Iklan Leaderboard

Khamis, 13 Disember 2012

81 Best sangat ke pegang nadir bumi tu?

Entry semalam kat bahagian komen panas pulak dengan isu Lynas. Ada yang pro-lynas, ada yang anti-lynas. Dan seperti yang aku pernah tulis sebelum ni, aku anti-lynas. Kenapa aku anti? Malas nak tulis panjang, baca je balik kat Fuck Lynas dan Antara loji gas, nadir bumi dan nuklear.


Ya aku tahu tahap radiasi nadir bumi yang diproses Lynas tu sangat rendah dan tak sampai tahap merbahaya, tapi still ada radiasi. Kalau dah diproses dan digunakan untuk Hard Disk ke, Wind Turbines, Hybrid Vehicle, Auto Catalyst, Flat Panel Displays, iPod/MP3 Players, Compact Fluorescent Lights, Fluid Cracking Catalyst dan lain2 lagi seperti yang aku tengok kat website Lynas tu, dan aku tahu dalam handphone dalam bateri dalam komputer semua ada bermacam2 nadir bumi yang beradiasi, tapi ia semua dah diproses dan kita tak sentuh direct dengan bahan rare earth tu, korang nak pegang pegang la.


Tapi ini raw material dia bai, masih bahan mentah yang belum diproses lagi, agak2 la kalau makcik2 ni nak pegang pun kalau nak buktikan yang ia memang tak merbahaya dan takkan jadi mutant pun macam kat Berita Harian ni. Kat sekolah dulu pun kalau masa subjek kimia, cikgu2 dengan student kalau nak pegang bahan2 kimia yang raw mesti pakai sarung tangan atau pegang pakai penyepit mangkuk pijar.


Lynas ni kompeni luar negara, bosnya orang Australia, tapi kilang dia kat Malaysia tu dah tentu pekerja dan kakitangan kebanyakannya orang tempatan, tak kira orang melayu ke, india ke, cina ke, atau paling busuk orang2 bangla, indon, myanmar, vietnam dan lain2 pekerja import. Ya aku percaya rare earth Lynas ni tak merbahaya, kalau tadbir urusnya sangat BAIK dan SEMPURNA start dari sampainya raw material sehinggalah proses nak lupus sisa buangannya. Tapi, korang percaya ke ianya dapat diuruskan dengan baik dan telus? Oh kalau sapa2 rasa nak mintak kerja kat Lynas ni tengok kalau ada opening kat Jobstreet.


Sorry tapi aku skeptikal sikit dengan budaya kerja orang kat Malaysia ni baik melayu, cina, india, bangla, indon dan sebagainya. Ya memang tak semua, tapi dalam sebuah organisasi tu kalau ada 1000 orang, kalau hanya 200 orang sahaja yang bagus pun tak guna, problem pasti akan berlaku. Aku nak cerita sikit pasal pengalaman aku, aku pernah bekerja di sebuah kilang multinasional yang berasal dari Jepun sebagai IT Exec. Managing director orang Jepun,  manager2 department lain dulu rata2 orang Jepun juga, tapi sekarang sebab nak buat localization, maka semakin banyaklah manager dilantik dikalangan orang Malaysia.


Masa bos2 Jepun ramai masalah sangat kurang, tapi bila orang kita start pegang, macam2 problem mula berlaku, itu belum kira office politic yang sangat macam tahi. Bodek membodek mula berlaku, ketidak adilan dalam menilai orang bawahan, ada yang tak buat kerja pun bonus dapat lebih banyak dari orang yang rajin buat kerja hanya kerana orang tu baik dengan bos. Itu belum operator2 kilang yang rata2 terdiri dari budak2 melayu dan india yang baru lepas habis SPM + beberapa pekerja asing dari indon dan bangla. Berapa banyak prosedur tak follow main langgar je menyebabkan product defect dan kena reject tak lepas masa buat QC. Yang paling teruk bila ada barang dah deliver kepada customer iaitu kilang proses benda lain, sekali produk yang diorang buat tu banyak defect dan bermasalah, selidik punya selidik rupa2nya puncanya berasal dari barang yang diproduce oleh kilang aku ada yang problem dan tak ikut specs sampai kena bayar saman gantirugi juta2 kat kilang customer. Masa tu bonus pun takdak, increment pun kena tahan, last2 aku blah je.

Itu satu, yang satu lagi tak kira la walau produk yang korang beli tu made in Japan ke, US ke, Germany ke, tapi kalau dah yang maintain servicenya orang Malaysia, jangan expect macam korang akan dapat service world class juga. Aku ada beli sebuah kereta berjenama Jepun setelah 8 tahun pakai kereta Proton, kononnya macam tak nak la pakai kereta Proton sebab banyak problem, service macam tahi dan lain2, so nak cuba try kereta luar negara. Ya masa mula2 beli tu aku rasakan kereta itu memang sangat bagus, berkualiti dan hebat. Tapi tunggu sampai masa servis, atau time ada apa2 masalah, masa tu baru aku rasa serious macam tahi, kalau beli kereta luar negara pun servis macam tahi, baik aku beli kereta Malaysia saja, walau servis macam tahi at least harganya murah.

Gambar hiasan, bukan kereta aku pun.

Cermin kereta aku pernah kena batu dan crack. Hantar ke pusat servis yang bertauliah nak tukar cermin, dia cakap aku kena bayar sendiri dulu kemudian baru claim sendiri pada syarikat insurans sebab dia tak uruskan insurans. Aku cakap fine, so aku bayar deposit dulu sebab dia kata cermin kena tunggu 2 minggu sebab order dari Jepun. Dia cakap kalau sampai dia akan call aku. Ok fine, selama 2 minggu tu aku pakai kereta dengan cermin yang retak. Selepas 2 minggu berlalu, pusat servis langsung tak call. Takpe aku tunggu lagi, sampai la dekat 3 minggu tak call aku tak boleh tahan AKU YANG KENA CALL DIORANG balik tanya pasal cermin. Dia cakap cermin dah sampai dah, so aku kena hantar kereta kat pusat servis diorang untuk ganti. CERMIN DAH SAMPAI APSAL TAK CALL? Ok takpelah aku hantar jugak kereta aku kena tinggal 2 hari.


Lepas 2 hari aku amik kereta dan buat bayaran, kemudian dia bagi gambar CERMIN KERETA AFTER REPAIR untuk aku buat claim. Aku tanya balik, takde gambar BEFORE ke? Dia cakap, kedai cermin yang dia outsource untuk tampal cermin tu kasi gambar tu saja. Aku cakap mana boleh, nak claim insurans kena ada gambar BEFORE & AFTER. Pastu dia cakap nanti dia tanyakan balik kedai cermin tu dan akan call aku balik lepas dapat gambar BEFORE. Then you know what? Lepas 1 minggu takde langsung call. So aku call la balik tanya pasal gambar tu, kemudian dia bagi macam2 alasan cakap kedai cermin tu tutup la orang yang jaga cuti la MC la apa celaka la, aku bengang aku terus pergi pusat servis tu mengamuk. Aku cakap aku nak gambar BEFORE tu jugak SEKARANG! Pastu dengan muka bodohnya orang tu start kereta pergi kedai cermin tu, dalam 30 minit datang balik dengan bawak gambar tu. Senang je kerjanya pun, tak sampai 30 minit setel, amik gambar je pun, amik masa 1 minggu tu apahal. Bodoh piang punya orang.


Satu lagi kes, kunci kereta aku rosak, sebab kereta aku ada immobilizer, kalau cip dalam kunci kereta rosak, kereta tak boleh start. Nasib aku ada spare key, so aku hantar kunci kereta yang rosak tu pergi pusat servis yang sama lagi sebab itu je pun yang dekat dengan rumah aku. Dia suruh aku bayar dulu sebab kunci tu nak kena order dari Jepun. OK aku bayar, dan dalam masa seminggu, macam biasa aku yang kena call dia, dia cakap kunci dah sampai dan boleh hantar kereta untuk reprogram balik cip kunci tu dengan kereta aku. So masa aku hantar kereta tu, aku tunggu dekat setengah hari dia masih tak boleh program lagi kunci aku. Pastu dia cakap kunci tu ada masalah, dia suruh datang lain kali sebab nak order kunci lain.

So aku balik la dan datang balik seminggu kemudian. Dia cuba buat lagi masih tak berjaya. Kemudian dia suruh aku datang minggu depan dia nak mintak expertise dari main HQ datang tolong check. Aik susah sangat ke nak reprogrammed kunci? Kunci je pun, itu pun amik masa berminggu2 ke, siap nak kena panggil expertise? Dan sudahnya sampai hari ini masih tak setel2 masalah kunci aku, dah dekat sebulan dah. Nama sahaja kereta luar negara tapi after sales service full of shit! Nak tahu shit tak shit, korang pergi tengok sendiri kat official Facebook page untuk kereta2 luar negara seperti Honda Malaysia, Mitsubishi Malaysia dan lain2, mesti ada saja customer yang kecewa buat complaint yang kebanyakannya lebih kepada masalah attitude staff atau kakitangan.


Sebab tu kalau nak beli kereta, beli je la Proton atau Perodua, bukan sebab patriotik ke apa, tapi sebab harganya murah sikit berbanding kereta luar, spare part pun lebih murah dan senang dapat, kalau problem pun tak la rasa ralat sangat. Ini beli kereta mahal2 tapi layanan tahap Proton. Dah la spare part mahal, lambat nak dapat. Kalau problem barang boleh lagi dibaiki, tapi kalau attitude orang yang problem macam tahi macam mana nak baiki tu?

Ini baru nak maintain kereta dah macam2 hal, belum lagi nak maintain kilang memproses nadir bumi. Serious aku susah nak percaya. Cakap la selamat mana pun tapi aku susah nak percaya. Biarla orang cakap produk luar negara ke buatan luar negara ke kompeni luar negara ke, tapi kalau dah dimaintain oleh orang kita aku kurang nak percaya. Bukan tak percaya pada nadir bumi tu tapi tak percaya dan tak yakin pada orang yang akan menguruskannya. Ini pun lagi ada ura2 nak buat loji nuklear? Kemalangan jalanraya kat Malaysia pun dapat ranking no. 20 seluruh dunia.


Sebenarnya kelemahan terbesar negara kita bukan masalah pembangunan, teknologi, produk, tapi adalah masalah ATTITUDE atau SIKAP. Ini aku bukan saja2 kutuk tapi ia memang SUATU REALITI di negara kita, ya memang tak semua tapi banyak. Sebab tu la negara kita susah nak membangun dan maju macam negara2 maju yang lain, sebab satu lagi negara kita negara PENGGUNA, bukan negara PENCIPTA.




tags: kilang proses nadir bumi rare earth lynas gebeng pahang australia loji bahan tahap radioaktif rendah tidak bahaya lupus buang sisa lokasi jauh mutant efek kesan pegang makcik kegunaan hard disk budaya kerja malaysia melayu cina india bangladesh indonesia myanmar filipina kemboja vietnam pendatang asing pati pengalaman kerja kilang jepun multinasional localize politik pejabat masalah problem kena saman gantirugi beli kereta tempatan import luar negara harga murah mahal after sales service world class treatment maintenance penyelenggaraan pusat servis center mitsubishi honda toyota nissan suzuki japan car proton perodua attitude sikap realiti tak percaya tahi

81 ulasan:

  1. Masalah terbesar kita sekarang adalah brain drain

    1st

    BalasPadam
    Balasan
    1. masalah paling besar, pandai berkata-kata.

      Padam
    2. Masalah lg besar ape pen xboleh :p

      Padam
    3. lagi masalah anda pun org malaysia....

      Padam
  2. panjang sangat,, tak sempat habis baca ku komen,, hehe

    BalasPadam
  3. betul, sikap orang Malaysia ni bermasalah, buat kerja sambil lewa.Kkes lynas tu, silap hari bulan mak cik tu jadi mutant sungguh.
    shit happen anytime.

    BalasPadam
  4. Inferior serta pesimis sangat artikel kau kali ni..

    Manusia tak boleh perfect dalam masa yang sekejap..

    Even negara2 barat mengambil masa ratusan tahun untuk membina peradaban moden mereka yang dimana sekarang menjadi kayu ukur negara global dalam menilai negara masing2.

    Malaysia..Baru 50 tahun lebih merdeka,masih dalam period yang terlalu muda dan perlu jalan yang panjang untuk matang..Kita nak jadi macam mereka..tetapi kita sering meragui keupayaan sendiri kejadahnya kita nak menjadi macam mereka kalau macam tu?

    "Rom tidak dibina dalam masa satu hari"

    itulah kita sekarang,Kita sentiasa menambah baik kekurangan kita dari masa semasa dengan pelbagai kritikan pedas yang kita sendiri lontarkan.

    kali ini aku tak setuju dengan artikel kau..terlalu inferior!

    Nak maju,kita kena berani ambil risiko bukan jadi pengecut inferior yang takut untuk berbuat apa2.

    Ya! Masalah adalah mentaliti,sikap dan attitude..Sekiranya kita boleh menjadikan petronas sebuah syarikat fortune 500 kenapa tidak yang lain?

    Come on?Attitude macamni ko nak kekalkan?Sebab tu la negara kita susah nak membangun dan maju macam negara2 maju yang lain....
    wekekeke

    BalasPadam
    Balasan
    1. Its ok ko nak label aku inferior ke apa. Aku cuma tulis realiti yang berlaku dalam masyarakat kita yang kita tak boleh nak nafikan. Walau macam mana kita cuba ckp tidak, ia tetap juga akan berlaku, sama sahaja seperti pandangan skeptikal ko terhadap org2 gomen. Macam mana pun kita org cuba kata pekerja gomen itu bagus hebat, tapi hakikat dan realitinya tidak macam tu. Sebab tu bagi aku kita ni dari segi pembangunan infrastruktur dan teknologi sangat kelas pertama, tapi realitinya kebanyakan orang kita mempunyai mentaliti, mindset dan attitude kelas ketiga. Pembangunan hanya tertumpu pada material sahaja, tapi pembangunan spritual dan kerohanian diabaikan dan dipandang ringan. Ok zack, kalau nak bincang lagi kita bincang esok, aku nak tido dulu.

      Padam
    2. Dah bagus sangat kah diri tu nak menilai orang lain pulak?

      Padam
    3. Kenapa aku smash kau noob,coz pemikiran klise tipikal standard orang2 Melayu macam buah fikiran entry kau kali ini buat aku nak smash.

      Macam selalu aku cakap,Kita nak jadi macam mereka tapi sering kali pula kita nafikan diri kita so macamana?

      Yup Apa yang kau sebut adalah realiti mentaliti serta sikap rakyat kita,tapi kita nak ke terus menerus jadi macam tu?Aku tahu Niat kau nak smash/kasi kesedaran buat rakyat Malaysia tetapi unsur pesimis yang keterlaluan buat entry ko jadi tak balance.

      Ok,nanti kita bincang lagi..wekeke

      Padam
    4. aku bukan apa la, tapi bagi aku masalah lynas,aes,proton dll. adalah masalah politik semata2....bagi la pencerahan panjang lebar, tapi aku tetap percaya ni masalah politik....

      klau nak hentam lynas atau aes, hentam je la lynas atau aes, kenapa pulak nak hentam goverment? sebab goverment yg bgi kelulusan? klau nak hentam pun, x boleh ke dengan cara yg baik? fine.....semua nak salahkan kerajaan..segala masalah, even kita sakit pun nak salahkan kerajaan? sebegitu bekuasa kerajaan kita, setanding tuhan.....

      rakyat malaysia memang teruk, aku memang sangat setuju....walaupun bkan 100 percent, tapi sebab nila setitik, rosak susu sebaldi.....x semua teruk, tapi ramai yg teruk......

      tapi sampai bila kita nak biarkan semua ini? sampai bila nak berharap pada goverment semata2?

      Padam
    5. macam ni la zack, its just my point of view. aku dah lalui banyak benda dah dah hadapi macam2 pengalaman. dan aku jenis orang yang tak berapa minat dengan sikap sesetengah orang kita begitu berbangga dengan pencapaian dan kejayaan2 kita semua atas slogan malaysia boleh yang bagi aku hanya retorik semata2, kerana hakikatnya kebanyakannya tak pun macam tu. kita pernah berbincang dulu benda yang lebih kurang sama dekat sini.

      ya kita nak jadi macam mereka, tapi kita nafikan diri kita, tapi bukan sebab kita tak nak nafikan, dah memang realitinya kita macam tu. kita nak jadi macam orang jepun, nak tiru budaya kerja macam orang jepun, tapi berapa banyak orang kita yang langgar peraturan jalan raya yang begitu simple, hanya perlu bawak ikut had laju dan ikut peraturan, itu pun orang susah nak ikut. berapa banyak kes orang langgar prosedur, sop, manual, peraturan di tempat kerja sampai berlakunya kemalangan disebabkan kecuaian manusia? berapa kali loji petronas pernah terbakar? berapa banyak struktur bangunan runtuh di malaysia? berapa banyak kes2 di hospital2 yang berlaku disebabkan kecuaian doktor dan petugas? berapa banyak kes polis yang ambil rasuah dan buat kerja tak ikut prosedur sampai ada yang pecah rahsia operasi di facebook? berapa banyak pengeluar2 makanan sijil halalnya kena tarik sebab ada unsur meragukan dan tak ikut prosedur yang ditetapkan? berapa banyak kes kilang2 membuang sisa mereka secara haram di sungai2 dan tempat yang tidak sepatutnya? di kedai2 mamak pukul 9 10 ko pergi jalan2 kat putrajaya atau kl atau kat mana2 yang berdekatan pejabat kerajaan, berapa ramai ko tengok orang pakai baju batik tengah melepak hari ni sambil minum kopi? dan paling penting, berapa banyak ahlul politik dan pemimpin sekarang yang prestasi dan perangai macam tahi? orang kita ni kalau boleh setiap hari nak berpolitik hari2 cerita politik kat media kat suratkhabar kat mana2, habis tu bilanya kita nak meningkatkan pengetahuan dan memajukan diri sendiri?

      ini aku bukan saja cakap, ia memang benar2 berlaku. kadang2 benda tu simple sahaja tapi nak think positive? macam mana nak think positive kalau dah benda tu memang negative. ko baca kat suratkhabar, almost setiap hari ada saja berita seperti masalah2 yang aku cakap kat atas tu. so apa yang aku cakap ni kalau ada orang baca, mana yang buruk tu jadikan pengajaran dan iktibar. tapi kalau korang tak nak berubah pun terpulang, just go with the flow saja takde orang pun nak marah dan kisah.

      Padam
    6. hmm..aku rasa point utama yang noob ketengahkan dalam entri ni ialah sebagus manakah orang malaysia patuh pada sop peraturan etc etc..

      jadi dia bagi contoh apa yang dia alami..kalau repair kereta (perkara mudah dan kecil dalam konteks ni) pun tak boleh nak patuh sop dan piagam pelanggan, apatah lagi nak proses nadir bumi (perkara besar dalam konteks ni):)

      alhamdulillah kereta aku masih baik tak merengek rengek heh heh

      Padam
    7. Terima kasih diatas pencerahan anda..so dah balance sekarang noob...selalu aku jumpa unsur BALANCED dalam artikel ko but kali ni serius aku cakap unsur pesimisnya keterlaluan.

      Ok,itu point of view ko..So persoalannya adakah disebabkan segala kesilapan,kesalahan,masalah sikap,perangai,bad habits masyarakat kita itu menjadi alasan utama untuk kita untuk menyekat berbuat sesuatu?

      Setiap benda pasti bermula dengan kesilapan noob,kita tak boleh nak sekat dan berada di "Zon selamat" selamanya..Nak tak nak kita kena keluar dari cengkerang dan menghadapinya.

      Contoh,Tenaga Nuklear..Kita cakap kita belum bersedia untuk menggunakanya so bila the RIGHT TIME untuk kita menggunakannya?Selepas kita mati dan tinggalkan masalah/persoalan "Bersedia atau tidak" kepada anak cucu kita?

      Kalau kita berfikir kita tidak bersedia dan bodoh..maka kita memang tak akan bersedia dan bodoh selamanya.

      Cuba fikir Noob,Kalau pemimpin kita dulu2 semua fikir macamni.."Kita belum bersedia nak kelola negara sendiri"..Makanya negara ni penuhlah dengan Mat2 salleh di kerusi2 parlimen malaysia pada hari ini.

      Bersedia atau tidak?itu bukan persoalannya..Persoalannya adalah MAHU ATAU TIDAK???

      wekekeke ^_^

      Padam
    8. zack mesti kerja jadi guard kat kilang lynas,sbb tu beria2 pertahan lynas.ckp macam bagus tapi perasaan hasad dengki pada org yg belajar kat universiti sangat tinggi,malah memandang rendah pada org yg kerja gomen.dulu berangan nak jadi tentera,tapi kerana tidak layak maka jadilah pak guard 3 paku jaga orang nepal.

      Padam
    9. bersedia atau tidak, mahu atau tidak bergantung pada benda yang kita nak buat. dengan mentaliti orang kita sekarang...

      bina lebuhraya... sangat bagus
      bina kereta nasional proton... aku tak kisah
      bina klcc... boleh la
      bina pusat ICT di MSC cyberjaya... sangat baik
      buka kawasan pengindustrian dan kilang2... bagus
      habiskan duit hantar pelancong angkasa... tak payah pun takpe

      tapi bina kilang proses bahan radioaktif atau loji nuklear yang boleh mendatangkan bahaya kepada penduduk sekitar sekiranya berlaku kecuaian... tak perlu, sebab aku tak yakin. kalau kau yakin takpe, tak perlu pedulikan aku. aku hanya suara kecil berbanding 28 juta penduduk rakyat malaysia yang mungkin setuju dengan pembinaan lynas atau loji nuklear nanti. tapi watever it is, kalau diorang buat juga loji nuklear, aku akan pastikan rumah aku at least jaraknya 100km radius dari loji nuklear tu.

      Padam
    10. just untuk selingan - negara kita JUARA DUNIA dalam korupsi dan rasuah. adakah ini sesuatu yang harus dibanggakan. juga no. 20 ranking dunia dalam kemalangan maut jalanraya? ranking bola tak yah cerita la.

      pemimpin kita dan rakyatnya sepatutnya mengambil serius perkara2 macam ni, tapi apa kita dah buat, ramai lagi still syok sendiri dengan slogan malaysia boleh. what can we do sebenarnya utk mengurangkan benda2 macam ni? dengan usaha seorang 2 pemimpin takkan jalan, dengan usaha seribu 2 ribu rakyat juga takkan jalan.

      bila kerajaan nak buat AES untuk kurangkan kadar kemalangan, rakyat tentang. bila rakyat nak kerajaan yang telus, korupsi semakin berleluasa. so what to do, just go with the flow?

      Padam
    11. senang jer. next PRU jgn pangkah BN.. sbb diorg punya pasal la rasuah rangking juara dunia. xpernah lagi aku dgr ade pemimpin PAS rasuah. kalo BN benda ni dah jd darah daging.

      mungkin ko bleh wat satu entry psl ni. aku dah naik menyampah dgn pemimpin skrg.

      Padam
  5. Sebenarnya inilah masalah orang kita..

    Masalah sikap,attidude,mentaliti serta sikap pesimis,inferior serta ignorant kita yang menjadikan situasi kita sendiri menjadi kompleks.

    Benda tu senang..tapi kita sendiri yang susahkannya.

    Nak ubah sesuatu pemikiran bukan mudah..so rajin2lah berfikir..

    Nak jadi pesimis..jadi pesimis yang pro-aktif bukannya seorang pesimis inferior.Inilah masalah orang2 Melayu bila berbicara soal Keupayaan diri..ia adalah suatu pemikiran pesimis yang mengjahanamkan bukan membina.

    Ok,Aku taip2 panjang pun bukan korang paham wekeke..(Pesimis mode-on) :P

    BalasPadam
    Balasan
    1. haha..zack,ko keje pe zack?gaya ayat ko memang mcm dah mencapai tahap ilmuan tinggi.aku de kenalan mcm ko ni brader.member lain dtg bwk bmw,merz,superbike..dia pulak keje jual jersey bola kat pasar mlm,bwk wira lama.tapi sembang..perghh!..ayat dia mcm ayat ko la.sebab tu teringt kat dia. dia cakap "aku sembang lama2 dengan korang ni bukan korang paham pun,mentaliti korang rendah,ilmu tak cukup".hahaha,tergelak kitorang.spesis mcm ko dengan kenalan aku tu sama la.mungkin gak ko lagi hebat dari dia..sbb ko pandai surf internet.haha.tapi serius,best giler jumpe org mcm korang.jenis org yg bila bercakap ibaratkan korang ni berasal dari atas langit.semua benda tau.idup tak berjaya mana pun,setakat bwak kete biasa2..gaji biasa2..tapi rasa lagi pandai dari org lain.haha.best r lu brader.

      Padam
    2. So what ur point?Ko nak cakap orang bodoh boleh hidup senang dari orang cakap pandai?Ko nak cakap golongan macam aku golongan cakap pandai?

      Ada perbezaan dol orang cakap pandai dengan orang yang berfikir..

      Macam member ko cakaplah..orang mentaliti rendah macam ko bukan nak paham benda2 high level ni.

      Standard orang malas berfikir..Berfikir tak semestinya diukur ko sukses dalam kehidupan..kalau tidak kenapa berjuta ilmuan,seniman dan para pemikir hidup dalam serba sederhana kerana mereka hidup bukan diukur betapa berjayanya mereka dalam kehidupan boleh pakai BMW dan rumah besar tetapi tahap pemikiran yang tinggi telah menyedarkan apa itu erti kehidupan dan satu kepuasan kerana berfikir sesuatu orang yang tidak fikirkan tetapi kita fikirkanya dahulu dan sumbangkan kepada masyarakat.

      Berfikir tidak memerlukan ijazah degree bagai untuk berfikir..berfikirlah...jangan jadi manusia rendah fikirannya dan semata hidupnya hanya berfikir kesenangan hidup.

      Ini pendapat dari orang tak lulus SPM dari aku,Ko kalau ada degree bagai malu der buat komen low mentality macam ko ni..Malu sikit der..wekekekeek

      Padam
    3. zack dah muncul kembali.siang dia tido,malam dia keje shift malam sambil curi2 main internet kat pondok guard jaga nepal.

      Padam
    4. juga ade beza org yg pandai dan org yg perasan diri dia pandai. ayat2 dkt sini tak mengambarkan realiti hidup seseorg. mungkin ko hebat bercakap tapi dkt luar keja pak gad kilang lynas.

      jgn samakan pemikir islam dulukala dgn diri sendiri.. sbb xkan sama. ilmu diorg dimanfaatkan oleh sejuta umat. xkan sama dgn ilmu ko yg hanya untuk diri ko dan utk cari makan.

      dlm dunia duit ni, kalo ko ade pangkat kedudukan ko ckp apa pun org akan pandang. kalo stakat gad kilang.. usahkan awek.. kucing pun takmo duk dekat.


      Padam
    5. klakar giler ko ni zack.hebat betul.sorry bro.apa yg aku tak paham sekarang,member aku yg perangai mcm kau ni..celah mana yg rasa diri kau pndai dan org lain mentaliti rendah?bisnes masyuk,berduit,kelulusan tinggi dan aku ngn member2 aku yg lain tak penah pulak buat maksiat.kitorang jaga jugak solat 5 waktu dan amalan lain.yg aku tak paham,nape org mcm ko pulak yg mengaku ade SPM je,idup pun tak berjaya mana..tapi boleh cakap org lain lagi bodoh dari kau.aku tau kau ni dari dulu dok mengaku kau ni kononnya org alim..come on la bro,org alim tak akan berfikiran mcm kau.aku memang respect kat org yg bnyak ilmu agama,sbb takde pun yg perangai mcm kau.cuba kau explain sikit.mungkin aku ngn member aku yg lain boleh phm cmner perasaan kawan aku yg rasakan diri pandai tapi tak gi jauh mana tu pun.ceritakan,apakah kelebihan org2 mcm kau..ape pencapaian kau yg buat kau rasa org lain mentaliti rendah..kau pulak mentaliti tinggi.aku nak selami pemikiran org2 mcm kau ni.

      Padam
  6. Bhai Noob...

    Bercerita pasai pakcik dan makcik yang suka-suki pegang rare earth tue... hehehe... gua rasa aaa... diorang teringin nak jadi TMNT (Teenage Mutant Ninja Turtle) lar... hahaha

    BalasPadam
  7. memang masalah SIKAP ni paling bahaya. benda ni macam virus, mula2 sikit.. lama2 habis semua infected. bermula dari pemimpin, masyarakat, mak bapak, diri sendiri..

    BalasPadam
  8. Tengok cara orang bincang/discus pon aku tak caye :)

    Tapi setelah aku kaji baru aku faham orang kita nak rasa diri mereka hebat pandai dan genius gegiler ialah dengan merendahkan orang lain

    Tak caye? Cuba ko bodohkan orang terus je rasa diri macam best..
    Tu sebab orang bodoh dan bangangkan untuj puaskan hati agar rasa bijak pamdai dan bijaksana..

    Bumi Nadir ni tak payah lar jadi la macam australia atau US buat dan outsource ke negara2 luar je biar risiko depa tangung :) bior negara lain rosak cacat dsb tang penting hasil kita dapat... Takyah cemarkan dan radiasikan lagi Malaysia ni.. Kita nak jadi nefara maju bukan negara ketiga.. So kena bertindak macam negara maju buat :)


    BalasPadam
  9. Panjang sangat entry tapi saya sokong yang awak kata agak2 lah nak buktikan bahan tu tak bermalasah.

    BalasPadam
  10. slm
    entry yg panjang moga dpt beri pencerahan kpd pro lynas terutamanya si zack ori dan si zack fake.

    tang keta tu no komen la dah 3thn lebih aku pakai keta jepun setakat ni ok je xda apa2 masalah. nasib ko la noob dpt sevis center yg bermasalah.

    pasni ko pegi lah tintured keta ko tuh, baru lah cermin tak crack wakaka..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul, aku dah 7 tahun pakai kereta Jepun ok je.. dari beli sampai habis loan OK aje takda masala macam kereta pertama aku proton.

      Kereta pertama aku proton export edition tu pon kualiti bahagian tertentu teruk especially tang fuel gaudge & power windows.

      Fuel gaudge aku tukar sampai 3 kali tu pon sib baik masih dalam waranty. Power window tu tak sampai setahun beli kereta dah rosak. Cukup terkilan bukan saja buang masa malah sangat tak puas hati dengan karenah servis center yang amat ampeh masa menungu dan juga tahap perkhidmatan yang tak besh.

      Lepas tu ada rezeki aku jual beli kereta jepun sangat puas ati. Takda power windows rosak ka fuel gaudge rosak ka bergoyang bunyi ke apa. takda buang masa pi servis center berulang kali pasal part tak berkualiti ni. Walau aku tak follow dah servis kat servis center dia lepas 6 bulan - servis mekanik sendiri kereta aku still tip top walau dah 7 tahun pakai.

      Tengok stadium runtuh, tengok parlimen bocor, tengok highway retak, tengok syiling hospital runtuh Memang buat aku gerun bila kita kata nak buat pemprosesan lynas ni lagi bila baca kes orang cacat kat bukit Merah.

      Cacat bukan sebab tv handphone atau komputer tetapi kawasan dia tercemar dengan sisa buangan hasil bumi Nadir ni. Memang Tv, laptop dan segala benda hasil bumi nadir tu ada radiasi tetapi takla setinggi dari hasil sisa buangan tu.


      Padam
    2. betul tu ok je kan? tapi cuba kau beli kereta label Jepun tapi pemasangan/assemble kat Malaysia/Indon... tunggu je ler.. ada nasib ok ..kalu tidak merana..kalau cbu direct dari japan..German selalunya tip-top

      Padam
    3. kalau ye pun, knapa x pergi ke ibupejabat dia kat australia? buat demo kat sana la...xpayah buat kat sini....semak je......huh!!

      Padam
    4. Adik Ahmad

      Mereka demo nak push penguatkuasa & gomen halau keluar lynas

      Orang Australia dah demo kat depan pejabat dia kat Australia tu yang diaorang tak buat kat Australia lagipon gov Australia strict pasal kilang2 radioaktif ni macam juga Amerika depa tak bodoh nak buat kat negara depa sendiri.


      Padam
    5. midnight: kereta tu memang kurang masalah, cuma yang masalahnya sikap orang kat servis center tu.

      Padam
    6. Sebab pengalaman kereta banyak masalah la aku dah serik beli kereta proton kalau nak beli kereta Malaysia jugak aku pilih perodua.

      Padam
  11. Berkaitan isu ni (lynas n kereta), pendapat aku sama mcm pendapat noob, x de bende aku nak tokoh tambah...it's all about management and ethics, kalau pengurusan dari awal smpai ke akhir amalkan kesemua perinsip HACCP (hazard analysis of critical control point) yang berkesan, boleh maintain cekap smpailah ke bahagian pelupusan sisa akhir pemprosesan (perlu neutralize dulu baru buang, tp proses ni makan bajet yg sgt besar, dan berkemungkinan akn diabaikan sj sbb mslh bajet dan sikap amik mudah), tiada bantahan kalo boleh buat apa yg patut dibuat...operasi mcm ni tak boleh amik separuh2, set tanggungjawabnya kena apply secara lengkap ^^

    BalasPadam
    Balasan
    1. Orang bantah sebab tempat sisa pelupusan tu Lynas tak bagitau lagi kat mana tu desak batalkan Toll yang diberi sebab antara syarat toll ialah bawa keluar sisa buangan tu.

      Australia dah terang-terang tak bagi bawa masuk, di tambah dengan sekatan antara negara jadi kemungkinan besar sisa ni akan dibuang dan dilongok dalam Malaysia juga.

      Dengan kes rasuah penguatkuasa yang agak tinggi memang kemungkinan tinggi hasil itu akan dilongok di mana-mana di Malaysia ni.

      Padam
    2. buat demo kat australia la.....xpayah buat kat sini.....semaaak.......

      Padam
    3. Sape kata depa tak buat?

      Sila baca INI dan SINI




      Padam
    4. woiii ahmad lembu,sila tukar nickname kau ke skandalxxx semula,semaaaak je nak guna nama aku,jgn cemarkan sebuah nama yg elok maksudnya..

      -ahmad the originale

      Padam
  12. workshop doctor cermin yang aku pergi utk tukar cermin, 2jam je settle semua include claim blablabla..

    p/s: ko pergi service center yang salah ni noob.. lain kali jgn gi kedai tu lagi ye..

    BalasPadam
  13. tu lah, noob....ko sendiri yg buat salah, nak blame org lain pulak.....

    BalasPadam
    Balasan
    1. aik aku pulak yang salah? aku pergi authorized service center, aku yang keluar duit bayar dan dia buat kerja macam tahi, aku juga yang salah? so whats the point wujudkan AUTHORIZED SERVICE CENTER?

      Padam
    2. maksud aku, ko yg salah masuk pusat servis....memang ramai yg macam tahi....aku sendiri pun bengang jugak....so, kena la pandai pilih, jgan main masuk je....

      Padam
    3. first, authorized service center kereta jenama luar tak sebanyak proton servis, kadang2 dalam satu negeri tu ada satu sahaja.

      kedua, sekali lagi, apsal aku pula yang salah? kenapa bukan mereka yang salah? mereka yang seharusnya menjaga kualiti kerja mereka, dan kalau ada problem, merekalah yang salah dan harus memperbaiki dan meningkatkan mutu kerja, bukannya aku yang salah. so berbalik kepada persoalan kat atas tu, kalau benda simple macam tu pun tak boleh nak jaga, whats the point buka authorized service center? ini baru jaga pusat servis, belum jaga benda2 lain yang lagi besar.

      Padam
    4. betul la cakap noob tu.. kite dah bayar.. guna duit tu kot.. bukannya air liur.. tp kerja dorg hampeh mcm haramm.. kalau awal2 tau taraf kerja dorg mcm tu, sungguh tak kan pergi kedai cenggitu!

      -p-

      Padam
    5. ok, aku faham....tapi klau kita masuk jugak pusat servis dorang walau kerja dorang cam tahi, sampai bila pun dorang tak sedar kerja dorang cam tahi....dorang ingat kita suka kat dorang....at least, klau kita tak datang kat dorang, sampai satu tahap dorang akan sedar servis dorang memang tahi.....x kisahlah, nak kena hantar jauh2 sikit....itu pilihan kita......kita kena bertanggungjawab atas pilihan kita......kita sendiri yang nak beli kereta import yang mahal....xda org paksa, melainkan awek ko mmang kaki kikis......

      orait, semua produk malaysia macam tahi....rakyat malaysia pun semua macam tahi.....negara malaysia adalah negara tahi, sampah....x guna satu sen pun....negara malaysia patut dihancurkan je.....MALAYSIA SUCKS!!!

      mohon seluruh penduduk bumi jangan salahkan noob....dia bukan rakyat malaysia....rakyat malaysia semua bodoh dan menghidap penyakit mental yang kronik.....noob bukan orang malaysia....noob pandai, bijak dan awesome! ciptaan tuhan paling maksum....noob adalah mahakarya agung....

      Padam
    6. Ko pakai kereta apa Noob?
      German? Jepun? Korea? China? Amerika?

      Ko tak puas hati ko report kat depa punya hq bawak bukti semua.
      Ko leh claim balik apa yang ko dah bayar dapat servis percuma.

      Cuma masalah orang kita tak kisah taknak ambik tindakan tu penganiayaan terus berlaku dan berulang-ulang.

      Padam
    7. alahai si ahmad ni, first time masuk, mane la nak tau tempat tu tahi ke tak.. kalau awal2 leh cium tempat tu penuh tahi, mmg takkan pijak lah! ko ingat manusia ni nujum pak belalang ke leh tau siap2, owh tempat ni service dia mcm tahi, so jgn masuk!

      aku sokong anon 9:57, kite report je kat hq terus..

      Padam
    8. kat atas tu aku tulis dah kereta jepun. btw aku dah report pada hq dia, dan sehingga sekarang aku masih menunggu action, dan kalau masih takde action selepas ni, aku consider utk buat report pada tribunal.

      btw ahmad yang ko butthurt sangat ni kenapa? ko kerja pusat servis ke? sejak bila kita tak boleh nak kritik orang dan luahkan pandangan masing2? seingat aku kita duduk negara demokrasi, ke negara kita negara komunis?

      Padam
    9. Honda ka?
      Honda ni lagi mahal dari toyota tapi servis takan teruk macam tu bai?

      Aku pakai toyota ok ja, servis tempat aku pon ok cuma mahal la, tu lepas 6 bulan aku stop upah mekanik sendiri dah kebetulan ada saudara keje mekanik upah dia lagi bagus boleh juga dia ajar aku part2 enjin ni.

      Kereta Malaysia tengok model gak kalau ko beli tiara jenis continetal tu part mahal juga bang Kalau perodua kelisa tu pon barang agak mahal

      Kat Malaysia ni ada bagus ada tidak kena survey juga, tu kena mix around yang bawak kereta sama jenama ngan kita atau join forum kereta.
      Customer power ;)

      Padam
    10. noob, kita orang islam....boleh nak kritik tapi jangan la sampai kutuk....kita orang melayu, terkenal dgan budi bahasa..kritik biar berlapis.......jgan direct........eh, ko org melayu ke?

      dan, nak kritik orang, jgan sampai macam kita ni perfect sangat....macam kita ni hebat sangat......ingat sikit kita dan orang lain x jauh beza......

      pasal servis sampah ni, aku xnak komen bnyak...cuma len kali paham sikit situasi org lain....aku kerja dengan pusat servis, tapi bukan servis kereta.....dah biasa dengar komplen pelanggan....ada jugak komplen yang x logik...macam2....terima je lah....kita bukan perfect sangat, sampai boleh buat semua benda....kita x boleh nak satisfied semua orang.......memang ada pusat servis yg menganjing, tapi x semua, tapi mmang ramai mcam ni....mcam aku tulis kat atas, kena pandai pilih...

      Padam
    11. tanpa nama 10:45: bukan honda, adalah kereta murah2 je huhuhu.

      ahmad: kalau ko dah lama baca kat sini selalunya aku kritik dan tulis direct to the point. aku jarang guna sindiran atau sarkasm. dan ada ke aku cakap aku ni perfect dan hebat? baca entry aku kat atas tu ada tak perkataan tu? takde kan? aku pun sedar akan kelemahan aku, tapi adakah kerana itu aku tak boleh kritik kelemahan orang lain. dan in fact, aku cakap secara general, even nama pusat servis tu pun aku tak cakap, nama kilang tempat aku bekerja pun aku tak tulis. dan ya memang kena pandai piih tempat servis, tapi bak kata anon 10:07 tu, ko baru first time nak masuk pusat servis tu macam mana ko nak tahu tahi ke bukan tahi? dan in fact sebenarnya pusat servis tu mula2 sangat ok, lately ni je banyak problem bila ada change of management.

      dan sebenarnya apa yang kau cuba buktikan dan sampaikan ni? ko tulis "cuma len kali paham sikit situasi org lain". situasi orang lain tu siapa? toke pusat servis? situasi apa yang aku perlu faham sampai diorang tak boleh menjalankan tugas dengan baik? aku customer, mereka sepatutnya yang faham situasi customer. diorang ada piagam pelanggan, ada prosedur, ada sop, diorang sendiri yang buat segala benda peraturan tu tapi kenapa sendiri tak boleh follow?

      seriously aku tak faham. yang ko terasa lebih2 ni kenapa? ko ke yang handle kes kereta aku ni? aku tujukan pada mereka, bukan pada ko, so chill ok?

      Padam
    12. dah2 lah tu noob...relax la....usah dikenang kenangan pahit....semuanya ada hikmah disebaliknya....mungkin ko x paham apa point aku.....memang susah nak buat orang paham.....lagi2 ko tengah panas sekarang.....emosional.....susah sikit nak terima komen orang lain.....

      Padam
  14. huf huf huf..penat betul baca entri ni..panjang berjela..tapi baek..keh keh

    BalasPadam
    Balasan
    1. betoi2.hehehe..tp tetap tabah baca sampai habis..

      Padam
  15. tajuk pasal nadir bumi. cerita utama pasal kereta, sampingan pasal nadir bumi dgn attitude kerja org malaysia. caca marba artikel ko.

    tp point ko betul juga. sesetengah org attitude kerja mmg teruk. xde customer oriented sungguh.

    BalasPadam
  16. sikap..main problem of human nation..so start by yourself and others will follow..:)

    BalasPadam
  17. tapi Noob, ramai yg pakai keta luar ckp keta diorg jimat minyak, tak rosak, minyak hitam sampai 2 tahun tak yah tukar... tapi belakang aku tak tahuler.. pasal dah 3 buah keta aku pakai semua buatan tempatan...asyik kena kutuk aje, mmg pusat svc mcm tahi.. tapi keta satria aku yg dah 10 tahun bila abis warranti aku servis kedai biasa je.. ok je diorg svc, lagi cepat dari authorised svc ctr.... keta pun kurang problem.... mungkin sikap pekerja malaysia...
    -coma-

    BalasPadam
  18. Lol XD media media..

    bumi nadir mentah memang tak bahaya sama macam atom air oxsiden & hidrogen masa mentah memang tak membehaya :) cuba proceses pecahkan ikatan tu HASIL nye apa?

    Sila belajar ilmu kimia juga fizik supaya tidak buta dan ditipu oleh media.

    Selom tu sila baca Environmental considerations pasal rare earth ni kalau tak paham Bahasa ingeris sila baca terjemahan ni 8 kes leukemia kat bukit merah adanya pemprosesan tu. Tu yang terpaksa ditutup dan pembersihan masih berjalan sehingga kini.

    Anda ada aqal sila fikir sendiri untuk masa depan anda.

    BalasPadam
  19. pusat servis Proton yang aku paling suka ada di Batu Caves.

    aku sanggup pandu kereta dari nilai ke batu caves utk dapatkan servis diaorg...
    harap banyak pusat servis tiru pentadbiran & pengurusan pusat servis proton kat batu caves ni..

    BalasPadam
  20. Dalam byk2 industri..kenapalah nak buat yg beriko tinggi ni? Byk sgt ke untungnye untuk kite dan kerajaan? Nak tahu juge...

    Pasal kereta tu..Noob, Tidak kira kereta jenama apa pun dan di pasang dimana sekalipun, pasti ada yg bagus dan ada yg bermasaalah...Pusat servis pun sama, pasti ada yang memuaskan dan yg tidak memuaskan cuma anda adalah antara insan yg tidak bernasib baik...yang dapat semua yg tidak baik. Bersabarlah dgn dugaan ini kerana sebenar anda mendapat kebaikan di sebalik yang tidak baik itu. Anda renungkanlah sendiri...

    BalasPadam
    Balasan
    1. pendek2 komen ko, tapi bernas.....berbanding noob, tulis panjang2, tapi aku x paham point dia.....

      Padam
  21. macam bodo korand dok berdebat kat sini...apahal!

    BalasPadam
    Balasan
    1. dah tu kalau tak berdebat,nak komen cmni je boleh?: "ya,saya sokong!","betul2","bijaknye u ni"..boring giler.

      Padam
  22. ntah...noob babi maksum butthurt keta dia kena nganjing......

    BalasPadam
    Balasan
    1. kahkakahh!! kesian noob....aku tumpang simpati.....aku paham perasaan ko noob....

      Padam
    2. bersabarlah noob sayang...kuikuikui......

      Padam
    3. "noob, kita orang islam....boleh nak kritik tapi jangan la sampai kutuk....kita orang melayu, terkenal dgan budi bahasa..kritik biar berlapis"

      sendiri tulis macam tu now call orang lain babi. bagus, kat sini kita dah nampak sapa yg hipokrit dan bermuka2, takpe teruskanlah dengan sikap ko tu. but seriously again, aku nak tahu sangat apsal ko terasa lebih2? ko ke yang handle kes kereta aku?

      Padam
    4. Kat atas tu dari orang yang sama ke?
      atau dia ada masalah dalaman kakakaka

      Padam
    5. ya...aku yg handle keta ko....eh, ko ni pakcik gemok kulit hitam misai lentik tu kan? knapa pakcik? cermin keta pakcik pecah lagi ke? apakata pakcik bawak keta takpayah pakai cermin? amacam? klau problem jugak xpayah bawak keta langsung la.....bawak basikal je....klau problem jugak, jalan kaki je....klau masih ada problem, pergi mampus terus......selesai semua masalah dunia....amacam?

      Padam
    6. kah kah kah lawak gila siot. entertain me more

      Padam
    7. Apasal si ahmad ni lain mcm je aku tgk. dah putus wayar ke apa kenabuasir otak wakaka...

      Tahniah kerana entry anda kali ni berjaya membuasir otakkan si ahmad.

      Wslm

      Padam
    8. hahaha.. kesian Ahmad.. masuk sini terus buasir otak dibuatnya.. hahahahahaha!

      Padam
    9. Ketidakpuasan hati pelangan dan penservis :D
      lol XD

      Padam
    10. geniyusss seyh mamat Ahmad ni, konon islamik tahap tertinggi lewwtewwww kalau dah mula mencarut2 nih?

      Padam
    11. Ahmad Albab oi oii..

      Padam
  23. betol la Noob... its all about attitude... about management, S.O.P. standard operation procedure.. benda yang paling malasss orang nak ikut... skip sana skip sini.. nak mudah diorang aje.. tapi orang lain yang terima bahana.. kn?

    BalasPadam
  24. Gee baca tak habis pun...pnjg bro, whateva aku memang nak SMASH Sesiapa yg benarkan Lynas masuk, bro tak ada untung apa pun, yg lagi bodohnya di bina di kawasan penduduk ramai or padat, klu Org yg bertanggungjawap dlm memberi kelulusan benar2 buat kerja ia takkan dibina di Gebeng. Aku memang Anti Lynas... Jom tengok Artikel ni, Kenapa Lynas sgt berbahaya, bukan cakap Karam Singh Warya tapi penyelidikan yg telah di lakukan dlm tempoh lama, setelah Itu China menurunkan Penghasilan Rare Earth Iron ni, bagi melindung rakyatnya dari bahaya: http://coozlife.blogspot.com/2012/11/scientific-review-chronic-toxicity-of.html

    BalasPadam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...