Iklan Leaderboard

Jumaat, 14 Disember 2012

78 Nak naik kenderaan ini harus bawa bekal

Teka teki untuk hari ini... Dalam banyak2 kenderaan, kenderaan apa yang kalau korang naik haruslah bawak banyak bekal?

Kapal terbang Air Asia?

Kapal persiaran/cruise mewah?

Kereta Ferrari?

Proton Saga?

Lagi Proton Saga?

Honda Civic model baru?

Honda EX5 yang dah korek blok?


Salah semua salah... jawapannya adalah...
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

Yaaa kenderaan ini... Tak kira korang kaya ke, miskin ke, pangkat tinggi ke, rendah ke, menteri ke, raja ke, rakyat marhaen ke, satu hari korang semua akan naik kenderaan ini, tak payah duduk, boleh baring siap ada driver lagi. Tapi rasa2 bekal dah cukup ke untuk naik kenderaan ni?


Dan satu hari mungkin anda juga berkesempatan menemani suami, isteri, adik beradik, ibu, bapa, anak atau sahabat menaiki kenderaan ini. Bagi mereka yang masih memiliki orang tersayang, cuba bayangkan selama ini anda tidur berdua di atas katil, selepas ini anda tidur seorang diri tanpa suami/isteri tersayang. Bayangkan ruang tamu anda yang selama ini tak pernah sunyi dengan gelak ketawa anak2, kini sunyi sepi. Bayangkan orang yang selalu beri anda duit untuk belanja universiti, kina tidak dapat lagi memberi anda wang ringgit.

Adakah kita sudah bersedia untuk menaiki kenderaan itu, atau sudahkah bersedia untuk kehilangan orang tersayang? Suka atau tidak, satu hari kita pasti akan hadapinya juga, so bersedialah.

Ingatan ini untuk anda dan diri ini jua... Salam Jumaat...




tags: teka teki bekal kenderaan bekalan kapal terbang aeroplane kapal persiaran cruise kereta ferrari proton saga flx 1st generation honda civic ex5 dream sprit mat rempit racing van jenazah ingat mati

78 ulasan:

  1. kalau tak guna van mayat acaner plak?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Jalan kaki. Tak de modal lah tu...

      Padam
    2. guna lori pon boleh :)
      orang dedulu usung je

      Padam
  2. Irony nya masa sihat ni lah manusia akan leka, alpa dan lalai mengingati Tuhan, tapi apabila menghampiri mati esok baru sedar yang Tuhan tu penting.

    BalasPadam
  3. Bila tengok banyak nya gambar kereta tu aku tersentap seketika akan satu realiti yang dekat dengan keluarga ku. Aku tak berkereta tapi selalu tumpang kereta kakak-kakak ku ke tempat yang jauh. dalam perjalanan kami selalu melihat kereta2 yang mahal & canggih serta berdiskusi mengenainya. Apa yang selalu aku dengar keluhan kakak2 ku tadi adalah "bila lah aku nak merasa honda, Bmw, merc dll". Aku cuma berharap agar kakak2 sentiasa bersyukur dengan apa yang ada, tapi aku bukan jenis yang suka cantas terus supaya jgn mengidamkan benda2 yang membazir tapi pada masa yang sama aku selitkan dengan kata2 yang berlapik seperti. "kalau dah dapat pakai merc besok, takdanya kita hairan dengan kereta 2 kat jalan lagi, mesti dah jadi kebiasaan".

    BalasPadam
  4. kematian adalah satu perkataan yang jarang sekali diucapkan mungkin kerana takut. Kenapa perlu takut jika anda telah berusaha sehabis baik. Dalam konteks kehidupan adalah satu perjalanan ujian, kelahiran pula adalah permulaan kepada ujian, maka logiknya mati adalah tamat nya ujian itu. Jika anda membuat persediaan yang cukup, anda akan yakin ujian itu akan lulus dengan warna beterbangan. Jadi kenapa perlu takut. Ni mesti tak buat keja rumah...

    BalasPadam
    Balasan
    1. dah cukup ke?
      cukup ke tak cukup macam periksa upsr/srp/spm/dip/degree kena periksa juga.

      So cukup ke tak amalan bekalan tetap akan mati

      cuma satu la tak macam periksa didunia mati ni tak tau bila :|
      tu kena bersedia sentiasa..

      Padam
  5. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  6. nape aku rase mcm PON ni dpt idea utk buat entry yg ni dari bace komen2 kat post yg die tulis psal fahrain 5 hari yg lpas tu? hurmmmmmmmmm.......

    BalasPadam
    Balasan
    1. forever desperate sentap?

      Padam
    2. forever desperate forever desperate forever desperate
      forever desperate forever desperate forever desperate
      forever desperate forever desperate forever desperate
      forever desperate forever desperate forever desperate

      Padam
  7. Balasan
    1. orang bodo/kaki spam macam kamu patut dibanned

      Padam
  8. Balasan
    1. Apa yg ko komen ni syaithoon.

      Padam
    2. dia teringin nak kalah kan si Ahmad yg dah terkena bahana buasir otak tu dgn menjadi the top komentar mingguan ini.. biorlah dia

      Padam
    3. haha.. kantoi... "let us all unite and celebrate together the top commenter" adalah "thehellwiththeworldtoday-_-1st"

      welcome home munyit the hell. we all miss u cooooooooo much!

      Padam
  9. Anak ikan main teng teng, apa kejadah hampa mengarut ni babeng.

    BalasPadam
  10. Rumah dekat ngan kubur
    So tak perlu van walaubagaimanapon kena usung gak.. lam keranda ke apa..

    tu teka teki kenderaan apa satu penumpang ramai pemandu hahaha.. :)

    Tak kira la ko kecik tua muda lelaki perempuan semua akan mati..
    So apa nak takut mati ni tak payah tunggu akhirat bebila je kalau dah ajal akan mati kan..

    So nak taknak kena la bersedia..

    Selamat bersedia untuk mati kawan-kawan

    BalasPadam
    Balasan
    1. masalah nya yg tua bangka pun taksedar diri esok lusa nak masuk kubur pun masih galak wat dosa. mati tu satu yg pasti, sapa2 pun kalo ditanya nak mati ke nak idup mesti jwb nak pjg umo takmo mati lagi.

      manusia mcm kita sentiasa takutkan mati.. sbb dosa byk betimbun2.

      Padam
    2. dah tau banyak dosa pi timbun lagi buat apa?

      Padam
  11. kereta yg sering kite lupekan.....insaf di pagi Jumaat...:(

    BalasPadam
  12. noob.. ko x minat bola ke? kesian harimau kena pijak dgn gajah malam tadi
    sorry #offtopic

    -p-

    BalasPadam
  13. lawak dari blog keretamayat ke noob??

    BalasPadam
  14. adakah menaiki van salah satu rukun wajib kematian? klau x naik van, x sah kematian kita?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Apa yg ko merepek ni syaithooon..

      Padam
  15. terasil danda: apakah bodoh soklan anda tuh... bongok... dah mati, mati ah, ko naik van mayat ke, kapal terbang ke, kete kebal ke, ko tetap dah mampusss .. paham... mane ade rukun2.. nak buat lawak pun agak2 ah derrrr

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar. [as Asr 103:3].

      Ramai orang boleh menasihati dengan kebenaran tetapi berapa ramai boleh menasihati dengan kesabaran? Sabar perlukan mujahadah dan hikmah. Benda yang buruk (sampah) kalau tidak ditegur, akan membusuk dan tidak disukai orang ramai.

      :)

      :)

      Padam
    2. nasihat yg berhemah disukai ramai~(bgm Singer)

      Padam
  16. adusss,,,, insaf,, seramnya,, rasa macam bukan setakat tak cukup bekal.. rasa macam tk bawak bekal pun ada,,, :'( mujadafewa.blogspot.com/

    BalasPadam
    Balasan
    1. van mayat sekang bnyk masjid pki dah kebanyakan la..siap ada bayan yuran khairat kematian~

      Padam
  17. cap ayam
    http://padieblur.blogspot.com/2012/12/cap-ayam.html

    BalasPadam
  18. saya selalu pikir.. kan best kalo dapat rebut peluang mati syahid kat palestin.. confirm dapat pass masuk syurga... kat dunia ni pun sementara je pun.. buat semak kepala dan hati je... tuk kejar kejayaan duniawi..
    kawan seperjuangan saya dari palestin.. sanggup jual kereta untuk sambung belajar kat malaysia dan pengalaman dia di sana.. jika zionis datang menyerang rumah.. anak-anak semua akan bersiap berwuduk dan pakai cantik-cantik... mereka tidak akan keluar dari rumah dan biarlah mati bersama dengan keluarga...

    kita kat malaysia aman.. tapi generasi kini punya masalah akhlak dan sosial

    BalasPadam
    Balasan
    1. Anak palestin mati syahid.
      Anak melayu mati katak dek rempit.

      Padam
    2. Kalu sebut bala bukan hanya bencana alam + perang. negara kita aman tp tgk rakyatnya skrg mcm mna prangai akhlak. xubah mcm binatang. ni pun bala gak. bila islam hnya pd nama sahaja tuhan akan cabut iman dlm hati dan diberi nikmat yg melimpah ruah supaya manusia lupa pd dia.

      Pd masa tu tunggu jelah bala sebenar spt yg berlaku di acheh.

      Padam
    3. sebb kebanyakan hidup tak susah mula 2 tu bnyk yg tak de syukur2

      Padam
  19. selalu orang kata alang2 jahat biar jahat trus..Klu syaitan tak pernah jemu nk bawa manusia ke neraka..Knp kita mesti rasa jemu nk usahakn diri utk ke syurga.

    tahu tak nak buat jahat lagi susah nak buat baik!
    ada bran?

    http://ohgadisitu.blogspot.com/2012/12/nak-buat-jahat-sebenarnya-lagi-susah.html

    BalasPadam
    Balasan
    1. org tinggal sembayang 5 waktu kan dah masuk golongan2 jahat ni...senang dan rmi buat T.T

      Padam
  20. teka teki ini betul - betul memberi kesan pada jiwa ini

    BalasPadam
  21. Oh!! kereta mayat!! woha!

    BalasPadam
  22. Kalau tak bawak bekal boleh mintak kat orang tak?

    BalasPadam
  23. nice entry ah, aku jumpa blog ni kerna kenalan aku kasitaw blog nie, so 2-3 hari ni aku godek entri lame dlm blog nie.. Tapi maaf nak cakap, banyak entri lama ko DAN PENULIS LAIN DLM BLOG NI adew pic gurl yg dedah aurat. Aku just nak cakap, boleh tak remove pic gurl yg dedah aurAt tue coz haram and berdosa. Sebab ustaz Azhar Idrus katew,hARAM AND BERDOSA JIKA BUBUH PIC GURL/GUY YG DEDAH AURAT SAMADA FB, BLOG DAN DLM INTERNET UNTUK TATAPAN UMUM. Maaf nak cakap, aku as muslim and saudara islam ko just nak gitaw. Aku harap kau ambil berat sal komen NIE, JUGA PENULIS LAIN DLM BLOG NI. aKU DOK SEMPURNA SGT. aKU JUST BUDAK BIASA JEW..

    BalasPadam
  24. Owh.. sangat terkesan...(*tears*)

    BalasPadam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...