Iklan Leaderboard

Jumaat, 7 Disember 2012

94 Kenapa ajaran sesat ada sahaja pengikut?

Hari Jumaat datang kembali. Hari ni kita bercerita sikit pasal agama, tapi ajaran agama yang tersimpang. Sebelum ni aku pernah tulis pasal ajaran Universal Al-Islam Star Wars Sufi Tendai Singa Knight Academy. Yang tu kalau kita tengok pun memang dah sure mengarut dengan Star Warsnya dengan Fasha Sandhanya. Bagaimana pula dengan ajaran2 seperti berikut:


Nabi ada ajar ke ritual tarian2 rahsia ni?

Pencak sepak yahudi sepak sekular?

Nasyid ala2 K-Pop?

Siap ada website dan tv online khas kat http://nurmuhammad.tv/. Kerajaan kata nak pantau tapi mungkin setakat pantau sajalah.


Anda rasa kelakar? Ingin ketawa? Walaupun ramai diantara kita yang mungkin rasa begitu, tapi hakikatnya kumpulan ini mempunyai ramai pengikut dan mungkin ada dikalangan ahli keluarga, saudara mara atau rakan kita dalam tu. Seriously what wrong with them? Aku pelik kenapa ajaran2 macam ni mesti ada je pengikut walaupun kalau kita tengok dan dengar pun dah boleh rasa yang benda2 tu mengarut? Ajaran ini asalnya di bawa oleh Haji Ashaari bin Muhammad atau dikenali sebagai Abuya melalui gerakan yang dikenali sebagai Al-Arqam, kemudian selepas diharamkan oleh majlis fatwa, mereka bergerak semula atas syarikat Rufaqa Corporation yang kemudiannya juga diharamkan majlis fatwa, kini ahli2nya menjalankan serta meluaskan empayar syarikat Global Ikhwan. Menteri cakap yang penyebaran ajaran Arqam terkawal, tapi adakah terkawal tu bermaksud tiada lagi ahli baru? Bagaimana dengan ahli2 lama, tidak perlu sebarang tindakan ke untuk memberi kesedaran kepada mereka?


Tapi serious aku pelik. Kenapa ajaran2 baru dan mengarut2 ni, walau majoriti boleh menilai yang ia menyeleweng dan menyimpang dari ajaran Islam yang sebenar, tapi kenapa masih ada je orang yang nak mengikut seperti ajaran kerajaan langit Ayah Pin, ajaran 'rasul melayu' Kahar, Hauzah Ar Ridha, Islam Jamaah dan sebagainya?


Kalau tengok video bawah ni, Abdul Kahar Ahmad yang mengaku rasul melayu tu siap boleh letak jawatan sebagai rasul lagi. Gila punya orang.


Mungkin pengasas2 ajaran pelik ni ada masalah mental, tapi yang lagi pelik, takkan ramai sangat yang ada juga masalah mental sampai boleh jadi pengikut mereka? Yang jadi pengikut tu bukan calang2 orang, ada kakitangan kerajaan, pensyarah IPTA dan IPTS. Mungkin sebab ajaran2 mereka ada yang dilihat lebih simple dari ajaran Islam sebenar seperti ajaran Haji Kahar ini, "Sekiranya ada orang yang berbuat mungkar barulah boleh solat, mencegah kemungkaran ini adalah rukun, mentaati Allah itu adalah sujud, tidak perlu tonggang-tonggek dan membebel seorang-seorang.", maka dapat menarik ramai pengikut yang rata2 mahukan jalan mudah dalam beragama.


Andai kata orang Melayu diberikan kebebasan beragama dan perlembagaan yang menyatakan seorang Melayu itu beragama Islam dibuang, aku percaya mesti ada orang melayu yang secara terang2 mengisytiharkan diri murtad secara terbuka tapi bukannya dengan menganut agama lain yang sedia ada, tapi masing2 buat agama sendiri, mengaku tuhan atau nabi atau menganut agama2 baru yang tak pernah kita dengar pun sebelum ni. Ya memang tiada paksaan dalam memeluk agama Islam, tapi adakah anda mahukan benda2 ini terjadi pada anak2 kita, ahli keluarga, saudara mara, rakan2 kita serta generasi akan datang?

UPDATED: Ada satu website berkaitan sebuah ajaran Jamaah al-Quran Malaysia yang dah lama wujud sejak 2002 iaitu http://www.e-bacaan.com/ tapi dah pun difatwakan haram oleh Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan seperti di sini dan sini. Tapi aku harap kerajaan dapat pantau dan blok website tu agar tiada lagi akidah umat Islam yang terpesong kerana terpengaruh dengan ajaran2 seperti itu.




tags: ajaran agama sesat seleweng menyimpang islam sebenar al-arqam rufaqa global ikhwan kelab taat suami tvrsa saluran roh suci seks suci nur muhammad aurad muhammadiah haji ashaari abuya abi isteri poligami tarian rahsia pencak tolak yahudi nasyid kpop lagu power kaabah video majlis fatwa kebangsaan negeri jakim pantau serbu kerajaan langit ayah pin rasul melayu kahar hauzah ar ridha islam jamaah syiah buku bacaan laman web website www.e-bacaan.com e-bacaan jamaah al-quran malaysia jam kassim ahmad pengikut kakitangan kerajaan pensyarah universiti lecturer ipts ipta masalah mental kebebasan beragama melayu perlembagaan persekutuan malaysia

94 ulasan:

  1. sorry lari topik, noob aku just nak taw kenapa ruang komen ko bukak balik dekat anon? bukan haritu kau dah buat pengakuan untuk register id je ke..

    -anon confuse-

    BalasPadam
    Balasan
    1. hari tu aku ckp akan ditutup bermula hari isnin, tp mungkin akan dibuka semula lepas2 tu, so hari selasa aku bukak balik kekeke. tgkla kalau aku rasa nk tutup aku tutup kalau rasa nk bukak aku bukak

      Padam
    2. Pengerusi Tertinggi Majlis Anon2 Seluruh Malaya7 Disember 2012 7:31 PG

      JuNoob hangit2 taik babi je....haha....gelak la wei...ko x leh hidop tanpa anon2 kacak bergaya cam aku ni.....klau ko tutup anon, konfom blog ko pun tutup jugak.....x ada org nak baca........

      Padam
    3. hoi pengerusi
      ko tu yg bodoh
      kalau anon di tutup, lagi la best.
      reg user leh komen tanpa di ganggu, bodoh


      --- reg user wanita. auuuww-

      Padam
    4. pengerusi anon bangang.. mohon letak jawatan anda secara terhormat sebab telah memalukan makhluk anon2 yg baik.

      Padam
    5. Yea betul kalau anon ditutup masih leh register segala nama tak kira la jantan ka betina atau bapok pon bleh huhu

      Padam
  2. Balasan
    1. mungkin bila ramai yang ambil jalan nak terlaluuu mudah dalam beragama menyebabkan ajaran sesat ni jadi sambutan..so sad

      Padam
  3. betul..semua yg mudah terpengaruh dgn ajaran sesat ni sebab nak jalan mudah dalam melakukan ibadat..nauzubillah..mintak dijauhkan dari diri, ahli keluarga, sedara mara dan keturunan kita semua..menakotkan je..semoga sentiasa dilindungi Allah..

    BalasPadam
  4. Alaa..alasan je nak jalan mudah tu. Ape ke bodoh nak jalan mudah, tapi tau pulak takut tuhan, takut dosa..then nak solat..tapi cara salah.
    Better ko murtad dr mereka-reka ajaran islam jadi sesat..

    *aku yang merepek semalam

    BalasPadam
  5. manusia akhir zaman, kan dah tertulis kat dlm al-quran..berdoa jela semoge dorang kembali ke jln ALLAH . aminn..

    -or barangkali mereke2 ini ada msalah mental kot?heehee

    BalasPadam
    Balasan
    1. yelah...berdoa je....nanti lepas doa kita main 'khatan-khatan'....i jadi tok mudim, u jadi budak yang nak kena khatan.....

      Padam
  6. yang mengikutnya melayu
    jadi melayu mudah goyang la?
    kuatkan iman di dada kwn2.
    sebelum percaya cakap orang, bukak kitab terulung dulu - al quran.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ko pasan tak kat tv semua benda buruk Melayu..
      yang kurang ajar sakat orang melayu..
      jadi gangster Melayu..
      Drive laju langar peraturan pon Melayu..
      semua Melayu ni dipotretkan jadi jahat buruk dan ampeh..

      Padam
  7. emm..ntahlah. ada aje pengikutnya.

    BalasPadam
  8. mesti rajin buat research jika ada sesuatu yg berbangkit..
    semoga kita tidak mudah terpengaruh dan terpesong..
    Aminn... ...^^....

    BalasPadam
  9. dalam beragama pun nak cari jalan mudah ke?Aku tak paham dengan pemikiran orang zaman sekarang(Benda ni dah ada sejak zaman Nabi lagi).

    Manusia selalu nak Jalan Mudah-ingat benda2 soal kepercayaan ni boleh buat kawtim macam kawtim dengan polis kat tepi jalan kot?

    So bila nak Mati kawtim dengan malaikat dulu soh delay 2 3 bulan lagi baru datang cabut nyawa macam kita duk kawtim soal kepercayaan demi keselesaan diri.

    Selalunya orang yang mudah terpengaruh dengan benda2 ajaran sesat ni adalah golongan yang sangat kurang ilmu Agama sejak kecil..so bila besar diri rasa kekosongan sumber kerohanian mulalah mencari sumber2 yang boleh mengisi kekosongan itu..plus nak jalan mudah+memang bahlul soal agama..Ajaran2 sesat ni lah jadi pilihan.

    Dan soal kebebasan Agama bagi orang2 Melayu memanglah aku tentang habisan2 coz banyak implikasi buruknya.

    Kalau kita benarkan hal ini terjadi jangan sampai esok bila kita nak masuk ke kedai makan Melayu pun nak kena tanya.."Ente islam ka bukan islam?"

    Pemandangan kedai2 Melayu menjual daging babi dan makan daging babi..PERGH!!!tak dapat wa bayangkan!!

    "Mari dik,kami menjual sate babi,rendang babi,gulai babi pucuk rebung,babi masak tempoyak."...PERGH!!

    Lu orang semua nak semua benda ni terjadi?? tak rela den..

    BalasPadam
    Balasan
    1. pe benda ko merepek ni??

      Padam
    2. bukan saja babi dah,dengan biawak,monyet,kucing pon bleh jadi lauk kedai melayu nnt kalu diberi kebebasan memilih agama...jgn main2 sama melayu semua boleh punya...

      Padam
    3. malaysia boleh.. melayu boleh.. ini boleh land maaa..

      Padam
    4. pi kat Indon kalau nak tengok pakai kopiah pon lom tentu Islam..
      kot yahudi haha.. :)

      Padam
  10. pergi ke laut ingin memukat
    dengan harapan banyaklah ikan
    mana ada wanita boleh imamkan solat
    nanti dia rukuk smua kat belakang hilang tumpuan

    LoL XD

    BalasPadam
    Balasan
    1. nanti ada kes iman kena rogol sebab makmum jadi PERVERT..keh3

      Padam
    2. masak kari ikan sepat
      Selepas makan pergi kerja
      Sapa kata wanita tak boleh imamkan solat
      boleh aje bah kalau perempuan sahaja

      lol

      Padam
    3. Lol... aku tgk jer pun dah tahu something wrong kat situ walaupun aku non. (bukan anon). adeh~ trollablenye jantan2 itu.

      Plain.. aku follow dudin62 sufi tendai kat twitter.
      Setiap aku tgk tweet dia, aku gelak guling2. Oh MY!!!
      Living JOKER!

      Hiburan semata-mata.

      Padam
    4. Ustadz Anon al-Anoni ibnu Anon7 Disember 2012 10:27 PG

      Len Inoiue adalah penganut kristian yang suka melihat muslim menjadi sesat dan berpecah belah.....mohon berhati2 dengan dakyah2 kristianisai yg dibawa beliau....mohon jangan buka blog beliau bagi mengelakkan anda terpengaruh dengan ajaran kristian.....

      Padam
    5. anon, jangan merepek boleh tak? kalau nak buat lawak pun agak2 la jgn la sampai menyentuh sensitiviti agama, kita hidupkan 1malaysia aman harmoni bersatu padu berbilang kaum, bangsa dan agama.

      Padam
    6. er jadi len Inouei ni bukan islam ke? bukn troll ni ak tanya serius....

      Padam
    7. dek non 9.24pg,
      hebat gilerrr...tepuk tangan tepuk tangan...LoL

      Len,
      hahah ko follow dia on twitter? tak sanggup aku...kang laptop aku crash XD

      Padam
    8. eh eh tak ada salahnya dalam gambar kat atas skali tu laa...yg kat depan jadi imam tu sebenarnya lelaki,die pakai mcm wanita...kahkahkah

      Padam
    9. salah,sume salah,tu sbnarnye picture cut & paste kuikuikui

      Padam
    10. Plain: yep! Aku follow. Kesian la tengok dia. Takde ke sape2 nak tegur dia lelok bagi jangan jadi living joker cm2?

      Noob.. xkan ko diam jer. kesian dowh en.dudin tuh..refer dia kat someone ker.

      Padam
    11. len apa yang lawak tweet dia tu?
      Mungkin aku takleh masuk lawak dia kah?

      bukan takda cuma tak tau sebab nak tarbiah orang macam ni perlukan ilmu yang tinggi.. Tu kena ngaji ilmu khas..

      ramai orang sekarang suka belajar ilmu rendah mengutuk dan memaki orang lebih seronok buat mereka..

      Padam
  11. takda apa nak cakap lagi~ otak kosong~
    oh, layankan~

    http://www.paranorms.org/t834-kenapa-ilmu-hakikat-susah-utk-dipelajari#19216

    BalasPadam
  12. SLM EN NOOB + pengkomen..

    Sbb tu Nabi tinggalkan kita dua benda selagi kita berpegang teguh kita tidak akan sesat selama lamanya. tetapi kita ni bkn nya alim ulama yg mampu nak terjemah dan memahami alquran dan hadis.

    sbb tu bila kita sedar diri kita ni jahil, dah menjadi tanggungjawab kita utk pergi ke kuliah/majlis ilmu. tak susah mana pun antara maghrib dan isya(prime time bak kata ustaz azhar idrus) supaya kita paham tentang agama kita sendiri.

    bila manusia ni jahil segala ilmu yg disumbat oleh tok2 guru sesat akan diterima bulat2 oleh mereka. mereka tak tahu nak beza yg mana sesat yg mna yg betul.

    menjadi tanggungjawab bapak juga beri ilmu agama pd isteri dan anak2. jika tak mampu wajib kena bawak diorg pergi belajar. terutamanya ilmu fardu ain(wajib). tak beri berdosa besar sbb benda ni akan di tanya di akhirat nanti.

    bg aku, hanya org yg bodoh je jd pengikut2 sesat.. kenapa? sbb diorg jahil agama diorg sendiri.

    di dlm Islam Hj kahar yg mengaku jd rasul sepatutnya di hukum bunuh jika enggan bertaubat.

    skrg ni yg aku tgk yg paling berbahaya adalah ajaran SYIAH yg dah mula tersebar. lg2 kerajaan yg bengong pn dah menghalalkan ajaran SYIAH di amalkan Malaysia.

    hidup ni kena pandai2 bwk diri. semoga tak mati dlm sesat. baik idup kapir mati beriman dari idup beriman tapi mati kapir.

    BalasPadam
    Balasan
    1. memang niat hati nak mendalami lagi ilmu Allah. Mula2 kite disajikan dengan agama yg sangat indah. Sehinggalah kite sangat taksub dgn dia. Bagi kite dialah ulama terbaik yg boleh kite ikuti. Then antara sedar atau tidak sedar, kite telah terpengaruh dengan ajaran yang terpesong. Ketua2 ajaran baru ni pulak pandai memanipulasikan tafsir. Kalau kite tak cukup ilmu didada, inilah jadinya. Akan mudah terperdaya. Standard la, kalau dah taksub tu, benda salah pun leh jadi betul.. Sebab tu la, dalam berilmu, jangan hanya refer kepada 1 sumber sahaja. tapi dalami dan bertanyalah kepada seberapa banyak pendapat.

      Padam
    2. Nabi habiskan masa 13 tahun nak betulkan akidah dan kepercayaan kembali kepada Allah. Sebab ianya asas dalam ibadah dan segala dalam kehidupan kita. Wajib bagi kita mendalami ilmu akidah supaya tidak tersesat. Kalau tidak faham akidah maka ini la munculnya nabi dan rasul tiruan.. beribadah tak ikut syariat dan sebagainya. Sebab akidah tak betul maka ibadah semuanya jadi tak betul tungang-langan.

      Padam
  13. Balasan
    1. kenapa?takut nak ckp pasal agama?sbb ko bukan seorang agamawan?

      Padam
  14. makin brtambah % org gila kat malaysia nie,tambah dgn org yg mudah terpengaruh ikut puak org gila ni lagi,jadi la mcm nie..jiwa yg lemah mmg mudah disesatkan oleh angkatan setan yg mmg kerjanya menyesatkan ank2 adam ni...

    BalasPadam
  15. susahkan nak cakap bende2 gini....aku der kawan yg dulu nye sangat biawak prangai..n skang nak berubah..tp tuh lar maslhnye bile dia slalu dengo ceramah agama tp tatau bende basic....contohnye macam dia penah dengo ceramah UAI pasal najis...soalannya, batal x air sembahyang bile kene najis..n jawapan UAI "x batal wlau bertong2 kne najis"...bg org yg paham, klau kne najis yg ringan mcm taik cicak...itu tidak membatalkan wuduk..tp da UAI cakap klau kene najis bertong2 pon x batal..itu da membuatkan kawan aku konpius...bg aku...kne tau perkara2 asas...jgn dok dengo ceramah agama je..tuh yg men amek jalan mudah jew...silap2 ade yg pegi keje pon jamak solat sbb nak senang...hurmmm....jgn kate takde berlaku...semua tuh pernah berlaku depan mate aku...takotnyer, dunia akhir zaman.....


    "IMAN TAK DAPAT DIWARISI"

    BalasPadam
    Balasan
    1. Aku pon kadang konfius padahal kat sekolah dah belajar.. Cuma mungkin kita suka campur adik dan tak ambil detail tentang

      Perkara yang membatalkan wudhuk
      Perkara yang membatalkan solat

      kalau kita ambil ringan seolah batal wudhuk kita kalau kena najis padahal kalau tengok pekara yang membatalkan wudhuk tiada disebut batal wudhuk kalau kena najis, yang ada batal kalau keluar sesuatu dari kemaluan atau terkena kemaluan tu pon tapak tangan jadi memang betul la kalau bertong najis pon kena kat kita tak batal.. tapi kalau najis tu keluar dari kita walau sekecil mana pon baru batal.. sebab terkeluar sesuatu dari kemaluan.

      So dah ambik wudhuk terkena najis basuh saja la hilangkan najis then solat tak perlu ambil wudhuk sebab tak batal.

      Padam
    2. slm ari jumaat suma

      iLMU Fardu ain tu penting...sebelum belajar yg tinggi2 blajar dlu benda wajib. tak tau berdosa besar lah kita. contoh :

      berapa ramai lg yg tak tau pembahagian air. air yg bleh di bawa bersuci, air yg tak bleh dibawak bersuci..air mustakmal, makruh mutannajis.

      1st skali di sebut adalah bab air sbb kunci segala ibadah adalah mesti suci daripada hadas. nak mandi wajib + wuduk pun kena guna air yg betul. kalu tak, tak sah..

      ini benda basic pun tak tau mcm mna nak blajar yg lain2. bila basic tak kukuh senang lah kita terpengaruh dgn benda2 sesat.

      bkn bab bersuci saja byk lg basik berkaitan akidah, muamalat, munakahat, tauhid dan lain2.

      so sama2 kita belajar.. x rugi pun blajar agama. yg rugi belajar ilmu dunia saja sampai lupa agama. sama mcm kambing(UAI).

      Padam
  16. kalau kau ada masa PON, kau check this...
    http://www.e-bacaan.com/
    kau baca skali artikel2 pasal tudung dll....

    BalasPadam
    Balasan
    1. terima kasih atas perkongsian, baru tahu kewujudan website tu. tapi ajaran Jamaah al-Quran Malaysia yang dibawa pengasas website tu pun dah difatwakan haram oleh majlis fatwa. aku dah baca sikit mengenai artikel tudung dan lain2, dan apa yang aku faham dari website2 lain dan forum2, mereka ini golongan anti-hadis atau menolak hadis. memang tak dinafikan hadis ada yang sahih ada yang dhaif, tapi tak boleh dijadikan alasan utk tolak semua hadis.

      seperti yg umum tahu, hadis tu merujuk kepada kata-kata, tindakan, persetujuan dan sifat-sifat fizikal dan akhlak Nabi Muhammad SAW. tapi ajaran mereka ini menolak hadis dan katanya hanya mahu berpandu pada al-Quran sahaja tapi membuat tafsiran sendiri mengikut selera mereka macamlah mereka tu pandai sangat dan dipilih oleh tuhan hanya mereka sahaja yang faham al-Quran lebih dari orang lain.

      Padam
    2. Quran 31:6

      And of the people is he who buys the amusement of speech (lahwal hadith) to mislead from the way of Allah without knowledge and who takes it in ridicule. Those will have a humiliating punishment.


      Padam
    3. Quran Luqman : Ayat 6

      Dan ada di antara manusia: Orang yang memilih serta membelanjakan hartanya kepada cerita-cerita dan perkara-perkara hiburan yang melalaikan; yang berakibat menyesatkan (dirinya dan orang ramai) dari agama Allah dengan tidak berdasarkan sebarang pengetahuan dan ada pula orang yang menjadikan agama Allah itu sebagai ejek-ejekan; merekalah orang-orang yang akan beroleh azab yang menghinakan.

      Padam
    4. aarrhhh...
      link tak boley bukak da....

      Padam
    5. link mana satu tak boleh bukak?

      Padam
    6. NAPE E bacaan xleh buke?

      Padam
    7. Noob. aku tak tau bagi korang sama ke tak..tp pasal ejaan, huruf besar dan huruf kecik ni mcm sensitif jer.
      Mohon eja Tuhan..bukan tuhan.
      Mohon eja Allah dan bukan eja allah.
      Nampak tak beza?

      Si Pipi Merah eja Tuhan, tapi noob eja tuhan.
      Feels so wrong tiap kali baca sesiap eja Tuhan/Allah dengan huruf kecil. Sorry...tak berniat nak tunjuk pandai. Harap Si Pipi Merah boleh beri komen sbb dia macam lebih pandai bab2 agama. :p

      Padam
    8. Betul tu len,Ramai yang tak sensitif bila menulis Nama Tuhan,Pakai lanyak je tulis.

      Bila Tulis atau menaip..Show ur respect!

      Allah not allah..

      Tuhan not tuhan..

      Terima kasih kerana bangkitkan isu ni Len..Masih Ramai lagi yang bangang di luar sana tu..Ayuh kita mendidik mereka dari sekarang ..

      Padam
    9. tuhan mungkin boleh banyak bg sesetengah agama.. tapi Allah tetap satu.. sbb tu Allah is always in capital A :)

      -p-

      Padam
    10. have some respect p..

      Padam
    11. aku tak hina mane2 agama, setiap agama ada kepercayaan masing2. then yup correct, we should respect each others. some peoples are in the group poly-theists (golongan yg percaya Tuhan ada banyak). But if we refer to Tuhan yang Maha Esa, that one we need to put in capital T. But again, we are muslim, then let it in Tuhan/Allah. Sorry again.

      -p-

      Padam
    12. Len: Walaupun sebenarnya kalau dalam bahasa arab tiada peraturan huruf besar atau kecil, tapi kalau ikut tatacara bahasa melayu seperti perbincangan di sini, maka lebih baik dimulai dengan huruf besar. Walau ia hanya kesilapan saya dalam menaip dan tak berniat apa2, namun saya mohon maaf atas kekhilafan dan kebangangan saya ini.

      Padam
    13. Baguslah Noob ko dah sedar akan kebangangan ko ni..wekekeke

      Noob,Ko tak leh guna pendekatan kondisi Arab dengan situasi kita or situasi global sekalipun coz Bangsa Arab tidak menggunakan Tulisan Rumi/Alphabet..mereka menggunakan Tulisan Arab..Kejadahnya Tulisan Jawi ada huruf kecil huruf besar?Bangsa Arab tidak pernah mengenal huruf kecil huruf besar beb.

      Kita ada Adab beb,Tambah2 plak tu adalah Tuhan kita..kita kena sensitif dan ambil tahu soal ini.

      Padam
    14. Adeh~ ayat Noob touching lebeh pulak.Tak perlu kot.
      Bukan *le Len x faham kdg2 typo jer pon.
      Anon -p- 11.55 dah explain kenapa aku bangkitkan isu huruf besar dgn huruf kecil. Huruf kecik adalah teramat general. Huruf besar lebih mutlak dan tak general. It shows that God is one. No other gods.

      Bila kita tulis tuhan. Mcm seolah2 kita ni ada banyak-banyak tuhan. That won't reflect the religion itself. Just nak ingatkan to be careful sebab noob ada banyak readers. Kang x pasal2 tersufi tendai plak sesetengah orang.

      Saya pun minta maaf kalau menegur macam perasan bagus pulak.
      Like I said ' it feeeeels sooo wrong to read bla bla bla'..

      Hati jadi tak tenang dibuatnya. Hahahahaha... dah3. merapu byk plak.
      Ko bijak, digest la sendiri. XD

      Padam
    15. betul kadang kita tak perasan sebab kita mabil ringan.

      Padam
    16. Len Inouie, argument ko wise di situ!
      *kempen membaca entry2 lama BuasirOtak*

      Padam
  17. anon detected....

    BalasPadam
  18. Allah jodohkan pengikut dengan imam :)

    Pokok pangkal ialah hati pengikut dan imam..

    kalau pengikut suka carik jalan mudah yang best mudah dan seronok maka akan dapat yang itu la..

    Nak mencarik tuhan bersihkan hati dan carik tuhan yang betul2 nilai dengan baik.. fahami sumber bukan main ikut saja.

    BalasPadam
  19. Majlis Fatwa Ulama-Ulama Anon7 Disember 2012 10:03 PG

    PAS adalah kumpulan ajaran sesat terbesar di Malaysia.....

    BalasPadam
    Balasan
    1. warning! pencacai umno detected.

      Padam
    2. kenapa PAS sesat? sebab dalam PAS banyak syiah.....dan syiah itu sesat dan menyesatkan.....

      PAS = Parti Ajaran Syiah

      Padam
    3. pencacai BN detected..

      Padam
    4. Kita menonjolkan ISLAM dengan gambaran kontradiks. Kita katakan Islam agama perpaduan, namun praktiknya kita sedang bercakaran, salah siapa?

      Padam
    5. Tanya kat orang yang laungkan perpaduan dan 1Malaysia
      Semua retorik je untuk survival..

      Nak transformasi parti sendiri pon mintak undi rakyat marhain patut minta la undi ahli parti..

      Padam
  20. hanya mampu berdoa agar dorang kembali ke pangkal jalan dengan harapan mental dorang menjadi sihat semula. jom dpatkan domain percuma setahun kat blog aku ye

    http://mujadafewa.blogspot.com/2012/12/jom-join-aku-dapat-domain-free-worth.html

    BalasPadam
  21. Wakil Majlis Agama Islam Anon7 Disember 2012 10:31 PG

    mohon Noob atau sesiapa wakil Buasir Otak untuk datang ke pejabat kami untuk mendapatkan sijil tauliah bagi mengelak dilabel sebagai pembawa ajaran sesat......

    BalasPadam
    Balasan
    1. Nanti saya akan pergi ke pajabat encik
      borang permohonan ni doleh download online tak?
      ke kena bayar dulu?

      Padam
  22. 'Kenapa ajaran2 baru dan mengarut2 ni, walau majoriti boleh menilai yang ia menyeleweng dan menyimpang dari ajaran Islam yang sebenar, tapi kenapa masih ada je orang yang nak mengikut....'

    sebab mentaliti masing2 anggap diri x mampu nak faham Islam, mentaliti nak berguru baru leh faham, mentaliti malas berfikir. ironik kan? kata Islam itu mudah, tp bila nak fahamkan ajaran Islam tu kena cari guru pulak dulu. sekali dpt ajaran sesat nak salahkan siapa? salahkan diri sendiri sbb malas berfikir.

    Allah dah bagi Quran suruh baca, fikir dan faham xmau buat. sibuk berguru sana sini; nak org fahamkan utk kita. konon takut sesat. padahal, berguru pun boleh sesat jugak. even guru yg x sesat pun, berbeza2 pula fahaman dia. mana yg Allah kata x wajib, diwajibkan oleh guru. mana yg xde, diadakan. last2, Islam dilihat susah. x heranlah ramai je org yg ikut ajaran sesat. sbb mereka nak Islam, tp Islam yg dijumpai terlalu mengongkong. itu x boleh, ini x boleh. padahal, prinsip deen Islam mudah.

    BalasPadam
  23. lari topik:

    kalo nk terjah blog nex time bole usha blog minah ni, cute

    http://www.shadawentz.com/

    bye.

    BalasPadam
    Balasan
    1. ok dah terjah.. betul cute! kalau jmpe lagi blog cenggitu, tempek ye :)

      Padam
    2. hoho mmg menarik...aku follow hehee XD

      Padam
    3. comel katun die

      Padam
  24. Tu lah dia agenda syaitan laknatullah yang berlumba2 menyesatkan manusia. Syaitan2 nipun ada contest, siapa yang paling hebat sesatkan manusia dapat hadiah dari Iblis the chief syaitan. Tengok ni :
    Dialog Dengan Jin Kafir KLIK SINI

    BalasPadam
  25. kata orang.. malu bertanya sesat jalan.. kadang2 bila x tahu pasal agama.. malu nak mengaku.. nak beli buku agama.. malu nanti kawan2 nampak.. tahu pulak kita tak reti agama. nak tanya ustaz sebelah rumah.. malu.. nanti kantoi kita tak reti semayang rupanya... lepas tu.. pandai2 berlajar sendiri.. dapat cikgu yang betul.. alhamdulillah.. dapat cikgu yang salah.. jadi macam diorang ni lah. semuanya sebab malu..

    BalasPadam
  26. Seriously saya orang Global Ikhwan.

    Lagu power kaabah tu da hafal kot.


    Ha ha ha ha

    Pembaca tegar B.O

    BalasPadam
  27. Sdr/i,

    Maka hendaklah kamu bertanya kepada ahli zikir (alim ulama) seandainya kamu tidak mengetahuinya. - Surah al-Nahl: Ayat 43

    Jgnlah nak buat ulasan ikut akal shj. Belajar mmg kena berguru waimah utk kenal ABC pn dh berguru.

    Sesungguhnya ulama itu adalah pewaris para nabi. Para nabi tidak mewariskan dinar dan dirham. Mereka hanya mewariskan ilmu. Maka barangsiapa yang mengambil (warisan ilmu) tersebut ia telah mengambil habuan yang paling sempurna. - Riwayat Ahmad, al-Tirmizi, Abu Daud dan Ibnu Majah

    Kitalah yg kena cari guru yg mursyid, yg diyakini pegangannya & salah silah ilmunya.

    Sekiranya ada perbezaan tgk mana rooting ilmu tu & blh berpegang kpd pendapat mana yg diyakini. Kbnyknnya hanyalah pesoalan khilaf yg cabang.

    Bahayanya bljr tanpa guru yg betul sebagaimana yg noob citer atas ni la.



    Wallahualam, peringatan utk diri sendiri.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Quran 9:31- They have taken their scholars and monks as lords besides Allah , and [also] the Messiah, the son of Mary. And they were not commanded except to worship one God; there is no deity except Him. Exalted is He above whatever they associate with Him.

      apa pun yg dipelajari, hendaklah kita sahkan sendiri, iaitu merujuk kpd sumber asal iaitu quran dan tidak mengikut membuta tuli. Ambil peringatan drp penganut agama terdahulu. Jgn jd golongan yg dikisahkan dlm quran ayat 5:104 dan 8:22 serta 25:44. Main ikut tanpa guna akal yg diberikan ALlah.

      Padam
  28. Inilah salah satu jasa al Arqam. Mereka adalah jemaah Islam yang bermula dengan baik tetapi berakhir dengan buruk kerana pengikut yang taqlid buta, mengampu dan tidak mengkritik. Kalau mereka mengkritik pemimpin Abuya, sudah tentu al Arqam sekarang tidak sesat. Jemaah gerakan Islam lain kalau tidak di kritik, akan jadi sesat seeperti al Arqam.

    "Jadi manusia yang seimbang dan mengenali Tuhannya"

    -manusia-

    BalasPadam
  29. gila punya org.sewel mcm tu pun boleh percaya dia rasul.puihhh.

    BalasPadam
  30. Sori yg video pertama tu Tarian rahsia mcm Seni Silat Cekak je ak tgk....

    ak penah tgk pertunjukan gaya silat tu kt program2 kt U mmg gaya dia ad mcm solat...

    BalasPadam
    Balasan
    1. tarian atau pencak ok je kot asal bukan ibadah wajib..
      suatu yang menyalahi kalau buat sebagai ibadah wajib..

      tarian poco-poco tu pon orang kristian cipta bedasarkan gerakan kerohanian depa
      bukan tu aje chess/catur tu pon paderi kristian cipta sebab boring dok dalam gereja tu ada bishop segala..

      So kalau nak bersilat nak menari apply takda masalah asal menurut syarak tak bercampur lelaki perempuan dan yang membahakan etc..

      tapi pendapat peribadi aku kalau nak sangat pi la solat banyak2
      solat sunat berpuluh kali pon takpe.. lebih baik

      Padam
    2. silat cekak ustaz hanafi basic dia memang amik from pergerakan solat

      Padam
  31. salam..bagi aku mereka ni tidak salah..kerana mereka mencari agama mereka...dari mata aku mereka lagi bagus..kerana mencari erti agama islam itu sendiri..mereka mencari..kita yang seadanya ni, yang memaki2 mereka tak sedar yang selama ni kita hanya disuap..lahir islam..dan hanya disuap..dan x mencari x bertanya..kalau ditanya mana2 agama sekali pun..semua kan cakap mereka lah yang benar..syiah pun cakap dia lah yang benar..sama juga lah dengan kita ahli sunnah waljemaah..jadi siapa yang benar? semua menyatakan mereka lah yang benar..jadi pada aku, golongan yang dikatakan sesat ni golongan yang mencari erti agama tu..kita persoal kenapa tidak tanya kepada orang yang lebih arif? mereka juga manusia, ada kepentingan..x kira lah kepentingan dari segi apa..apa pun bagi aku berbalik lah kita kepada 2 wasiat yang diberi rasullullah..iaitu kitab allah dan sunnah rasul..semasa zaman rasul dlu islam hanya satu..x ada mazhab2.. dan x ada pecahan2 pecahan..yang ada hanya islam, dan alquran..kita semua sama..kita semua masih mencari..


    BalasPadam
  32. tanpa nama 11.01.. kejap rasa nak setuju ngan ko, kejap rasa x nak stuju plak... hrmmmm... memang betol kot, mereka ni sesat kerana sedang mencari agama tapi terjumpa yang salah.. they found the wrong one and they believe on it 100% dan sangat berpegang kepada apa yang mereka jumpa...betol cakap ko, setiap agama akan cakap merekalah agama yang sebenar, yang betol..mereka yang lahir as christian, must belive in jesus and say that their religion memang pure and betol, budhha pom sama, Islam pun sama...so, untuk mengelakkan kesesatan tu, berpegang teguh lah pada tali Allah iaiti Al-Quran dan Sunnah Rasulullah....

    BalasPadam
  33. aduhai...ajaran sesat? mana ada? ajaran benar ada laa...kalau sesat tu diri sendiri huhu!

    BalasPadam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...