengesahkan kejadian itu.

“Kejadian berlaku 5 Januari lalu dan kami menerima laporan berkaitan perkara terbabit pada hari sama.

“Enam pelajar perempuan yang terbabit dalam kes buli ini dihadapkan ke Mahkamah Majistret Kota Tinggi sebelum dijatuhi hukuman pada 5 Februari lalu,” katanya, semalam.

Aku tak tahu kenapa diorang buli budak form 2 tu, tapi biasa orang perempuan kalau gaduh kalau tak pasal lelaki mesti pasal mulut longkang, tapi kalau kena buli tu tak tahu lak aku pasal apa. Tapi bila tengok balik video tu buat kita rasa nak hantar anak2 ke sekolah pun rasa takut dah sekarang dah tak selamat, lebih2 lagi anak perempuan. Aku tak boleh bayang kalau yang kena buli tu anak aku. Yang didera bukan sahaja fizikal, malah emosi dan psikologi budak tu pasti akan meninggalkan kesan yang dalam.

So kepada semua mak bapak, tolong la ajar anak korang dan make sure diorang jangan jadi kurang ajar nak berlagak tunjuk samseng sangat kat sekolah. Sedih gila babi aku tengok budak2 generasi sekarang.

Oh ya, tolong juga jangan bagi anak2 remaja korang pakai topi yang ada tulis perkataan "OBEY" plus dengan cermin mata besar yang macam douchebag, sangat annoying dan macam jilaka aku tengok. Pakai la topi apa pun janji jangan ada perkataan "OBEY". Ko nak suruh siapa PATUH kat kau?









tags: budak perempuan kena buli bogel suap stokin sepak cium kaki basah gunting rambut jahanam smk semenchu kota tinggi johor video youtube lagi kes buli di sekolah macam celaka sial jangan pakai topi obey cap hat boy girl lelaki perempuan justin bieber cam haram douchebag

21 ulasan:

  1. besok post pasal kucing masuk padang.. game pon cancel

    BalasPadam
    Balasan

    1. aku tunggu dari 8.30 sampai pukul 10.30 depan tv nak tengok bola tup tup kucing masuk padang kais2 rumput je adegan paling cool yg dipertontonkan..ceh..

      Padam
  2. Budaya buli membuli ini memang patut dihentikan. Patut di kenakan hukumam berat pada pembuli tak Kira umur.

    BalasPadam
  3. Salah mak bapak

    BalasPadam
  4. Baca ulasan je. Tak sanggup nak tengok videonya. Hurm.

    Sedih tengok budak-budak sekarang. =.="

    BalasPadam
  5. minah2 buli bila dah kena kongkek dgn jantan/mat rempit buat style gengbeng baru datang rasa insaf diorang.

    BalasPadam
  6. Kena ada someone yang buat program cara2 tangani stress. Keadaan dah semakin teruk sekarang ni

    BalasPadam
  7. salah satu projek terunggul barisan nasional meramaikan pembuli disetiap jenis golongan alhamdulillah mari bersyukur para penyokong BN

    BalasPadam
  8. ke zaman ragging dah kembali lagi

    BalasPadam
  9. ermm apalah nak jadi kan.. ya allah jauhkan lah..

    BalasPadam
  10. obey just nama brand la noob...relax laaaaa....

    BalasPadam
  11. ko lambat noob. aku dah tengok video ni dr awal bulan lagi. apa cer blogger/pakar IT hari-hari bukak internet lewat dpt maklumat ni

    BalasPadam
  12. rumah aku dkt skolah ni. klu aku kenal n tau perangai bebudak ni. baik aku langgar je time klua keje pagi2

    BalasPadam
  13. time kena buat parents memasing tak ber 'bismillah'

    BalasPadam
    Balasan
    1. parents dorang tu semuanya mewarisi saka, lagi nak baca bismillah?

      Padam
    2. bodo la lu anon, klu baca bismillah saka pelesit lvl tinggi pun lari, meh ai buat ngan yew chaya ali~ kitew bace bismillah taw *wink *wink

      Padam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.