Gua kalau pergi berjalan ke mana2 kalau ada pilihan antara jalan biasa dengan lebuhraya, gua mesti akan pilih untuk lalu lebuhraya, biarlah kena bayar tol sikit tapi at least gua cepat sampai ke destinasi. Dan benda yang paling gua harap2 adalah di Kelantan ada highway kerana pekerjaan gua ni memaksa gua untuk sekurang2nya 4 kali dalam setahun kena pergi ke negeri Darul Naim ini. Dan bila gua dapat tahu kerajaan negeri Kelantan nak bina Lebuhraya Rakyat, gua betul2 harap highway tu dapat disiapkan dengan cepat. Tapi ada benda yang gua agak tak curious... Gua tahu mungkin lepas ni komen akan penuh dengan penyokong2 PAS dan orang Kelantan, tapi gua tetap nak bagi pandangan gua tentang hal ni dan anda tidak perlu bersetuju dengan pandangan gua.
Benda ni gua ambik dari FB Tok Guru Nik Aziz. Kat dalam tu juga admin menulis semua orang boleh menyalurkan sumbangan untuk menjayakan projek lebuhraya percuma ini boleh dimasukkan ke dalam akaun syarikat Rowstead Systems SDN BHD @ Baldah Toyyibah(Prasarana) Kelantan SDN BHD. Seperti yang ditulis oleh Papagomo kat sini, syarikat tu adalah milik bersama Dato' Husam Musa yang menjadi pengarah syarikat tu. Tapi tu gua tak peduli sangat sebab syarikat tu pun anak syarikat Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK), so mungkin normal kalau seorang Exco Kerajaan Negeri Kelantan yang menjadi pengarah syarikat tu, dan Insya Allah, Dato' Husam boleh menjaga semua duit2 sumbangan dengan amanah.
Aku faham sumbangan tu bukan bermaksud semua rakyat Kelantan dipaksa memberi sumbangan, sapa nak bagi boleh bagi, sape tak nak bagi, sudah. Dan aku juga faham apa yang cuba disampaikan oleh Amenoworld kat sini. Rancangan pembinaan Lebuhraya Kota Bharu - Kuala Krai ni memakan belanja kos pembinaan sebanyak RM1.8 billion dan setakat yang dilapor di sini, kerajaan negeri telah menerima sumbangan sebanyak RM1.5 juta. Baki yang diperlukan adalah RM1.7985 billion. Tak tahu dari peruntukan kerajaan negeri sahaja ada berapa, tapi kalau macam ini gayanya, bila nak siap lebuhrayanya? Takkan bila ada duit sikit, start buat kerja, bila duit dah makin kurang, stop dulu kerja, tunggu sumbangan banyak sikit, bila dah banyak, sambung balik. Memang susah la nak follow jadual kerja dan timeline, itu belum kira jadual pembayaran kepada kontraktor.
Jangan cerita pasal duit royalti minyak ke apa, dah memang kerajaan pusat pusing2 jugak kona sana sini tak nak bagi, nak buat macam mana. Rasanya pendapatan negeri hasil balak, cukai yang dibayar rakyat dan syarikat tempatan kepada kerajaan negeri, hasil2 bumi dan lain2 mesti mencapai angka billion juga. Dan kalau tidak cukup juga, kenapa tidak buat pinjaman kepada bank RM1.8 billion, kemudian buka tender pembinaan lebuhraya ini, kontraktor yang menang tender akan mulakan pembinaan yang ada jadual kerja dan timeline bila fasa A akan siap, bila fasa B akan siap dan seterusnya tarikh bila lebuhraya ni akan siap dengan sepenuhnya. Macam ni at least duit pun dah ada untuk bayar kontraktor pada bila2 masa, dan projek pembinaan pun dapat disiapkan dengan lebih cepat, mengikut jadual dan teratur.
Sekarang ini boleh dikatakan semua negeri ada lebuhraya kecuali Kelantan, tapi lebuhraya tu semua ada tol, setakat ini tiada lagi lebuhraya yang tiada tol. Sebab tu bagi aku tak salah bila nanti lebuhraya rakyat Kelantan tu dah siap, sedikit caj tol yang minima perlu dikenakan kepada pengguna lebuhraya tu di mana ia akan digunakan hanya untuk menampung kos pembinaan lebuhraya. Kalau tengok keadaan sekarang di mana berjuta2 rakyat Kelantan yang duduk diluar negeri akan pulang ke kampung halaman bila time cuti sekolah, raya, majlis kahwin dan sebagainya, aku percaya tak sampai 5 tahun, kerajaan akan dapat balik duit hasil kutipan tol untuk bayar balik pinjaman RM1.8 billion tu yang digunakan pada asalnya sebagai kos pembinaan lebuhraya. Lepas tu barulah kerajaan negeri berhentikan kutipan tol kat lebuhraya tu.
tags: projek lebuhraya rakyat percuma tiada tol kelantan kota bharu kuala krai kerajaan negeri sumbangan derma ikhlas majlis pecah tanah rowstead system baldah toyyibah sdn bhd pmbk nik aziz nik mat husam musa papagomo amenoworld kos pembinaan
Isnin, 4 Jun 2012
28 ulasan:
Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.
* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
diorang taknak jadi macam parti yang diorang selalu kutuk kot. sebab diorang kan kata kalau dapat pegang Malaysia, semua tol akan dihapuskan.ke aku salah?
BalasPadammungkin. still, paling bagus bertindak gunakan strategi, idealistik dan realistik kena seimbang.
Padamkalau jadi, orang akan bangga. kalau tak jadi, orang akan terus cacaikan kelantan. :(
-lilac
mungkin. still, paling bagus bertindak gunakan strategi, idealistik dan realistik kena seimbang.
Padamkalau jadi, orang akan bangga. kalau tak jadi, orang akan terus cacaikan kelantan. :(
-lilac
=)...x2, cbe bsangka baek...depe mungking nk buktikn,rezeki 2 leh dtg dgn ap cara sekalipn jk pcaye pd Tuhan..ni skit2 nk mintak kerajaan..aihh,tnp kerajaan pn deme mampu =)
Padamskulluv ngn nadz ruslan meh la derma skali...i'Allah ad gk saham esok hr =)
spt kata dato'awg adek :“Ini (membina jalan utama) tanggungjawab kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Pas Kelantan tidak mampu untuk membina kecuali dengan bantuan pihak swasta. Jumlah RM2 bilion sangat besar, tidak mampu jika dibandingkan dengan pendapatan kerajaan negeri…”
BalasPadamjika ini t/jawab kerajaan pusat..knp tak dibina dari dulu lg?sakit blkg tau tak 6 jam dari sini ke KB...stakat nak sampai Gua Musang xde masalah,3jam lebih je...
politik2...thanks to ex PM Pak Lah..3 projek KB FlyOver tak lama lg siap....
haaaa...itu dia..penulis jemputan Buasir Otak....
Padamsetuju setuju...kelantan tak patut dianaktirikan sbb kerana memilih pas sbg pemerintah.kesian dkt dieorg
PadamNama pun parti PAS. Menfitnah ajer keje diorang siang malam, sblm nak citer pasal hiway nie..meh aku list down projek2 gagal dibawah PAS:
PadamProjek Koridor Depu – Gagal dilaksanakan
Projek Pelihara Kambing Jamnapari – Gagal dilaksanakan
Projek Jambatan Kota Bahru Ke Palekbang – Gagal dilaksanakan (nasib baik jambatan2 yang dok ader nih dibuat masa kerajaan BN perintah)
Bandar Baru Pengkalan Kubur – Gagal dilaksanakan
Projek Pelabuhan Darat di Kuala Krai – Gagal dilaksanakan
Stadium – Gagal dilaksanakan
Kerajaan PAS nieh kalau ader duit skali pun diorang takkan membelanjakan pada pembangunan. Diorang memang tak mampu....kepala otak tahu nak kikih harta rakyat ajer. Tengok di Gua Musang, konon kata ada emas dekat daerah tuuu......dah abis pokok balak ditarah, balak pun abis dah dijual, tapi 1 gram emas pun tak jumpa...aper citer nih? lombong emas ke lombong kroni?
Masalah air, Untuk makluman, sejak tahun 2000, Kerajaan Pusat telah membelanjakan RM1.058 bilion di Kelantan. Perbelanjaan itu dalam dua bentuk, pertama berbentuk geran, kita sediakan sumber dan bekalan air seperti membina loji dan penyambungan paip, kemudian kita serahkan secara percuma kepada Air Kelantan Sdn. Bhd. untuk mengutip hasil.
Satu lagi berbentuk pinjaman kepada kerajaan negeri berjumlah RM597 juta yang diberikan tanpa sebarang faedah, ini satu keadaan istimewa yang diberikan kepada kerajaan Pas Kelantan melalui AKSB. Duit dan kelengkapan dah diberi, cuma tinggal mengurus ajer, pun masih gagal tahap cipan lagik...adeih...tak tahulah aku nak cakap aper. Gran 1.6 Billion masih dipanggil anak tirikan?Fikir2kanlah yop. Cuma aku pelik rakyat kelantan masih termakan janji2 palsu kerjaan negeri. Aperlah nasib. Mintak tolonglah berubah, utk kemajuan bersama.
Untuk makluman negeri2 semenanjung lain dah pun ader jalan2 negeri yang 4 lane tanpa tol untuk menghubungi daerah ke daerah. Cuma banyak lampu isyarat ajerlah kena redah. Tapi setidak2nya ada jalan free, ader jalan hiway untuk kemudahan rakyat.
yer ker? fakta ko bagi ni belum tentu betui pun...sapa2 pun leh citer,buktinya?
PadamTerpanggil nak beri komen.....saya orang Pahang...kat Pahang pun still banyak masalah bekalan air utk penduduk2nya..walaupun sungai terpanjang di Semenanjung adalah di negeri Pahang...camne nak jawab tu???
PadamHiway free semua orang suka,
BalasPadamSemua orang suka jugak kalau betul-betul free, tak payah nak derma, melainkan ada orang buta bawak tissue pergi tadah tangan dekat kedai-kedai makan.
Lambat la dana nak cukup. Kehkeh..
Cubaan menarik untuk berdikari ala2 Bersamamu tv3..lagi menarik kalau Kelantan dapat ditadbir dengan lebih cekap dan efektif. Kurangkan politiking, ceramah dan cari salah orang yang tak sudah2..barula macho sikit. Contohi melaka - negeri kecil, tiada minyak dan hasil bumi yang lain - masih boleh menjana pendapatan. Asal nak buat projek kena pau orang, lama2 pelabur pun lari..
BalasPadamAnom jr
airport melaka tu ape cerita?
Padamambo dok melako 8 tahun doh.... meme jana pendapatan...tp bole d katakan 80% non bumi pegang...guano kiro tuh?
Padamorg kelantan sendiri yg suka menyusahkan diri sendiri. nk ckp cmna lg klo bkn padan muka. klo PAS tu betul ikut ajaran ISLAM yg sebenar xpe jgk. tp ni sesat! yg pimpin PAS org2 tamak yg gila kuasa yg suka hancurkan perpaduan ummah di Malaysia. benda basic seperti kebersihan pn x ikut tp berani ckp psl hudud. org kelantan xde iman ke? org klntan pun malu mngaku asal klntan. pmimpin ISLAM yg sebenarnya ptt pntgkn silaturahim perpaduan. bersatu teguh bercerai roboh. x fhm sejarah ke n.ajis?
BalasPadamorg kelantan mana yang malu ngaku asal kelantan?ko jer kot......
Padamsaya bangga menjadi orang kelantan!!!
Padamjelas tanpa nama ni umno.. hahaha... dan dipengaruhi isma sepakat umno berdaulat
Padamorg pas kelantan mmg bongok....
Padam=) bgtu beremosi sekali kome2 ni bg komen...bio la depe wat keje, da kome2 xnk bntu bio je la depe wat keje...da name wakaf...pakat2 bntu la kerajaan negri yg xmmpu(bkn xmmpu,bnyk hak depe yg kome xbg)...
BalasPadamalahai...sedih comment psl perpaduan...sape yg xde perpaduan tah?melayu pn xtolong melayu..sedeh seh...
mate dk material sgt...depe tau la nk mngurus tu..kalo x,masakan trus lg memerintah smpi sekarang, org kelantan bodoh?mane mungkin deme bodoh coz kt U pn bsepah2 rakyat kelantan...(kome try wt statistik lam 1coz kt U, negri mane pling rmai)
bckap psl bntuan krajaan utk bntu masalah air...komme bg kt syarikat kroni kome, how come krajaan ngri nk solve d problem...
xrase plak deme2 ni malu nk mngaku ank kelantan...ramai je tnp segan silu pkai jersi red worrior 2???negeri kome ad???ngeri kwn pn xde =(
ops..melaka yg kecik nk cmpare ngn ngri kelantan..ish2...xmasuk akal yop...si A ad 2 ank, si B ad 10 ank...gaji A ngn B lbe kurang je..so sape yg pling seksa tk bblanje?..budak skolah tadika pn reti jwb =)..(tp lam kes ni si A lg bnyk gaji kot..coz lg baek ngn bos)
err...knp kome ckp pas sesat?xde pn pmimpin deme kne gam ngn mjlis fatwa?=)
soklan mudah..sape nk pahala???sape plak nk dosa???so kalo stkt nk derma tk kbajikan adkah itu mmbebankn???derma ikut kmampuan...laen la cukai...patut kne bayor rela or x..=)
ish2...kesian kt rakyat kelantan..dtuduh bdoh, hny kerana deme lbih suka mnadah kitab dr tgk bndar deme pnuh ngn clubbing,casino,kedai no ekor =)
ap2 pn..org wat kbajikan skurang2ny kite sokong...kalo xske pn jgn dk kondem,senyap2 da la...nk kondem, kondem org wat bnde2 xelok...(k pop prabis 2juta 2, kn bagus derma kt deme nh...kurang skit beban..cepat skit siap..)
Kasihan..kasihan..
Padamsaya sokong fakir...gi mana pun pasti tanpa segan silu org kelantan akan pakai jersi negeri diorang.sampaikan sampai ke sabah serawak pun bleh jumpa org pakai jersi kelantan?ada ke org sbh serawak nak pakai jersi kelantan?
PadamAh, orang kelantan pun pakai baju Manchester United..
PadamSarawak takde jalan TOL pun ok jerk.. Terima kasih TAIB MAHMUD
Padamala org kelantan ddk mane mmg suke bwat kecoh... ntah ape2x je.. pmmmpin pas pun ntah ape2x... kate nk mmperjuangkan islam konon..ceh.. .. bongok
Padamarga minyak naik = arga barang naik... sebelum arga kontrak dinaikkan oleh kontraktor kena buat agreement cepat2 kot... tapi sya assume jer.. yg penting kiter sumer doakan moga projek nih berjaya... free kot.. saper tak nak.. yg nak bagi sumbangan wakaf tu bagilah.. dapat pahala selagi org guna jalan tu... kan2... ke aku salah...?? kalau aku salah... arap di maafkan... n tlg la betulkan.. kita kan idup sama2 atas bumi ALLAH nih...
BalasPadamInsyaAllah dpt pahala.. yg pasti kena pantau tkut diorg songlap...mne leh caye...lagi2x org PAS... penipu beso
PadamTanpa Nama tu ckap sdap mulut je...
BalasPadam