Iklan Leaderboard

Isnin, 10 Februari 2014

31 Mansuhkan SPPBS dan tiru sistem pendidikan Finland

Sebelum2 ni penyokong2 politik, para aktivis, mahasiswa, pekerja2 bank dan beberapa golongan je yang rajin buat demonstrasi, tetapi sekarang ni terdapat sekumpulan guru pula yang menggelarkan diri mereka Suara Guru-Masyarakat Malaysia (SGMM) bercadang mahu mengadakan perhimpunan di Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), Putrajaya bagi membantah sistem Pentaksiran Berasaskan Sekolah (SPPBS) terutama program penilaian tiga tahun pelajar SPPBS 2014.


Antara Isu SPPBS (PBS) 2014 Yang Berbangkit oleh Guru-guru:
  • Guru kecewa dengan komputer yang tidak cukup bagi memasukkan data Sistem Pentaksiran Berasaskan Sekolah (SBA) sehingga mengakibatkan masalah sistem.
  • Guru terpaksa bangun seawal jam 3 pagi sewaktu trafik internet lancar bagi memasukkan data SBA ke dalam sistem pelayan kementerian.
  • Guru-guru mendakwa Data PBS yang lepas tidak akan digunakan untuk menilai prestasi pelajar tingkatan tiga tahun ini ekoran arahan kementerian yang berbeza kepada guru untuk memasukkan markah pelajar tingkatan satu bermula 2012
  • Nisbah pelajar dan guru tidak seimbang dan sistem penilaian pelajar yang masih belum jelas



Walau fanpage FB "Kami Mahu SPPBSS Dimansuhkan" mendapat sambutan ramai guru2 di Malaysia sehingga mencecah 67K Like, namun ramai guru yang tidak mahu turut serta dalam perhimpunan bantahan ini kerana takut dan bimbang akan diambil tindakan.



Sementara itu, ekoran mendapat pelbagai bantahan terhadap sistem Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS), Menteri Pendidikan II, Datuk Seri Idris Jusoh meminta guru-guru bersabar dan tidak gopoh.
Beliau turut meminta para guru memberikan masa kepada Kementerian Pendidikan untuk melaksanakan sistem yang telah ditambah baik itu.

“Sabarlah.  Saya rasa tak perlu (demonstrasi)....tak perlu. Apa masalahnya? Beritahu kepada kita apa masalahnya. Kerana ini sistem yang dikehendaki.

“Yang buat itu (sistem) bukan Idris Jusoh. Yang buat itu profesor, doktor...pakar-pakar. Kita harap jangan gopoh, beri masa kepada kementerian untuk melaksanakannya.

“Kalau ada yang tak kena, beritahu apa yang tak kenanya. Kita perbaiki. Yang tak faham, beritahu kita apa yang tak faham. Kita duduk semeja, kita selesaikan masalah itu,” katanya kepada media ketika ditemui selepas merasmikan Karnival Karangkraf 2014, semalam.

Namun persatuan guru SGMM tetap mahu meneruskan protes walaupun kementerian sudah ajak berunding, akan tetapi usaha Suara Guru-Masyarakat Malaysia (SGMM) dalam mendapatkan kebenaran untuk mengadakan perhimpunan aman di Putrajaya masih gagal apabila dimaklumkan borang permohonan tersebut tiada.


Jangan kata protes, t-shirt mansuh PBS juga sudah ada.


Berikut adalah antara ulasan daripada Prof. Dr. Mohammad Agus Yusof mengenai kesesuaian Sistem Pentaksiran Berasaskan Sekolah dalam membangunkan murid cemerlang:

MASALAH DENGAN SISTEM PBS

1. Sistem ini tiada peperiksaan akhir tahun dan tiada peperiksaan berpusat seperti UPSR dan PMR. Jika tanpa peperiksaan, bagaimana menilai pencapaian murid? Bagaimana ibu bapa dapat mengetahui pencapaian anak mereka?

2. Sistem ini tidak sesuai dilaksanakan selagi nisbah guru-murid dan kemudahan sekolah bandar-luar bandar tidak seimbang. Di sekolah pedalaman misalnya, bagaimana mereka mahu mendapatkan kemudahan internet untuk merekodkan maklumat pelajar?

3. Sistem ini memerlukan kemudahan sekolah yang mencukupi. Bagaimana melaksanakannya dengan baik jika mendapatkan kertas dari pejabat sekolah pun sukar? Tinjauan saya mendapati guru membeli sendiri kertas, pencetak dan toner yang diperlukan mereka.

4. Cara pembahagian band tidak konsisten. Guru-guru sendiri mengakui hal ini dengan mengatakan sistem ini sebenarnya tidak jujur; adakalanya mereka terpaksa meluluskan band setiap pelajar atas dasar simpati dan hendak mengejar band.

5. Sistem ini menyebabkan tugas utama guru mengajar menjadi semakin kurang kerana masa banyak ditumpukan kepada merekodkan maklumat pelajar dan membuat kerja-kerja perkeranian. Jika macam ini, bagaimanakah kita boleh menghasilkan insan yang cemerlang?

6. Sistem ini mewujudkan murid dan pelajar yang malas membaca, malas berusaha, malas berfikir dan hilangnya sifat ingin berlumba menjadi yang terbaik. Ini kerana murid-murid tidak lagi mempunyai tekanan untuk bersedia bagi menghadapi peperiksaan. Ibu bapapun tidak ghairah lagi untuk menghantar anak-anak ke pusat tuisyen. Bila malas berfikir, malas mengulangkaji, maka apa hasil cemerlangnya dengan sistem ini?

MENGATASI KELEMAHAN PBS

Hujah di atas menunjukkan kelemahan sistem PBS. Bagi mengatasinya saya mencadangkan dua perkara.

Pertama, sistem peperiksaan berpusat UPSR dan PMR perlu diadakan semula. Bagi saya buatlah sistem PBS atau apapun, tetapi jangan hapus bentuk peperiksaan yang sedia ada sekarang. Pelajar perlu dinilai, bukan sahaja untuk mengetahui tahap pencapaian mereka,tetapi untuk mereka mempunyai semangat berlumba, dan juga untuk membolehkan ibubapa menilai prestasi anak mereka.

Saya menekankan keperluan peperiksaan ini kerana saya tidak mahu melihat pelajar menjadi semakin malas dan tidak suka berfikir. Bagi saya, UPSR dan PMR sudah elok, cumanya jika hendak menilai kedua-dua aspek akademik dan kokurikulum, buatlah 50% peperiksaan dan 50% kokurikulum dan kerja kursus, selesai masalah.

Kedua, jika sistem ini mahu diteruskan juga, maka guru-guru perlu diberikan pembantu untuk merekodkan data kerana tanggungjawab utama guru adalah mengajar. Guru perlu diberikan kembali keseronokan mereka mengajar tanpa dibebankan dengan kesibukan mengisi maklumat dalam komputer.

Namun buatlah macam mana pun, pusing2 pun sistem pendidikan kita tetap seperti berikut:


Sementara itu di Finland:

  • Tiada uniform sekolah.
  • Tiada ujian kemasukan.
  • Tiada yuran sekolah.
  • Tidak sistem nombor yang membanding2kan murid.
  • Tidak membahagi dan membeza2kan murid mengikut kelas.
  • Tiada kerja rumah atau homework yang terlalu banyak lebih daripada 30 minit.
  • Kerjaya guru mempunyai status profesional setaraf dengan doktor dan peguam.
  • Dan sistem pendidikan di Finland masih adalah yang terbaik dalam dunia.



Baca lagi:



Dan baca fakta yang sangat ohsem mengenai sistem pendidikan Finland:

Oleh itu apa kata para menteri pendidikan, professor2 di sektor pendidikan, pengarah, pegawai kanan kementerian, jabatan pendidikan dan guru2 cemerlang gemilang terbilang ni adakan lawatan dan rombongan sambil belajar ke negara Finland untuk meniru, bukan mengkaji, tak payah kaji2 dah sebab buang masa dan duit lagi nak upah2 consultant, tiru sahaja sistem pendidikan Finland untuk digunapakai di negara kita, habis cerita.

Tak payah lah nak SPPBS bagai, diorang takde SPPBS pun tapi sistem pendidikan diorang adalah yang terbaik dalam dunia. Kita punya sistem pendidikan dah berkali2 diubah, ditukar, ditransformasi, tapi masih lagi berada di tangga kedua tercorot di kalangan negara2 Asia Tenggara, kalau di kalangan negara dunia tak tahulah nombor berapa. Bukan tu je, siap belanja berjuta2 lagi nak guna khidmat konsultan dan perunding luar untuk merangka Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia. So macam aku cakap kat atas tadi, pergi je ke Finland, tiru sahaja sistem pendidikan mereka.

Bak kata orang, learn from the best?




tags: cikgu guru mahu demonstrasi perhimpunan aman protes bantah mansuh sppbs pbs sba #mansuhpbs sistem pentaksiran berasaskan sekolah band masalah kelemahan prof dr agus yusof timbalan menteri pendidikan idris jusoh kementerian jabatan pendidikan negeri jpn pakar sistem pendidikan finland finnish education system best in the world our education system albert einstein quote

31 ulasan:

  1. sistem terkini menyebabkan guru adalah kerani di mornight dengan menunggu trafik lancar

    BalasPadam
    Balasan
    1. Paling kesian cikgu aku sampai x tidok isi markah online kepala dajal satu murid kena setengah jam penat isi esok hilang kesian.cikgu kena jadi kerani...bodoh dasar pendidikan negara hari ini mcm ni esok lusa tukar menteri dia ubah dasar pulak.aduh kesian cikgu menjadi hamba...kami yang menurut perintah

      Padam
    2. hamba? hamba buat kerja x dpt gaji dol, korang x dpt gaji ker?? standet biase la buat kejer sampai x ckup tdo bagai, rmai org keje profesional yg lain dh merase keje overtime smpai x ckup tido nie, 48jam straight x tdo pun ilek jerrr, cuti pun ssh giler nk dpt, cuti asik kne carry forward jer, bkn mcm korng tue, bdk2x skolah cuti pnjng korng pun ikut cuti skali, kje berat mendalah key-in ni pun bknnyer lame mne pown, kecoh je lebey, lemak jer........

      Padam
    3. Sekarang nih bukan main hangat lagi isu samseng-samseng bola sepak dalam surat khabar, saya tak nak komen apa-apa tentang kejadian yang berlaku sebab kita tidak tahu pokok pangkal ceritanya bagaimana..Jadi tak perlu lah kita orang Selangor nih nak jaga tepi kain orang lain, janji Selangor tidak mencipta masalah dengan negeri lain..

      Cuma saya tiba-tiba rajin sikit nak kongsi cerita pada tahun 2011, Pada ketika itu penyokong Selangor dan Kelantan memang pantang bertemu, nak bergadoh je kerjanya..Ingat lagi kisah yang berlaku di Shah Alam pada masa itu? apa yang terjadi di dalam dan luar stadium? Tak perlu cerita panjang lah, mesti korang tau punya macam mana ceritanya..2011 kalau kita ingat balik ada 4 komrad dari Ultras Kelantan The Red Mania (UKTRM) ditangkap Polis pada perlawanan Piala Sumbangsih di Shah Alam yang berkesudahan Kelantan menang 4-1...

      Untuk pengetahuan semua 2 dari komrad ultraSel telah menjamin keempat komrad yang ditangkap itu..Agak-agak lah kan, kalau tengah "panas" mana ada penyokong Selangor nak buat keje gila jamin penyokong negeri lain..yelah tengah rival kan..tapi kami ultraSel dan UKTRM telah membuktikan bahawa kami ultras mempunyai nilai kesaudaraan diantara kami..

      Sebut pasal Stadium Sultan Muhammad IV di Kota Bharu, selepas kejadian "riot" di Kota Bharu...Siapa yang berani pegi? Kalau pegi pun tiada sesiapa pun yang berani duduk di tempat duduk "Open" di stadium SSMIV..Memang tiada mana-mana negeri pun yang berani duduk di tempat duduk terbuka SSMIV ketika itu..Dan pada tahun 2011 jugak lah, komrad ultraSel seramai 1 bas memberanikan diri ke SSMIV untuk duduk di tempat duduk terbuka di Kota Bharu..

      Kami apabila di sana disambut di SSMIV oleh UKTRM walaupun ramai diantara penyokong Kelantan yang hairan dengan kedatangan kami..Dan kami dipelawa untuk duduk di tempat duduk terbuka oleh saudara kami dari UKTRM..Walaupun kami tahu, keselamatan tidak terjamin 100%..Tapi kami tetap bersedia untuk duduk di tempat terbuka stadium SSMIV untuk menjadi kelompok penyokong pertama yang duduk di SSMIV selepas kes kekecohan di SSMIV pada ketika itu..

      Dari detik itulah juga, ketegangan diantara penyokong Selangor dan Kelantan beransur reda dan selepas tahun 2011 penyokong Selangor dan penyokong-penyokong negeri lain juga telah duduk di tempat terbuka stadium SSMIV..Apa yang saya ingin anda semua ambil contoh adalah semangat setiakawan persaudaraan antara ultraSel dan UKTRM..Walaupun pada masa itu kami tidak mempunyai ramai komrad tapi kami mampu untuk menyatukan kembali dua penyokong negeri Selangor dan Kelantan, setelah ketegangan yang berlaku pada sebelum tahun 2011...

      A lot of respect from me to UKTRM yang ada pada masa itu...Bukan saya nak ungkit kisah silam tetapi saya mahu tunjukkan kepada penyokong yang lain bahawa ULTRAS BUKAN SAMSENG, ULTRAS BUKAN BUAT KACAU, ULTRAS BUKAN KAKI GADUH...Kita semua dibawah satu payung negara.

      Padam
    4. Muhyiddin Yassin11 Februari 2014 7:59 PG

      Sistem pendidikan di Malaysia adalah yang terbaik di dunia. Malah Amerika Serikat pun turut meniru pendidikan acuan Malaysia.

      Padam
    5. keja profesional selain guru dah memang itu keja dia...
      guru ni satu hal lagi nak kena mengajar selama 5 hari.
      cuba yang konon profesional it , admin dan sebagainya ni yang konon hebat tak tido malam untuk update database dan esok tu pergi mengajar,boleh ke tak boleh

      ataupun korang tak tido malam dan kemudian balik rumah anak menangis merengek minta tolong ajarkan addmath ataupun beberapa subjek tengok korang bole ajar ke tak.lepas tu dah ajar then still kurang kefahaman,macam mana perasaan korang?

      nak mengajar bukannya sekadar ajar tapi emosi pun perlu dijaga.kalau tidak, tak pepasal boleh melenting maki hamun pelajar dah jadi kes lain plak.bidang pendidikan,guru pensyarah dan sebagainya bukannya robot tanpa emosi.

      Padam
    6. bro kat atas tuh apahal. orang dok sibuk bincang pasal pendidikan, kenapa isu bola dikeluarkan.

      Padam
    7. "ataupun korang tak tido malam dan kemudian balik rumah anak menangis merengek minta tolong ajarkan addmath"

      tak tau pulak aku subjek add math diajar kat tadika atau sekolah rendah sampai anak merengek nak mintak ajar. yelah xkan budak form 4/5 menangis merengek suruh bapak dia ajar add math. mohon jgn ambil ketum ketika menulis komen

      Padam
    8. Woi Tanpa Nama...kau ada baca article ni ke tak? Betul lah artikel tu cakap... Yang mengajar kat pendalaman tu camne, internet takde ataupun slow semua bagai?

      Kalau kerja lain, mana ada selalu tukar sistem? Kerja guru ni je yang setiap kali naik menteri baru, tukar sistem baru.. Itu isu yang dibincangkan.

      Korang faham ke tak ni? Haih....

      Padam
  2. Sistem pendidikan di Malaysia ajar budak kita untuk ikut arahan,
    Di luar negara ajar budak untuk berfikir sendiri.

    BalasPadam
  3. noob, kalau ikut ckp menteri, "kalau xsuka dgn sistem pendidikan di negara kita, sila pindah pergi ke negara yg korg suka dgn sistem pendidikannya". so noob, sila pindah ke finland wakakakaka

    BalasPadam
  4. hmm.. nak crita pasal benda ni takkan habis kot.. :(

    BalasPadam
    Balasan
    1. cerita pasal sistem pendidikan kita memang takkan abis, bukan peringkat sekolah aje yang memeningkan, peringkat university pun masih agak tunggang langgang, dengan OBEnya, dengan MQAnya, dengan SLTnya... believe me...

      Padam
    2. OBE pun payah nak aplikasikan..

      Padam
  5. sembang kat sini mmang x jadi apa.....pergi terus jumpa menteri, ajak dia bincang pasal benda sampah ni....

    BalasPadam
    Balasan
    1. bnda smpah? kau pndai menulis ni pon hasil dari sistem smpah ni. ckp dgn cermin ek :)

      Padam
    2. Orang citer pasal SPPBS yang sampah, bukan sistem pendidikan lah, bingai...

      Ada baca article ni ke tak?

      Padam
  6. Hasil pendidikan negara kita membentuk macai2 yg taksub tak bertempat. Menuju wawasan macai 2020

    BalasPadam
  7. dulu ada peksa..org sebuk suruh hapuskan..bila dah ada..sebuk nk ikut org lain plak,.selagi kita cepat carik salah dan putus asa..selagi itu la masalah tak akan selesai..sbnrnya sistem PBS lebih kepada suruh pelajar berfikir..yg jadi masalahnya bila sekolah dgn kementerian sebuk kejar KPI la band la...dan cikgu plak..asyik merungut..mcm mana sistem nk jalan...bila cikgu tegas..mak bapak dah saman menyaman...pening aaaaaa

    BalasPadam
  8. satu lagi masalah yang besar adalah bila semua tugas mengajar diserahkan 100% kepada guru....ibu bapa adalah guru yang terbaik dirumah...dan skrg terlalu ramai ibu bapa yg kiasu..tadika pun dah anto anak tusyen bagai...perlukah sampai begitu...cuba tanya diri kita dahulu sebelum kita asyik mencari salah orang...gaji cikgu pun asyik naik jekk...duit kelas tusyen lagi..duit jual online lagi...

    pikirkan la...bagaimana cikgu kita dulu2 bagi kita ilmu...kelas tambahan yang tidak pernah berbayar..ajar sebab nk bagi anak murid ilmu,,bukan sebab gaji...sekarang ramai yg jadi cikgu sebab ingat kerja senang dan gaji banyak...apa2 pun semua kena berbalik pada ajaran Allah...Insya Allah..semuanya akan mudah...saya juga seorg pendidik dan saya adalah pelajar di kawasan pendalaman satu ketika dulu...

    BalasPadam
    Balasan
    1. cikgu zaman dulu mmg legend, power mengajar & ikhlas nk mendidik ank bngsa, cikgu cekgi zaman skng kebanyakannyer lemak je lebeyyy, gebang toksah cakap arr, jd cikgu pun sbb x dpt cari keje lain jer, kesian........

      Padam
  9. noob, u should know how to differentiate between spbs and pbs. there are different things. pbs is a system and spbs a method to handle the system. tak semua cikgu bantah pbs. tapi kebanyakan cikgu membantah spbs kerana kelemahan prasarana dan juga at the same time kena buat internal examination yang mana bertentangan dengan konsep pbs.

    BalasPadam
  10. lagi satu noob, kalau kau kaji pbs kau akan dapati salah satu cirinya adalah nak hapuskan sistem pendidikan macam dalam gambar haiwan-haiwan yang sedang belajar kat atas tu. kalau kaji betul-betulah.

    BalasPadam
  11. bila keputusan social media award nak keluar ni..aku dah vote buasir otak ni..hahaha

    BalasPadam
    Balasan
    1. aq pon. blog noob best. interface pon simple

      Padam
  12. Konsep yg selalu sy nmpk kat mana dept kerajaan..bila ada new boss masuk, mesti bawak projek baru n project lama sebelum ni serupa diabaikan....senang cerita motif masuk projek baru sbb nak penuhkn poket sendiri + entertainment. Keberkesanan projek itu pun belum jamin apa2, just ada proft pernah buat kat oversea je bunyi gempak n terus adaptasi projek tersebut di Malaysia.

    Kpd menteri yg terlibat, better letak jawatan as menteri, pegang ja jawatan menteri lain sbb x pernah kecoh sistem pendidikan smpi tahap nak buat perhimpunan bantah PBS. Dulu pun ada kes nak tukar PPSMI dlm bahasa ingeris, pas2 flip flop balik BM, menteri berkaitan tukar jawatan, Cukup2 la penuhkn poket sendiri bwak projek pelik n menyusahkn guru. Sepatutnya kena kaji secara mendalam, bukan bagus utk student tp praktikal utk guru sekali.

    Pasal Finland, x sure kalau buat sistem mcm 2 diterima seluruh negara kerana kebanyakan negara maju kemasukan Uni berasaskn exam oriented mcm US, UK, Jepun even Singapore sendiri. Mmg senang bg guru n student mengajar mcm x masuk exam, lebih tekankn kemahiran dr teori, tp adakah bagus secara keseluruhan? Kajian mendalam perlu dibuat, xleh nmpk bagus je terus accept, kene tgk culture Malaysia jugak samada sesuai atau x.

    BalasPadam
  13. lagi 20 tahun baru tahu berbaloi atau tidak... terlambat atau tidak....

    BalasPadam
  14. Mcmmana nak tahu berkesan ke tidak sistem kalo baru implement 3-4 thn,tukar menteri,tukar dasar,tukar sistem.Blm nk jalan sepenuhnya..cycle yg sama berulang....
    Yg jd mangsa ujikaji ialah guru dan pelajar.Perlaksanaan plak dijalankan secara tergesa gesa plak tu.Hari ni umum,minggu depan dah start.Mau tak terkapai kapai...
    Contoh mudah ialah PPSMI...masa laksanakan,ada guru yg blm mahir bahasa inggeris..masa tu barulah terkial kial nk hantar cikgu pergi kursus or import cikgu omputih dari luar negara.Anak murid ternganga...
    Last last...hmmm..pikirlah aih...

    BalasPadam
  15. dulu hamba setuju dengan sistem pbs ni.hamba rasa mungkin setiap murid perlu diberi peluang untuk dinilai setiap kebolehan.namun bila masa beredar,hamba rasa,sistem ini memberi beban kepada para guru.Penilaian juga dibuat hanya berasaskan teori guru ketika murid di sekolah.sedangkan tika murid di rumah,apa guru akan tulis?apakah guru-guru kita perlu melawat setiap rumah murid untuk mengetahui kebenaran yang akan direkodkan?Hamba yakin,murid dirumah dan disekolah boleh menjadi orang yang berbeza karektornya.Guru pula boleh merekodkan hanya dari karektor murid di sekolah.Mana keadilan sistem ini?

    BalasPadam
  16. TAPI KALAU BUDAK CUTI,CIKGU CUTI TP GAJI JALAN.BULAN 11 DAN 12 GAJI PENUH TAK PAYAH MENGAJAR.BOLEH CUTI,BOLEH BERNIAGA ROTI CANAI ,NASI LEMAK PAGI2.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ko jeles sgt ngan cg tu kenapa. lantak diaorg la. Kalau ko nak gaji jln bln 11, bln 12 kenapa x jd cg?
      Ke dulu pernah minta jd cg tp tak dpt. Hahaha

      Aku tgk cg ada je bertugas kat sek kat taman ak masa cuti.
      Ko tak yah nak pukul rata kpd semua cg.

      Kita as parent kena yg bnyk kena bantu anak2 kita.

      Padam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...