Jumaat, 20 November 2015

28 Asal usul budaya tayang slip keputusan peperiksaan

Beberapa entry yang lepas aku lebih banyak menulis artikel tentang isu berkaitan pendidikan, sehinggalah ada yang bertanyakan kepada aku, di negara2 yang sistem pendidikan mereka antara yang terbaik di dunia, ada tak keluar kat mana2 berita di negara mereka tentang kejayaan pelajar mereka di dalam peperiksaan, anak2 exam dapat score straight A dan markah penuh atau dapat jadi best student?

Persoalan ini membuatkan aku berfikir sejenak sebab aku langsung tak pernah terfikir pun pasal ni. Maka aku pun ada lah cuba cari kat Google sikit berita tentang kejayaan pelajar mereka yang ambil peperiksaan besar, pasal pencapaian dan keputusan peperiksaan meningkat, pelajar yang dapat best student atau pelajar yang tayang slip peperiksaan di negara2 lain, dan surprisingly... aku tak jumpa, atau sangat sedikit jika nak dibanding dengan Malaysia.


Adakah sistem pendidikan negara kita ni begitu lain sangat daripada sistem pendidikan di negara lain sampai mak bapak dan murid2 sekolah diorang tu takde pun beriya2 sangat nak tayang slip keputusan peperiksaan mereka dan anak2 mereka kat berita atau paling tidak pun kat Fesbuk?

Maka aku cuba untuk mengungkap misteri dan permasalahan ini tentang bagaimana budaya tayang slip keputusan peperiksaan itu boleh terbentuk di kalangan masyarakat kita?

Untuk tujuan itu, aku telah membuat sedikit kajian di Internet serta menghubungi orang2 yang pernah atau masih menetap, membesar atau belajar di negara2 lain agar aku mendapat maklumat dan gambaran yang lebih jelas. Ini kerana untuk memahami sesebuah masyarakat, kita mestilah sekurang2nya pernah tinggal di dalam komuniti masyarakat tersebut barulah kita boleh memahami masyarakat tersebut.


Berikut adalah perbezaan sistem pendidikan bagi beberapa negara yang mempunyai ranking lebih tinggi dengan sistem pendidikan di Malaysia secara ringkas. Jika ada maklumat yang tak berapa tepat boleh maklumkan semula pada aku. Sebelum itu berikut adalah istilah bagi pengkelasan sekolah bagi kebanyakan negara:
  • Infant/Nursery/Kindergarten/Pre-school/Tadika/Pra-sekolah: Umur 6 dan ke bawah
  • Primary School/Sekolah Rendah: Antara umur 6 hingga 12
  • Middle School/Junior High School/Sekolah Menengah Rendah: Antara umur 12 hingga 15
  • High School/Sekolah Menengah Atas: Antara umur 15 hingga 18
  • Post-secondary/Tertiary education/Pengajian Tinggi (Kolej/Universiti): Selepas tamat sekolah menengah atas

Korea Selatan

Di Korea Selatan tiada peperiksaan nationwide yang setara seperti UPSR, PT3 (PMR) dan juga SPM bagi murid2 yang bersekolah dari sekolah rendah ke sekolah menengah rendah dan tinggi yang mana semua orang murid wajib ambil. Jika ada pun adalah peperiksaan untuk tamat sekolah menengah untuk mendapatkan Middle/High School Diploma yang dijalankan sendiri oleh pihak sekolah.

Peperiksaan awam yang bersifat seluruh negara hanyalah satu iaitu College Scholastic Ability Test (CSAT) di mana ia adalah setara dengan STPM yang menjadi penentu untuk mereka masuk ke universiti, itu pun tidak wajib diambil oleh semua orang, siapa nak masuk universiti ambil, siapa tak nak masuk universiti tak payah ambil boleh mula kerja atau masuk insitut kemahiran dan vokasional.


Jepun

Di Jepun juga sistemnya lebih kurang dengan Korea Selatan, juga tiada peperiksaan nationwide yang setara seperti UPSR, PT3 (PMR) dan SPM. Sistem pengredan mereka adalah mengikut sekolah dan dikawalselia oleh pihak sekolah sendiri.

Keputusan peperiksaan akhir dan markah terkumpul di sekolah menengah rendah akan digunakan untuk memohon ke sekolah menengah rendah yang disukai, malah pihak sekolah menengah rendah boleh memberi pengesyoran atau recommendation pada sekolah menengah atas.

Jika keputusan dan gred tidak begitu memberangsangkan, mereka perlu mengambil entrance exam di sekolah yang dipohon untuk menentukan sama ada mereka layak masuk ke sekolah tersebut atau tidak, malah terdapat juga proses temuduga bagi kemasukan ini. Namun jika mereka tidak mahu menyambung persekolahan ke sekolah menengah tinggi dan terus bekerja pun tiada masalah.

Begitu juga sistemnya untuk masuk ke universiti di mana mereka perlu mengambil entrance exam bagi universiti yang mahu disertai. Jika lulus peperiksaan tersebut barulah mereka akan diterima untuk masuk ke universiti tersebut. Namun peperiksaan tersebut boleh diambil berulang kali sekiranya gagal.


Finland

Di Finland sistem persekolahan mereka tidak sekompleks negara2 lain, malah sepanjang tempoh persekolahan selama berbelas tahun dari kecil sampailah akhir remaja, hanya ada 1 peperiksaan kebangsaan yang bersifat nationwide sahaja, itu pun tidak wajib diambil oleh semua pelajar. Hanya orang yang nak masuk universiti sahaja yang ambil. Yang tak nak masuk universiti boleh ambil kelas2 praktikal di sekolah kemahiran, vokasional dan akhirnya politeknik.


United Kingdom (UK)

Di UK hanya ada 1 peperiksaan yang bersifat nationwide yang wajib diambil oleh semua pelajar yang berumur antara 14 hingga 16 iaitu General Certificate of Secondary Education (GCSE) yang setaraf SPM. Tiada peperiksaan setaraf UPSR bagi sekolah rendah. Bagi pelajar yang sudah berusia 18 tahun mereka boleh mengambil Advanced Level Exam (A-Level) untuk melayakkan mereka ke institusi pengajian tinggi namun tidak wajib diambil oleh semua orang.

Kebanyakan sekolah biasa di UK adalah disediakan oleh pihak berkuasa kerajaan tempatan dan percuma untuk semua murid. Bagi yang berkemampuan ibu bapa boleh menghantar anak ke sekolah persendirian/swasta/antarabangsa di mana mereka ada sistem peperiksaan khasnya sendiri.

Sistem peperiksaan SPM kita pun sebenarnya mewarisi sistem peperiksaan GCSE, maka bagi peperiksaan GCSE persekitaran yang lebih kurang sama seperti di Malaysia masih boleh juga dilihat di sana.


Amerika Syarikat (US)

Di US sistem pendidikan mereka mengikut law setiap state masing2, tiada sistem pendidikan yang sama di seluruh US (nationwide), contohnya sistem pendidikan di New York berbeza dengan Los Angeles, maka mereka juga tiada langsung peperiksaan nationwide seperti UPSR, PT3 dan SPM kita.

Satu2nya peperiksaan yang perlu diambil oleh semua pelajar adalah peperiksaan SAT dan ACT bagi pelajar high school untuk masuk ke kolej/universiti dan requirement setiap kolej dan universiti ini juga adalah berbeza. Bagi yang tidak mahu masuk kolej/universiti dan mahu menceburi bidang kerjaya selain akademik boleh sahaja untuk tidak mengambil peperiksaan tersebut.


Malaysia

Seperti yang kita semua tahu, kebanyakan kanak2 berumur 4 - 6 ibu bapa dah berebut2 hantar masuk tadika swasta Islamik (bagi orang Islam) dan English-based kerana sama ada pra-sekolah tempatnya amat terhad dan tadika lain dilihat sebagai tak mampu menjadikan anak2 kecil mereka seorang genius.

Kemudian masuk sekolah rendah dari umur 7 hingga 12 tahun. Darjah 6 ambil peperiksaan UPSR yang bersifat nationwide yang semua pelajar wajib ambil. Kemudian masuk pula sekolah menengah, sampai Tingkatan 3 kena lagi ambil ujian nationwide yang wajib diambil. Lepas tu kena pula pilih sama ada aliran sains, aliran sastera, aliran teknik dan aliran vokasional. Sudah menjadi tanggapan biasa dalam masyarakat kita apabila pelajar yang mengambil selain aliran sains adalah pelajar yang tidak bijak.

Dan setelah 2 tahun belajar lagi mengikut aliran2 yang telah diambil, pada akhir Tingkatan 5, sekali lagi semua pelajar wajib mengambil satu lagi peperiksaan bersifat nationwide iaitu SPM. Keputusan SPM inilah yang akan digunakan sama ada kita kena masuk Tingkatan 6 untuk ambil sebuah lagi peperiksaan nationwide iaitu STPM atau masuk matrikulasi sebelum masuk universiti atau masuk institusi2 kemahiran.


* * * * * * * * * *

Maka setelah melihat perbezaan2 ini, apa sebenarnya yang menjadi pemangkin terhadap tercetusnya budaya tayang slip keputusan peperiksaan di kalangan masyarakat kita yang hampir menjengkelkan ini?

Puncanya adalah kerana negara kita ini terlalu banyak peperiksaan yang bersifat nationwide yang mana semua pelajar wajib ambil!

Maka kau tahu apa yang berlaku?

Setiap satu pelajar akan bersaing dengan setengah juta lagi pelajar yang lain dalam USPR, PT3 dan SPM. Kau yang duduk di Perlis akan bersaing dengan orang lain yang duduk di Sabah. Peperiksaan ini menjadikan ia sebagai suatu agenda nasional yang sangat besar dengan persaingan yang sangat hebat kerana pelajar bukan sahaja bersaing sesama rakan sekelas dan rakan satu sekolah malah semua calon peperiksaan di seluruh negara.


Dan persaingan ini bukan sahaja di antara pelajar yang bijak akademik sahaja, malah pelajar yang kurang bijak akademik atau yang memang tidak bijak akademik pun yang sebenarnya tidak mampu untuk ambil peperiksaan SPM tapi terpaksa ambil disebabkan ia wajib diambil oleh semua orang hatta kau bijak akademik mahupun tidak.

Kesan daripada itu maka terhasillah kasta di mana yang bijak akademik akan sentiasa dipandang bijak manakala yang tidak bijak akademik akan dipandang bodoh walaupun mereka sebenarnya berbakat dan sangat bijak dalam bidang selain akademik seperti muzik, seni, kemahiran dan sebagainya.

Persaingan sebegini tidak berlaku di negara2 lain terutama di negara2 yang sistem pendidikannya berada di ranking atas seperti Jepun, Korea, Finland dan UK seperti yang aku nyatakan di atas. Kebanyakan peperiksaan mereka tidak bersifat nationwide kerana dikawalselia oleh pihak sekolah, maka skop persaingan juga lebih kecil. Malah peperiksaan yang bersifat nationwide juga tidak wajib diambil oleh semua orang, maka yang rasa tidak berapa bijak akademik boleh terus bekerja atau terus masuk ke bidang kemahiran.

Dengan erti kata lain, orang yang ambil peperiksaan besar hanyalah mereka yang benar2 bersedia dan mahu mengambil peperiksaan kerana mahu melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi. Mereka ambil peperiksaan adalah kerana untuk diri sendiri, bukan kerana orang lain atau memikirkan pesaingan.


Tidak seperti negara kita yang lebih berbentuk paksaan di mana orang yang nak masuk universiti atau yang tak nak masuk universiti pun wajib ambil SPM, dan kalau kau sangat keras kepala tak nak ambil SPM pun walaupun boleh namun kau akan dianggap bodoh sampai bila2 kerana takde SPM.

Maka apabila pelajar di negara lain itu berjaya dalam peperiksaan, memang mereka akan rasa gembira namun kegembiraan mereka juga lebih berskala kecil yang hanya perlu diraikan sesama keluarga, rakan2 dan peringkat sekolah sahaja.

Malah mereka tiada rasa pun keperluan untuk tayang slip keputusan di Facebook dan media sosial lain kerana tidak semua orang yang melalui pengalaman yang sama, malah soalan dan persekitaran sekolah juga berbeza2. Tiada keperluan pun nak tayang kerana tak semua orang faham dan tak peduli pun menyebabkan ia tidak terbentuk untuk menjadi budaya mereka.


Berbeza di Malaysia, di mana semua orang melalui persekitaran pendidikan dan pengalaman mengambil peperiksaan yang sama walaupun sekolah berbeza. Semua orang Darjah 6 ambil UPSR, semua orang Tingkatan 3 ambil PT3, semua orang Tingkatan 5 ambil SPM, semua orang mengambil set soalan yang sama.

Maka apabila ada yang telah berjaya mendapat keputusan cemerlang, maka mereka rasa perlu untuk mereka menayang slip keputusan peperiksaan dan memberitahu semua orang yang mereka atau anak mereka telah berjaya mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan yang semua orang ambil.

Mereka kena beritahu yang mereka atau anak2 mereka dapat gred semua A dalam UPSR, PT3 atau SPM. Mereka kena beritahu yang mereka atau anak2 mereka adalah orang yang terbaik di antara setengah juta orang lain yang meduduki peperiksaan yang sama. Mereka kena beritahu yang mereka dan anak2 mereka juga tidak ketinggalan dalam persaingan yang sangat besar ini. Mereka kena beritahu kerana semua orang faham dan melalui pengalaman yang sama menyebabkan orang lain turut menjadi peduli sehingga boleh timbul rasa sedih, cemburu dan rendah diri.


Dengan sebab2 itu maka terbentuklah budaya tayang slip keputusan peperiksaan di berita di kaca2 TV, di suratkhabar, di Facebook dan media2 sosial yang lain di kalangan masyarakat madani Malaysia yang mana kau takkan atau sangat susah nak jumpa pun di negara2 lain hatta negara yang sistem pendidikannya sangat world class pun.

Malah nak tengok kat berita untuk diwar2kan berapa ramai orang lulus, berapa ramai orang dapat straight A, siapa pelajar terbaik atau best student bagi seluruh negara, memang sangat susah la nak jumpa di negara2 lain.


* Dapatkan komik Buasir Otak: The Komik yang penuh dengan cerita2 yang bakal membuasirkan otak anda! Untuk membeli boleh klik pada gambar di bawah:

Buasir Otak: The Komik



tags: asal usul punca bagaimana budaya tayang slip keputusan peperiksaan terbentuk tercetus perbezaan peperiksaan dunia spm pmr pt3 upsr malaysia korea selatan south korean japan jepun united kingdom uk finland finnish education

28 ulasan:

  1. ooo creettttt creeettttttt Creeetttttttttttttttt argh lega cirit kat muka rakyat malaysia~

    BalasPadam
  2. Terbaiklah entry ni.. Kupasan yang bernas siap dengan fakta sekali..

    BalasPadam
  3. maknanya hanya di Malaysia.....ehehe

    BalasPadam
  4. Admin bole cover skit pasal sistem pendidikan China

    China negara ekonomi terbesar selepas US. Sistem education diorang takkan comparable to the world finest

    -Aku Hensem

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ala.. cover la sekali mana-mana negara kat palestine, jordan, iraq, zambia, mongolia, vatican city, italy, estonia, libya, chile, argentina, brazil, ecuador, angola, sudan selatan, sepanyol, poland, nigeria, mesir dan timbuktu sekali ya.

      InsyaAllah kita akan dapat lebih clear picture.

      Padam
    2. mohon noob masukkan jugaa sistem pendidikan di tanah jowo indonesia, lombok, timur leste, sumatera, .. same2 memartabatkan pendidikan jowo di tanah melayu..

      - wakil Kesatuan anOn Togel sE Malaysia (KOTE)

      Padam
    3. Apa la pandai sangat korang ni, kita nak compare sistem education kita dengan negara yg bagus education dorang. so kat situ kita boleh tahu mana yang kurang nya kita ni. kalau nak compare dengan negara

      palestine, jordan, iraq, zambia, mongolia, vatican city, italy, estonia, libya, chile, argentina, brazil, ecuador, angola, sudan selatan, sepanyol, poland, nigeria, mesir, indonesia, lombok, timur leste, sumatera bla bla bla

      memang tak payah la. nak compare buat apa? nak cakap education system kita lagi bagus dari 3rd world country? bagus sangat ke education system kita ni?

      Padam
    4. But China guna sistem perperiksaan nationwide tier based macam kat malaysia... COUGH KITA TIRU DIORANG COUGH.... But still cina antara ekonomi terbesar sekarang behind amerika... Banyak penduduk mungkin?

      Padam
  5. satu lagi saya nak tambah walaupun jauh sikit huhu. bila ditemubual oleh wartawan, pelajar cemerlang ni selalunya akan berterima kasih kepada guru tuisyen. guru sebenar dikelas tak pernah disebutnya.

    BalasPadam
  6. Puas konkek bini tadi

    BalasPadam
  7. 1. Setuju pasal konsep 1 exam sahaja, for example SPM je...x perlu UPSR, PT3 sbb byk benda nak kena buat....n SPM ialah optional kpd pelajar yg serius nak sambung belajar lebih tinggi..pas2 ada kelayakan lain untuk budak yg x pandai tp nak mahir dalam bidang lain x kira vokasional, kejururawatan. Kalau anda perasan, kursus kemahiran ni hanya wujud lepas dpt kerja..in other words bila nak budak ada kemahiran, kebanyakan budak fresh sijil...so xde advantage dr org yg xde degree/diploma tp byk hands-on exp kerje kat bengkel/kortrak.

    2. Kalau sy dpt 5A pun...cukup je tulis Alhamdulillah....x perlu nak tayang bagai sbb konsep yg saya nmpk kalau result bagus nak share, result x bagus confirm x share...nmpk sgt niat nak menunjuk (tidak sengaja) n bukan niat nak menyampaikan info. Yela...sbb nak ketagih LIKE punya pasal..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kenapa ko bebal sgt ayam afrika? Dia punya pasal lah nk tunjuk ke hapa, nk share ke apa masalah nya? Atau dulu korang dpt byk E? Apa hak ko nk kutuk bagai ni noob? Ko tk cermerlang nk slh kn org lain, belajar mls,

      Padam
    2. Sy pun excellent je dlm exam x kira UPSR smpi ke Uni..x perlu nak detail sgt..tp still kalau sy ada anak, sy sendiri pun xnak share result cemerlang anak sy...bila org tanya baru sy ckp. Thats all.

      Padam
  8. perangai tipikal melayu mmg suka show off... orang negara lain mana ada perangai ni sbb bg diorg kepandaian hanya utk diri sendiri bkn untuk berlagak

    BalasPadam
  9. Aku setuju dengan istilah KASTA dalam pendidikan yg noob ckp kan tu. mmg dah jadi budaya org kita suka meletakkan pelajar mengikut kasta aliran pelajaran yg mereka pilih. dan yg paling kelakar , pelajar2 yg tak masuk aliran sains , adelah bodoh belaka. hello , ini zaman Ict .aku rasa dah takde lagi golongan buta huruf kat negara ni. jadi dah tak relevan melabelkan kasta aliran sastera , ekonomi , perdagangan dll itu sebagai pelajar kelas 2 atau ke bawah. mereka itu sama shj fikiran dan kecerdasan akalnya. yg membezakan , adalah kencenderungan minat belajar mereka condong ke arah mana.

    Aku bekas budak aliran sains. bukan semua budak aliran sains tu pandai atau bijak. ada jugak jenis bengap , bodoh kalau mentaliti jenis malas berusaha. dan aku tak nafikan jugak waktu aku sekolah dulu , ramai pelajar pintar dalam sekolah aku dari kalangan pelajaran aliran kasta ke 2 seperti sastera & ekonomi yg memecah rekod dominasi pelajar cemerlang sains. ini adalah realiti. tetapi sayangkan org kita , masyarakat kita masih lagi dibelenggu dengan sentimen , persepsi liar yg mengatakan pelajar aliran sains semua pandai , aliran bukan sains adalah pelajar golongan bodoh , bebal dll.

    Apalah guna sistem pendidikan diubah mengikut sistem pendidikan terbaik dunia waima seperti korea itu , kalau mentaliti , persepsi dan sikap masyarakat kita , khasnya ibu bapa tidak berubah menjadi mentaliti kelas dunia juga. aku bimbang , negara kita nanti suatu masa bila sudah menjadi negara maju , tetapi tahap pemikiran masyarakat kita masih lagi dalam kategori pemikiran negara miskin dunia ke 3. itu bukanlah salah kerajaan atau salah tuhan maha pencipta. tetapi ia nya terjadi disebabkan kemalasan merubah pemikiran oleh masyarakat itu sendiri.

    BalasPadam
  10. Kerana sistem pendidikan inilah kita dah bunuh impian anak - anak kita sejak kecil. Tak benarkan dorang jadi diri sendiri semata untuk hidup bersaing. Akhirnya motivasi dorang drop kerana persaingan dalam peperiksaan,lalu jatuh hukum pandai bodoh mereka. Maka terhasillar rakyat malaysia sekarang, yang kejenya nak sailang orang je.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ko tak punya otak ke? Ko belajar malas, bila keputusan tk cermerlang nk slh org lain, itu ini,

      Padam
  11. setelah baca ni pun baru aku perasan negara luar takde pun bangga2 dengan keputusan peperiksaan dsb. secara jujur, aku dulu pelajar cemerlang tapi aku taknak anak aku ikut pun jejak langkah aku. apapun impian mereka, selagi benda yg tak memudaratkan aku akan sokong. apa guna bersaing dgn seluruh pelajar dalam negara tapi akhirnya nak cari kerja pun kena ada orang dalam? aku nak anak aku jadi manusia berguna, bukan ikut bench-mark sistem pendidikan malaysia yg kelakar ni :)

    BalasPadam
  12. Perkongsian yang sangat bermanafaat buat Mrs. A.
    Pendidikan di Malaysia lebih kepada kompetitif berbanding koperatif.
    Berlumba-lumba sesama sendiri kurang semangat berpasukan. Yang kurang cerdik dibiarkan tertinggal oleh mereka yang cerdik-cerdik bukannya nak membantu pun. Jadilah mereka penghafal teks dan bukannya orang yang faham konteks.

    BalasPadam
  13. pergh..terbaik kupasan entry ni noob..mambawa kepada anjakan paradigma dlm kepala otakku yg berjambul...

    BalasPadam
  14. Pertamanya, saya ingin ingatkan semua bahawa kebijaksanaan manusia adalah pelbagai menurut kajian - musical–rhythmic, visual–spatial, verbal–linguistic, logical–mathematical, bodily–kinesthetic, interpersonal, intrapersonal, and naturalistic ... soalan exam hanya terhad kepada kapasiti otak yang mungkin merangkumi dua kebijaksanaan sahaja di dalam senarai di atas...

    Saya masih ingat di tahun 80an di mana pihak kerajaan telah didesak oleh pembangkang khususnya PAS untuk meningkatkan taraf pendidikan.. ketika itu seringkali mereka ulang bahawa pembangunan negara tidak bermakna jika hanya seorang dua yang score banyak A (baca: bukan straight As pun, banyak A sahaja..).. antara pendesak utama adalah Mat Sabu dan Arwah Fadzil Noor.. itulah yang diulang setiap kali ceramah serta diterbitkan dalam Harakah... (baca : saya bukan pro/anti kerajaan / pembangkang..)

    Kerajaan pun demi survival politik secara langsung merespond kepada tuntutan ini dan bermulalah trend/kempen semua orang seboleh mungkin harus dapat straight As (juga penekanan prinsip2 Islamic dek tekanan daripada PAS yang mendominasi kaum melayu di luar bandar)... lebih2 lagi apabila persaingan yg sengit dgn bangsa Cina/India yang ramai scorer.. harus diingat mereka berusaha untuk score dlm exam kerana persaingan dan quota non bumi yg terhad utk masuk ke universiti.. sbb itu non Malays yang ramai scorer di era tersebut.. faktor survival, bukan faktor tayang menayang... budak Melayu yang result cukup makan pun boleh masuk U malahan ke luar negara ketika itu...

    Secara mendadak juga jumlah pelajar yang mendapat straight As bertambah.. bermula dari sekolah berasrama penuh dan sedikit demi sedikit ke sekolah menengah kebangsaan seiring masa... hingga timbul persoalan sama ada soalan exam makin senang, atau pelajar makin bijak, atau guru2 dapat soalan forecast dan melatih pelajar2 untuk menjawab sebelum peperiksaan... memang trend cemerlang mendadak ini agak ketara di akhir 80an dan awal 90an.. kemudian menjadi perkara biasa hinggalah sekarang...

    Namun, ironinya di sektor pekerjaan pada hari ini seringkali kita dengar keluhan majikan berkenaan keupayaan graduan yang terhad.. sangat bertentangan dengan statistik kecemerlangan pelajar dari zaman sekolah rendah hingga ke SPM serta CGPA tinggi di IPT yang kita dengat saban tahun... antara ngomelan mereka termasuklah tak mampu menulis surat rasmi memohon pekerjaan, tidak resourceful dan mahu disuap sepanjang masa, dll...

    Bercakap mengenai budaya bersaing dan menunjuk2 ini masih saya ingat ibu bapa sebelum zaman cyber sering menelefon rakan2 dan saudara untuk mengambil tahu hasil keputusan exam anak2... satu rumah ke satu rumah ditelefon.. tak kira professional ke, ustazah ke, cikgu ke, surirumah ke, mmg budaya biasa ketika itu.. hingga ibu bapa yang anaknya kurang cemerlang menjadi tertekan kerana ketinggalan... sememangnya mengganggu emosi ibubapa dan pelajar secara langsung...


    -Ulam Raja Berjambul-

    ---bersambung.....

    BalasPadam
  15. ---sambung......

    Kursus2 pilihan juga ditekankan bidang sains atau bidang professional... bidang sastera dianggap lekeh.. jgn terkejut jika saya katakan ada golongan professional malahan golongan ulama' yang turut memandang rendah golongan non professional.. dan keluh kesah jika anak tak dapat masuk kelas sains atau tidak dapat menjadi doktor/peguam... hakikatnya pada tahap keintelektualan mereka seharusnya mereka mampu melihat keupayaan setiap individu yang berbeza dan unik.. masih saya ingat seorang professional pernah berkata si polan itu hanyalah orang seni, jauh lebih rendah taraf daripada pesaingnya seorang yang berpangkat... sungguh cetek pemikiran manusia di Malaysia ini... hakikatnya orang seni yang dipandang rendah itu pelanggannya terdiri daripada prominent figures di dalam dan luar negara... hasil kerja seninya diiktiraf.. jika seni itu di satu kasta yang rendah, tidak adalah pemandangan orang beratur panjang di muzium terkemuka di Eropah semata2 mahu melihat lukisan terkemuka termasuk lukisan asli Monalisa yang tak sebesar mana itu...

    Di Indonesia contohnya, subjek sastera dan sains seiring kepentingannya... kerana itu juga sastera, bahasa serta budaya mereka kaya, berseni dan sangat halus hingga dikagumi diperingkat antarabangsa... ada saja festival seni sepanjang tahun dan ramai expat2 yang memilih menetap di sana kerana cintakan kesenian Indonesia... jika tidak novel/movie Eat, Pray, Love tidak akan meletakkan Bali sebagai catalyst utama perjalanan hidup penulisnya... pengkarya2 seni mereka diangkat tinggi dan dihormati... kita pula tersekat minda status conscious takut dipandang rendah meng-associate-kan diri dengan non-science stream... malu anak tak dapat straight As atau anak tak masuk kelas sains... sungguh rendah jatidiri kita... hari ini tanpa kita sedari, penyambung legasi kesenian tangan tradisional tempatan sudah makin berkurangan.. pengukir, penukang, pembatik, penenenun, penyulam, pembuat bot, pembuat pottery, dan lain2... mungkin ramai yang tidak mahu menceburi bidang ini kerana dianggap kasta rendah sedangkan dengan sokongan agensi kerajaan dari segi kewangan dan pemasaran amat besar potensi bidang di atas...

    Yang lucunya dalam meletakkan nama anak2 dan keluarga serta komuniti tempatan di peringkat antarabangsa di bidang kritikal, di peringkat nasional pula bidang tidak kritikal yang dianggap low class dan mudah masih kelihatan caca marba, contohnya koreografi tarian satu malaysia antara melayu, cina dan india.. dah serupa funfair murahan di atas pentas.. tak tentu arah melompat2... sepatutnya kalau bidang kritikal menjadi tumpuan, bidang kurang kritikal adalah second nature kepada kita.. seperti kemampuan orang Indonesia menyanyi dan menari tradisional dengan baik walaupun mereka di bidang sains.. kerana seni dan budaya itu adalah hidup mereka dan mereka tidak malu...

    Juga lucu bila melihat anak2 lulusan sains yang dibanggakan, dihantar ke luar negara, ramai apabila pulang dan bekerja sebentar terus bertukar bidang.. ada yang menternak kambing, ada yang berniaga cupcake, menjual insurance, menjadi real estate agent, menjadi surirumah hatta menjadi perekrut MLM.. tak ada kena mengena dengan bidang sains tulen yang mereka pelajari yang kononnya high class sangat itu...

    Sekian.

    - Ulam Raja Berjambul -

    BalasPadam
  16. Nak ubah sistem bukannya senang.
    Nak ubah sistem, kena ubah dulu yg gubal sistem.
    kalau yg gubal tu pun jenis berkedut tak nak dengar pandangan orang lain, maka dah boleh jatuh tahap mustahil dah nak ubah sistem kita ni.

    BalasPadam
  17. Pd era 60an dan 70an (Sarawak) semua keputusan peperiksaan Sarawak Junior Certificate (Form 3),Senior Cambridge Certificate (Form 5) dan High School Certificate (Form 6) akan dihebahkan dlm semua dada suratkhabar tempat (termasuk suratkhabar Borneo Bulletine yg berpangkalan di Brunei). Bukan pelik. Tetapi yg peliknya setiap nama calon di bawah nama sekolah masing2x dipamerkan! Termasuk nama mereka yg tak lulus!

    BalasPadam
  18. basgu betul siapa yang tanya kat ko tu noob sebab aku pun baru terpikir haha..

    BalasPadam
  19. Senang cite, cikgu2 zaman sekarang dah bangang. terikut2 dengan trend masyarakat. ada plak yg skdr nak makan gaji n cuti.

    cikgu dungu, anak murid dungu. kepala otak cg xleh pk jauh. hy nmpk akademik akademik akademik. last2 bdk2 jd sewel. n membesar mnjdi msyrkt yg sewel. sekolah biasa n sekolah agama sama saje.

    mak bapak pun sama. hntr sekolah sbb malas nak jaga anak. kat rumah xdidik pun jgk anak2. hntr tuisyen, kelas intensif dll. ms cuti pun pakse anak masuk klas mcm2. jem kepala budak.

    BalasPadam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.