Ahad, 23 Disember 2012

19 Segmen Blog & Karier #1

Memandangkan Segmen Terjah Blog Awek dalam mod hiatus, maka aku akan buat satu segmen baru yang menampilkan blog2 lain. Aku tak nak la letak blog2 informasi biasa kerana dah banyak sangat blog macam tu, kali ni aku nak terjah blog2 yang unik sikit dan niche iaitu blog2 seorang career man/woman atau seorang bekerjaya. Kalau boleh blogger yang diterjah tu sedang mempunyai karier, pernah mempunyai karier atau bakal mempunyai karier tak kira la jurutera ke, doktor ke, cikgu ke, pegawai kerajaan ke, programmer ke, pensyarah ke, wartawan ke, arkitek ke, pelukis komik ke, ahli sukan ke, menteri ke, wakil rakyat ke, penyanyi ke, pelakon ke, apa jenis kerjaya sajalah, at least kita boleh baca apa pandangan golongan2 ini mengenai isu2 semasa disamping dapat tahu sedikit sebanyak mengenai kerjaya lain.


So berikut adalah antara blogger2 bekerjaya yang menarik dan boleh diterjah:

 Tun Dr. Mahathir bin Mohamad - http://chedet.cc/
Kerjaya: Bekas Perdana Menteri Malaysia, Doktor Perubatan, Penulis Buku

Datuk A. Kadir Jasin - http://kadirjasin.blogspot.com/
Kerjaya: Wartawan, Jurnalis, Editor, Penulis

Mazidul Akmal Sidik - http://www.mazidulakmal.com/
Kerjaya: Pengacara, Wartawan, Jurnalis, etc

Dr. Zainal Abidin Sait - http://drzainalabidinsait.blogspot.com/
Kerjaya: Pegawai Tadbir dan Diplomatik (PTD), Kakitangan Kerajaan

Kerjaya: Pelakon Drama/Filem/Teater, Penulis Buku


* Sebenarnya aku dah lama nak buat segmen ni yang fokus kepada blogger bekerjaya tak kira la lelaki atau perempuan untuk dikongsi dan diketengahkan, tapi disebabkan blogger2 macam ni susah sikit nak jumpa, so kalau pembaca2 ada tahu mana2 lagi blog2 seperti ini bolehlah bagitau dan cadangkan kat ruangan komen tu OK. Jangan risau, kredit dan backlink akan diberikan kepada orang yang cadang blog2 ini sekiranya dipilih untuk dipaparkan dalam segmen.




tags: segmen terjah blogger bekerjaya kerjaya karier career man woman people lelaki perempuan wanita male female promote blogwalking tips trick tutorial link

19 ulasan:

  1. yeah! ini yang dimahukan..cun la noob

    BalasPadam
  2. aku kadang meluat tgk blog sesetengah orang yg "bekerjaya" ni
    nampak sangat post curi tulangnya
    tak lupa juga segelintir anon2 yg bekerjaya
    meng-anon-kan diri sambil curi tulang

    BalasPadam
    Balasan
    1. menggelabah la ko taufuking.bagus apa orang bekerjaya tulis blog dpt kongsi pengalaman kerja mereka dgn orang lain disamping berkongsi ilmu.kesian ko ni mesti penganggur yg tak tau apa nk buat,so tulis blog hentam kerajaan dlm blog je la kerja kau...kesian

      Padam
    2. tak boleh nak tuduh curi tulang jugak bro.mana tau diorang dah siap kerja,ada masa terluang..boleh la menulis blog.tapi kau cakap 'sesetengah org',memang betul la ada yg mcm kau ckp tu.

      Padam
    3. Jeles la tu tak dapat kerja sebagai Anon..

      Ko tak tahu memang kerja anon ni mengomen mana-mana blog

      Anon ni dibayar gaji tau bukan saja untuk membuat propaganda tetapi memaki hamun dan dan menimbulkan keresahan supaya undang-undang internet yang lebih ketat akan dilaksanakan

      Padam
  3. Mazidogol pun termasuk gak ker. ari tu kantoi dkt majalah 3. aksi lakonan dia ckp aksi sebenar. pahtu bila kna sembur dgn bdk biker tak mintak maaf plak tu. memang kaki pengampu BN.

    BalasPadam
    Balasan
    1. TV3 ada buat minggu lepas kalau tak silap
      TV3 tak minta maaf tapi ada kata lakonan semua

      Padam
  4. kerjaya dalam MLM bole masuk senarai tak?? ehehehe

    BalasPadam
  5. Best laa...dan sgt bergaya entry ni, bro tak nak terjah Blog ni....http://coozlife.blogspot.com blog pasal nutrition, nutrition in sport, health and breastfeeding

    BalasPadam
  6. Blog dr harlina - barelysupermommy.com
    ~ sonkimura ~

    BalasPadam
  7. Bagian Majidul tu aku mcm nak terberak sikit.

    Taruk dia ni la http://pokleh.blogspot.com/
    Org lama industri broadcast media.

    BalasPadam
  8. http://blogbeginsatforty.com/ bekerja dalam dalam bidang rekaan visual

    http://www.apistakkisah.blogspot.com/ blog seorang cikgu.

    BalasPadam
    Balasan
    1. http://rayenyson.blogspot.com/ blog cikgu juga.

      Padam
  9. bakal2 arkitek masuk list tak? miahahaha :p

    BalasPadam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.