Ahad, 3 Jun 2012

42 Perempuan... jangan friend zone kami

Gua ada berlambak kenalan, ramai kawan, beberapa sahabat dan sedikit musuh. Definisi kenalan, kawan, sahabat dan musuh gua dah tulis kat entry sini. Walaupun gua ramai kawan lelaki dan perempuan, tapi semua sahabat baik gua adalah lelaki. Gua tak percaya yang ikatan & hubungan sahabat baik / best friend / BFF boleh wujud di antara lelaki dan perempuan. Persahabatan baik antara lelaki dan perempuan hanya boleh wujud dikalangan pasangan yang bercinta, kekasih dan suami isteri.


Orang lelaki ni adalah sejenis makhluk yang cepat perasan. Kalau ada orang perempuan (terutama yang cun melecun, bitchy, hot meletop, milf) tetiba nak berkenalan, berbaik2 dengan kita, like status Facebook kita, dengan cepatnya kita perasan mesti perempuan tu minat kat kita dan kita mulalah syok sendiri, mula berharapan, padalah perempuan tu hanya nak berkawan2, nak masuk group assignment kita, nak cari teman meluahkan masalah dia dengan balak dia dan lain2.


Bagi seorang lelaki, apabila dia cuba mendekati dan berkawan rapat dengan seseorang perempuan, selalu nak telefon, sentiasa nak ajak berbual, mengambil berat dan caring, sanggup menghabiskan duit belanja makan, beli hadiah untuk perempuan itu, sanggup buat apa sahaja demi perempuan itu, tidak lain dan tidak bukan dia mesti memasang niat untuk mengambil hati perempuan itu dan nak jadikkan perempuan tu awek dia. Aku tak percaya ada orang lelaki yang sanggup buat semua tu hanya semata2 nak jadikan perempuan itu kawan biasa.


Tapi bagi perempuan pula, kebanyakannya tidak faham akan orang lelaki, terutama perempuan yang merasakan diri mereka popular dan hot. Apabila ramai lelaki yang hendak berkawan rapat dengannya, ambil berat kepadanya, dia akan menganggap semua lelaki itu hanya mahu berkawan dengannya sahaja, padahal semuanya memasang angan2 agar si perempuan itu jatuh hati pada mereka. So bila satu hari salah seorang daripada BFF lelakinya nak approach dan meluahkan perasaan pada perempuan itu, dan perempuan tu menolak dengan memberi alasan yang dia belum bersedia nak bercouple, atau sudah ada kekasih, atau lebih teruk dia tu rupanya dah ada suami, pertalian BFF itu akan terus putus dan lelaki itu akan mengundur diri daripada terus menjadi sahabat baik or even kawan biasa kepada perempuan tersebut, walaupun perempuan itu berkata "It's cool, we can still be friends, rite?"... No, its not cool at all.


Sebab tu lebih ramai orang lelaki terperangkap dalam "Friend zone" atau "Zon kawan" berbanding wanita, sebab kebanyakan wanita menganggap it's OK to be just friends dengan BFF lelakinya padahal lelaki tu punyalah syok kat minah tu, tapi sebab masih menganggap diri mereka masih ada harapan, mereka terus berkawan baik dengan perempuan tu. Bagi yang tak faham istilah friend zone, ni gua petik dari wiki:
In popular culture, the "friend zone" refers to a platonic relationship where one person wishes to enter into a romantic relationship while the other does not. It is generally considered to be an undesirable situation by the lovelorn person. Once the friend zone is established, it is said to be difficult to move beyond that point in a relationship.

Ok definisi kat wiki tu mungkin ayat dia sastera sikit, so ni gua petik sikit contoh dari urban dictionary:
Girl: "I love you (Insert the poor bastard's name here,) but I dont want to ruin a great friendship by dating you."
Guy: "Well why the fuck did I waste two months on you?"

So lepas ni orang perempuan harap maklum, kalau ada orang lelaki yang terhegeh2 nak berkawan rapat dengan kita, kalau korang tak minat dengan lelaki tu, jangan layan dan bagi harapan palsu pada dia, jauhkanlah diri dari mereka, secara automatiknya mereka akan faham. Kalau mereka tak faham jugak, cakap je yang korang dah ada boyfriend ke, tunang ke, sure lelaki tu terus tak kacau hidup kau. Tapi kalau lelaki tu jenis spesis yang hampir pupus tak reti bahasa jugak, unfriend dia kat Facebook, block no. handphone dia, report kat mak bapak korang.

Dulu masa kat sekolah menengah dan universiti dulu, pernah ada awek yang mungkin minat kat aku, kira secret admirer la, hantar surat kat aku, selalu kirim salam kat aku, tapi bila aku tau siapa awek tu (masa tu muda lagi, awek2 tu pun tak berapa nak cun, biasalah memilih konon), aku terus buat tak tahu dan tak layan langsung, surat dan salam dia tidak aku balas sebab aku tak nak bagi harapan palsu kat kat diorang, last2 awek tu pun faham kot dan dah tak kacau hidup aku lagi.


Tapi yang bestnya, aku jugak pernah kena friendzone, lahanat sungguh. Aku minat betul dengan awek tu, lepas tu aku cuba nak berkawan, dan dia pun layan je aku. Bila aku ajak keluar, dia keluar, ajak lepak dia lepak, ajak tengok wayang dia OK je, ajak gi main tenis, dia ikut jugak. Aku pernah tanya dia, dia dah ada pakwe ke belum, dia cakap dia tak suka couple2 ni sebab mak bapak dia tak kasik. So sifat jantan aku dah mula mencanak naik, level perasan aku dah over 9000 dan aku rasa aku ada peluang yang tinggi. So pada satu hari bila aku nak approach awek tu dan aku cakap aku suka kat dia, dia reply yang sebenarnya dia dah ada pakwe, dan dia tak beritahu aku sebab dia tak nak hilang kawan, tapi dia juga suka dan sayang kat aku, tapi bukan sebagai kekasih, tapi lebih macam abang, adik beradik... DAFUQ??? Aku dengan malu dan kecewa meminta izin untuk beredar dari situ dan lantas no. telefonnya ku padam. 2 3 hari lepas tu dia SMS aku tanya ke mana aku menghilang, kenapa tak contact dia lagi, dah tak nak berkawan dengan dia lagi ke? "WOMEN, Y U SO HARD 2 UNDERSTAND???"


10 tahun lepas tu aku masih membujang... menyesal aku tak layan secret admirer yang minat kat aku dulu tu.


Level Friendzone paling cibai - bila BFF perempuan korang cakap yang koranglah kawan paling terbaik dan best yang dia ada, tapi dalam masa yang sama dia tengah couple dengan douchebag.


tags: friendzone friend zone zon kawan lelaki perempuan wanita gadis gurls girl tidak wujud ikatan sahabat kawan baik best bff secret admirer sa awek pakwe makwe boyfriend girlfriend couple douche bag kahwin pasangan cinta harapan friendship platonic bro bud adik beradik your favorite martian band song ray william johnson youtube rwj

42 ulasan:

  1. Balasan
    1. aku lambat baca post ni. kalau tak aku tak terjerat dalam kes ni.

      aku rasa aku punya level dah mencecah 99.99%

      mereng gue.

      Padam
  2. Konsep ni apply pada both gender sebab lelaki dan perempuan sama2 cepat perasan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. stuju sbb ak pn da perasaan cm ni smpai kecewa tahap cipan!hahha

      Padam
    2. Cipan. Aku pun terkene. Mula2 dia suke aku. Tapi masa tu aku tak suke dia. Biasa je lah. Kawan. Tapi dia dok ayat punya ayat aku ni. Aku jadi suke. Tapi skarang. Cipan dia lak yg tk suke. Pundek nya ikan talapia.

      Padam
  3. istilah friendzone ni pada perempuan2 hot ja

    sebab perempuan tak hot, dok menunggu la laki yang dok kejar perempuan hot yang perasan diri dorang di friendzone padahal dorang 2x5.

    sapa suruh nak yang hot- hot? padan muka hang. end up dengan asshole or perempuan lagi tak hot.

    lepas tu merapu meraban kena friendzone etc.

    (baca dalam lgohat kedah supaya tak tersalah maksud)

    apa? rupa tak penting? hati budi lebih utama.

    kah kah kah

    -lilac

    BalasPadam
    Balasan
    1. agree.. hati budi dan personaliti 1st. Luaran 2nd.

      Padam
    2. hati budi lebih utama.. kah kah kah kah
      rupa tak penting? kah kah kah kah

      Padam
    3. kan? kan? kah kah kah.

      rupa tak penting.. lol. hati budi lebih utama. lol.

      -lilac

      Padam
    4. kalu gadis itu punya hati budi dan rupa sama2 hebat, im gonna chase her like a hungry wolf.

      Padam
    5. hot or tak hot bukan masalahnya bro..kalau dah itu yang kita jumpe caner tu bro?

      Padam
    6. biskut ko laki ke pompuan? (0_o")

      Padam
  4. Kalau dah spesis yg gila glamer / culture shock, dia hantam saja layan semua peminat bagai nak couple dgn semua.. maklumla dulu org tak pandang tapi bila dah di tempat baru, sume orang layan..

    BalasPadam
  5. Kena la friendzone dulu, baru tau sesuai ke tak untuk upgrade.

    Anom jr

    BalasPadam
  6. erk. nway, best kisah nyesal xlayan perempuan x hot tue...
    =), itulah yang orang kata, last skali yang x hot la yang akan dicari akhirnya.

    BalasPadam
  7. kahkahkah...tipu la sape cakap tak minat awek/pakwe hot meletop ni

    BalasPadam
  8. aku kwn ngn mak nyah rilek je...xde nk friend zone bagai..

    BalasPadam
  9. betul tu prince of noob..aku sokong 100% tapi mcm setuasi aku lain..aku ada kwn perempuan so kami dh kwn 10 thn mcm tu la..then dh lama x jumpa..satu ari tu aku jumpa dia then aku ckp la yg aku ske at die bagai sume..the die ckp bg die msa tuk fikir..last week aku jumpe die..then keputusan die kami tetap kwn mcm biasa..tp aku still leh trima..sbb bg aku kwn lebih penting dari kapel. kalo putus trus lost contact mcm tu je..worst ada yg jadi musuh..xngam sume..bagai la kan..aku dh clash nan awek aku awek aku ni jenis pendendam then bf die yg bru ni give advice jgn dendam nan aku sume la kan..aku okay balik nan ex aku ni tp aku still xleh trima yg dia ada bf bru..aku still syg kn ex aku..sampai bf die ckp aku semak..aku try pujuk die balik then die ckp bg die masa tuk berfikir..apa yg aku dh mengarot ni...session luah kan perasaan..

    BalasPadam
    Balasan
    1. get a life lah wehh pompuan tu dah ade bf baru lagi ko nak masuk jarum.. sengal dowhh.. nanti ko dah kapel balik dgn die ko buat tahi lagi die dendam lagi dngan kau.. ke kau memang jenis suke di dendam dengan orang.. x pun aku rase ko ni jenis yang suke menyeksa hati pompuan LAME ASS.. kalau aku jadi BF ex GF ko tu.. memang dah lame kene kau nie.. org dah tolong jernih kan lagi kau x berterima kasih.. macam melepaskan anjing tersepit lah kau nie.. anjing zaman sekarang pun kalau di lepaskan banyak dah yang tak mengigit orang balik...

      Padam
    2. Pergi belasah bf dia..lepas tue ko belasah diri kau sendiri.....

      Padam
  10. aku ada bff perempuan masa kt IPT. dari gaya nampak mcm ada harapan nk ngorat. so aku luahkan perasan kt dia. tapi dia ckp nk jadi bff je ngan aku. dan dia dah couple dengan member baik aku. memang la malu gila ms tu.tak tau plak dia dah couple dgn kawan aku. tapi aku tak putus hubungan terus dengan dia. aku boleh anggap dia kawan(terpaksa sebab sekelas). tapi dia plak rasa lain. dia kata aku dah tak macam dulu... helo kawan, hang dah couple dengan member baik aku, satgi tak pasal2 bergaduh plak aku dgn kawan baik aku. tapi sekarang aku dah kawin. member baik aku tu pun dah kawin tapi bukan dengan awek dia merangkap kwn perempuan aku tu. awek tu pun tak kawin lagi sampai sekarang.

    BalasPadam
    Balasan
    1. biar hilang awek,jangan hilang kawan.

      Padam
  11. Benda ni lr yg aku cari2 selama ni, friend zone yeaa. ..mtak kebenaran kopy artikel ni yea noob..

    sebenarnya friend zone ni memg benar,bila aku baca kesemua isi kandung artikel ni aku dapat jangka sasarannya tepat 100% sebab awek gua pnah terkena, actly dia dlu ada teman laki yg rapat, memg gila la aku ckp, time tu dh lh kami dlm perhubungan, mana tak jeles en aku, dah bnyak kali aku ckp jgn rapat sgt tp dia degil, pernah lh juga bergadu dgn dia pasal laki tu, sampai dia ckp laki tu lbeh baik daripda aku *shiity asshole* memg sedih lh jugak, tpi aku sabar dan cuba tenangkan dia (kne tnjuk gentlemen jugak enn) then perasaan cemburu yg membuak2 aku ni terpaksa lr aku sorokkan even memg sakit tahap gila meraban, tapi tak apa, aku dpt juga pujuk dia, then dia oke,, bila keadaan dah kembali reda, aku nasihatkan dia, jgn tlalu rapat dgn mana2 laki, yelaa en, dia msti lr kene faham perangai bf dia mcm mne even kte pun kene lr fahamkn dia tu mcm mne.. dan beberapa buln kmudian laki tu pernh ckp yg dia suka kt dia, dan benda tu aku sendiri yg baca, so aku dengan geramnya aku menggunakan kuasa VETO aku mengahalang temn wnita aku tu dari contact laki tu.. lama2 kemudian tman wanita aku tu dpt sesuaikan dri darpd contack jntan jalang tu.. dan hubungan kami kekal ke hari ini.. *selepas tamat blaja ni kami dh b'niat nk bkahwin ;D :D :D

    BalasPadam
    Balasan
    1. kawen la cepat cepat dik. jangan tunggu lama sangat.huhu

      Padam
  12. sy pun tak percaya tp sy tau ada..tak reti nk cerita mcmana..ni lebih kepada semangat pasukan ka hapa ka taktau.masa kat universiti kami ni join PALAPES @ ROTU.kami jd rapat smpi sekarang maksudnya lepas tauliah,konvo dan skrg kerja...kami tu maksudnya bukan kami berdua..tp reramai..mmg rapat tp bukan la smpi tahap kuaq jalan berdua ka apa ka..kami lebih kpd beramai2 tambah yg dh bertunang ngn berkeluarga,bawak la pasangan n anak masing2.heheheheh...senang cita kami memang bersahabat baik tp tetap ada batasnya sbb masing2 dah jadi suami dan isteri orang...(malas nk cerita panjang2 lagi sbb rasa orang takmau paham pun.hehee)

    BalasPadam
  13. friendzone membawa padah... padah la sngat!

    BalasPadam
  14. jangan layan pompuan baik sgt. sebab pompuan tkkn appreciate ko. bila ko baik sangat ko jd predictable. so ko ni seorang yang membosankan di mata derang. tu sbb pompuan suke kat jerk/doucebag sbb derang ni nmpk maskulin/lelaki/unpredictable.

    BalasPadam
  15. aku tak penah ade laki yg nak approach aku.

    kesian nyer.

    kalo ade, mngkin aku trus rembat, tak payah nak friendzone2.

    takut pule nak approach laki sbb takut kena reject mcm Noob buat kt awek tak hot tu.

    BalasPadam
  16. Kah Kah Kah.. noob noob.. aku suka memfriendzonekan orang. Hahaha..

    BalasPadam
  17. kdg2 lelaki bising bile difrenzone kan wanita yg dorg suke .

    tapi pikir balik , kalau semua laki nk tekel awek tu , haruskah awek tu terima semua llki ? atau buat bodo / mengeji menghalau semua llki itu , atau frenzonekan mereka supaya persahabatan dpt dikekalkan .

    xcinta xbermakna xnk kawan ..

    BalasPadam
    Balasan
    1. oh betul dills good point...

      lelaki ni makhluk yg kompleks sbnarnya, dorang tension/pening kena battle dgn ego hari2, i tak penah berkapel seumur hidup (terpulang nak percaya atau tak, i mmg x ada keinginan nak berkapel, n i bukan makhluk LGBT), tp i suka make friends n get to know jer dgn ramai org, best tukar2 pendapat kasi minda terbuka...sharing views about life in general, also being the reason i follow certain blogs yg panas..i'm curious n i want to understand ^^

      jenis lelaki yg butthurt bila kena friendzone ni mmg kompleks, kalo pompuan tu langsung tak nak kawan dgn dia in the 1st place, dikatanya pompuan tu sombong nak mampos, bajet bagos/lawa/hebat etc etc...ok dah berkawan, then upgrade jd kawan baik sbb share interests yg sama (ie; anime, manga, books, movies bla bla..), then tetiba lelaki tu 'jatuh hati' pulak kat pompuan tu, terus expect pompuan tu WAJIB kena terima dia, kalo tak trima jugak pompuan tu mmg patut dilabel jahat, kijamz, main2kan perasaan lelaki innocent, bajet bagos lagi, ice queen, dll...sbb dorang guys ni dah habiskan masa 'kejar' (padahal boleh jer dia pasang kawan2 girls ramai2 pada masa yg sama, evaluate mana yg boleh dibuat bini) something yg tak boleh nak dapat, so bertukar jadi butthurt yg crybabies, tros hilang macho...titik nokhtah bg satu persahabatan bersih yg platonik n fun pada awalnya..

      kompleks kan battle ego dalaman diorang nih? spesimen yg baik utk buat kajian ^^

      Padam
    2. for me frendzone is more tend to open relationship. bukan sekadar kawan biasa lagi. bila da hang out selalu, calling n messaging tiap hari, manja gedik pun dengan lelaki tu, mana nak sama dgn sekadar kawan rapat. unless ppuan tu just nak enjoy dan take sum advantage form the pathetic guy yg sangap nak kawen.

      yeah. i'm cry baby.

      Padam
    3. oh mocha, i pity your soul in this case...ni msti kes u jumpa mean girls ni, kalau u friends dgn i, i tak akan bagi harapan palsu n amik kesempatan kat guys mcm u ^^

      Padam
    4. plain83...kau seekor hybrid alien rupanya...

      tak ku sangka ikikikiki xD

      Padam
    5. daripada aku tipu diri sendiri hanya kerana 'kasihankan' kawan aku tu, walhal sekelumit perasaan cinta kat dia langsung tak wujud dlm sanubari ku, buat apa? 2-2 merana nnt, tambah lagi statistik penceraian kat malaysia ni tak guna jugak...bukan semua pasangan bisa dianugerahkan perasaan 'cinta' selepas kahwin yg maha suci sgt tu? cuba kau menghayati penulisan picisan ku ini wahai dek non~ ^^

      Padam
  18. yup. sy jumpa saorang ppuan yg sgt bermakna dlm hidup i after 2year i kept my soul away dari mencintai mana2 girl. dia berjaya buka pintu hati i.

    BalasPadam
  19. Aku perempuan pun kena friendzone. Eeei ini membuat kan aku bertambah rasa sarkastik dekat lelaki. yelah kot maybe aku cepat perasan sebab baru aku sedar dia layan aku selama ni mana special sgt *glass shattered

    BalasPadam
  20. Aq prempuan...aq pon bru kena friendzone..sedih gila..hahahahahaha.

    BalasPadam
  21. Kalau perempuan yg kena friendzone tapi lelaki tu masih layan baik mcm mana?

    BalasPadam
    Balasan
    1. jadi jangan kawan rapat sangat dengan laki tu. dia tak nak kat perempuan tu, tapi dalam masa yang sama macam bagi harapan, sebenarnya dia cuma nak rasa diri popular je di kalangan perempuan.

      Padam
  22. Aku baru je kena friendzone, bila aku confess dgn dia...nak tau jawabannya? "sebnrnya aku tak redy lg nak bercinta, aku lebis selesa sebagai kawan jer.." lahanat tul, dah layan aku tiap hari, saling mengusik bagai...sekali friendzone. Cakap jela aku tak minat kau, kau bukan type aku..senang, walau sakit tp clear...hahaha.....

    BalasPadam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.