Jumaat, 14 Disember 2012

54 Segmen Maharaja Lawak Mega 2012 - Minggu 5

Maharaja Lawak Mega 2012 minggu ke-5 dah bermula! Ulasan ini ditulis secara LIVE REVIEW & UPDATE, bermakna ia ditulis pada masa yang sama Maharaja Lawak Mega 2012 minggu ke-5 berlangsung. Semua VIDEO persembahan peserta dah diletakkan so kalau korang semua nak tengok kena tengok cepat2 sebelum kena remove atau blok.

Tema persembahan pada minggu ini adalah "Muzikal Komedi", biasanya kalau tema muzikal ni mesti happening kerana ada nyanyian dan muzik latar. Muzikal komedi ni biasanya makanan Jozan dengan Boboi. Kalau ikut sejarah2 lalu, Jambu untuk tema muzikal kurang sikit. Apa2pun perserta sekarang 3 dah terkeluar tinggal 8. Harap2 semua dapat buat yang terbaik kasi kita semua pecah perut.


* Setiap persembahan peserta akan dirating menggunakan Laugh-O-Meter berikut...

  • HUH??? : Tak lawak langsung, jangankan nak gelak, sakit hati lagi adalah.
  • HEH : Nak gelak boleh, tak nak gelak pun boleh.
  • HEHE: Bolehlah sikit2 gelak kesian.
  • HAHA: Persembahan yg agak menghiburkan, boleh tahan.
  • LOL: Lawak la jugak, rugi tak tengok.
  • LMAO: Memang sangat lawak sampai ketawa terbahak2.
  • ROTFLMAO: Paling lawak tahap gaban sampai pecah perut dan berguling2 atas lantai.

Wow Shiro dah mula masuk dalam kelompok Maharaja. Sebelum start gelanggang kedudukan 4 teratas adalah Jozan, Shiro, Jambu dan Boboi. Adakah Shiro akan mengulangi kejayaan Sepah dalam Maharaja Lawak 2011?

1. Shiro (Laugh-O-Meter: LMAO)


Gelanggang dibuka dengan kumpulan Shiro dengan sketsa pencuri bank the musical. Mereka guna lagu Kosong Najwa Latif, Gadis dan Bunga Rahimah Rahim dan Dag Dig Dug Haiza. Punchline yang paling lawak masa dia kata nak beli padang sorang satu untuk player bola Harimau Malaya dengan beli referee. Ajak nyanyi OK tapi Shiro macam tak berapa pandai nyanyi siap tergelak2 pulak. Cuma aku pelik ada satu part dia censored, lepas tu masa Awie komen dia cakap kalau boleh jangan buat lawak guna benda berkaitan agama, so aku assume yang dia censored tu mesti berkaitan agama. Tapi dari situ dah nampak yang MLM2012 ni bukan siaran langsung sepenuhnya, mungkin dah berlangsung awalk sejam atau 30 minit. Apa2pun persembahan mereka agak bagus, masih konsisten cam biasa.

2. Boboi (Laugh-O-Meter: ROTFLMAO)


Mereka buat babak 2 orang along tengah karaoke sekali kena kacau dengan orang tua yang gelisah. Memang banyak punchline lawak terutama part GRO tua. Lagu2 yang dinyanyikan seperti Insha Allah - Maher Zain, Anuar Zain Lelaki Ini dan Bila Resah, Gelisah Ahmad Jais dan lagu2 original mereka seperti Along Bukit Beruntung dan lain2. Masih lagi banyak censored time Nabil cakap. Seriously ada sedikit rasa tertipu pulak. Tapi apa2 pun persembahan ni sangat enjoy dan lawak, dan bonus untuk mereka sebab ketiga2 ahli Boboi boleh menyanyi dengan baik.

3. Sabon (Laugh-O-Meter: LMAO)


Sabon buat sketsa menyanyi di atas kuda kepang tanpa jalan cerita, nampak macam just to enjoy themselves, tapi rata2 penonton pun aku rasa enjoy juga walau Abon menyanyi lari tempo dengan muzik masa awal2 tengah rapping lagu Oppa Jawa Style. Lagu2 lain yang dinyanyikan seperti lagu melayu lama, lagu tamil Surangani dan Sathiya nyanyi lagu Apo nak di kato Blues Gang. Walau nyanyian mereka nampak serabut sikit tapi aku masih lagi terhibur.

4. Bandung Joker (Laugh-O-Meter: HAHA)


Sekali lagi diorang buat watak Upin Ipin kali ni episod nak cari ibu, yang sorang lagi tu jadi kawan dia Jarjit nak pedajal Upin dan Ipin conteng muka diorang dengan lagu. Lagu2 yang digunakan seperti Cari Jodoh dan Yank dari Wali Band serta beberapa lagu lain yang aku tak tahu, mungkin lagu Indonesia. Rasa kalau takde lagu agak boring, tapi sebab ada lagu maka jadi terhibur sikit. Apa2 pun kalau Les Copaque nak buat filem life action Upin Ipin versi Indonesia, boleh la amik 2 orang ni jadi watak utama.

5. R2 (Laugh-O-Meter: ROTFLMAO)


Kumpulan R2 buat sketsa orang jumpa hantu pontianak kat tepi kubur, pastu Lopez tu tanya Rahim yang jadi hantu tu camana dia boleh mati jadi hantu. Macam2 la cerita tapi tak mati pun, antara punchline yang lawak bila dia tanya hantu tu "Ko cerita banyak2 nak bagi aku sakit hati kenapa?" pastu hantu tu jawab "Yang Ko nak sangat aku mati kenapa?" hahaha. Bagi aku ni persembahan paling terbaik R2 sepanjang MLM2012, malah kedua2nya pun boleh menyanyi dengan baik. Lagu yang dipakai lagu Sudirman Pelangi Petang dan Tanggal 31 Ogos, tapi Awie tegur jangan guna lagu patriotik untuk persembahan lawak.

6. Jozan (Laugh-O-Meter: ROTFLMAO)


Jozan tak payah cerita lah, muzikal komedi memang makanan diorang. Johan nak pergi audition teater muzikal jumpa Zizan yang sikat belah tepi yang boleh menyanyi tapi bila cakap gagap. Johan kena tipu dengan Zizan yang menyamar jadi orang yang akan audition peserta. Banyak lagu2 yang dipakai seperti
Jamal Abdillah Salam Aidilfitri, Semalam yang hangat Wings, Sleeq & Najwa Latif Untuk dia hidung belatuk, Malique & Najwa Kau yang punya, M. Daud Kilau Cek mek molek dan lagu original diorang aku rasa. Sambil2 tu sempat lagi bahan Dina Era.fm. Best memang best, cuma Zizan ni kadang2 aku perasan selalu terlepas cakap, macam dia cakap bunyi anjing masa penonton tengah sorak.

7. SayWho (Laugh-O-Meter: LMAO)


Diorang bertiga jadi kumpulan penyanyi nak buat persembahan dekat JB, Kelantan dan Negeri Sembilan dengan yang Bocil kecik tu jadi macam Yusry KRU. Start dengan lagu KRU Fanatik, lepas tu Aku yang tersakiti Judika, Hotel california dan yang paling lawak dan buat kejutan masa Bocil nyanyi lagu Pencinta wanita Irwansyah versi kelate ambo meme minat ke ore tino. Isi2 lawak diorang cam biasa la, membahan perempuan yang besar tu dan Bocil yang kecik tu.

8. Jambu (Laugh-O-Meter: ROTFLMAO)


Persembahan Jambu merupakan penutup yang sangat best malam. Sketsa mudah je pasal Yusry yang tengah frust dengan kawan nak order makanan kat kedai. Apa yang aku kagum, semua jalan cerita utama dia diceritakan melalui lirik lagu dan ia sangat jelas. Biasa kumpulan lain part diorang nyanyi lagu aku cuma terhibur, tak gelak, tapi lirik lagu Jambu ni pun dah buat aku gelak. Lagu Malique & Black Teman pengganti tu part lirik nak tumbuk kawan dengan pergi jamban bersama tu memang lawak gila. Lagu2 lain seperti Adele Someone like you, Price tag Jessie J, Menaruh harapan Zaiton Sameon, M. Nasir Tanya sama itu hud-hud, Najwa Latif Kosong dan lagu dangdut Goyang Inul Daratista. Dan serius aku sangat tak sangka diorang berdua Yus dan Tauke boleh jadi sangat bagus untuk persembahan muzikal komedi ni.


Peserta terkeluar minggu ini: Tiada

Kesimpulan:


Secara keseluruhan minggu ni rata2 semua best dan aku sangat terhibur. Seperti dulu kalau tema muzikal komedi mesti happening gila. Kadang2 persembahan yang biasa2 pun boleh jadi lawak dengan bantuan lagu dan muzik background. Nampaknya persaingan semakin mencabar dan sengit. Dan benda yang tersangka malam ni adalah peningkatan mendadak R2 dan kumpulan Jambu dapat buat muzikal komedi dengan baik sekali.

Minggu ni tiada penyingkiran, yang mana aku rasa undian paling terendah adalah R2, tapi bak kata Awie mereka selamatkan R2 untuk minggu ni kerana persembahan R2 sangat bagus. Kalau ikut prestasi mingguan, Bandung Joker yang harus tersingkir minggu ni.

Ranking aku untuk persembahan peserta minggu ini:

1. Jambu - ROTFLMAO
2. R2 - ROTFLMAO
3. Jozan - ROTFLMAO
4. Boboi - ROTFLMAO
5. SayWho - LMAO
6. Shiro - LMAO
7. Sabon - LMAO
8. Bandung Joker - HAHA

* Kredit: Video oleh wwwGuatvdotcom.




tags: segmen review ulasan maharaja lawak mega 2012 2011 mlm jambu jozan shiro boboi sabon balas bandung jokers r2 saywho da di du pmai peserta ranking rating undian keputusan tersingkir kedudukan teratas terbawah ac mizal hos juri awie wings lisa surihani wulan guritno najip ali video penuh download youtube hd astro mustika warna markah episod minggu 5 

54 ulasan:

  1. Balasan
    1. hmmm anon busuk dah menjelma semula dalam bentuk akaun berdaftar. tolong tukar la nama ahmad tu buat busuk nama tu je. ahmad tu maksudnya "Yang terpuji", tapi sikap ko ni adakah yang terpuji?

      Padam
    2. ahmad yg terbusuk

      Padam
    3. tukar la nama tu ahmad.aku ada nama lain yg lebih sesuai dgn ko...benjamin netanyahu.

      Padam
    4. usah di layan si ahmad ni, biar dia meroyan sorang2. ini budak sekolah byk malas belajar. suka melepak dkt cybercafe sambil menghabiskan duit mak bapak.

      bajet komen mcm bagus tp haprak. puihhhh..

      Padam
    5. aie ni ntah ape3 ntah...semua x boleh apa yg bole,pikir yg positif la awei woooooo..........

      Padam
    6. Ahmad si forever alone.. kesian dia...

      Padam
    7. Ahmad is forever alone, get a life dude!
      Ahmad is forever alone, get a life dude!
      Ahmad is forever alone, get a life dude!

      Padam
  2. video kat youtube minggu lepas suara tak clear. Terpaksa tunggu ulangan kul 4 ptg esoknye.

    BalasPadam
  3. best best malam ni ...nak tengok jozan ...

    BalasPadam
  4. hooyeah! kembali merampas takhtza top komentar....x sedar aku top komen untuk minggu ni......

    BalasPadam
  5. 1. Jambu
    2. Saywho
    3. R2
    4. Jozan
    4. Boboi
    5. Shiro
    6. Sabon
    7. Bandong joker

    BalasPadam
    Balasan
    1. serious kau letak saywho no2 ?....
      shiro kau letak no 5 ? tengok ke tak ni ?

      Padam
  6. ye ke xlive?
    kan depa ada buat reherseal..
    so.. org tv dh tau kat mn nk silentkan word2 y kontroversi..
    :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Lol

      Samaada teknikal ASTRO ni hebat leh mute censored word tepat pada masanya sebab dah ada wat rehearsal?

      Atau dah rehearsal nak cakap censor word hanya gerakan bibir tak boleh ada suara

      again lol XD..

      Padam
    2. Memang peraturan penerbitan untuk censor mana yang sensitif, Kalau perasan saluran biasa satelit ada delay dalam 5 saat lebih kurang dari siaran tv biasa, 5 saat cukup untuk censored/mute perkataan tertentu.

      Juga kalau perasan masa iklan tu pon memberi masa/ruang untuk pasukan teknikal melakukan suntingan.

      Padam
  7. Pembetulan: Johan bkn nyanyi lagu ciptaan sendiri. Dia ambik lagu Project Pop - Pacarku Superstar. Lagu yg penah top kt indon. Project Pop - Pacarku Superstar

    BalasPadam
  8. I disagree with u. Saywho deserves ROTFLMAO!!

    BalasPadam
    Balasan
    1. wtf saywho deserves HUHH?
      tak faham...patutnya diorang kena ambil class BMelayu or letak subtitle macam sinetron tu..kan ?

      Padam
    2. tak payah nak banggakan sangat dengan sinetro indon la.julia perez hina drama melayu lagi mau backup org2 indon.

      Padam
  9. I disagree with u. Saywho deserves ROTFLMAO!!

    BalasPadam
  10. Air censored aper lebih baik AC? huhu

    BalasPadam
    Balasan
    1. tula pasal, air ape yg dicensored tuuu?

      Padam
  11. kalau camtu, bola pun x live lah jugak????

    BalasPadam
  12. apa faedahnya korang tengok rancangan ni???? dari musim pertama aku x pernah tengok pon rancangan ni......

    BalasPadam
    Balasan
    1. sebab lawak ko tak sehebat mereka
      lol XD

      Padam
  13. Balasan
    1. Win kepala hangguk ko

      Padam
    2. ahmad the winner of forever alone!!!

      Padam
    3. aik.. dah berenti melalak la plk si ahmad malam ni.. dah kojol ke apa? huhuhu

      Padam
    4. Ahmad terkena sindrom buasir otak yg kronik menyebabkan sindrom2 putus wayar pd bahagian otak.

      Setelah sembuh dari penyakitnya mungkin dia akan menyerang lg blog ini. beware noob. virus tuh

      Kah3.

      Padam
  14. Salam Admin,
    Saya pernah tonton MLM ni live, rasanya bukan delay sampai 1 jam atau 30 minit, tapi delay dlm 5-10 saat. So, kalau delay dlm 5-10 saat, mmg sempat diorg mute kan audio tertentu... hanya pandangan peribadi saya.
    (kalau kita tgk bola live di rtm dan astro pun ada beza delay tu...)

    BalasPadam
  15. to buasir otak: yang shiro bagitau tu masjidilharam , tu yg die kate letak kat situ .. duit keluar jadi halal.. untuk pengetahuan buasir otak je la

    BalasPadam
  16. buat afi zani,bkn masjidilharam,dye ckp bank islam,harap lebih peka,xkan lah dye nak permainkan name tempat paling suci umat islam :)

    BalasPadam
  17. masjidilharam ke bank islam ke kadang2 kalau org dh excited nak berlawak ni die terlupa ape yg die ckp tu sensitif ke x.bg saya betulla tndakan astro mutekan sstengah dialog utk mnjaga snsetiviti penonton, kalau x wat mcm tu kang xpasal2 maharaja lawak kene banned.ingat tak pasal kes rosnah mat aris dlm rancanga kat tv3 tu.

    BalasPadam
  18. aku ulang2 ASTRO BEYOND :

    SHIRO cakap "BANK ISLAM", kena sensor.

    nabil ade cakap "GELI TAK SAH" kena sensor.
    ade satu tu nabil panggil APETAH, pon kena sensor. mungkin dia ckp "SOHAI" kot.

    btw : admin, aku x minat la dengan BOBOI MLM 2012 kali ni. spoil la show diorg tiap minggu

    BalasPadam
  19. aku ulang2 ASTRO BEYOND :

    SHIRO cakap "BANK ISLAM", kena sensor.

    nabil ade cakap "GELI TAK SAH" kena sensor.
    ade satu tu nabil panggil APETAH, pon kena sensor. mungkin dia ckp "SOHAI" kot.

    A.C ade cakap air "KAKI" kena sensor.

    p/s : aku x minat la dengan BOBOI MLM 2012 kali ni. ingatkan ade nabil lagi tambah best. BOBOI mase MLM 2011 lagi syok.

    BalasPadam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.