Iklan Leaderboard

Khamis, 6 Disember 2012

56 Segala cacian hanya membuatku rasa sifar

Segala kata cacian, yang telah engkau berikan, membuatku rasa kosong .. kosong ooowh... setiap detik diperhatikan, kau cari cara putar belitkan, kau jadikan diriku sifar... sifar oowwh... Jom layan antara cover2 terbaik lagu Kosong oleh Najwa Latif di Youtube.


Keesamus, penyanyi Youtube dari Thailand walau tak reti cakap melayu tapi banyak nyanyi lagu melayu.

Busuk Wangi Julianda penyanyi dari Indonesia

Dian The Daisy, penyanyi youtube yang bakal menggantikan Najwa Latif dan Ainan Tasneem.

Yanti, seorang lagi Najwa Latif wannabe.

Hmmm...

......

Aku tak tahulah tapi ini adalah cover yang paling ohsem dan fenomena sekali antara banyak2 serta cover lagu kosong yang paling banyak ditonton (kategori orang tempatan). Tapi aku cukup kagum dengan kebanyakan viewer dan penonton yang memberikan rating hijau yang begitu tinggi serta komen2 yang menyokong dan memberi moral support kepada penyanyi youtube Nur Firdaus ini walaupun ada sebahagian kecil yang mengutuk. Seriously, this guy deserve respect lebih daripada semua anon2 kat sini termasuk aku sekali yang menyorok disebalik avatar Patrick Star illuminati.


Btw seperti ramai yang mungkin sudah tahu, takde angin takde ribut, penyanyi asal lagu sifar ni yang baru habis SPM iaitu Najwa Latif baru dilanda satu kontroversi yang dikaitkan dengan bapanya seperti di Berita Harian ni:
Bapa kecewa dengan Najwa

Setahun menahan perasaan berdepan kerenah anak-anak, Abdul Latif Ismail, 51, tidak mampu lagi membendung kesabarannya.

Petang Isnin lalu, tatkala sibuk menyiapkan tugasan di pejabat, penulis menerima panggilan daripada seorang lelaki yang memperkenalkan dirinya sebagai bapa kepada bintang sensasi YouTube, Najwa Latif.

Penulis sendiri pada mulanya ragu-ragu, apakah benar lelaki di hujung talian ialah bapa penyanyi lagu Cinta Muka Buku itu. Tetapi daripada rentetan ceritanya yang terperinci, mustahil lelaki itu mahu menipu.

Mendengar rintih hiba lelaki terbabit, lantas menebalkan keyakinan penulis dialah bapa remaja popular itu. Latif pada mulanya meminta cerita ini ditulis dalam bentuk gosip, tetapi kami berpendapat lebih baik penjelasan sebenarnya yang dipaparkan.

Setelah berbincang, dia akur. Bukan berniat membuka pekung di dada, Latif lakukan semua ini kerana mahu anaknya kembali ke pangkal jalan dan memohon maaf kepadanya sebelum dia menutup mata.

Katanya, sudah lama dia ingin menjelaskan kedudukan sebenar bentuk hubungan bersama anak yang dikatakan keruh.

Bagaimanapun, mengenangkan Najwa bakal menghadapi peperiksaan penting Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Latif yang juga seorang jurulatih renang tidak mahu tindakannya mengganggu tumpuan anak sehingga menjejaskan prestasi gadis berusia 17 tahun itu.
“Saya tidak teringin langsung hendak menumpang popularitinya, atau mahukan duit mereka. Saya sendiri ada pendapatan yang kukuh. Apa yang saya inginkan ialah anak-anak datang berjumpa serta memohon maaf sebelum saya menutup mata.

“Cukup-cukuplah menjadi anak derhaka! Saya mengaku saya seorang yang garang, tetapi demi Allah, tidaklah sehingga naik tangan. Kecuali jika tindakan mereka benar-benar mencabar kesabaran, barulah saya berbuat demikian.
Lagi berita di Beautiful Nara. Najwa Latif serta kakaknya Ika juga ketika ditanyakan pasal isu ni mereka tidak mahu memberi sebarang komen seperti di MyNewsHub ni.


Bila timbul cerita kontroversi bapa-anak selebriti ni teringat pasal kisah bapa Lee Chong Wei yang dikatakan mahu membunuh diri di Jambatan Pulau Pinang serta kesedihannya ketika LCW kahwin. Bagi aku adalah perkara biasa dalam sebuah keluarga tu ada masalah, tapi rasanya tak perlulah diceritakan di media. Hal keluarga kita setel sendiri2 dalam keluarga, tak perlu orang luar tahu.

Based on berita tu, difahamkan mak bapak Najwa Latif dah bercerai dalam tahun 2008, masa tu Najwa Latif dah form 1. Tapi sebagai seorang detektif, aku dapat tahu daripada blog Najwa Latif sendiri yang ayahnya yang merupakan seorang guru Geografi yang menjadi pendorong dan yang menghantar beliau ke kelas muzik dan membelikannya gitar. Dan daripada entry2 lain juga, aku dapati Najwa Latif ni amat sayang pada bapanya seperti di Kesayangan yang akan selalu disayang, Mari belajar bersama, Hijab, Vlog 3 dan akhirnya sekali Selamat Hari Bapa ; Vlog :). So aku assume konflik ini start berlaku lepas Najwa Latif dah start jadi artis dan popular.

Aku tak tahu apa masalah dan konflik yang timbul, tapi walau apapun aku harap hubungan bapa Najwa Latif dan anak2nya dapat pulih seperti dahulu. Mungkin Najwa Latif dan bapanya dapat mengimbau dan mengingati kembali saat2 manis mereka bersama suatu ketika dulu agar dapat membuang segala yang keruh, ambil yang jernih, baru teguh peribadi, teng teng teng teng teng teng....




tags: najwa latif lagu kosong cinta muka buku sahabat carta hati cover keesamus wangi julianda gambar seksi dian the daisy yanti taufiq nazli aide syahmi covers nur firdaus fenomena nyanyi artis selebriti youtube youtubers vlog vloggers anak derhaka pada bapa abdul latif ismail kecewa kakak ika tiada komen diam diri aib salah facebook twitters cerai guru geografi blog ayah papa daddy father lee chong wei bunuh diri jambatan pulau pinang sedih kahwin wong mew choo isu kontroversi gossip konflik gaduh sengketa mohon kembali pangkal jalan dibuai leka populariti 

56 ulasan:

  1. Balasan
    1. *masuk dalam seluar*

      Padam
    2. peh....best la tempat ni...bau kencing yang sangat menyegarkan....dah berapa hari x cuci seluar?

      Padam
  2. sapa najwa latip ni?kehkehkeh..

    BalasPadam
    Balasan
    1. mak kau. kih kih kih...

      Padam
    2. nenek ko sendiri pun x kenal? cucu jenis apa ko ni? apalah nak jadi budak zaman sekarang.....

      Padam
    3. girlfriend pon dah lupe :)

      Padam
  3. news...media...mmg dorang cari makan atas menjaja nama org lain...

    teng teng teng? tu bunyi ko plucking guitar ka noob? ^^

    BalasPadam
  4. Memiliki seorang abi, seorang ummi, dua orang abang, dua orang kakak dan seorang adik lelaki benar2 menjadi warna yg mencorak siapa saya hari ini.
    jadi jangan berhenti menyayangi mereka.

    BalasPadam
  5. Noob...thats why la sebarang ketidakpuasan hati dengan keluarga, msalah demgan keluarga dll aku tak citer kat sesape..even best fren forever..sebab tak mau jadi makin keruh n tak mau jadi aib keluarga..i still luv them.
    Tapi BFF desak share da feeling..
    Tapi aku bukan jenis camtu..
    Aku pendam je.
    Kalau tak tahan nak luah sangat aku tulis atas kertas. Pastu renyuk.koyak. Campak. Lega..

    Merepek pulak kat sini.. Erk

    BalasPadam
    Balasan
    1. Oh..by da way, aku seorang perempuan.

      Merepek lagi..erk

      Sory malas buat nik nama....zzzz

      Padam
    2. kan? kalau sekali je terbuka mulut cite kat sesiapa, confirm terus huru hara jadinya. habis semua pekung didada.. yg keruh bertambah-tambah keruhnya

      Padam
  6. Suara dia macam sial but he have my respect.. xD

    Kah3 good job Mr Nur Firdaus xD

    BalasPadam
    Balasan
    1. Dia sial... abis ko? Hebat sangatkah? pui

      Padam
    2. grammar aku salah ke?keh3 tq betulkan coz aku dalam tempoh belajar wekekeke xD

      Padam
    3. Jgn tegur budak ni. Budak ni hanya tau hina dan nasihat orang. Budak ni lupe cermin diri ke? kah kah kah
      Budok ni ntah ape2, bangga sgt dgn ayat butt..,fuu...ass... etc. Budak lu dah pandai sangat ke?

      Padam
    4. kutuk orang hahahahah diri sendiri bodo kah3

      Padam
  7. cik plain merampas tahta komenter secara senyap2

    BalasPadam
    Balasan
    1. taufik.. macamna tuan rumah pun ada dalam top komentar tu. ;)

      Padam
    2. Ko kata boikot zionis tapi ketua ko sendiri sokong zionis. Setiap tahun puak ko adakan huru hara. Tahun depan 12/1/2013 ape lakonan lagi? Lebih baik masuk neraka JAHANNAM lah. Puak minoriti yang sakai ini hanya tahu menyusahkan orang jer.

      Padam
    3. tuan rumah tak aci la blog dia confirm komen saja kerjanya haha

      Padam
  8. Najwaahhhh vs Latiffff

    Mamat Fidaus tu awesome gak...

    BalasPadam
  9. tajuk entri ni mengisahkan perasaan encek noob yang "0" bila dicacimaki anon anon di serata blog sekalian alam?

    dan tahniah plain merampas takhta top komentar..

    BalasPadam
    Balasan
    1. roti canai najwa latip 1.....

      Padam
  10. Eleh sama je tanpa nama dengan orang yang ada ID berdaftar yang menggunakan gambar kartun. Hmmm tak payah la nak sekat komen sape2 pun. lol
    Wow ada yang sanggup daftar dan semata2 untuk komen. Ha ha ha sungguh sadis :(
    Promosi blog umpan dengan gambar perempuan. Orang tua ni pandai betul. Lebih baik komen kt mynewshub lagi popular. Sedih teringat arwah Yasmin J Hunwick.

    BalasPadam
    Balasan
    1. komen mcm org gila, ni admin mynewshub ke apa. lagipun apa kaitan arwah dgn ini cerita? nyanyuk ka

      Padam
    2. ni bukan mcm org gila.. tapi memang gila terus dah ni. layak apply hospital permai kah3..

      Padam
  11. keesamus WIN..jatuh cinta pulak dah..

    BalasPadam
    Balasan
    1. semalam aku pernah merayap masuk dalam seluar dia.....aku rasa dia ni jenis tak basuh lepas buang air.....pikir 2-3 kali klau ko nak buat bini.....

      Padam
  12. lupa daratan nye budak
    dah la suare cm tak pecah lagi

    BalasPadam
  13. mana lak Lipas #1 dan Lipas #2 ni? tak bangun2 lagi ke? matahari dah tegak dah ni....

    BalasPadam
    Balasan
    1. siak ah. bekas mekdi xbnyk kt sampah blkg ni. boikot2 ni nyusahkan.

      Sent by Maxis Via BlackBerry®

      Padam
  14. utk anak : hargai ibu bapa semasa masih ada...
    utk mak bapak : fahami, bimbing, dan bijak utk didik anak2... jadi garang pon tak guna kalau anak2 pk bukan2.

    BalasPadam
    Balasan
    1. hanis baharom?

      Padam
    2. kenapa off blog? anon terjah melampau eh? buduhkan anon2 yg mcm tu.. aku pun x faham apa yg dorg nak sbnrnya

      Padam
  15. apa ni isu keluarga smpai semua tahu..play safe n low la
    apa2 pun semoga mereka berbaik2 semula =D

    BalasPadam
  16. Kalau aku jumpa JuNoob ni, aku sepak buntut dia. Ko ingat ko bagus ke?

    BalasPadam
    Balasan
    1. wow ganaz nyer. tanjat boboboi.. puii..

      Padam
  17. hana baru tau pasal kes najwa ni.. cmna cerita dia sebenarnya.. bapa dia terasa hati kot najwa xbalik rumah.. cmtu? dia kan belajar nak SPM.

    BalasPadam
    Balasan
    1. ye mmg pakcik terase. pakcik rindu anak2 pakcik tu. derang duk key ell parti sakan pk cik kat sini menahan rindu. sedih pakcik x terkata. jgn kan kata blik kg. tweet pakcik pun x. dulu kata ada even kt jb. pe salah singah jap pekene duryan. wawa dulu ske mkn duryan musang king pakcik tanam dari tahun 514SM lg. pakcik sedih. sedih sgt. wuwu

      Padam
  18. banyak2 cover kt atas tu, satu je yg sy dgar smpai abes.wangi julianda.dia nyanyi dgn pnuh smgat.kalau dpt dgar njwa latif nyanyi mcm tu mmg best gile.si yanti tu mata die mendelik-delik sngt, dh mcm anime hidup sy tgok.

    BalasPadam
  19. belum lagi dengar org cerita masalah rumah tangga kat dj radio.. boleh selesai masalah ke bila masalah kita jutaan orang yang mendengarnya..? haih

    BalasPadam
  20. tu baru dlm radio..dah jd trend skrg gaduh ckit citer dkt satu dunia .. ckit2 citer dlm fb, xphm aku.. kan baik jika di luahkan kpd rakan2 rapat. masalah peribadi bg aku bkn senang nak share ngan suma org. at least org tu mmg muka tak malu.

    sbb tu ade kes, sbb muka buku org bleh gaduh, cerai, pukul, curang.. sbb pendapat masing2 tak sama. byk ade yg mengambil kesempatan. lg2 pempuan.

    mohon najwa latip mintak maap dkt bapak dia melalui muka buku hehehe.

    BalasPadam
  21. pasni mohon cik najwa, reka lagu "ku pohon maaf di muka buku"

    BalasPadam

  22. tapi biarlah masalah dalaman selesai secara keluarga

    BalasPadam
  23. Ntahnye sibuk kisah orang
    bila tanya kisah nabi terkedu takleh jawab.

    BalasPadam
  24. internal conflict... xperlu nak kecoh2... bior lah deme settle sdiri... x gitu?

    BalasPadam
  25. zaman rasa kosong dah lama berlalu...........

    BalasPadam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...