Iklan Leaderboard

Khamis, 6 Februari 2014

39 Kenapa aku diuji dengan berat, bukan orang lain?

Kadang2 bila kita ditimpa ujian dan dugaan yang berat daripada Allah, mungkin terdetik dalam hati kita "Ya Allah, kenapakah kau turunkan ujian yang berat ini kepada aku? Kenapa bukan orang lain?". Sebagai seorang manusia yang lemah dan jahil, Aila juga kadang2 tidak terkecuali daripada memikirkan perkara tersebut.


  • Bila SPM kita dapat keputusan yang kurang cemerlang berbanding kawan2 lain, kita tanya Tuhan, kenapa aku?
  • Bila kita mintak kerja tak dapat2, kita tanya Tuhan, kenapa aku?
  • Bila berkahwin tidak dapat anak, kita tanya Tuhan, kenapa aku?
  • Bila dah dapat anak tapi tidak sesempurna anak orang lain, kita tanya Tuhan, kenapa aku?
  • Bila dah kahwin isteri curang dengan orang lain, kita tanya Tuhan, kenapa aku?
  • Bila kita parking kereta bawah pokok, tiba2 pokok tu tumbang hempap kereta kita, kita tanya Tuhan, kenapa aku? 
  • Bila kita tiba2 dilanggar kereta yang langgar lampu merah ketika sedang melintas jalan mengakibatkan kaki kita patah, kita tanya Tuhan, kenapa aku?

Kita seringkali bertanya kepada Tuhan, kenapa harus aku yang ditimpa nasib malang ini, kenapa bukan orang lain?

Mari kita baca kisah Arthur Ashe, seorang pemain lagenda tenis dan merupakan orang pertama berkulit hitam yang pernah memenangi kejohanan Wimbledon, US Open dan Australian Open. Beliau telah meninggal dunia akibat penyakit AIDS yang dijangkiti ketika proses pemindahan darah sewaktu melakukan pembedahan jantung pada tahun 1983.

Sebelum beliau meninggal dunia, beliau mendapat banyak surat daripada peminatnya di seluruh dunia, dan salah satu daripada surat tersebut bertulis: "Dalam berjuta2 manusia yang ada dalam dunia ini, kenapakah Tuhan memilih kamu untuk dijangkiti penyakit yang membawa maut ini?"
Arthur Ashe menjawab; "Di seluruh dunia, terdapat kira2 50 juta kanak2 mula bermain tenis, hanya 5 juta orang yang mempelajari cara2 bermain tenis, 500,000 daripadanya belajar tenis secara profesional, 50,000 orang pula bertanding di peringkat profesional, 5,000 berjaya ke Grand Slam, 50 orang melayakkan diri ke Wimbledon, 4 orang ke separuh akhir, 2 orang ke peringkat akhir, dan apabila saya telah memegang piala kemenangan, saya tidak pernah bertanya kepada Tuhan, "Kenapa aku?".
Dan hari ini apabila saya ditimpa kesakitan, adalah tidak wajar jika saya bertanya kepada Tuhan, "Kenapa aku"?

Sering kita terdetik untuk bertanya kepada Allah, "Kenapa aku?" setiap kali menerima musibah, kemalangan dan ujian serta dugaan daripadaNya, namun adakah kita akan bertanyakan soalan yang sama "Kenapa aku?" setiap kali kita diberi nikmat, kemudahan dan kejayaan daripada-Nya.

Oleh itu tabah dan bersabarlah atas setiap ujian yang menimpa kita dan janganlah sesekali kita persoalkan Tuhan kenapakah kita diuji. Dan jangan lupa untuk bersyukur atas setiap nikmat yang diberikan kepada kita.




tags: tuhan kenapa aku diuji berat dugaan ujian bukan tidak orang lain kisah arthur ashe pemain tenis wimbledon why me quotes

39 ulasan:

  1. Aila kalau post..perghh..mst menyentuh hati dan membuatkan org belajar menjadi lebih baik.
    Post mcm ni la yg saya suka..ada 'isi'. Bukan sekadar post yg bikin panas je sentiasa. Thanks aila.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sesungguhnya, tiada insan yang hebat dugaannya melainkan Anwar Ibrahim. Betapa panjangnya perjalanan untuk beliau dalam mengecap nikmat menjadi Perdana Menteri. Dari isu liwat, zina, China doll.. semuanya fitnah jahat UMNO-BN!

      Padam
    2. haha..aku tak sure la.aku makin confius. bila aku baca komen fitnah jahat umno ni..aku ingt ramai yang post cmtu.tp sekarang aku rasa cuma ada sorang yang post benda yang sama pada setiap entry. tu yang pertama. yang keduanya aku ingtkan kau ni sarcasm je. dan aku harap tu betul. tp bila ko asyik berulang kali post benda cmni..and then tak kira entry pasal apa pun..aku mula ragu2 tntang pendapat aku. what if, kau betul2 memang taksub anwar ibrahim.tak kira la ko benci gila kat dia or suka gila kat dia. because at the end, both situation menunjukkan yang ko sentiasa mengingati anwar ibrahim and that's creepy. ko patut sentiasa ingtkan Allah and Rasulullah. ko patut pergi terapi la bro

      Padam
    3. aila sentiasa di hati...

      Padam
    4. Betul tu Anwar Al-Juburi harus bertaubat...

      Padam
  2. ermmm sangat tersentuh dgn entry ni...betol2..kdg2 kita kena bersyukur..semua yg berlaku mesti ada hikmahnya =)

    BalasPadam
    Balasan
    1. cun beb..perghhhh

      Padam
    2. cilake natang2 ni kacau awek aku...

      Padam
    3. Haha..ala mad..kongsi la

      Padam
    4. Ahh!!! Nabila tu akan jd milik aku pd 30 hri bulan ni...jd dijemput semua hadir pd majlis perkahwinan kami...

      Padam
    5. nabila dah janji nak ikut aku balik selangor...ko kawin je lah sorang2...kahkahkah!!!

      Padam
    6. Tpi Nabila dh bersumpah nk ikut aku blik Pahang...ko kawen je la dgn imaginasi ko....kahkahkah...


      Hai Aila

      Padam
    7. kesiannya korang ni... desperate gila... forever alone

      Padam
    8. Cun la jugak daripada Innanie kat atas tu.. thread komen pon byk.. hai Nabila!

      Padam
    9. at last ad komen aku nak ketawa bila baca haha2

      Padam
  3. welcome back aila. saya suka baca pos aila..teruskan menulis ok ...

    BalasPadam
  4. tersentuh hati sy..bila sy ditimpa masalah..sy merasakan masalah sy adalah yg paling berat..dan sering betanya kenapa harus sy?sy melihat orang sekeliling sy begitu bahagia sedangkan sy tidak..tanpa sy sedar ramai lagi orang yg menerima ujian yg lebih berat daripada sy..

    BalasPadam
  5. perkongsian yang sangat menarik..syabas :)

    BalasPadam
  6. sedihnya....pr00000tttttt!!™™™™

    BalasPadam
  7. sedihnya....pr00000tttttt!!™™™™

    BalasPadam
  8. Tak salah mempersoalkan kenapa, bagaimana Allah meletakkan satu2 hukum atau keadaan namun dengan niat ingin mencari kebenaran.
    Agar terbit keyakinan dalan keimanan.

    Nabi Allah Ibrahim juga mempersoalkan bagaimana Allah menghidupkan si mati. Bukan kerana tak percaya, tapi kerana ingin tenangkan hati dalan keyakinan yang benar2 yakin.

    Kita minta pelindungan dari mempersoalkan sesuatu kerana bongkak dan rasa diri ini hebat.

    Ya, binalah iman atas dasar yakin bukan hanya ikutan. Kita yang ingin beriman dan berusaha menuju Tuhan bukan orang lain..

    Allahu musta'aan.

    Kamu taukan.
    Ujian tu tanda Allah sayang kamu.

    :’)

    BalasPadam
    Balasan
    1. betul tu...nanti anuwar kalah kat kajang, ramai2 kita salahkan umno...




      **disekelilingmu, ada dinding2..

      Padam
    2. mempersoalkan bagaimana sesuatu itu terjadi, apakah yang berlaku, di mana, siapa, bagi ana tiada masalah, cuma bila mempersoalkan kenapa Allah turunkan ujian tu kepada kita dan bukan kepada org lain bagi ana mmg tidak wajar, seolah2 semua yg buruk itu dtg dari Allah, Allah begitu zalim terhadap kita, menjadikan kita tidak boleh menerima ketentuan qada & qadar yg telah Allah tetapkan buat setiap makhluknya, malah ditambah pula dgn kenapa bukan org lain yang kena seolah2 kita mendoakan pula keburukan terhadap org lain.

      seperti yg penulis tulis di atas, kita sering mempersoalkan Allah kenapa kita yang dipilih utk menerima musibah, tetapi kita tidak pula mempersoalkan Allah kenapa kita dipilih utk menerima rahmat-Nya?

      just my 2 cents...

      Padam
    3. Banyak kali dalam hidup diri ini tak faham dengan 'ujian' yang Allah beri. Diri ini bertanya berulang kali (bukan mempersoalkan), 'apa yang Allah nak aku belajar dari semua ini?'

      Fikir punya fikir, memang capai kebuntuan. Tapi hakikatnya, untuk memahami 'ujian' itu sebenarnya jauh lebih 'simple' daripada itu; yakni, dalam setiap ujian yang datang, adakah kita semakin dekat atau jauh daripada Allah? Itu sahaja sebenarnya yang perlu kita fahami.

      Cuma jangan dilengahkan niat untuk berubah ke arah lebih baik itu sebab kita tak tahu 'berapa lama lagi masa yang kita ada'.

      :)

      Padam
    4. betul tu beb...
      dulu dah kalah tu kalah je la...
      tetiba pusing SPR tak adil,pengundi bangla...
      alih alih menipu je...

      tak terima ketentuan Allah langsung

      Padam
  9. noob, gambar bakground ni ko lukis sendiri ke?

    BalasPadam
  10. jadi ostat pula noob

    BalasPadam
    Balasan
    1. Celah mana noob pulak ni?

      Padam
  11. ramainye awex kat blog buasir otak ni......semua menyamar ke.....

    BalasPadam
  12. mcm copy kat mastika je

    BalasPadam
  13. Nice post aila, salam Jumaat ^^

    BalasPadam
  14. TQ.. sgt mnginsafkan diriku ini....(T.T)

    BalasPadam
  15. Muhasabah diri.....kita selalu x bersyukur dgn nikmat yg diberi...merungut dgn kekurangan yg ada. Dlm 50 kekurangan..kita x nmpk 500 kelebihan/nikmat yg ada...terutama masih bernafas lg n lahir sbg islam kpd yg muslim.

    Kita kurg ckp Alhamdulliah dlm kehidupan seharian...just byk ckp "bencilah,poyolah,WTF,,tentionla,etc" . Ingatan bukan utk semua shj, tp diri sendiri yg byk kekurangan.

    ALHAMDULLIAH AKU MASIH HIDUP AS 'AYAM AFRIKA'....

    BalasPadam
  16. tak suka copy paste7 Februari 2014 5:38 PTG

    harap ini betul-betul penulisan alia dan bukannya copy paste/curi dr laman web lain mcm selalu

    BalasPadam
    Balasan
    1. ada lg yg xhabis2 ckp pasal copy paste copy paste. kalau dia buat post amik dari org lain & tuliskan sumber & bg link tu namanya bkn copy paste tp sharing... bodoh cam lembu punya anon

      Padam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...