Iklan Leaderboard

Rabu, 26 Disember 2012

41 Merawat lebih baik dari mencegah

Suatu pagi di Klinik 1Malaysia...

Penulis: Aku / Pelukis: Nazha Anua


Lawak tak? Kalau tak lawak sila pergi main jauh2.

Btw aku sering pergi ke hospital kerajaan. Bukan kerana aku sakit ke apa, tapi aku ada sebab2 tertentu yang menyebabkan aku terpaksa untuk selalu pergi ke hospital at least dalam sebulan tu ada la sekali. Dan apa yang aku perhatikan, kat mana2 hospital kerajaan, masalah paling besar dan isu yang tak pernah selesai adalah ruang parking kereta sangat terhad. Kalau ada parking kereta mesti penuh sampai ada yang buat double park menyebabkan banyak kereta parking kat tepi2 jalan je, atas divider dan kat tempat pelik2.




Bab menunggu giliran lama tu biasalah, tak boleh nak buat apalah sebab memang ramai orang, walau ada kes berpunca dari doktor bekerja sambil lewa tapi aku percaya bilangannya hanya sedikit. Tapi yang aku pelik, setiap hari kat hospital mesti ramai orang, tak pernah lengang, tak pernah tak ramai, sampai aku terfikir ramai betul orang negara kita yang sakit sampai setiap hari hospital mesti penuh. Adakah disebabkan orang kita lebih prefer dan selesa mengamalkan gaya hidup "Merawat lebih baik dari mencegah" berbanding "Mencegah lebih baik dari merawat"? Tapi serius, setiap kali aku pergi hospital mesti aku rasa insaf dan sangat bersyukur dengan kesihatan yang dikurniakan pada hari ini. Aku percaya satu hari nanti akan tiba juga masa aku untuk menjadi pengunjung tetap hospital sebagai seorang pesakit.


Cuma aku ada satu persoalan, baru2 ni ntah sapa letak pamplet pasal produk perubatan ni kat bakul motor aku masa tengah solat Jumaat. Yang menarik ada testimoni pesakit2 yang pernah mengambil produk ini, contohnya bagi pesakit kencing manis tu, dia menyatakan kakinya terpaksa dipotong atas arahan doktor, tapi lepas mengamalkan produk tersebut, penyakit beliau pulih dalam masa 3 minggu dan tak jadi potong kaki. Kalau betul ada produk perubatan yang begitu hebat, kenapa doktor kata kakinya kena potong? Kenapa doktor atau hospital tak bagi ubat tu? Kalau ubat tu begitu berkesan kenapa ia tak dibekalkan di hospital2 kerajaan untuk pesakit sampai pesakit pula terpaksa beli dan cari sendiri di luar?


Can anyone suggest me the answer?




tags: kartun lawak kelakar komedi pesakit jumpa doktor tanya sakit apa siapa doktor aku ke kau saya awak klinik 1malaysia pusat rawatan kesihatan hospital kerajaan swasta general pengalaman berkunjung temujanji appointment masalah lewat parking sesak jalan jem ambulan lambat nombor giliran beratur penyakit kencing manis potong kaki lemah tenaga luka infeksi nanah urat jantung sumbat kolestrol tinggi sesak nafas tekana darah tinggi rendah kanser muka stage 3 ulcer ulser pipi payudara prostat pangkal rahim jantung bypass pintasan diabetes ubat farmasi produk kesihatan perubatan testimoni transfer factor pil plus tf renewal insaf syukur mencegah lebih baik murah dari merawat mengubati

41 ulasan:

  1. aku dah lama fikir macam ko noob.. bukan tak nak percaya produk produk tu(banyak iklan tepi jalan, pamplet, metro, sinar harian, wanita hari ini, tapi agak agak la contoh, baru jumaat lepas ada satu produk aku tengok dalam whi, bolehnya owner syarikat tu cakap lepas amal produk keluar dorang, ada testimoni pesakit kanser sembuh dalam masa 2 bulan. pastu kalau amal produk dorang boleh plak kulit pun jadi halus tak yah mekap tebal2..come on la..ingat ini zaman 60an ker?niat asal owner tu nak pasar produk, tapi aku sebagai penonton tengok dia seolah-olaj memperlihatkan kebodohan dia secara berbayar plak kat tv3.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Semua penyakit yang ada di klinik 1Malaysia ialah berpunca dari UMNO-BN!

      Padam
    2. Company tu dh tahu, mereka yg sakit akan cepat terpengaruh. sebab pergi hospital amik ubat, tapi sakit still xhilang.. so cari alternative lain..datanglah ubat MLM, ada yg guna jadi.. Pihak hospital terikat dengan ubat kapitalis..xleh promote ubat kampung MLM..sbb tu la xtersenarai dalam hospital.

      Pasal parking,...memang shit to the fuckkk...BANkami

      Padam
    3. Kita perlukan Dr.Rozmey sekarang..mana dia!!!!..hehe,

      Padam
    4. Sbb dr kite x percaye dukun n ubat trdisional.. So paham la

      Padam
  2. tu semua taktik dia nak lakukan produk, kalau betullah doktor kat malaysia ni menganggurla nampaknya

    BalasPadam
    Balasan
    1. kalau ko kesempitan dlm kesakitan, ko sndiri akn terpengaruh beli.

      Padam
  3. nak inform ni..
    -mencari entry terbaik 2012..boleh share entry terbaik korang dalam segmen ni,,..jemput join..simple,takde syarat..
    pemenang akan direview
    http://www.jeritpekik.my/2012/12/segmen-bebas-syaratentry-terbaik-untuk.html

    BalasPadam
  4. Penyembuh tu Allah jua

    ubat ni bergantung kepada keserasian kadang bagu suntuk ali tak bagus untuk abu atau dollah bagus untuk dollah pula tak bagus untuk orang lain..

    Yang penting berusaha dan yang menyembuhkan tu Allah

    kalau ada izin dari Dia pakai tiub je pon boleh sembuh kalau takda izin carik ke hujung dunia ubat pon tetap takan sembuh..

    BalasPadam
  5. biasalah tu,, teknik propaganda... kekita je yang tak percaya. ramai yang percaya. kalau ayah pin pun orang sanggup follow.. inikan pulak benda gini. tambahan lagi kalau sakit yang tak tertahan. di kepala hanya fikir nak sembuh.. memang segala cara pun akan ditry,,, tak gitu? www.mujadafewa.my/

    BalasPadam
  6. mulakan dengan hadis, habiskan dengan testimoni~ :p
    jual hadis + lauk ayat quran, tambah perasa testimoni sedikit~

    "Wahai orang yang beriman, apabila didatangkan kepada kamu dengan suatu berita dari orang sumber fasiq (atau yang tidak diketahui) hendaklah kamu menyelidik dan mengkaji (sebelum mempercayainya)"

    amacam ? dalam beribu2 orang yang baca testimoni tu, agak2 ade tak yang menyelidik & mengkaji~ tak dinafikan bahawa Allah itu penyembuh & kita hanya berusaha~ tapi matlamat tak menghalalkan cara~ testimoni tu 100 percent valid ke ? nama2 & muka2 yang beri testimoni adakah benar2 sudah mencubai produk itu seperti yang di-klaim ?

    BalasPadam
  7. jumlah orang gi klinik kerajaan di bandar-bandar utama adalah lebih kurang 600 sehari. sehari tu dari 8-1, lunch break sampai 2.30 kut dan sambung sampai petang. Selalunya ada 4 atau 5 bilik doktor. Dan kadang-kadang satu bilik ada 2 doktor. Average, maybe satu masa ada 5 doktor kat klinik, tak termasuk pakar perubatan keluarga yang hanya akan jumpa pesakit2 tertentu saja.

    satu pesakit masa dalam lebih kurang 7 minit, kali la 500 (diskaun 100) so kena ada 35000 minit bersamaan 58 jam. ok diskaun lagi, 300 pesakit sudahla. 300x7minit = 2100 minit = 35 jam tak cukup sehari bro.

    kenapa ramai sangat pesakit? Sebab ramai yang sakit macam selesema, batuk bersin , demam kena datang klinik kerajaan untuk dapatkan MC. kalau MC beli x boleh. plus rm1 ja. dan bilangan pesakit kronik mcm diabetes, darah tinggi, sakit jantung bertamabah ramai.

    dan transfer factor ni aidid dah pernah mengamuk dalam blog dia.

    a quick visit to webmd, dia kata TF ni might be effective for immunizing children with leukemia against shingles but it doesnt prevent reinfection. Untuk kanser paru-aparu, kanser kulit, dia kata berkemungkinan tak berkesan.

    macam mana pakcik-pakcik ni boleh sembuh, wallahualam.. Aku geram bila pakcik-pakcik kampung ni dok picari mesin aljabbar nak ubat sakit itu ini. Marah betul, dahlah mahal. gi kinik kerajaan baya singgit ja pakcik

    BalasPadam
    Balasan
    1. ehem..singgit tu kat kecemasan je..kalau klinik pakar 5 hinggit je kak..eh..kak ke?

      PON, kalau rajin gi la blog http://aididmuaddib.blogspot.com/..wat masa ni dia cuti dari update blog..bahasa dia sangat kejam..kalau xtahan telinga, memang ble sakit bontot..

      aku pernah bual dengan satu kerani kat spital, dia dok shopping barang dapur macam milo, gula dsb..dia cakap untuk doktor..diorang watkan untuk doktor supaya doktor xkeluar dari bilik rawatan..makanan biasanya kantin yang akan supply..setiap doktor kena bayar 50-100 hinggit sebulan..kira pakej la..tentang doktor yang sambil lewa tu, mungkin ya dan mungkin x..biasa la..kakitangan kjaan ni ada yang bagus, n ada yang x..

      jadi marilah kita amalkan gaya hidup sihat..penat kkm wat iklan kat tv n radio..banyak belanja tu wei..duit cukai kita gak kan..

      Padam
    2. aku suka betul entri adid muaidid pasal tf ni..Tf mmg membohong dan skim MLM semata-mata..

      Padam
    3. kalau tak larat nak tunggu kat hospital kerajaan, gi je spend banyak sket kat hospital swasta (yg kampeni ade panel tu senang sikit la). takleh nak salahkan doktor sangat,diorg kengkadang masa utk femili pun x cukup.

      Padam
    4. Klinik/hospital swasta pon ada juga yang teruk.

      Padam
  8. produk tu diakui testimoni yg dikeluarkan oleh orang yang bukan dalam bidang perubatan.

    ubatan hospital pula diakui keberkesanannya dengan hasil ujikaji klinikal.

    Siapa yang cerdik, dia akan pilih yang terbaik, bukan hanya mempercayai pengakuan tanpa pembuktian yang kukuh.

    BalasPadam
  9. kenapa klinik gomen ramai? jawapannya berapa kerat je org kita yg berduit dpt pegi private? bg org yg tak berduit klinik kesihatan (KK) dgn bayaran RM1 sgt berbaloi dari pergi klinik swasta. kdg2 ada kes2 tertentu yg mengancam nyawa seperti Chest Pain yg tak dpt dihandle oleh mereka. so mereka akan refer dkt KK.

    Fungsi KK ni byk sebenarnya bkn setakat bg treatment untuk kes2 ringan je. sapa2 yg keja bahagian kesihatan dia akan tau.

    kdg2 pesakit tak ramai pun, Tapi jika seorang pesakit di escort oleh 5 6org waris memanglah nampak mcm crowded.

    BalasPadam
  10. Hm.. Aku guna banyak je ubat yang bukan ubat klinik mahupun hospital. Dan aku memang dah lama dah tak guna ubat klinik/hospital Malaysia ni. And, alhamdulillah setakat ni ok sihat wala'fiat je. Kalau sakit, makan ubat tu, sihat je. Tapi pamplet kat atas tu aku tak tau le mcm mana kan..

    Soalan kau, entah le, aku pun tak tau. Aku pun heran weh, kenapa klinik/hospital kat Malaysia ni guna dadah? Kenapa tak guna madu ke, habbatussauda' ke, meh ce kabor ke aku.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ubatan di atas adalah rawatan alternative mengunakan herba2 dari kajian dan pengalaman org dahulu kala.

      skrg dah canggih. ubat terhasil dari ujikaji dkt lab. standard di malaysia menggunakan kaedah perawatan moden + ubatan terkini.

      Jika berminat dgn rawatan alternative sila ke hospital sultan ismail jb.

      Padam
  11. aku nak komen tang gambar 1st jer ...

    kalau la aku ni doctor pastu tanya patients sakit apa dia jawab camtu..mmg aku terajang..bodoh ingat doctor ahli nujum ke nak tau orang sakit apa..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Dari perpektif Doktor..

      Sebenarnye betul doktor tu tanya bahasa pesakit cuma Pesakit SILAP PAHAM..

      Kalau doktor tanya apa symptom dia? Kang ada orang tak paham pulak "symtom" tu apa.. So tanya sakit apa, apa yang yang sakit? kat mana etc?

      Tapi orang sakit kadang bukan boleh fikir panjang seolah2 doktor tu nmeawak pulak dengan dia... :)

      Biasa la..

      Padam
    2. Tula pasal, kalo nak betul2 taknak kena terajang, kena la susun ayat skit mcm

      "Sakit kat bahagian mane?"

      Padam
    3. Tapi banyak klinik/hospital Doktor yang aku jumpa memang biasa tanya "sakit apa?" :)benda ni normal takda nak jadi isu pon..

      Aku biasa jawab "tak pasti" tapi saya salu rasa sakit kat bahagian ini dan ini :) So doktor ni akan diagnosis..

      Sama juga bila orang tengok kita tengah makan dia akan tanya "Makan ke?" padahal dia nampak kita tengah makan, kalau fikir rasional apakejadahnya tanya benda yang dah tahu/nampak :) tapi itu adalah culture yang kita faham..

      Padam
  12. Doktor kat Klinik kerajaan?
    Meh aku gelak dulu.. kah kah kah..

    Biasa dan kebanyakannya MO (medical Officer) je bhai
    Mereka ni la yang periksa sakit demam, selesema dan sebagainya..
    Kat wad pulak biasanya jururawat je..
    Membazir je doktor nak check semua benda biasa ni semua..

    Hanya kes kritikal sangat baru doktor periksa..
    Tu pun sesetengah linik hospital terpaksa transfer ke hopital besar sebab takda doktor nak check.

    Doktor ni memang boleh kira dengan jari..
    Memang kita kekurangan Doktor

    Dan kera itu muncul pelbagai jenis ubat yang bagus dan tak bagus termasuk scam ni.. Testimoni ni memang gegila la siap ada no talepon kalau tak yakin talefon diaroang.. Tapi kebanyakan takda no talefon pon just buh nama gambar dan testimoni je.. (ni memang jenis tak boleh percaya) Sedangkan orang pon leh tipu ko idup2 lagi cuma tulis tanpa info atau contact?

    So nak kekal sihat amalkan cara hidup sihat elakan makan barangan yang dah diproses secara kimia tau biologi makan organik tanam sayur sendiri tanpa racun.. bela ikan ayam lembu sendiri tahu apa kita bagi makan etc.

    Banyak proses moden biokimia, genetik dan sebagainya yang mewujudkan makanan segera dan makanan yang nampak macam terbaik tetapi sebenarnye memudaratkan kesihatan manusia. dan mula juga muncul pelbagai jenis rawatan yang pelik2..

    BalasPadam
    Balasan
    1. "Dan kera itu muncul pelbagai jenis ubat" heh?

      ni kowt

      "Dan kera itu muncul (dengan) pelbagai jenis ubat"

      Padam
  13. pasal ubat2 ni tak sure sangat. just that dulu makcik aku pernah kena stroke, lumpuh separuh badan. hari2 pegi check kat hospital kerajaan (masa tu xde duit nk g swasta), doktor cakap takde harapan, memang lumpuh tu xleh buat apepe.

    so kitrg cari alternatif, cari ubat2 traditional etc, and last2 ade sorg arwah pakcik ni urutkan makcik aku, after few session, makcik aku dah boleh bergerak cam normal. skang sihat.

    aku rasa after hospital dah xde cara nak ubat, start la carik cara yg lain. tapi bila diorg iklankan ubat macam ni macam gerenti boleh baik, rasa nak lempang pun ada

    BalasPadam
  14. hehehe...
    entah
    aku pun kadang2 tak percaya tapi ada juga yang lepas amalkan produk2 tu sembuh pula
    semua ketentuan Allah
    manusia merancang, berusaha dan bertawakal tapi Allah jua yang menentukan nasib umatnya itu..kan? :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. kekadang serasi kot.. yg penting ada usaha..

      Padam
  15. salam...Kalau betul ada produk perubatan yang begitu hebat, kenapa doktor kata kakinya kena potong? Kenapa doktor atau hospital tak bagi ubat tu? Kalau ubat tu begitu berkesan kenapa ia tak dibekalkan di hospital2 kerajaan untuk pesakit sampai pesakit pula terpaksa beli dan cari sendiri di luar?

    pd pandangan aku la noob, sebab apa produk 2 tak disupply kan kepada hospital or klinik2 kerajaan coz harga ubat 2 yang mahal..so kerajaan takda dwet nak ambil ubat 2..lagi satu produk ni dorang bisnes...sambil tolong orang sambil ambil untung..lagik satu doktor2 ni semuanya base on theory sahaja...dorang pon malas la nak pikir2 lagi pasal kes2 contohnyer macam kencing manis...yg dorang taw wat solution bila da sampai satu tahap potong kaki..sebab dorang tak nak pening2 kan kepala dorang ...ni pendapat aku la...ko raser la noob kan kalu dorang nak menipu ker aper ker takkan la dorang sanggup keluar dalam rancangan tv masuk suratkhabar nak promote barang dorang kan??mmg senang2 la kener ambush kalu betolla dorang 2 penipu...so pikir2 kan la...just my oppinion...

    BalasPadam
    Balasan
    1. pendapat ko aku tak cakap salah, tapi ada sikit pengetahuan yang perlu ditambah.

      dr potong kaki patient bukan sebab malas nak fikir.. ok camni, pesakit diabetes yang TAK MAHU JAGA PEMAKANAN, paras gula dalam darah tinggi. kalau paras gula tinggi, lama-lama saraf kaki rosak, senang luka, senang dapat jangkitan. orang diabetes ni, bukan mudah nak baik luka macam orang normal. imun lemah.

      apa yangterjadi, bila ada ulcer yang dah dijangkiti kuman, kuman tu boleh merebak layer by layer. dari kulit dia pi ke muscle, ke bone. dari satu tmpat dia boleh merayap-rayap naik atas. kalau kita x buang sumber kuman ni, kuman akan membiak, masuk dalam salur darah, dan pesakit tu boleh demam dan dapat septi shock-->mati. dari hilang nyawa, baik hilang kaki.

      kenapa tak bagi ubat bunuh kuman ja? sebab bila kaki dah luka, ada reput, ada busuk2 tu, darah tak jalan pi situ. ubat ni jalan dia nak guna darah, so kuman x mati. kuman ni pandai, duduk pulak sembunyi dalam tulang, celah nanah etc..

      semoga cerah. :)

      and 1 more, ubat-ubatan yang dr bagi adalah berdasarkan kajian saintifik. kalau ada ubat A dan B, mana yang lagi efektif dari segi kesan dan kos? dorang akan rujuk kajian2 lalu dan decide which is better. TF tu tak terbukti kajian pun. rugi beli mahal-mahal effective rate x sampai 5%.

      kenapa depa boleh masuk paper semua? sebab orang malaysia tak pandai main lawyer lagi. cuba nanti sikit lagi bila salah sikit nak saman, mesti tak berani. FALSE CLAIM

      Padam
    2. kekadang ubat dari hospital sesuai utk 50 dari 100 org yang ambil... ubat err supplement kekadang sesuai utk 10 dr 100 org yg ambil tapi yg 10 org tu la agen dok war2kan...
      -coma-

      Padam
  16. Saya kalu sakit amik homeopathy jer

    BalasPadam
  17. Actually God have equip human with self healing mechanism, However because we're pampered so much we forgot on how to used it.

    BalasPadam
  18. dah mmg kalo gi klinik/hospital private mmg mahal.. satu hari duk wad boleh caj rm1000, pastu nak tahan2 orang duk lama skit kata tak elok lg la ape la. mmg tmpat2 org kaye jer la.

    BalasPadam
  19. noob meh aku jawab.. kat hospital, ade ubat2 yg guna bahan kimia or dadah je. moden la katakan, mana nk guna tradisioanl ni.
    padahal dlm al-Quran dh sebut tntang madu lebah ngn habbatus sauda sebagai penawar.

    http://redzuan-ridz.blogspot.com/2011/11/khasiat-madu-lebah-seperti-yang.html

    BalasPadam
  20. ikut pengalaman den, klu dgn doc hospital kera jaan kena check balik dgn doc swasta lain klu mampu...utk confirmkan sakit apa sebenarnya....bukan apa dah pernah lalui dan serik nak gi hospital kerajaan...
    -coma-

    BalasPadam
  21. kadang2 tu.. ubat bagi manusia lain dengan manusia yg lain tak sama..

    kat umah aku ada sebiji mesin ni.. beli lama sebelum aljabbar keluarkan dr.gilaisim ni.. :)) :)) :))..

    time aku beli tu murah je.. takde la harga gila2 cam jabbar tu.. so far byk2 testimoni.. ( dulu aku buat gak rawatan sejam singgit kat kedai ) ..

    so bila dah lama.. org dah kurang.. ( maybe berubah kepada jenama yg lain ).. aku stop dan bwk balik rumah..

    dah bwk balik.. ramai pulak mai tanya nak duk balik.. so aku cakap space tak cukup la.. sbb kedai kecik je.. huhu..

    tp tak semua la org ada kesan positif kat mesin tu.. aku pun dok takdak kesan.. tp org2 tua yg dok.. byk yg kata okey..

    geng2 muda tak berapa rasa maybe sebab badan kuat lagi..

    bab dok kondem ubat tradisional.. aku ni bukak kedai tradisional.. kebanyakan kasteme aku yg dtg ni mmg yg dok makan ubat doktor.. cuma depa mai kedai aku utk kurangkan dos ubat doktor... takut kesan pd buah pinggang.. sbb byk kes pesakit diabetes meninggal bukan sebab diabetes.. tp kidney failure..

    bukan nak salahkan doktor.. doktor tu takdak salah.. cuma sebagai seorang pengidap/pesakit.. depa pun ada hak utk mencari alternatif..

    ubat2 alternatif dah byk proven.. dah byk membantu menyelesaikan masalah kesihatan.. dlm kes kat kedai aku sendiri.. ada sorg pakcik tu.. ngan sakit tulang belakang.. ngan nafas pendek ( sebab lelaj ).. ngan sakit sendi.. nak sembahyang pun azab..

    satu hari tu mai kat kedai aku bertongkat.. cakap pun pendek2.. ngan bunyi mcm nak kena serang asma.. sambil dok pegang ubat doktor.. mai jumpa aku .. mintak buah pandangan ubat alternatif...

    so aku bg la satu suplement.. minum sehari sekali.. pagi dan petang..

    alhamdulillah.. lepas 4 botol.. dia dah sehat semula.. boleh berjogging.. sembahyang pun makin sempurna.. cakap pun dah mcm biasa.. fatihah pun 3-4 nafas je..


    ubat doktor tu tak semestinya terbaik.. dan tidak semestinya sesuai utk kesemua org.. kita cakap kondem mcm2.. sebab kita sehat..

    cuba ditakdirkan esok kita sakit kanser.. nescaya korang akan bukak google.. nampak ada solution tentang kanser... mesti nak try..


    main ngan sakit ni.. semua org sanggup korbankan duit..

    BalasPadam
  22. Sharing is caring kn?

    Ubat2 ni dibuat gune bahan2 kimia dan segale2 tindak balas kimia yg perlu untuk hasilkan ubat yg berkaitan. Malaysia blom cukup bnyk researcher, baik dr bidang perubatan atau bidang lain. So, masih bnyk lg ubat dr formula yg dikaji di negara lain yg x sesuai dgn org2 negara kita disebabkan faktor genetik dan jugak keadaan sekeliling. Faktor gaya hidup pon mungkin ade kesan pd bdn seseorang.

    Mungkin tahun 2012 ade byk hasil kajian yg positif untuk merawat sakit kencing manis, tp untuk hasil tu diterima dan digunakan di seluruh negara, bnyk prosedur kne lalu, salah satunya KKM. Kita x tau brape lama satu ubat nk dpt kelulusan KKM, apetah lagi waiting list KKM. So ubat2 ala2 MLM ni kite pon xtau brape bnyk yg ade kelulusan KKM. Mmg ade kesan positif kt pesakit, org tu dh sembuh, nak cakap ape kan? Tp klu ade KKM kite yakin ubat tu mmg khusus untuk penyakit yg diterangkan (sama ada pd packaging atau tempat2 lain) dan selamat digunakan selagi xde allergi pd bahan2nya.

    Tambahan, setiap badan manusia berlainan, baik fizikal atau fisiologi. Sbb tu, mcm sorg pengkomen tu ckp, ubat ali baik untuk ali je, abu ngn dollah x sesuai, abu kne pakai ubat abu, ali x boleh and so on.

    Sekadar perkongsian.

    BalasPadam
  23. erk... mcm deno yg sakit SLE dah 14 tahun ni... pernah juga cuba ubat selain dari hospital tapi jadi makin teruk... lepas tu tak berani dah cuba ubat lain... just ubat dari hospital... deno ke HOSPITAL KERAJAAN je.. alhamdulillah so far layanan dan rawatan yg deno terima adalah terbaik! da 14 tahun.. memang sangat bersyukur jadi rakyat malaysia.. dapat rawatan terbaik :)

    BalasPadam
  24. yes bagi kita yg belum sakit tu mcm2 yg kita boleh kata..kena batang idung kelak angpa carila bomba ke,polis ke bila sakit yerrrrr..hehehehehe



    burn mind

    BalasPadam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...