Sabtu, 30 Jun 2012

29 Beza sebuah program angkasa lepas

Perbezaan program angkasa lepas China dan Malaysia.



Program angkasa lepas di China:

☑ Menubuhkan Program Angkasa Lepas di bawah China National Space Administration (CNSA)
☑ Bangunkan program angkasa di Universiti dan Institut
☑ Bangunkan bandar angkasa
☑ Bangunkan roket, satelit dan kapsul angkasa
☑ Membina tapak pelancaran roket
☑ Bangunkan bandar angkasa
☑ Bangunkan pusat kawalan dan pemantauan aeroangkasa
☑ Membuat ekplorasi angkasa tanpa manusia 
☑ Melatih pilot kapal terbang/jet pejuang untuk mengendalikan roket dan menjadi angkasawan 
☑ Hantar angkasawan tempatan ke angkasa lepas secara independen 
☑ Hantar angkasawan wanita tempatan ke angkasa lepas
.
.
.
☐ Bina stesen angkasa lepas menjelang 2020
☐ Hantar angkasawan ke bulan dan bina pangkalan angkasa di Bulan
☐ Misi ekplorasi tanpa manusia ke planet Marikh


Program angkasa lepas di Malaysia:

☑ Menubuhkan Program Angkasawan Negara di bawah Agensi Angkasa Negara (ANGKASA)
☑ Beli 18 jet pejuang Sukhoi dari Russia sebagai timbal balik untuk program angkasawan ini
☑ Mencari calon di kalangan warga tempatan untuk di hantar ke angkasa
☑ Menghantar 2 orang calon ke Russia untuk menjalani latihan
☑ Hantar seorang doktor sewaktu Hari Raya ke angkasa lepas untuk membuat eksperimen teh tarik, gasing, yoyo, kajian perkembangan penyakit barah tropika dan mikrob tempatan dengan roket Russia.
MALAYSIA BOLEH!!! 
☑ Bertukar menjadi angkasawan selebiriti, masuk majalah2 dan memberi ceramah di sekolah2.
☑ Calon backup juga bertukar menjadi angkasawan selebriti walaupun tidak pernah ke angkasa lepas.
☐ Rancang untuk Program Angkasawan Kedua negara
☐ ...
☐ ...
.
.
.


tags: program angkasa lepas angkasawan pertama kedua negara china malaysia cnsa nasa roscosmos astronaut cosmonaut kosmonaut chinese space shenzhou 9 spacecraft roket pesawat capsule kapsul satelit launch pulang returns bumi earth female wanita perempuan liu yang mendarat mongolia dr sheikh muszaphar sukhor ajar anak berenang ceramah sekolah dr faiz khaleed masterchef selebriti

29 ulasan:

  1. "Beli 18 jet pejuang Sukhoi dari Russia sebagai timbal balik untuk program angkasawan ini."

    Aku nak komen sikit benda ni,Tuan Rumah Kedaung kena betul2 berhati2 dan cakap benda yang benar.

    Malaysia tidak membeli 18 sukhoi semata2 untuk mendapatkan timbal balik program angkasawan itu.

    Pembelian jet pejuang negara ini berasaskan keperluan semasa bagi mengantikan MIG29 yang sudah usang.

    Menimbulkan persepsi seolah2 Malaysia begitu terdesak mahu ke Angkasa dengan membeli 18 jet pejuang itu sebagai timbal balik memburukkan lagi imej ATM yang sedia buruk akibat sikap serta persepsi masyarakat negara ini yang tidak begitu peduli tentang ASET ATM yang diperlukan sebagai teras pelindung keselamatan utama negara ini.

    BalasPadam
    Balasan
    1. eh tuan rumah kedaung ingin menyatakan disini yang tuan rumah kedaung tak cakap apa2 pun samada menyokong atau mempertikaikan pasal pembelian sukhoi tu. tuan rumah kedaung hanya membuat rujukan di wikipedia seperti yang tersebut sahaja...

      http://ms.wikipedia.org/wiki/Program_Angkasawan_Negara_Malaysia
      http://en.wikipedia.org/wiki/Angkasawan_program

      Padam
    2. saya faham apa yang Tuan Blog cuba sampaikan,Tapi "Quote" seperti itu boleh menimbulkan persepsi negatif kepada rakyat malaysia yang cetek ilmu dan info berkaitan aset2 ketenteraan.

      Padam
    3. apa2 pun semua dapat manfaat wlau tak banyak mana..
      atleast ada jugak lah malaysia take part utk program angkasawan..

      Padam
  2. brader zack,

    Buka minda luas2..pelbagai kn pembacaan dari semua sumber bukan dari sumber yg totok sahaja..insya Allah anda akan lebih nmpk berilmu dan berpengetahuan luas..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Madsud anda? saya tak faham..apa yang saya timbulkan ialah penggunaan perkataan yang tidak sesuai boleh menimbulkan persepsi tidak baik kepada ATM.

      seolah-olah pembelian sukhoi fighter ini dibuat kerana Malaysia tergedik2 mahukan program angkasawan tu padahal program tersebut ditawarkan Russia bagi mengalahkan pesaingnya yang lain kerana Russia tahu tawaran yang dibuatnya itu tidak mungkin ditolak Malaysia.

      Maaf,mungkin anda yang harus memperbanyakkan bacaan dan bukan hanya melawat blog yang ringan2 sahaja..mungkin anda harus melibatkan diri masuk ke Forum2 internet antarabangsa bagi meluaskan wawasan. ^_^

      Padam
  3. Balik kepada Tajuk Entry,Malaysia belum mampu dan berani untuk membuat suntikan dana besar-besaran untuk program angkasa.

    Keluarkan sedikit bajet untuk untuk ATM pun dah kecoh satu malaysia,ini kan nak keluarkan dana buat program angkasa lepas besar-besaran macam china?

    Ayat tipikal yang selalu keluar dari mulut rakyat malaysia,"membazir wang rakyat", duit tu buat sekolah or bagi anak yatim lagi bagus","program ni tak ada faedahnya,buat apa ke angkasa?" dan jika program ini dibuat kerajaan,ia akan menjadi bahan politik yang sangat ampuh buat pembangkang.

    Dengan gaya mentaliti serta sikap masyarakat rakyat negara ini yang gemar pesimis terhadap pencapaian negara sendiri,jangan harap lah nak buat apa pun..tengok sendirilah projek kereta nasional kita iaitu PROTON..sampai sekarang kena kutuk..Hahahahah nak buat projek angkasawan sendiri macam negara china?wakakakka

    Persoalannya sekarang hanyalah mentaliti..Benda ni boleh buat ^_^ ahhahaha

    sekarang Tepuk bontot sendiri termenung lah ko sorang2 depan PC kih kih kih :D

    BalasPadam
    Balasan
    1. aku baca je aku dah boleh agak maksud penulis. dia maksudkan dah tau negara takde dana besar utk program angkasa kenapa nak belanja banyak sampai juta2 semata2 nak hantar sorang warga tempatan ke angkasa, dan program ni tak berterusan pun, turun je doktor tu ke bumi, dah stop, tak payah continue apa2. so whats the point?

      apa sebenarnya pencapaian negara kita dlm bidang aeroangkasa tu? setakat bayar duit kepada pihak lain untuk bawa rakyat kita ke angkasa? kita boleh pergi sendiri? tidak kan? ok dia pergi sana buat kajian sains? mana hasil kajiannya? apa keuntungannya pada bidang perubatan or biologi tempatan? senyap sampai sekarang? tapi orang yg pergi angkasa tu status dia terus bertukar menjadi selebriti, masuk majalah, dapat gelaran datuk, masuk rancangan itu ini. itu realiti kat negara kita.

      Padam
    2. Jawapan kau sebenarnya klise,ibarat luah mati bapak ditelan mati emak..bila gomen buat sesuatu dengan "gaya berhati2 tanpa melibatkan kos yang banyak",kita persoalkan kenapa kita tak buat kajian sendiri,bangunkan teknologi sendiri,buat fasilitas sendiri,bayar duit tumpang yang orang punya buat apa?kata buat hasil kajian,tapi tak ada hasil?

      When gomen buat semua itu dengan serius,kita persoalkan kenapa nak terikut2 macam negara maju yang kaya,kita masih di tahap negara membangun? duit tersebut lebih bagus digunakan buat manfaat rakyat jelata,dengan dana sebesar itu,sangat membazir dan tidak membawa sebarang faedah!,kita belum mampu dan bersedia utuk memasuki era sains serta teknologi angkasa dan bla,bla,bla pelbagai ayat klise serta sindrom inferiority complex.

      sampai bila kita nak jadi rakyat yang hanya tahu mengeluh dan komplen?

      Padam
    3. dan ayat kau juga ayat klise penyokong kerajaan bn tegar yg tak boleh menerima kritikan kepada sesuatu benda yg dilihat tidak kena. now aku tanya kau balik, kalau kau spend duit kau buat pelaburan, mesti nakkan keuntungan, mesti nakkan hasil bukan? tapi kalau kau spend byk tapi hasil tarak? fikir sendiri la

      Padam
    4. Sorry,aku bukan penyokong BN..tapi aku terpaksa membuat kenyataan yang kelihatan menyokong kerajaan untuk membuat analoginya.

      inilah adalah hakikat kitaran pemikiran rakyat malaysia.sekiranya BN adalah pembangkang..benda yang sama akan berlaku kepada PR selaku kerajaan.

      Apa yang aku timbulkan adalah MENTALITI..kesedaran..kalau korang tak boleh keluar dari kepompong pemikiran seperti sekarang,benarlah kata penjajah..Bangsa Melayu tak akan mampu nak buat sebatang jarum pun.

      Padam
  4. apa cerita eksperimen dia kat atas sana?

    BalasPadam
  5. Malaysia beli sukhoi-30mkm dengan harga yg sangat mahal, sedangkan venezuela beli murah jer.. mana duit yg beza harga tuh? hahahhaha.. poket menteri

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam brader,sebelum menjawap persoalan klise brader ni yang didasari omongan kedai2 kopi yang bersembang politik 24 jam mengalahkan ahli2 politik malaysia yang sedia dungu ini.Adakah brader pernah membeli kereta? Tahu macamana PAKEJ membeli kereta?

      Basic-line? Medium-line? High-line? ^_^

      Padam
    2. Betul tu, jgn main hantam ja..

      Padam
    3. pakej?? yup.. sume pakej cuma kenapa asik ada komisyen dalam setiap pembelian.. act kan zack, bnda2 mcm ni dalam sidang parlimen. so.. bukan men hentam semberono.. kenapa???? tnya menteri x berjawab.. skrg rakyat macam ko buat spekulasi sesedap dan secukup rasa.. persoalan kenapa?? pon mnteri x jawab.. xpayah la nak tokok tambah

      Padam
  6. kepada butthurt yg menyatakan 'fitnah' kepada artikel di atas, bacalah link di bawah atau trus ke lebai google..ingat, artikel nie dari LIDAH kerajaan sendiri, yakni utusan..


    http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2006&dt=1127&pub=Utusan_Malaysia&sec=Forum&pg=fo_01.htm

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ini bkn artikel tulisan pihak utusan. Ini adalah tulisan para pembaca di dalam ruangan forum dlm akhbar utusan. Utusan hanya menerbitkan, dan bukan menggambarkan pendirian utusan.

      Padam
  7. siapa yang sebenarnya BUTTHURT ni? kih kih kih xD

    BalasPadam
  8. zack dengan prince noob cakap tentang asas yangg berbeda, tapi aku tahu ke2-2nya nakkan objektif angkasa negara lagi fokus dan ada pelan strategik berpanjangan..bukan berenti takat tu je..ye, MENTALITI itu isu besar..

    BalasPadam
  9. Kaji angkasa melalui ayat2 Al-Quran..

    BalasPadam
  10. Kena ada teknologi membina enjin jet baru dapat hantar angkasawan ke angkasa sendiri. Ambik masa beb.
    Takpe,dah hantar angkasawan pertama pun dah pencapaian yang baik.. Arab Saudi ada hantar angkasawan?

    BalasPadam
  11. Aku malu nk ngaku malaysia ada angkasawan pertama.Setakat tumpang kereta bmw jiran pergi kerja smbil mkn minum dlm kete die pastu nk kecoh satu opis "aku naik bmw!". malu la sikit wei.bayar puluhan juta setakat tumpang dua hala perjalanan.N apa sumbangan terhadap rakyat? 0!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Mmg betul kata saudara. Tp, bukannya mudah nk jd angkasawan. Mereka perlu menjalani pelbagai latihan fizikal dan mental, yg kadangkala manusia mcm kita ni x dpt tahan. Bila naik roket itu, semuanya antara hidup dan mati, kalau berlaku kerosakan kecil kpd sistem, kemalangan jiwa boleh berlaku. Naik ke ISSbukannya mudah. Kalau saudara kata kita mcm menumpang bmw Jiran, fikir balik, sanggup ke saudara menaiki bmw yg tempatnya sempit dan memakan masa 3 hari utk sampai ke destinasi. Kalau kita drive perlis johor pun mengaduh sakit badan, apatah lg yg dialami angkasawan ni. Walaubagaimanapun, saya faham saudara ingin program ini pergi lebih jauh. Kita tunggu dan lihat

      Padam
  12. bunyi kriket terbaik abad ini............
    kahkahkahkahkahkahkah...

    BalasPadam
  13. Selidik balik apa visi dan objektif program angkasawan negara. " utk membangunkan minat terutama di kalangan generasi muda dlm bidang sains dan teknologi khususnya sains angkasa" bukannya utk menjalankan kajian seserius seperti negara china ni. Hanya sebagai kick-start. Tp, jwpn kpd penyelidikan sel kanser tu hanya Allah yg mengetahui status sebenarnya.
    Walaubagaimanapun kesan program ini kurang menyerlah. Apa2 pun tunggu dan lihat, KALAU ada program angkasawan malaysia ke dua. Insyaallah.

    BalasPadam
  14. I say program angkaSAWAN malaysia is WTF? Hantar doktor tu, apa yg dia tau pasal aeroangkasa? Apsal x hantar malaysian aerospace experts ke sana? At least ada juga dia blaja teknologi rusia tu. Oh i get it. Maybe sebab syeikh tu ada picture perfect look. Muka boleh jual, itu pasal dipilih. In the end, dia jd space tourist semata-mata. Habuk tarak. Balik sini jd penceramah motivasi, caj org mahal2. Bertuah badan.

    BalasPadam
  15. baru baca artikel ni. agak kelakar la term 'angkasawan' tu. biasanya yg jadi astronaut saintis/engineers yg buat sendiri space shuttle, yg tau operation and sistem. yg kita hantar ni pelawat angkasa je

    masa mende ni jadik aku still study kat oz, and astronaut pertama australia belajar kat uni aku tu dulu. time tu banyak gak la org cakap malaysia hantar angkasawan naik teksi pegi iss

    BalasPadam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.