Iklan Leaderboard

Khamis, 28 Jun 2012

59 Sila pilih antara Najib atau Anwar

Baru2 ini tersebar gambar Altantuya Shaariibuu di Perancis di blog2 Pro-Pakatan. Bagi kebanyakan penyokong PKR, PAS dan DAP, mereka memang sangat percaya yang Najib Razak pernah mempunyai skandal dengan Altantuya dan meletupkannya dengan bom C4 atas kes pembelian kapal selam Scorpene. Orang2 UMNO mengatakan ia suatu fitnah yang jahat. Manakala rata2 kebanyakan penyokong UMNO pula, mereka memang sangat percaya yang Anwar Ibrahim pernah liwat Sukma, Saiful Bukhari dan juga percaya yang video Anwar dengan China Doll itu adalah benar. Mereka juga mempercayai Anwar pernah ada skandal dengan isteri Azmin Ali iaitu Shamsidar. Orang2 PR mengatakan ia suatu fitnah yang jahat.


Sebagai seorang yang atas pagar dan neutral, ia boleh jadi samada anda TIDAK PERCAYA langsung kepada kedua2 cerita, atau boleh jadi samada anda PERCAYA kepada kedua2 cerita. Katakan anda cuba meletakkan diri anda sebagai seorang NEUTRAL yang PERCAYA kepada kedua2 kes samada Najib dan Anwar, siapakah yang anda nak pilih? Bincangkan dan bagi ulasan2 kenapa anda memilih salah seorang daripada mereka untuk menjadi pemimpin anda? Tak boleh tak pilih mana2 sebab nak tak nak masa mengundi nanti anda hanya ada 2 pilihan je pun samada BN atau PR.


tags: skandal kes najib razak rosmah mansor altantuya bom c4 kapal selam scorpene gambar perancis paris razak baginda azirul silah anwar ibrahim wan azizah liwat adik angkat sukma darmawan saiful bukhari azmin ali shamsidar anak dna farah afifah china doll penyokong bn umno pr pkr pas dap neutral atas pagar percaya tidak pilihan

59 ulasan:

  1. Tetapi kawan aku yang bertugas sebagai polis,dia mendakwa pernah berjumpa dengan polis yang di suspek mengebom altantuya tu.suspek berkata dia mengaku atas insiden berkenaan.Tak pasti kebenaran nya..

    BalasPadam
  2. Aku? Kalau BN letak muka baru kat tempat aku, memang pilih BN.. Kat tempat aku BN bukan UMNO, tapi PBB komponen BN..

    Tapi kalau PBB, letak gak muka lama yang dah berapa penggal pegang, memang pangkah pembangkang (sama ada PR atau bebas)

    BalasPadam
  3. Soalan yang menarik. Lama jugak aku termenung pikir nak tulis apa. Mungkin aku perlukan sedikit masa lagi untuk jawab soalan ni. Mungkin satu special entry akan ditulis untuknya.

    Tq encik noob.

    BalasPadam
  4. yup , CP antara yang natural and CP masih belum buat keputusan ...

    BalasPadam
  5. Aku akan pangkah Pas kalau Pas tinggalkan DAP,tapi buat masa sekarang aku mungkin akan pangkah BN next PRU.

    itu pilihan aku lah sebagai orang atas pagar.

    Najib kalau dapat control si bik mama tu ok lah sikit,ligat sangat bik mama tu..lebih sudu dari kuah.

    Anwar pula jangan terlampau ikutkan kehendak cina dan india..sebab ni yg buat aku jelak,Melayu dalam PKR adalah Melayu tanpa Nyawa..Dead body.

    Nik Aziz pula kalau tidak terlampau kata DAP sebab nak ligan undi,Ramai yang akan stay dengan PAS..buat masa ni ramai menganggap PAS seperti LALANG.

    DAP pula,terang2 komunis bandar.

    BalasPadam
    Balasan
    1. pendapat aku sama seperti di atas

      Padam
    2. pada pendapat saya,spongebob dah x bez..citer adventure time with finn ag bez..

      Padam
    3. betul zack, setuju sgt pasal komunis bandar tu. lagi2 cina area PJ dan sekitarnya. sial cina.

      Padam
  6. aku akan undi parti bebas sampai BN or BA ubah jadi matang sikit. fanatik lebih2, manipulate otak orang kampung. bosan sial agenda depa ni.
    aku nak sokong pemimpin yang boleh buat orang sokong dia sebab kepemimpinan dia memang layak disokokong.

    BalasPadam
    Balasan
    1. bro,Tuan Rumah kedaung dah cakap hanya 2 pilihan je,samaada PR atau BN..kalau Tuan rumah kedaung bagi option lain dah lama aku pun tulis macam ko gak pangkah calon bebas.

      Tapi yg menjadi masalah calon bebas,apabila mereka berada di dalam parlimen atau negeri mereka terpaksa juga menjadi penyokong kepada pihak kerajaan atau pembangkang dalam dewan.. HAMPEH!

      Padam
  7. aku akan undi pas klu pas kluar dr DAP....
    tp bt masa skg..umno la gamak nyee....

    BalasPadam
  8. Aku atas pagar gak. Tak sanggup pangkah PAS, selagi dalam PR.. Bior PAS berdiri sendiri. PR tu bior ler PKR & DAP je.. Masa ni, BN lah kot? BN mungkin bukan sempurna, tapi itu yg terbaik setakat ni..

    BalasPadam
    Balasan
    1. aku pun atas pagar gak,bkn sebab pilihan.tp sebab tersangkut mse nak g umah jiran.pagar lak tinggi,xleh nak turun.nasib bek de member tlg.kesimpulannye,nak g umah jiran harusla melalui pintu utama,jangan memandai nak ikut shortcut panjat pagar.

      Padam
  9. Walaupun aku berat ke arah PAS, aku ralat nak undi PAS sebab kena queen control sangat dengan DAP..Saiful pulak dah buat sumpah..Anwar belum lagi..selagi Anwar tak angkat sumpah penafian,aku rasa aku akan undi BN..

    BalasPadam
  10. kalau aku mengundi nnt aku nak undi BN!. ni yg aku cakap kat sni la, tp hakikatnya aku pangkah PR jgk. haha.. alasannya, aku xnak kasi parti yg memerintah tu menang besar, nnt kita kena pijak kepala macam yg paklah buat dulu. harga petrol naik gila babi sampai 2.70 seliter. tahniah kepada rakyat yang memberi kemenangan besar masa tu . lagi satu kan, korang jangan percaya sangat kalau dengar org berbual2 pasal mengundi ni, dr pengalaman aku la, time berbual citer pro pembangkang, tapi tetap mengundi BN jugak dan begitulah sebaliknya..hurm.. ape pun, selamat mengundi kepada semua. tunaikan kewajipan anda. tp kan.. adakah undi aku ni sama nilainya dengan undi korg2 sume..? sebabnya pengagihan penduduk dengan kerusi undi x sama banyak. mmmm bab ni mintak Buasir Otak ulas pulak la kalau ade mase nnt ok.

    BalasPadam
    Balasan
    1. betul2 cakap kau,tak leh kasi BN menang besor kang dorang keras kepala.

      orang2 melayu ni dekat kawasan bandar malas mengundi berbanding dengan orang melayu yang duduk dikawasan kampung.

      Padam
  11. Antara dua pilihan?

    Saya undi Anwar Ibrahim, dan saya akan keluar mengundi.

    kawan anda

    BalasPadam
  12. Saya semestinya tidak Akan mengundi BN!

    BalasPadam
  13. Kenapa dalam senarai label, ada 2x5?
    Siapa 2? Siapa 5? Kalau kedua2 mereka tu sama, dari segi apa samanya? Saya nampak amat jauh berbeza..

    Tapi kalau nak kata 2x5 = TDM x DSAI, boleh laa kot..
    Ini melibatkan individu yg diangkat menjadi pemimpin, bukan isu individu tu sendiri..


    kawan anda

    BalasPadam
  14. Undi BN, tolak calon PR & Bebas..

    BalasPadam
  15. Tuan tanah tanya, Anwar atau Najib?

    Ada jawab BN, PKR, DAP, PAS dan melalut-lalut..
    Pilihan ada dua je.. lain la kalau banyak pilihan.. Aku pun nak tulis macam-macam..

    Kalau Anwar tu = BN, dan Najib = PKR.. agak-agak berubah tak jawapan korang?

    Sebenarnya post ni lebih kepada BN vs PR or Najib vs Anwar? Ini cerita pasal parti atau individu?

    kawan anda

    BalasPadam
  16. Ramai yg masih keliru dgn post ini. First aku nak mintak korang cuba bayang dan letakkan diri korang di kasut seorang NEUTRAL yang PERCAYA akan kedua2 KES yang melibatkan Najib dengan Altantuya dan Scorpenenya manakala Anwar dengan Saiful Bukhari dan Chinadollnya. Kemudian daripada situ buat pertimbangan samada anda nak memilih BN atau PR based on leader de facto mereka iaitu Najib untuk BN dan Anwar untuk PR, tak kisahla korang ni sokong UMNO ke, MCA ke, PAS ke, PKR ke, DAP ke, aku cuma nak korang cuba think out of the box dan bagi satu hujah as a neutral person kenapa aku perlu memilih Najib atau Anwar.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam....dari yg ak nmpk PASpaling ok....jgn sala paham....PAS sebenony nk tarbiah DAP....yg konferm buat masalah beso mmg UMNO! PAS dari dulu mmg dianiaya oleh UMNO!...cukup isu memali la....PAS pn mmg boleh bediri sendiri....nengokla taun 2001 die ketua b.alternatif kot....MASALAH PAS 1 je yg ak mmpk BNYK YG KEPALE NY JUMUD(SEMPIT)

      Padam
    2. kalau neutral yg percaya kedua2 kes tu.... hmmm den pilih yg tak bunuh olang la....

      Padam
  17. Pilih Najib, insyaallah, kita akan dapat BR1M, KR1M yang lebih banyak lepas ni./. minyak RON95 takkan naik..

    BalasPadam
  18. Bagus, ruang perbincangan makin disempitkan. Ada baik, ada buruknya bila disempitkan seperti ini.

    Jadi, ikut syarat-syarat di atas:
    1. Anggap diri sendiri neutral.
    2. Anggap benar beberapa kes seks & kes rasuah dan bunuh.
    3. Kenyataannya mereka berdua adalah ketua BN dan PR.
    4. Jangan terpedaya dengan parti kecil mana yang anda sokong samada UMNO, MCA, PAS, PKR, DAP atau BEBAS.
    5. Think out of the box
    6. Bagi SATU hujah

    Dengan mengabaikan banyak faktor-faktor lain, saya masih memilih Anwar. (Itu je pilihan yang ada antara dua).

    Sebab? Banyak kalau nak disenaraikan. Mungkin boleh sampai 50 dalil.. Hahaha..

    Base on syarat di atas,
    1. Saya neutral. Jadi, dari segi kepimpinan saya nampak Anwar lebih berketerampilan. Banyak sebab, salah satu, lihat bagaimana kita mengawal perkara yang asas dulu, anak isteri.

    2. Dua-dua kes adalah benar. Panjang kalau nak bahas. Kita pendekkan.
    Anwar,
    a) Seks dan sikap songsangnya itu, adalah masalah individu.
    b) Beberapa kes semuanya naik mahkamah, dan setakat ini tiada yang benar. Jadi, ia dianggap sebagai tuduhan, tidak boleh dijatuhkan hukum dan dianggap terinaya.

    Najib,
    a) Bunuh jiwa manusia, Altantuya dan rasuah Scorpene melibatkan ratusan juta ringgit rakyat. Itu masalah keselamatan rakyat, kepercayaan rakyat dan amanah rakyat.
    b) Kes tersebut masih dibicarakan, malah telah naik hingga ke mahkamah Perancis. Jadi kes belum selesai, tidak boleh kata dia benar, tak boleh kata dia salah.

    Berdasarkan kisah (dianggap) benar ini, dua-dua saya tak setuju untuk diangkat menjadi pemimpin. Malangnya kita ada dua pilihan. Saya ambil mudarat yang lebih ringan, Anwar (<-terpaksa).

    3. Kedua-duanya de facto leader BN dan PR. Ni dah masuk hala tuju perjuangan, dasar parti, KPI masing-masing dan 1001 lagi. Banyak nak cerita. Nak pendekkan pun tak tau macam mana. Dengan sorang adalah abang long yang ke-5, sorang lagi abang long pertama pihak lawan, BN parti bersatu (kononnya) dan PR parti berpecah (kononnya).... Kesimpulan (tanpa perbincangan), saya memilih Anwar.

    4. Saya PAS, atas nama perjuangan PAS yang termaktub dalam dasar parti (Bukan pengikut buta yang suka memaki). Juga masih menghormati semua orang yang patut di hormati di pihak BN. Jadi, saya pilih Anwar.

    5. Nampaknya, saya masih terpaksa berfikir di dalam kotak.

    6. Hujahnya, berdasarkan catatan pendek tu, dengan kewibawaan yang ada, Anwar lah dipilih (dengan rasa agak terpaksa). Hahahahaha...

    kawan anda

    BalasPadam
    Balasan
    1. saudara,bukankah juga di mahkamah najib tidak disabitkan ada kaitan dengan altantuya,malah najib sendiri bersumpah laknat sebanyak 4 kali dimana anwar ibrahim satu kali pun belum pernah bersumpah laknat.(ada double standard semasa anda ulas tentang najib)

      dan soal skandal scorpene,bukankah ia hanya tuduhan rambang SUARAM tanpa bukti yang kukuh dan berdasarkan Hearsay?malah saya rasa kes rasuah scorpene oleh najib belum menjadi kes mahkamah di perancis.
      so alasan anda mengenai najib belum kukuh untuk dijadkan pertimbangan.

      bagi saya jika kedua2 tuduhan terbukti benar..maka mereka berdua secara automatik tidak layak untuk dipilih rakyat.

      tapi melihat kepada pertuduhan ke atas Najib banyak kelompangannya..saya akan pilih Najib.

      Padam
    2. Saya tulis ikut skop sebab skop dah dikecilkan. Kalau nak panjangkan boleh, takde masalah.

      Perihal Najib, kita mengandaikan kes itu benar. Zack boleh tangkap tak apa yang dimahukan dalam post tuan tanah kali ini? Pasal Najib, saya sendiri kata kita tak boleh salahkan dia. Cuba baca balik. Kalau Najib itu hearsay, Anwar pulak adalah tuduhan. Tapi bila kita menganggap ianya benar, saya TERPAKSA ambil yang lebih ringan mudharatnya.

      Soal sumpah, itu soal agama. Kalau nak panjangkan pun boleh. Keluarkan dulu apa sikap seorang Muslim terhadap sumpah menyumpah ni. Agama bukanlah logik akal semata-mata.

      Saya kata antara dua pilihan sebab kita diberi dua pilihan je pun, saya pilih Anwar. Bukan sebab kes apa pun, tapi disebabkan dari segi leadership itu sendiri.

      Kalau Zack kata dua-dua tak layak jadi pemimpin, kita ada pilihan ke-3? Kalau ada, memang ramai akan saya senaraikan.

      So, tulisan saya utk keterangan pendek sahaja.

      kawan anda

      Padam
    3. Bukankah Agama boleh dijadikan kayu ukur standard untuk menguji kejujurannya seseorang?saya rasa ramai yang tidak berani bermain dengan soal agama kerana apa yang diucapkannya itu akan dipersoalkan kembali di akhirat kelak.

      Saya faham persoalan sumpah laknat tak wujud dalam islam bla,bla,bla tapi adakah dalam Al-Quran menyebut bagaimana cara kita mahu bersembahyang?ini sudah masuk persoalan agama saya pun tidak arif sangat tapi saya rasa kita tidak perlu untuk mempersoalkan tentangnya kerana sumpah laknat ini jarang orang berani melafazkannya kerana melibatkan untung nasibnya di akhirat kelak.

      Ok dari kacamata seorang neutral saya rasa kesan mudharat diantara Najib dan Anwar saya rasa Najib lebih rendah kerana kreditnya berani bersumpah laknat berbanding Anwar.

      Kalau saudara mempersoalkan leadership,saya fikir Najib dan Anwar sama hebat,saya lihat serangan keatas najib oleh anwar jauh lebih hebat dari serangan anwar ke atas pak lah sehingga tumbang pak lah suatu ketika dahulu dan Najib pandai meng-handle serangan demi serangan oleh anwar.kalau dilihat kepada anwar pula..serangan kepadanya juga sangat hebat tapi anwar sangat selamber dalam menghadapinya.

      Tapi pertimbangan saya yang memilih Najib adalah kerana tindakkanya berani bersumpah laknat menjadi kayu ukur dalam menentukan pilihan saya ^_^

      Padam
    4. saudara zack,

      Pertimbangan anda lebih kepada sumpah laknat kan..kalau semua org kuat iman mcm anda diorg tentu takut dgn Allah s.w.t..tetapi bgaimana yg hanya dlm ic agama islam tp x takut Allah s.w.t? Yg brani bunuh, mkn rasuah, mkn harta anak yatim, bzina dan segala2 yg dilarang dlm islam? Setakat sumpah laknat apa yg ditakut..sbb diorg hanya minat duniawi dan x 'nmpk' Tuhan..so apelah nk takut sgt/nk heran dgn sumpah laknat bg org2 yg fikir untung nasib duniawi je..ada lg yg baik sikit, ckp dh tua/nk mampus nnti br nk taubat..

      Padam
    5. dan sumpah laknat ni mmg ada dalam Islam, tp bukan dalam kes anwar... ni tak masuk dalam hukuman lian lagi, tak perlu sumpah laknat... sedangkan dr. yusuf qardhawi nasihat anwar supaya jangan bersumpah...

      Sumpah ni tak semestinya betul, ada orang berani bersumpah, tetapi menipu.. Lepas kes saiful jer.. yg lain2 terus senyap... hanya dimomokkan penyokong UMNO yg mahu menempah tiket mudah ke neraka jahannam...

      Padam
    6. renung2kan~

      http://www.youtube.com/watch?v=uEMcKYo52VM

      Padam
    7. dari sudut leadership, pada pandangan saya, Anwar tetap lebih baik dari Najib~ jika Najib sendiri pun sanggup membiarkan isterinya tidak memakai tudung, itu tandanya dia tak mampu menjadi LEADER keluarga sendiri~ keluarga sendiri yang kecil pun tak mampu memimpin, dia nak pimpin negara ?? please, at least, ahli keluarga perempuan Anwar Ibrahim berjaya dididik untuk pakai tudung~

      Padam
    8. Zack,
      Agama tidak sebegitu mudah dijadikan kayu ukur untuk menguji kejujuran seseorang. Kalau begitu, tiadalah si munafik di zaman Rasulullah Sallallahu alaihi wasallam. Sifat orang munafik ni mereka berani bersumpah sedangkan mereka bukan dalam kebenaran. Al-Quran sendiri merakamkan sifat mereka ni dalam surah al-Munafiqun, iaitu surah orang Munafik, "Mereka menjadikan sumpahnya (atau akuannya) sebagai perisai ...".

      Sumpah laknat wujud dalam Islam, amat dangkal pemikiran bila kita mengatakan sesuatu yang di dalam agama sebagai tiada. Solat dan sumpah laknat kedua-duanya ada diceritakan di dalam al-Quran, malah di ajar oleh baginda Rasulullah Sallallahu alaihi wasallam. Kedua-duanya mempunyai cara yang berbeza. Proses sumpah bukan semudah itu. Harap luaskan sedikit lagi pembacaan.

      Jauhilah menentukan pendirian dan meletakkan keyakinan dalam isu berat sebegini, kerana anda dan saya tidak punyai basis yang diharuskan Islam untuk berbuat demikian.

      Soal mudarat, seperti saya tulis di atas. Anwar (dianggap benar) suka meliwat orang. Adakah dia akan menyalahgunakan kuasanya untuk meliwat orang apabila dia menjadi PM? Adakah setiap rakyat Malaysia akan diliwatnya? Masalah individu, kecil mudaratnya. Bahkan, tanpa menjadi PM pun, dia boleh meliwat orang.

      Najib (dianggap benar) menggunakan wang rakyat untuk keuntungan peribadi. Apabila dia berada ditampuk kekuasaan di mana hampir semua hasil negara berada di bawah pengawasaannya, adakah kecil mudaratnya? Ianya besar, negara menanggung kerugian yang besar. Kesannya kepada seluruh rakyat Malaysia. Sekiranya beliau tidak menjadi PM, salahguna kuasa sebesar ini tidak mampu beliau lakukan. Berbeza dengan meliwat. Masalah negara, bukan masalah individu.

      Sebelum Zack mahu berbicara tentang leadership, baca dahulu sejarah dua tokoh tu. Selepas itu kita bincang tentang leadership dua orang tokoh ini.

      Zack betul-betul yakin Anwar yang membuatkan Pak Lah jatuh? Tolong ikuti isu-isu semasa dengan lebih dekat. Pak Lah jatuh kerana partinya sendiri. Tanpa Anwar pun, Pak Lah tetap akan dijatuhkan.

      Soal Najib nampak hebat, sesiapapun yang berada di tampuk kekuasaan, akan nampak hebat di mata rakyat. Dengan kuasa yang ada, banyak perkara dia boleh kawal, termasuk untuk nampak hebat. Kita memilih pemimpin bukan berdasarkan betapa cerdiknya dia meng'handle' serangan peribadi, tetapi melalui tindakan bijaknya dalam mengatur negara, memikirkan masa depan rakyatnya dan generasi akan datang dan 1001 lagi. Bukan meng'handle' orang lain dengan ugutan sana sini(menggunakan kuasa), memberi tekanan kepada yang lemah, menggula-gulakan rakyat dsb.

      Kalaulah sumpah laknat yang tidak mengikut jalan syariah itu dijadikan kayu ukur, maka tolonglah fikirkan masa depan generasi kamu Zack.

      Sekiranya Anwar buat sumpah laknat seperti yang anda mahukan, malah lebih 4 kali sumpah mengalahkan Najib, adakah anda akan mengatakan Anwar seorang yang berani, jujur, ikhlas lagi mulia? Saya akan kata tidak. Malah seribu kali sumpah pun, bukan itu kayu ukur dalam menentukan pemimpin.

      Sebenarnya malas nak komen pasal dua tokoh ni sebab dua-dua tokoh ini kurang menarik minat saya, malah sorang lagi tu langsung tidak menarik. Tapi bila kita ada dua pilihan sahaja, ambillah yang sedikit mudarat berbanding yang banyak.

      kawan anda

      Padam
    9. Pemikiran saya mudah bro,saya tidak mendapat apa2 sebarang mudarat pun sekalipun Najib sanggup berbohong demi menyelamatkan dirinya di dunia..dunia hanyalah tempat persingahan sementara..di Akhirat adalah tempat yang kekal..sumpah laknat itu akan memakan dirinya kembali jika dia berbohong demi keselamatannya di dunia?

      Lihat Anwar,dia sering disabitkan dengan masalah moral..anda ingin seorang pemimpin yang sering disabitkan dengan masalah moral?sekiranya Anwar tidak melakukan benda2 terkutuk itu seharusnya beliau tidak gentar untuk membalas kembali sumpah tersebut?ia melibatkan kredibiliti,integriti,serta maruahnya..kenapa Anwar bertindak berdiam diri?bagi kacamata seorang penyokong taksub Anwar mungkin akan menerima sahaja apa pun bicara ketua mereka..bagi orang Neutral yang sentiasa berfikiran moderate bagaimana?

      Saya rasa dalam islam pun sudah mengariskan bagaimana mau memilih pemimpin,Anwar tidak mempamerkan ciri2 yang kukuh untuk dipilih jadi pemimpin kerana sikapnya gemar berdolak dalik..sekiranya Anwar berani bersumpah laknat percayalah undi saya untuk PR sebagaimana undi saya untuk PR pada tahun 2008 dahulu.Golongan Neutral memerlukan sesuatu untuk dijadikan kayu ukur yang kukuh..setakat mempunyai karisma serta2 janji2 yang manis tidak cukup.

      Saya pun sebenarnya merasa jijik kerana terpaksa membela Najib kerana bukan style saya untuk membela mana2 pihak..serius,saya merasa bodoh melakukan hal ini..My opinion yang sebenarnya..PR dan BN hanyalah tempat para sekularis,materialis,chauvinist,rasis,ultra-kiasu,syiah,wahabie,khwarij,konsprirator,kronisme,nepotisme,korupsi berkumpul bagi memenuhi agenda masing2.

      Kita hanyalah "childs".. jangan menjadi buah catur sebaliknya jadilah seorang pencatur.

      Padam
    10. moral ?? apa anda rasa Najib moralnya cukup baik ?? kita semua tahu, ahli parlimen UMNO semuanya minum arak kecuali ex-PM Pak Lah~

      bagaimana dengan Najib ?? debat harga minyak Ketua Kerajaan vs Ketua Pembangkang~ di mana Najib ?? membisu seribu bahasa ?? kita mahu peminpin berilmu, bukan alasan debat cara barat~ debat itu budaya Islam, yang boleh membezakan ilmu & pemahaman manusia melalui debat~ jumpa face-to-face~ di mana Najib ?? Anwar dikatakan berdolak dalik tetapi Najib pula menyembunyikan kebenaran tiada masalah~

      Padam
    11. terbaik...aku pun sama ngan hujah ko...

      Padam
  19. Saya ahli PAS selagi dasar parti mengikut telunjuk al-Quran dan asSunnah.

    :)

    BalasPadam
  20. sebagai seorang neutral, aku mencari seorang leader yang boleh jaga ekonomi malaysia~ yang mana pada zaman beliau menjadi menteri kewangan(7 tahun) 1 sen pon harga minyak tak pernah naik~ aku tak peduli dengan kisah katil mereka, bukannya aku ingin mereka dilantik sebagai MUFTI BESAR, KETUA AGAMA NEGARA, tetapi pemimpin yang mampu menjaga ekonomi negara & tahu mengurus wang rakyat~

    BalasPadam
    Balasan
    1. Anda tidak boleh menyamakan benda yang terjadi sekarang sama seperti dahulu.

      saya yakin kerana sesiapa pun yang memegang jawatan Menteri dahulu minyak tak akan naik kerana perbezaan waktu..di zaman anwar tiada peristiwa2 yang mengancam turun naik harga minyak dan paling penting sumber tersebut tersangat banyak berbanding sekarang sumber tersebut semakin kurang.

      Fonemena minyak naik bukanlah fonemena nasional sebaliknya fonemena global.sumber petroleum adalah sumber yang tidak boleh diperbaharui,sampai bila sekiranya anwar berjaya sekalipun jadi PM pun untuk terus mengekalkan dan memurahkan harga minyak?

      Padam
    2. minyak adalah anugerah tuhan yang takkan habis dalam tempoh cukup lama lagi, jika ia habis sekalipun, pada masa kita telah lama meninggalkan petroleum sebagai sumber bahan api~ tanya saja mana2 PROFESSOR yang bekerja dengan PETRONAS~ harga pasaran minyak dunia meningkat adalah kerana ketamakan kapitalis~ diadakan alasan kononnya minyak akan habis semata2 untuk menaikkan harga minyak~

      Padam
    3. Betul, dalam Quran pun ada dinyatakan psal nikmat petroleum ni... harga minyak dikawal oleh kapitalis.. tetapi apsal harga minyak di negara pengeluar minyak yg lain murah jer... iran seliter rm0.40 kot

      Padam
    4. Minyak akan habis saudara,bekalannya semakin sikit..jika ia mampu bertahan dalam masa tempoh 40 tahun contohnya dan di dalam masa 40 tahun itu sudah pasti kita akan mempunyai satu sumber baru untuk mengantikannya.

      Tapi persoalannya,kita ambil dalam contoh 10 tahun cukup lah..harga minyak semakin hari semakin naik,mampukah kita untuk survive dalam keadaan yang makin extrim dan mampukah Anwar untuk mengotakan janjinya buat selamanya? pemikiran kita kena logis..

      Cuba tanya Petronas,sekarang sumber simpanan petroleum kita yang terbanyak berada dimana?sumber minyak terbanyak sekarang berada di wilayah sengketa..anda boleh google sendiri kepulauan spratly dan ambalat.That mean kita terpaksa berperang untuk mendapatnya.

      Jika sumber minyak banyak dan berada2 dimana seperti kata "profesor petronas" anda,kenapa Petronas harus menjelajah satu dunia?kenapa Amerika perlu bersusah payah menguasai dunia arab demi kandungan minyaknya jika minyak tak akan habis?bukankah Amerika itu sangat luas?masakan tidak negaranya boleh kekurangan minyak?

      Padam
    5. sumber minyak tidak banyak, tapi telaga kita cukup dalam, dan jika minyak sedunia habis sekalipun, minyak kita & brunei yang terakhir habis~ itulah yang diceritakan oleh lecturer saya dulu~ jika dia menipu, dialah yang perlu menanggung kepercayaan saya~

      OK bro, buat masa ni kita ambil dulu "teori kehabisan petroleum itu benar" (malas nak bukak balik segala rujukan lama2) seperti yang bro ajukan (walaupun saya tidak percaya)

      sebelum petroleum~ apakah nikmat yang tuhan beri kepada kita ?? bijih timah yang telah habis~ apapun nikmat yang diberikan oleh tuhan terdahulu, akan habis, tetapi, adakah dibiarkan kita tidak memiliki apa2 ?? tidak sama sekali~ jika petrol habis sekali pun, akan keluar nikmat2 lain dari tuhan dari perut bumi~ bumi ini Allah punya, kalau minyak habis sekalipun, AKU TIDAK TAKUT~

      "That mean kita terpaksa berperang untuk mendapatnya."

      nikmat tuhan bhai~ kenapa nak berperang untuk dapatkannya ?? minta dari Dia kalau tak cukup~

      "Dan sesiapa yang bertaqwa kepada Allah (dengan mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya), nescaya akan dijadikan baginya jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkannya). Serta memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hatinya. Dan (ingatlah), sesiapa berserah diri bulat-bulat kepada Allah, maka Allah cukupkan baginya (untuk menolong dan menyelamatkannya). Sesungguhnya Allah tetap melakukan segala perkara yang di kehendakiNya. Allah telahpun menentukan kadar dan masa bagi berlakunya tiap-tiap sesuatu."

      kita bukan kapitalis laknatullah~ kita hidup bukan nak mengkayakan kroni2~ kita hidup kaya raya nak tolong orang lain~ dengan penurunan harga minyak, turunlah segala harga barang lain, ini akan menaikkan kuasa pembeli~ semua rakyat, walaupun gaji tidak naik satu sen pun, akan ada lebihan wang untuk dibelanjakan~ itu saja yang saya mahu dari PETROLEUM~ bukan untuk cover bugdet TIRIS kerajaan BN, bukan untuk cover suap kontraktor2 kroni UMNO~

      Padam
    6. Pemikiran kena logik bro,jangan campur unsur2 tidak sepatutnya.

      Macamana tak berperang kalau hasil minyak yang banyak berada di wilayah sengketa? ingat Negara lain boleh senyum je kita nak korek minyak dekat wilayah yang direbutkan?

      Aku tak kisah lah dengan gaya pemikiran politik kau,Apa yang aku persoalkan mampukah Anwar sustainable dalam nak mengotakan janjinya?janjinya tidak strategis dan logik.

      Aku sebenarnya dah boleh agak gaya pemikiran kau bro,Nasihat aku..cari maklumat bukan hanya berdasarkan satu sumber. "FALSE HOPE" adalah sesuatu yang berbahaya..itulah apa yang aku nampak dari cara pemikiran kau bro.

      Padam
    7. ok~ thanks for that~ i take note~
      macam mana kita nak tau Anwar mampu atau tidak kalau dia tak DIBERI KUASA ?? bagi saya, mudah saja, bagi dia 5 tahun, jika BENAR TERBUKTI dia tak mampu, saya sendiri akan muncul di media menuntut JANJI2 BELIAU~ dia tiada kuasa, kita debate 100 tahun pun takkan dapat jawapan~ BERI DIA KUASA! bukan lama, 5 tahun saja & beri peluang untuk dia buktikan~

      Padam
    8. asas tapak ko blum kukuh ni bro..jgn ikut naluri kemanusian sngt.ikutla hadith,ikut al-quran.nak pilih pemimpin,latar belakang kena amik tau.jgn pilih ahli maksiat.x kire la pandai cmner pun dia,bgus cmner pun dia bngunkan ekonomi.ASASnya..pilih pemimpin yang patuh kepada agama..ha,yang lain2 faktor tu baru bandingkan kemudian.lau nak ikut leh majukan ekonomi,bangunkan negara je...org yahudi pun leh jadi.

      Padam
    9. Salam....klo si anwar buat sumpah nnti kang~~~~ooooh buat sumpah ea???buat natang bodo 2 la kn???.... ~~~~Leh jadik di palsukn sumpah tesebut....lgpn klo da x besalah wat pe nk sumpah??? Klo sumpah kang kine laknat lak....berani kerana benar.....

      Padam
    10. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

      Padam
    11. so sekarang nak cari asas~ be realistic~

      "pilih pemimpin yang patuh kepada agama.." adakah ko maksudkan ahli2 PAS ?? ok, kita ambil nik aziz sebagai contoh~ ko ingat ade ke cina & india nak sokong dia sebagai PM ?? yang di kelantan maybe ya, kerana nampak kehidupan beliau, tapi yang di negeri2 lain~ kawan2 cina ak yg berfikiran terbuka, pun mengatakan setakat ini, Anwar lah pilihan terbaik dari PR~ perjuangan negara Islam PAS lah yang menjadi ancaman kepada kaum2 lain kerana kaum2 lain tak faham yang mereka boleh hidup bawah negara Islam tanpa ada kesan kepada mereka~ mana hang tau Anwar Ibrahim ahli maksiat ?? ada tengok dia meliwat ?? mahkamah pun dah buktikan dia tak bersalah~ lagipun, bengap sangat ke dia tu baru keluar penjara nak buat hal balik ?? dia pun tahu jaga reputasi sendiri~ agak2 la baru keluar penjara terus cari anak ikan~ mesti lah dia tahu jaga diri~ :p

      setiap manusia ada kelemahan sendiri~ kita hanya pilih yang terbaik, bukan cari salah semua orang, sumbat dalam penjara, lama2 dah tak sapa yang tinggal pasal semua dah masuk penjara~ eh, yang dah makan wang rakyat berpuluh2 tahun tak dipandang pula ASAS mereka~

      Padam
  21. Wahai Prince of Noob.
    Sudi-sudilah kamu membaca entry khas aku tulis untuk menjawab persoalan ini.
    (ada backlink free untuk kamu, gunakanlah sebaik-baiknya)

    http://www.taufiking.com/2012/07/neutral-view-najib-vs-anwar.html

    BalasPadam
    Balasan
    1. wahai encik noob
      nak jugak sapa yg kamu pilih antara dua ni?
      org lain dah jawab hehe

      Padam
    2. orang lain duduk atas pagar... yang tukang buat pagar tu encik noob la.. dia nak jawab apa? sbb dia cuma tahu buat pagar je tp xtau nak duduk atas tu..

      Padam
    3. ada sesetengah komen yg bagi jawapan kenapa pilih najib dan kenapa pilih anwar yg aku suka dan rasakan bernas dan masuk akal, tapi aku tak boleh bagitau sapa yg aku pilih kerana aku kena berpegang kepada prinsip neutral dan tidak mahu mempengaruhi sesiapa dgn jawapan aku. cuma bagi aku mungkin aku boleh pilih najib atas sebab2 yg kat atas tu, dan mungkin aku boleh pilih anwar atas sebab2 yg kat atas tu juga...

      Padam
    4. akhirnya tukang buat pagar dah duduk atas pagar..

      Padam
  22. Bnyk betul pendapat, tak habih aku nak baca, mcm2 dakwaan. Tapi aku nak sarankan, (tiba-tiba) setiap orang yg dh layak mengundi tu, mesti mengundi. Bimbang aku tengok cha ya nun alif ramai yang anaknye ramai. Statistik pun tipu, tanak brth kebenaran.. Ape maksudnya tu? Demokrasi akan menguntungkan mereka? Jangan menang sorak, kampung tanah air tergadai sudahlah...

    BalasPadam
  23. jgn taksub sgt .... bnda dah trbukti pon msih x cye... ade sbb mhkmah bg anwar menang kes ni...sbb pyokong anwar sgtlah tksub negara pon sgop di bakar jika anwar di sabitkn brslh..so kjaan xmau lah trjdi bnda2 yg mngancam keselamatan negara spt itu..ekonomi pon bkl merudum jgk..pikir sketlah...hang dok kata najib x didik bini itu btollah xp jgn samakn kpimpinan rmhtngga dgn negara..itu dua pkra yg brbeza..ad jgk pmimpin pas yg ank bininya free hair n kt univ lme ak ank yb pas free hair jgk gaya idop ala2 mat salleh bwk beemer ko xnk ckp ape..?xprlu nk bnding2kn jika ko rse ko plih anwar undi je dy...aku ok je klao pas xp bkn pkr...n ak msih brsyukur idop kt ngara yg aman dmai ni...org yg byk komplen je yg xreti nk time kasih ats ape yg ade..mnentang kjaan xp bljr skolah kjaan jgk mtk biasiswa kjaan jgk itu ini nk kjaan jgk..ape2 jelah pro anwar...

    BalasPadam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...