Ahad, 8 November 2015

10 Cabaran Komik Online Malaysia 2015 oleh Mat Komik

[STICKY POST] Perhatian buat buat semua kaki-kaki lukis komik di Malaysia!!!

Satu pertandingan menghasilkan komik yang dianjurkan oleh website komik Malaysia, Mat Komik kini sudah bermula dan anda berpeluang untuk memenangi RM1000 serta komik anda akan di terbitkan oleh Komik-M!!!

Kali ni penganjurannya lebih besar dan gempak dengan penglibatan Komik-M dan Creative United sebagai penaja, juga blog Buasir Otak ini sebagai rakan media!

Tema tahun ni adalah “CINTA” dan peserta perlu hasilkan komik 10 mukasurat dengan tema tersebut. Cerita banyak tak guna, kalau BRAN boleh baca syarat dan peraturan di sini.

Tarikh tutup penyertaan adalah pada 30 November 2015. Tunggu apa lagi? Cepat lukis sekarang!


Nak tengok apa hadiah yang lumayan sangat tu? Jom baca di bawah:

TEMPAT PERTAMA

Wang Tunai RM1000 dan karya diterbitkan dalam antologi KOMIK-M: AKU KAU CINTA #3 serta Hadiah istimewa dari creativeunited.my (Karektor komik atau ‘Cover’ komik akan di cetak di ‘Throw Pillow’)

TEMPAT KEDUA

Wang Tunai RM750 dan karya diterbitkan dalam antologi KOMIK-M: AKU KAU CINTA #3 serta Hadiah istimewa dari creativeunited.my (Karektor komik atau ‘Cover’ komik akan di cetak di ”Throw Pillow’)

TEMPAT KETIGA

Wang Tunai RM500 dan karya diterbitkan dalam antologi KOMIK-M: AKU KAU CINTA #3 serta Hadiah istimewa dari creativeunited.my (Karektor komik atau ‘Cover’ komik akan di cetak di ‘Throw Pillow’)

KOMIK PALING POPULAR

Hadiah istimewa dari creativeunited.my (Karektor komik atau ‘Cover’ akan di cetak di ‘Throw Pillow’)

=================================
SYARAT PENYERTAAN
=================================


PERATURAN DAN SYARAT ‘CABARAN KOMIK ONLINE MALAYSIA 2015’.


Syarat dan Peraturan Umum
  1. Terbuka kepada semua rakyat Malaysia, tidak kira umur, pelukis komik amatur ataupun profesional kecuali artis-artis Komik-M dan artis-artis yang pernah menerbitkan komik bersama Komik-M tidak dibenarkan turut serta.
  2. Pelukis perlu hasilkan 10 halaman muka surat (tidak termasuk 'Cover')
  3. Isi kandungan komik berdasarkan perkataan “ CINTA ”.
  4. Komik perlu dalam Hitam Putih dan dibuat dalam saiz A4. 
  5. Komik boleh dihasilkan samada berseorangan atau berkumpulan.
  6. Pelukis boleh menghantar lebih dari satu karya komik.
  7. Hasil karya komik tidak melanggar hakcipta individu atau syarikat lain dan seumpamanya.
  8. Hakcipta karya dipegang oleh pengkarya. 

Syarat Isi Kandungan Komik
  1. Komik MESTI dalam Bahasa Melayu yang baik dan betul.
  2. Asas cerita, ciri, watak dan latarbelakang komik hendaklah berasaskan unsur keMalaysiaan.
  3. Isi kandungan komik tidak boleh mengandungi kata-kata kesat dan unsur pornografi serta seumpamanya.
  4. Isi kandungan komik juga tidak boleh menyinggung mana-mana kaum, agama, bangsa dan seumpanya.
  5.  Karya komik tersebut MESTI yang asli dan belum pernah di cetak / papar melalui media cetak atau elektronik.
  6. Oleh kerana komik pemenang akan di cetak di bawah terbitan Komik M, jadi isi kandungan komik perlulah 'mesra syariah'. Untuk memahami apa itu 'mesra syariah' anda boleh baca komik-komik terbitan Komik-M, khususnya antologi AKU, KAU & CINTA #1 serta AKU, KAU & CINTA #2 dan amnya seperti Atan karya Ben, Ultra Qalif karya Bophairy, Shoot karya Reja dan lain-lain.
  7. Melanggar syarat-syarat di atas karya komik anda akan di tolak.

Cara Penghantaran Komik
  1. Penghantaran komik adalah secara online sahaja. 
  2. Jika anda buat secara manual, anda perlu imbas / scan komik tersebut dalam resolusi tinggi (300 dpi).
  3. Kemudian, fail komik tersebut perlulah di simpan dalam bentuk format .jpeg atau .png.
  4. Kesemua halaman komik perlulah di letakkan dalam satu folder fail dan kemudian 'zip'kan.
  5. Oleh kerana penghantaran komik melalui email, pastikan saiz fail tidak melebihi 5MB setelah di'zip'kan.
  6. Selepas itu komik hendaklah di hantar dan attach atau beri link fail komik tersebut melalui online ke alamat email matkomikmalaysia@gmail.com berserta dengan detail seperti ini :
    • Nama :
    • Media Sosial :
    • Profil ringkas diri anda :
    • Tajuk Komik :
    • Sinopsis Komik :
    • Genre Komik :
  7. Tarikh tutup penghantaran adalah 30 November 2015

PERINGATAN : Sebelum menghantar komik, pastikan anda simpan fail komik yang original yang mempunyai resolusi tinggi untuk tujuan percetakkan jika karya komik anda yang menang.


Pengadilan dan Pemarkahan
  1. Untuk menentukan penentuan tempat pertama, kedua dan ketiga, pengadilan akan dibuat berdasarkan 100% undian juri profesional. 
  2. Juri professional terdiri daripada editor komik dan pelukis komik profesional yang akan diberitahu kelak.
  3. Permarkahan juri profesional berdasarkan kreteria; kekemasan lukisan, mesej yang disampaikan, kreativiti dan originaliti serta lain-lain dari sesebuah komik tersebut.
  4. Keputusan juri adalah muktamad, tiada bantahan atau ugutan selepas keputusan di buat nanti kelak.
  5. Manakala untuk pemenang komik paling popular akan di buat oleh undian umum berdasarkan rating, view serta komen di komik tersebut.
  6. Untuk menentukan pemenang komik paling popular, pengundian awam akan dijalankan sepanjang tempoh pertandingan sehingga 5 Disember 2015. Selepas tarikh ini, pengundian tidak akan dikira sama sekali.
  7. Sekiranya berlakunya aktiviti penipuan, pengodaman atau perkara- perkara seumpanya. Pemenang untuk komik paling popular akan di tentukan oleh Juri Profesional, Penaja dan Penganjur pertandingan ini.
  8. Keputusan adalah muktamad. Tiada bantahan, ugutan atau seumpamanya dibenarkan.
  9. Untuk maklumat komik anda akan di siarkan di laman web www.matkomik.com
  10. Tarikh umum keputusan ialah 7 Disember 2015.

** PENTING : Setelah anda menghantar komik, anda telah bersetuju dengan syarat dan peraturan yang telah di nyatakan di atas. **

Rujukan lain mengenai pertandingan ini:

Akhir kata, saya harap pelukis-pelukis muda dan amatur di luar sana dapat mengambil peluang ini untuk menonjolkan bakat yang anda ada dan menjadikannya sebagai batu loncatan untuk mengembangkan lagi bakat anda seterusnya menempah nama dalam industri komik di Malaysia.

Selamat Maju Jaya!



10 ulasan:

  1. Hari ni 5 Nov, tarikh tutup 30 Nov.
    Kecuali kita professional artist ataupun tak bekerja sepenuh masa,
    aku rasa agak susah untuk orang biasa buat 10 mukasurat komik taraf pertandingan dalam 25 hari.
    Maybe penganjur boleh consider panjangkan masa lagi.

    Tapi apapun, hadiah lumayan. So, good luck :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. boleh cEro... kemon... ukenduit. 10 mukasurat je ni huhu. join lah join lah

      Padam
    2. Bestnya klau dpt join nie. Lma gler xmlukis.
      Noob. Nape post nie 8/11? Ke mmg saje wat cmtu?

      Padam
    3. Sebab ni sticky post, maksudnya nak biarkan post ni duduk kat atas sekali sampai tarikh 8 November.

      Padam
  2. takde tema lain ape? haha.ke orang sekarang memang sakan bercinta je.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Cinta itu umum. Cinta kpd tuhan nya, cinta kpd rasul, cinta kpd ibu dan bapa, cinta kpd haiwan, cinta kpd hobinya mbaca komik. Ko ingat cinta ni couple2 makwe pakwe je ke.

      Padam
    2. baik bos~im looking forward utk komik berdasarkan cinta kepada rasul tu

      Padam
  3. http://infopelangi99.blogspot.com/2017/11/foto-cewek-hot-body-mulus.html

    BalasPadam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.