Ahad, 19 Mei 2013

50 Tutorial block IP address visitor untuk Blogspot

Blogspot ni agak bodoh sikit berbanding Wordpress sebab dia tak banyak build in function, macam2 benda kena buat sendiri secara manual, salah satunya adalah untuk memban atau block mana2 user daripada tulis komen kat blog, ataupun block IP address mereka daripada view blog. Setelah seharian mencari di Internet, akhirnya aku jumpa cara untuk at least ban IP address mereka dari masuk blog yang menggunakan Blogspot.


1. Dapatkan IP address visitor

Pertama sekali kita kena cari dan dapatkan IP address visitor yang datang ke blog kita, salah satu caranya adalah dengan mendaftar di Statcounter.com, nak daftar free sahaja.


Lepas daftarkan blog anda di situ, anda kena pasang widget StatCounter di blog anda secara paparan atau disembunyikan (hide). Rasanya orang yang ada blog tahu macam mana nak tambah widget/gadget. Just guna gadget type "HTML/JavaScript" dan masukkan code StatCounter yang disuruh masuk tu kemudian save.



2. Kesan dan jejak IP address visitor yang hendak diban

Untuk mengesan IP address visitor yang hendak diban kerana selalu buat onar tulis komen mengarut2 dan lucah contohnya seperti  Mat_hip-hop a.k.a Ahmad_XXX a.k.a Aku_skandalxxx, caranya agak tricky. Kita perlu memaparkan maklumat pelawat secara detail di menu "Recent Pageload Activity", dari situ kita kena cuba mengesan IP address visitor yang memberi komen berdasarkan masa yang tercatat pada komen tersebut, tapi untuk free version StatCounter ni dia hanya simpan rekod untuk 3 / 4 jam je, kalau nak lebih kena bayar.


So sebagai contoh aku ambil satu komen Mat_hip-hop yang ditulis pada 18 Mei 2013 4:22 petang.


Kemudian di StatCounter "Recent Pageload Activity", aku kena trace balik visitor yang ada melakukan aktiviti pada waktu tersebut, dan setelah narrow done berdasarkan maklumat di Host Name/Web Page/Referrer yang ada detail orang menghantar komen, so aku yakin yang pemilik IP address tersebut adalah milik Mat_hip-hop. Yang lagi bagus lagi, selain daripada IP address, ia juga memaparkan ISP Internet yang digunakan seperti TM Net dan juga lokasi visitor yang mana sekarang at least aku tahu yang Mat_hip-hop ni dari Sandakan, Sabah. Dan dengan adanya maklumat ni, korang boleh gunakan juga untuk report kepada polis kalau korang nak report sebab pihak berkuasa pasti boleh trace balik pemilik IP address tersebut dengan bantuan ISP.



3. Ban/block IP address visitor

Bila dah dapat IP address culprit tersebut, sekarang masanya untuk nyahkan beliau dari terus membuat onar di blog. Caranya just add satu widget/gadget "HTML/JavaScript" yang baru dalam blog kita dan masukkan kod seperti berikut:
Kaedah #1

<script language="JavaScript">
VIH_DisplayOnPage = "no";
</script>

<script language="JavaScript" src="http://scripts.hashemian.com/js/visitorIPHOST.js.php </script>

<script language="JavaScript">
var banip = {
    '60.50.160.180': true,
    '60.50.160.18': true,

    '60.50.164.63': true

};

if (banip[VIH_HostIP])
{
    location.href="http://www.google.com/";
}
</script>
Pada bahagian merah tu, korang masukkan URL website yang korang nak routekan visitor yang kena ban tu pergi. Pada bahagian yang berwarna kuning tu, korang boleh masukkan IP address visitor yang korang nak ban atau block tu. Masukkan seberapa banyak pun boleh, tapi kalau tersilap masuk IP address, orang lain pulak yang kena ban. Tapi kalau IP address orang yang kita block tu berubah, dia boleh jugak masuk blog kita dan kita kena trace dan ban sekali lagi. Walau leceh tapi berbaloi, at least pada satu masa dia tak boleh masuk blog kita dan dengan harapan dia takkan lagi nak masuk blog kita sampai bila2.
Kaedah #2
<script language="JavaScript">
VIH_DisplayOnPage = "no";
</script>

<script language="JavaScript" src="http://scripts.hashemian.com/js/visitorIPHOST.js.php"></script>

<script language="JavaScript">
var arr = ["60.50.160.", "60.50.164."];
for (var i = 0, len = arr.length; i < len; ++i) {
    if (VIH_HostIP.indexOf(arr[i]) != -1) {
          location.href="http://www.google.com/";
    }
}
</script>
Yang atas ni pulak kaedah lain untuk blok IP visitor, konsepnya sama dengan kaedah #1 cuma dengan cara ini anda boleh blok IP range, seperti contoh dengan memasukkan sebahagian daripada IP address seperti "60.50.160.", maka kesemua IP address yang bermula dengan "60.50.160.0" sehingga "60.50.160.255" akan diblock. Kaedah ni mungkin akan menyebabkan orang lain yang tidak bersalah yang berada dalam lingkungan IP tersebut turut kena ban, tapi nak buat macam mana, at least culprit tu dapat dinyahkan dari blog anda sudah cukup bagus.




tags: tutorial panduan cara-cara kaedah tips manual blok block ban alamat ip address pelawat visitor pembaca blogspot blogger blog orang komen javascript html widget gadget statcounter.com view statistic pageload activity aktiviti toolator.com howto how to kod code 

50 ulasan:

  1. aku rasa yg tu hanya akan blog kalau blog ko ditulis .com. kalau dia tukar kepada .jp or other country blogspot. rasanya masih boleh akses n komen.

    tapi statcounter mmg berguna untuk detect siapa masuk.

    BalasPadam
    Balasan
    1. aku dah try kalau dia tukar domain .com ke .jp ke apa ke still kena sepak keluar jugak, sebab walau domain dia lain, code dia masih sama duduk dalam page yang sama

      Padam
    2. kiranya kau dah tahu ahmad itu berasal dari mana ya noob

      Padam
    3. tu dia cik lyn mintk terus dapppppppppppppppppppattttttttt

      Padam
  2. kalau pakai streamyx, dia bukan static IP.. reset modem IP baru.. block pon tak guna.

    BalasPadam
    Balasan
    1. takpe, at least kalau dia tak dapat masuk dia terpaksa restart modem

      Padam
  3. Block base don IP tak sesuai la Noob..

    Kena add/tulis javascript atau filter yang detect username (lebih baik Profile ID dia macam mat_hip-hop = 10011845220853205326). kemudian delete post user tersebut

    Kelemahan mungkin dia boleh register atas nama lain tapi itu akan merumitkan dia.. berbanding block guna IP.


    BalasPadam
    Balasan
    1. itulah tengah cari lagi camana nak block based on profile id tapi masih tak jumpa lagi. buat masa ni block pakai IP jelah yang boleh dibuat dulu

      Padam
  4. Bhai Noob...

    Lu sudah block gua nih... hahaha... terpaksa gua masuk ikut cara lain... hahaha

    BalasPadam
    Balasan
    1. bro C++, ni betul2 ke main2? kalau betul aku unblock balik IP johor bahru tadi

      Padam
    2. Boleh tengok log :)

      Satu keburukan block IP kalau IP tu digunakan ISP untuk 3G mobile - biasanya mereka ada private IP pool yang besar dan kongsi 1 public IP.

      Kalau block IP tu semua pelayar 3G yang guna IP tu tak boleh akses :)

      Padam
  5. La budak sabah rupanya ahmad xxx. Prangai macam haram..

    BalasPadam
    Balasan
    1. patutla kurang hajar betul kutuk melayu dan Islam,sbb dia ni mesti bukan org melayu Islam

      Padam
    2. dia ni mesti orang kristian

      Padam
    3. atau mungkin dia ni muallaf...

      Padam
  6. aku tetiba rasa respect sgt kat ko dgn entry ni..

    BalasPadam
  7. dah tiba masanya bro tukar .com la..buasirotak.com. tak rugi pun.

    BalasPadam
  8. padan muka. ahmad si penjahat akhirnya tewas jugak. kejahatan akhirnya tumpas. tahniah noob. aman blog ko skang. skang ko bolehlah sambung balik segmen terjah blog awekz.

    BalasPadam
    Balasan
    1. mohon encik noob sambung semula segmen terjah blog awekz..

      Padam
  9. alhamdulillah...beribu2 tahniah untuk encik noob...

    BalasPadam
    Balasan
    1. hmmm tukar nama pulak dah... aku agak pelik, sekarang ni IP si Mat_hip-hop ni 118.101.112.238, lokasi kat JB. ni mesti beberapa orang kongsi 1 akaun untuk buat kacau, patut la nampak macam split personality. i wonder kalau ada sebuah organisasi yang menjadi dalang disebalik akaun ni yang bertujuan semata2 untuk membuat kacau dan memecahbelahkan orang di internet.

      Padam
    2. apa encik noob mengarut ni? x baik fitnah2 ni...masuk neraka nanti...kuikuikui....

      Padam
    3. wateverlah amat oi, semua IP kau aku dah ada, esok aku pergi wat report kat SKMM. lagi banyak kau komen kat sini lagi banyak bukti aku ada.

      Padam
    4. mat hip hop a.k.a. Ahmad detected..tu la ko, degil lagi..atuk bg nasihat, ko puiiiihhh kn..hehe

      Padam
    5. tu mesti geng2 red bean army dap la tu,kejenya dok memecah belahkan org melayu & sebar fitnah kat blog2,facebook,media2 sosial,akhbar2 online...keje diorg buat tu jela siap dpt tajaan lg tu...

      Padam
    6. Noob, tak semua IP location tu betul/tepat

      JB? kalau ikut 118.101.112.238 ni rekod dari KL & KK.

      Kemungkinan besar ISP yang berpengkalan di KL.

      Padam
    7. anon 533 entahlah...aku pakai wifi public je....

      -ahmad-

      Padam
    8. noob please tolong jangan repot skmm.....ok aku mintak maaf sangat2...lepas ni aku dah x buat kacau lag kat blog kau..aku dah delete profil aku....

      -ahmad-

      Padam
  10. Good job noob.. ahmadxx a.k.a mat hiphop a.k.a sayap2 cinta mesti di nyahkan dari blog ini buat selama lamanya...

    BalasPadam
  11. niceeee... boleh apply kat blog lepas ni yehuiii~ :D

    BalasPadam
  12. Ustaz kacak tu mat hip hop rupanya ..

    BalasPadam
  13. yelah...yelah....lepas ni aku dah x komen lagi kat blog ni....aku pun dah naik bosan......sekarang korang boleh lah layan blog ni dengan aman.....tapi mohon jangan ada anon bodoh menyamar jadi aku.....ini LAST komen aku kat sini.....ok, aku nak blah FOREVER dari sini......selamat tinggal semua.....lepas ni klau rindukan aku, korang baca jelah komen2 aku yg dulu2....k....goodbye.....assalamualaikum.....klau ada salah dan silap, itu semua hanya gurauan....jangan disimpan dalah hati......

    BalasPadam
    Balasan
    1. Mungkin kau skrg ni tgh mencari makna kehidupan. Aku pun pernah "lost" sampaikan aku tak tahu nak buat apa dgn hidup aku dn byk membuat benda lagha dn sia2. Tp bila aku teringat masa aku kecik dn seawal remaja dulu, walaupun tak lah warak sgt tp bila aku lewat solat aku rasa resah semacam dn waktu dlm masalah, perkara pertama yg aku buat adlh berdoa sampai menangis sblm masuk tido..time baring tu lah plg aku pilu. Tp bila semakin dewasa aku hilang semua rasa resah apabila lewat solat, kdg2 lps buat dosa pun aku mcm dh tak kisah, dn kalau ada msalah aku kdg2 biarkan shj sampai jd teruk. Bila aku berdoa pun rasa mcm sambil lewa. Masa nilah aku plg "lost". Dan skrg walaupun blum merasa blk kemanisan iman seperti apa yg aku pernah rasa dulu, aku tekad nak jadi mcm dulu2 malah lbh lagi, dn aku tak akan berhenti untuk berubah kpd yg lbh baik.

      Padam
    2. Ye lah tu mat. dulu tahun baru 2012 hang janji nak blah. tapi x blah pun.

      Padam
    3. dah, aku dah delete profil aku..pasni mohon jangan ada anon menyamar jadi aku...klau ada nampak komen yg macam gaya aku, tu bukan aku....aku dah x komen kat sini lagi...k bye....assalamualaikum......benci betul korang kat aku...huhuhu....

      Padam
    4. xpyh menyamar jd ahmad la anon. puihh

      Padam
    5. anon 717 tu memang aku lah....

      -ahmad-

      Padam
    6. anon 154 thanks...aku memang agak lost sekarang ni...

      -ahmad-

      Padam
    7. anon 717 tu memang aku...

      -ahmad-

      Padam
  14. w'slm ahmad..cepat2 lah saudara berubah..tak rugi mana pun..

    -m84, kb bru9-

    BalasPadam
  15. berubah??

    -ahmad-

    BalasPadam
  16. senang cerita ip malaysia xsusah nak berubah, off/on modem tukar ip baru.. then takut ip yg di ban tu terkena kt org lain plak..org baru tu nak surfing web kite..? acanneee tu.. kes mangsa keadaan :D

    BalasPadam
  17. ok dah xkena ban..tak pasal2 kena huhu...panik pg2 kena ban..saya jarang komen tp saya selalu jenguk sini...sedih sekejap...thanks Prince Noob sbb selesaikan mslh sy kena ban huhu

    BalasPadam
  18. Adeh! Sandakan & lahad datu plak c ahmad tuh.
    Buat malu jer,

    BalasPadam
  19. Ahmad/hip-hop atau yang merujuk individu/personaliti yang sama pg berambus. Walaupun aku bukan tuan tanah tp aku taknak mentensionkan diri aku dgn ayat² ko. Kalau tarbiah pun dah tahap payah.
    Good job utk noob menunjukkan alternatif ni.

    BalasPadam
  20. yahoo ahmad dah takdeee

    BalasPadam
  21. Jika Anda memiliki IP, Anda dapat dengan mudah menemukannya dengan alat itu
    https://dnschecker.org/ip-location.php

    BalasPadam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.