Tahun 2010, 2 tahun lepas aku register untuk pergi haji dengan Tabung Haji, queue giliran aku adalah pada tahun 2030, 20 tahun lepas dari tahun aku register. Siapa yang lambat daftar baru sekarang ni kalau nak register aku tak tahu berapa tahun pulak kena queue disebabkan ada kuota. Satu lagi kaedah nak pergi haji cepat tak perlu queue dan tunggu giliran adalah melalui pakej yang bayarannya hampir 2 kali ganda berbanding cara biasa dengan Tabung Haji.
Andai kata PM memang ada niat nak buat jugak PRU13 waktu musim haji walaupun mendapat bantahan masyarakat, tapi dengan situasi, cara dan kaedah rakyat Malaysia nak pergi haji kena queue2 dan tunggu giliran (kalau kaya takpelah boleh pergi bila2 masa je) dan nama kita dah naik untuk kena pergi haji tahun ini, adakah berbaloi untuk kita lepaskan giliran pergi haji dan tangguhkan ke tahun lain semata2 untuk mengundi pilihanraya? Bila kita dah lepaskan giliran ni, belum tentu kita akan dapat giliran untuk tahun hadapan, mungkin paling cepat pun kene queue balik 2 3 tahun lepas tu, itu pun kena buat rayuan. Aku nak berdiskusi dan tanya pendapat pembaca sekalian adakah berbaloi atau tidak untuk lepaskan giliran pergi haji kerana pilihanraya?
Baca sini untuk kenyataan Nik Aziz, Muhyiddin dan Encik Mufti Selangor.
tags: nik aziz setuju penyokong pas tangguh haji muhyiddin tunai ikut pilihan sendiri faktor pru pru13 pilihanraya mufti selangor datuk mohd tamyes abd wahid haram batal kali pertama tabung haji kuota quota giliran queue pakej umrah
Jumaat, 15 Jun 2012
22 ulasan:
Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.
* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
ermmm... no komen...
BalasPadamhaji dulu la..pilihanraya ni lagha ja..haha
BalasPadamundi pos tak boleh ka orang haji ni?
i will folo u too~
BalasPadamhaha
*pengsan*
semua kata2 baik tgna,muhyiddin,maupon mufti...bole diguna pakai mengikut keadaan yg tertentu...
BalasPadamapesal la PRU msti buat time org nak pegi haji?? bkn sng nak dpt pegi Haji,(org kaya xpe la)..haishh mcm2 la
BalasPadamAsssalam... yang nie no komenlah...
BalasPadamyg wajib mana dulu bro?? undi ke?? fikirlah...
Padamkalu baru nk daftar haji skrg maybe dpt tahun 2049 atau 2050 kot...
BalasPadamlaa apasal plak nak wat waktu time org p haji...xkan takut kat kepiah putih kot.
BalasPadamAwal-awal lagi tuan tanah tulis, "Andai kata PM memang ada niat nak buat jugak PRU13 waktu musim haji...(hingga habis perenggan)", dan berdasarkan andaian itu, kita lihat adakah ianya patut?
BalasPadamPilihanraya ni bukanlah perkara remeh yang boleh sesuka hati menafikan hak rakyat untuk mengundi. Di mana demokrasinya kalau macam tu? Bukankah ia boleh jatuh ke dalam lembah munafik apabila kita mengkhianati amanah yang diberikan pada kita?
Berdasarkan andaian ini sahaja pun sudah cukup untuk kita semua tutup kes "mengundi vs pergi haji berkuota". Jika kita terus membincangkan perkara yang kita tidak banyak ilmu tentangnya, takut-takut ianya menjadi fitnah kepada kita semula.
Aku bukan nak keluar dari skop perbincangan yang asal berkenaan "mengundi vs haji berkuota", cuma risau sekiranya ianya dibincangkan dalam keadaan kita faham lain, org lain faham lain, ia lebih merosakkan keadaan. Mana nak sama budak enggineer dengan budak psikologi.
Tengok ajelah berapa banyak komen-komen yang menghina, merendah-rendahkan orang lain di kebanyakkan website atas isu ini, semuanya atas nama kejahilan.
Seorang 'sahabat' saya kata, TG Nik Aziz ni selalu kena perangkap. Saya setuju dengan beliau. Dia kena perangkap bukan sebab dia bodoh, tapi sebab dunia akhir zaman. Dunia yang penuh fitnah. Antara sebabnya; pertama, dia tuan guru. Jadi kata-kata beliau berlandaskan ilmu, dan orang awam yang kurang pemahaman tentang apa itu Islam, akan merasa sangat 'asing' ilmu beliau. Mereka jadi ragu-ragu; kedua, apa yang beliau kata selalunya akan dimanipulasi, diubahsuai oleh media, atau di quote separuh-separuh. Sudahlah pemahaman kita kurang, ditokok-tambah, dibuang, dipendekkan dan apa sahajalah, lagi kelirulah kita; Ketiga, tukang batu api...; keempat, suka hidup dalam status quo...; kelima,...;keenam,... dsb.
Minta maaf tuan tanah. Saya tidak bermaksud untuk menutup kes. Sebenarnya saya lebih selesa sekiranya post kali ini dibincangkan oleh orang yang berilmu. Andaikata mereka-mereka ini masuk ke post ini, kita biarkan mereka yang ulas. Ulasan berlandaskan ilmu dan atas dasar takutkan Allah SWT, bukan berat kepada mana-mana pihak.
Tuan tanah pun tulis, "Aku nak berdiskusi dan tanya pendapat pembaca sekalian...". Jadi, post kali ini menyentuh isu yang patut diulas oleh mereka yang lebih layak. Oleh itu, ilmuan-ilmuan diluar sana, sila bincangkan perkara ini. Kalau boleh, bos TH yang menguruskan kuota pun turun padang.
ps: Orang PAS ni pun faham isu kuota giliran haji ni. InsyaAllah, siapa yang dapat giliran, mereka akan pergi, kecuali keadaan mendesak atau ada aral melintang.
Ha'ah, PAS je yang Isle.. bukan orang PAS semua Islam..
PadamUlasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
BalasPadamUntuk tidak merosakkan mood tuan tanah, saya tulislah sikit. Permulaan perbincangan, agar ada ilmuan diluar sana yang sudibetulkan pemahaman kami yang serba naif ini.
BalasPadamSoal agama seperti kes ini, kita tak boleh nak sentuh banyak memandangkan ilmu kita pun tak sebanyak mana. Ilmu Feqah,Syariah dsb itu sendiri pun, makan bertahun-tahun nak habiskan pengajian. Tu belum kira belajar basic masa umur sekolah rendah dan menengah.
Kita kena jelas, Feqh pemimpin dan feqh pengikut lain, feqh peperangan dan feqh aman lain, feqh keutamaan sahaja dah begitu tebal kitabnya, belum masuk feqh muamalah, jenayah dan pelbagai lagi. Kita tak boleh pukul rata semuanya.
Apa yang saya nampak dalam isu ni, setiap orang berilmu yang memberikan pandangan, masing-masing melihat dari sudut yang tersendiri.
Contohnya Mufti Selangor, Datuk Mohd Tamyes Abd Wahid (dipetik dari sinarharian seperti link di atas) berkata, "Jika dibatalkan niat itu hanya kerana perkara duniawi...". Membaca penuh tulisan itu sahaja membuatkan saya nak kata, "Oh! Sungguh sekuler pandangan ini". Tapi memandangkan dia orang berilmu, saya KIV sahaja. Mungkin ada perkara yang saya masih belum jelas dengan pandangan ini.
Soal pergi haji, ianya rukun Islam. Tiada siapa nak membantah. Ia juga tertakluk kepada syarat-syaratnya.
Soal melantik pemimpin, ianya juga sama penting. Dalam Islam sendiri sentiasa menitikberatkan tentang KEPIMPINAN. Lelaki pemimpin keluarga; kamu memimpin diri kamu sendiri; bila bermusafir 3 orang, lantik seorang sebagai pemimpin; dan pelbagai lagi tentang kepimpinan. Semuanya terangkum dalam Islam, malah Rasulullah SAW telah mendidik para sahabat betapa pentingnya soal pemimpin ini. Sehingga orang kafir bila nak menjatuhkan empayar Islam itu sendiri, mereka jatuhkan pemimpin juga.
Kita tahu dalam Islam, mempercepatkan urusan jenazah itu adalah penting, jangan dilewatkan. Tetapi mengapa ketika baru sahaja kewafatan baginda Rasulullah SAW, para sahabat telah berkumpul bermesyuarat untuk melantik seorang pemimpin? Sedangkan jasad baginda belum disemadikan. Lihatlah bagaimana para sahabat memandang betapa pentingnya Pemimpin itu.
Lihatlah bagaimana anak didik baginda menghadapi situasi apabila ada dua kewajipan berlaku serentak, mana hendak didahulukan. Kita mahu mempertikaikan para sahabat yang dimuliakan Allah SWT? Atau kita yang tidak faham urusan agama?
Bila ada dua keperluan serentak (1) Haji berkuota; (2) Mengundi; bagaimana mahu menyelesaikan masalah ini? (1)Haji, peluangnya setiap tahun tetapi ada kuota, (2) Mengundi, hanya 5 tahun sekali dan wajib mengundi. Kita minta mereka yang pakar memberi ulasan. Mungkin dari sudut Feqh pertembungan, Feqh Keutamaan, ehsan atau hukum-hakam lain. Kita sama-sama nantikan.
Bagi soal kepimpinan ni, bukan ruang sesempit komen di sini boleh diulas. Ianya panjang. Dan saya bukanlah orang yang layak untuk membentangkannya. Cuma kita kena faham, Islam merangkumi semua termasuk soal memilih pemimpin.
Jadi, adakah kita nak kata Islam ni cuma syahadat, solat, puasa, zakat dan haji sahaja?
Rumusannya, korang tak nampak ke betapa rumitnya situasi ini. Oleh itu, jalan terbaik, PM tak perlu buat pilihanraya ketika musim haji. Selain anda mendapat pahala (insyaAllah) kerana menunaikan amanah rakyat kepada anda, dalam masa yang sama anda dilihat seorang yang berani bertarung tanpa menggunakan muslihat yang kotor. Buktikan yang negara kita menjalankan demokrasi terpimpin seperti yang dicanangkan. Kepada mana-mana mufti, dengan rendah diri saya berharap sebelum anda mengeluarkan kenyataan "haram batal haji kerana mengundi", ada baiknya anda mengeluarkan dahulu kenyataan "haram penguasa isytihar pembubaran parlimen ketika musim haji". Kepada bloger-bloger dan pengkomen blog diluar sana, mengulaslah sesuatu dalam keadaan anda menjaga adab-sopan.
Ah!!!.. Konflik yang tak perlu jadi konflik.
Masalahnya, kenapa pihak PAS timbulkan isu PRU13 pada musim haji ni, PM tak umumkan pun.. Blah la lu!!
Padamkalu no komen jgn la komen mangkok..
BalasPadamIni jawab balas oleh TG Haji Hadi pada 17-Jun-2012. Beliau menyentuh berkenaan apabila bertembungnya dua keadaan yang sama pentingnya.
BalasPadamhttp://bm.harakahdaily.net/index.php/columnist/presiden/11037-haji-dan-politik
Dr Juanda Jaya, Mufti Perlis. Beliau kata benda yang tak berlaku lagi, tak perlu keluarkan hukum. Beliau juga menyelar tindakan membuat pilihanraya ketika musim haji.
http://www.sinarharian.com.my/nasional/haji-pru-usah-wujudkan-fitnah-keliru-1.57027
Setakat ni, mereka senada dengan apa yang saya cuba sampaikan semalam. Cuma kupasan saya tidak ilmiah dan tidak begitu mendalam.
Hanya khabar ingin, saja ja puak agama PAS ni tuduh benda yg buruk je kat UMNO, maklumlah, agama PAS je yang Isle..
PadamDewan Pemuda PAS minta Majlis Fatwa Kebangsaan mengeluarkan fatwa berkenaan hal ini kerana dikhuatiri kira-kira 20 ribu pengundi akan dinafikan haknya sekiranya pilihanraya dibuat ketika musim haji.
BalasPadamhttp://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/11065-pru-musim-haji-majlis-fatwa-perlu-bertindak-
Haa... nampak sangat terlalu mengharap undi dari jemaah haji.. mana tangan2 malaikat yang Nik Aziz cakap dulu tahun 1999 masa pas menawan terengganu? Tak dtg tolong undi ke?
BalasPadamAlahai..betapa banyak masa, akal, tenaga dan kos dibazirkan untuk layan spekulasi macam ni. Nak kata mencambah minda pun tidak..Alangkah baiknya andai segala sumber yang ada digunakan untuk perkara2 yang lebih bermanfaat, membangun negeri/negara dan mencerdikkan bangsa!
BalasPadamKenapa ada mamat butthurt ?
BalasPadamOrang suruh BINCANGKAN, bukan mengutuk.
ko nak bising2 dgn mamat butthurt pehal?
Padam