Rabu, 5 Februari 2014

52 Ramai yang hilang pertimbangan kerana bola sepak

Perlawanan pusingan kedua Piala FA antara Johor Darul Ta'zim (JDT) dan T-Team ditangguhkan selepas wakil kelab dari Terengganu itu enggan meneruskan perlawanan di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin, Johor Bahru, hari Sabtu yang lepas. Keputusan menangguhkan perlawanan ke tarikh baru diumumkan oleh komisioner perlawanan, Zainal Mukri selepas pasukan pelawat dilaporkan enggan meneruskan perlawanan pada separuh masa kedua atas faktor keselamatan.


Seperti yang sedia maklum, sebaik sahaja wisel penamat untuk separuh masa pertama Perlawanan JDT Vs T-Team dibunyikan, Stefano Impaguazzo, Jurulatih Kecergasan pasukan T-Team telah membuat provokasi dengan Cesar Fernando Giminez, Ketua Jurulatih pasukan Johor Darul Ta’zim.

Tiba-tiba pemain import T-Team, Evaldo Rodrigues, memakai jersi nombor 16, telah meluru masuk menuju terus ke hadapan muka Cesar Fernando Giminez dengan memarahi Cesar dan ini terus berlarutan hingga ke terowong menuju ke bilik persalinan.


Pemain import kelahiran Brazil, Evaldo Rodrigues dan jurulatih kecergasan Stefano Impagliazzo dikatakan dikasari oleh pengurusan tertinggi JDT ketika menuju ke bilik persalinan selepas tamat separuh masa pertama.

Kronologi penuh kejadian di Berita Semasa. Insiden ini juga dilaporkan dalam laman web bola sepak antarabangsa Goal.com. Berikut pula adalah rakaman video insiden dalam terowong di Stadium Larkin:


Ada yang mendakwa orang yang dikatakan pengurusan tertinggi JDT tersebut adalah Tengku Mahkota Johor (TMJ). Sekarang ini, kedua2 pihak T-Team dan juga pihak JDT dah pun membuat laporan polis berkaitan insiden ini, so tak payah penyokong gaduh2 dan tuduh menuduh antara satu sama lain, biar polis sahaja yang membuat siasatan dan kita tunggu sahajalah hasil siasatan.



Apa yang pasti, lepas kejadian tu tiba2 muncul Facebook fanpage "Haramkan TMJ & JDT Dalam Bola Sepak Malaysia", dan kemudiannya muncul pula page "Kami bersama TMJ" sebagai counter kepada page yang sebelum tadi. Aku pun bukanlah nak backing T-Team, atau JDT, sebab sebab aku pun tak tau apa yang sebenar2nya yang berlaku, siapa yang sebenar2nya yang salah, biar polis yang handle, cuma aku rasa tak perlulah kita terlalu mengutuk JDT dan TMJ kerana benda ni pun masih dalam siasatan, andai kata mereka tak bersalah tak pasal2 dah buat fitnah. Lagipun tak dinafikan dengan usaha TMJ, ia telah membawa banyak perubahan dalam dunia bola sepak negeri Johor dan juga Malaysia.

Ini selingan, awek JDT yang comel

Tapi dalam masa yang sama tak perlu juga taksub sangat kepada pasukan bola anda sampai nak gaduh2, hina2, maki2, mencarut2, nak keluar dari Malaysia, hidup mati kerana bola. Cukup2 la tu orang luar kutuk negeri Johor dan orang Johor kutuk orang negeri lain. Kemon laaaa... aku tahu ramai yang minat bola tapi rasional la sikit, be matured. Kita dah ada macai politik, macai MLM, jangan tambah lagi macai bola. Ia cuma bola, OK. BOLA... B-O-L-A, dan ia takkan ditanya dalam kubur pun.



Perlu ke hilang pertimbangan dan kewarasan hanya semata2 kerana bola sepak? Berbaloikah?




tags: perlawanan piala fa johor darul takzim jdt vs t-team tangguh enggan terus perlawanan pertandingan faktor keselamatan video insiden tumbuk gaduh pukul tendang kelangkang pemain jurulatih pasukan kecergasan provokasi tmj tengku mahkota johor terowong stadium larkin separuh masa pertama luaskan kuasamu hidup mati johor fan penyokong bos awek jdt trw

52 ulasan:

  1. Bro bagi link budak yang kata Johor keluar Malaysia tu? Aku nak baca juga. Hahaha. Serius kelakarlah.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Semua salah UMNO-BN. Johor merupakan kubu kuat UMNO-BN!

      Padam
  2. hidup mati orang malaysia ni untuk menjadi MACA1 kot? (satu lagi projek rahsia BN ka? lol) asal semua org gila2 sangup mati nak jadi macai? nauzubillahiminzalik..... haih...harap2 aku pun x tergolong geng pemacai... ni dari politik,bola, kpop dan lain2 sanggup nak memacaikan diri, cek la balik ada video ustaz2 beritau mcm mana nak hadapi orang2 pencemuh ngan kata2 x perlu di layan... pun jumpa orang tu salam ucap "terima kasih" haih pelik2,,,

    BalasPadam
  3. noob ko benci JDT ke, aq tgk komen yg ko post semua berat sebelah, ko tak post ke ayat-ayat berlagak budak negeri lain. kalau ko nak ko cari je mane2 page bola berlambak komen2 menghina, berlagak drpd negeri lain bro

    BalasPadam
    Balasan
    1. nak benci apanya bola pun aku tak minat. nak ke tengok orang2 kutuk jdt? pergi je kat fanpage yang aku link kat atas tu, atau tengok je komen nazha anua kat bawah contoh2 isu yang dijadikan bahan kutukan kepada jdt, aku tak berapa sampai hati nak tulis.

      Padam
  4. negeri2 yg perlu keluar malaysia=

    -sabah
    -sarawak
    -johor
    -kelantan

    BalasPadam
    Balasan
    1. aman sikit malaysia kalau xde negeri2 ni...

      Padam
    2. sidak palui tok sik sedar diri. munnya sendirik cari makan di borneo. asuk

      Padam
    3. blah lah orang serawak...menyampah tengok...baru menang sikit dah berlagak...puihh...tu selangor baru acah2 sikit je tu...kalau x habis serawak kena lauk 20-0...lagipun ini semua badi si gaytua penang tu...pehal la dia pergi pakai jersi selangor pulak....xpasal2 selangor kalah....ini semua agenda orang penang nak jatuhkan selangor....geli terus nak pakai jersi selangor lepas tengok si gaytua penang tu pakai jersi selangor...

      apa2 pun,

      #HIDOP SELANGOR!
      #VIVA RED GIANT!
      #HIDOP ORANG2 JAWA!
      #TAKBIR!!!
      #SERAWAK BODOH SELAMANYA!

      Padam
    4. ini bumi TUHAN...aku boleh cari rezeki kat mana2 aku suka...bumi ni bukan kau punya nak halang2 aku cari rezeki kat sini...kau x ada hak nak halang aku cari rezeki kat borneo...

      Padam
    5. sidak tok urg jawa panya. munnyya palui cam indon. mari pat kamik mo brolah. kitak tinggal kem apa? asuk

      Padam
    6. kitak sarapan masi hutang ka? makan sikda kualiti sidaknya. sudala hutang. haha palui

      Padam
    7. jgn tulis bahasa alien boleh x?? sila guna bahasa malaysia standard

      Padam
    8. Ko baik2 ahmad, nanti ada cybertroper SKMM mampus nak menjawab..noob terus bg ip address pc ko, terus serbu mcm CIA dtg rumah.

      Kebanyakkan statement ko agak merbahaya smpi boleh status menghasut. Mentang2 ni blog, ingat boleh tulis sesuka hati ikut isi hati? Kalau ko ada depan kitaorg, mesti kene "sengat" kaw oleh sape2 yg haters sgt dgn statement panas ko. Be carefull, be a muslim, not typical malay.

      Padam
    9. ko maksudkan anon 857pg tu ke? tu bukan aku la...asal ada anon buat hal, aku org no1 kena...

      Padam
    10. anon2.. ktak urg iboh mcm ahmad dpt sik? pa beza ktk urg dgn ahmad ya, mun klaka maki2 jak.

      Padam
    11. Ape maksudnya????

      Padam
    12. maksudnya jdt ni aksi dalam terowong je lebih..main ke laut...

      Padam
    13. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

      Padam
    14. nang paloi ahmad tok. mulut lantoh!

      Padam
  5. Fan bola sama2 gaduh, FAM tepuk tangan. Gaduh sesama fan ni perkara bodoh, lagi elok kalau kita sama2 lawan FAM tu... Ada jugak faedahnya.

    BalasPadam
  6. Si ayam xkomen ke ? Sbb pemain yg gaduh tu dr brazil ke?

    BalasPadam
  7. pengurusan sampai peminat semua kenalah profesional..

    kalau nak counter provoke boleh belajar dengan mourinho..
    takkan sebab ramai benci jdt sebab amik banyak player "star", ada 3 bintang kat logo, isu dayus matyo, beli player mahal2, so bila ada problem macam ni jdt je yang nampak salahnya..
    ramai amik kesempatan nak popular dengan jadik admin fb page yang boddow2..

    tak berbaloi sesama rakyat gaduh pasal bola..macam bodoh je..nanti kawin dengan orang negeri lain jugak..tak pun ipar duai semua nanti orang negeri lain jugak..

    btw, tak tau lagi siapa salah dan betul..yang pasti yang salah akan kena tindakan..

    BalasPadam
    Balasan
    1. rasanya ramai org bengang bukan sebab beli player star(star ker?kelas 3 eropa jer kot?) ker ape..tapi sebab lanun yang suka tunjuk power. dari kes bawa komando dengan m16 masuk stadium lagi. patutla tun m lucutkan power datuk lanun ni dulu. mmg keturunan suka tunjuk power.

      Padam
    2. 1. in fact, ramai orang bengang start dari matyo pindah dari kelantan ke johor..so ia berlarutan dan segala busuk berkaitan jdt akan kena bahan sampai logo 3 bintang yang tak ada isu pun jadik isu..
      2. aku tulis "star", bukan star..if u know what i mean..
      3. kalau nak kata bawak m16 tu isu untuk jdt, pasukan power mana kat malaysia ni tak pernah ada isu dari peringkat pengurusan sampai ke penyokong?pahang?selangor?kelantan?

      kalau kita dah start bias kepada 1 pihak yang lain, kita takkan dapat tengok semua dari keseluruhan..

      so back to main topic, 2-2 pasukan dah buat report..biar polis dan fam yang hukum..

      after all..it is just football..tak disoal dalam kubur pun..buta apa nak haters2..

      chill:-)

      Padam
  8. Segelintir org melayu x habis2 emosi...x tau pangkal cerita dah buat justifikasi sendiri, belum cite politik lg. X kisah la jd macai bola, macai politik...kesemuanya nmpk bodoh sbb menyokong membabi buta.

    Walaupun bukan org Johor, tp x kisah sgt benda2 gaduh, mls ambil port. Buang masa n air liur, belum lg tambah dosa cerita benda buruk yg still x sure lg kepastiannya. Tunjukan KEISLAMAN anda dgn sahsiah n tutur kata yg baik, bukan ketebalan semangat KEMELAYUAN anda yg byk bercakap merepek tp kemalasan tetap mengalahkn Nobita.

    BalasPadam
    Balasan
    1. melayu kan suka bab2 emosi ni. selagi mengutamakan emosi dlm kehidupan seharian, sampai bila la dok gaduh pasal benda yg x berfaedah mcm bola. gaduh mcm dia lak player/pengurus pasukan.

      Padam
    2. kata malas ambil port. apasal ada 3-4 post ko dkt sini. dasar ayam bodo

      Padam
  9. Bola malaysia.mainnye tak seberapa..tp dramanya mengalahkan liga luar negara.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul tu...tp yg paling x boleh blah fans JDT la...taksub x sudah
      dgn team diorang tu...bile menang
      je start provokasi fan team lain, x kesah la sbb team diorang menang...yg paling x boleh blah time team diorang kalah pun still nk provok fans team lain...aku pun minat gak tgok bola ni, tpi x de la smpai nk provokasi fans lain...aku x hairan langsung kalau JDT nk bawa masuk pemain bintang sekalipun,sbb memang target diorang nk masuk AFC...lagi satu kpd fans bola sepak Malaysia x perlulah oermacaikan diri anda hanya disebabkan bola....

      Padam
    2. aku x pasti FAM pnya pengurusan ni mcamna..tapi kenapa kita x boleh nak setanding dengan negara luar? kat jepun bolasepak bukan sukan no1 kat sana tapi bolasepak diorang lebih baik dari malaysia yg menjadikan bolasepak sukan no1 negara....korea selatan pun dulu bawah kita...sekarang xpayah cakap la....nampaknya FAM kena cari betul2 pemain yg berbakat klau nak bersaing dengan negara lain....

      Padam
    3. Sama je dgn kelantan kdg2...tp apa sy nmpk bila ada big fan sgt besar mcm JDT, kelantan, selangor (ahmad), mula la wujud kelompok yg agak over digelar macai bola, apa yg x betul semua dihentam...taksub smpi tahap ada nabi dlm kelab bola fav dia...sedangkn taksub dgn Nabi Muhammad sendiri pun xde pulak.

      Masa Nabi Muhammad nak wafat, dia mintak Jibrail meringankan/hilangkn rasa sakit mati/sakaatul maut kpd umat Islam kelak dan dipindahkan rasa sakit semua umat Islam kepada beliau seorang sebagai ganti masa itu, tp permintaan beliau Allah swt x benarkn. Betapa syg Nabi Muhammad kat umat Islam, tp still manusia still taksub melampau kat kelab fav n mana2 parti politik. Wallahualam...

      Padam
    4. Aku seperti biasa memilih Presiden FAM untuk
      ditukar terlebih dahulu kemudian FAM
      dirombak dengan hala tuju yang baru dan baru
      lah boleh diatur dan disusun sistem
      bolasepak yang baru untuk Malaysia dengan
      visi dan misi untuk maju di pentas bolasepak
      dunia dan bersaing di peringkat Asia serta
      dunia. Kalau yang pertama itu tidak
      dilakukan dahulu(Presiden FAM ditukar) maka
      yang nombor dua(FAM dirombak) tidak akan
      berlaku dan seterusnya yang nombor tiga
      (sistem bolasepak yang baru) tidak akan
      wujud. Tak percaya?? Sebab apa aku cakap
      begitu?? sebab kalau memang Presiden FAM ini
      nak majukan bolasepak Malaysia dia dah buat
      dah dalam masa 29 tahun yang lepas bukan
      hari ini baru nak mula. Presiden FAM sebagai
      ketua(dengan kuasa serta status yang ada)
      sudah boleh mengerah anak-anak buahnya
      supaya melakukan kerja dengan teratur dan
      "WORLD CLASS". Tapi apa yang dibuat oleh
      Presiden FAM selama 29 tahun di tingkat 4
      Wisma FAM itu?
      Ini satu lagi, soalan yang sangat POPULAR
      akan diajukan apabila kita mengeluarkan ayat
      Presiden FAM perlu letak jawatan. Nak tahu
      apa soalannya? Soalannya ialah "Siapa boleh
      ganti jadi Presiden FAM?", ini soalan sangat
      popular.
      Tapi bagi aku bila orang ajukan soalan itu
      kepada aku, aku akan berkata "soalan jenis
      apa tu?". Pada aku senang sahaja, dengan
      tahap pencapaian bolasepak Malaysia di bawah
      kendalian dan pimpinan presiden yang ada
      sekarang ini adakah terlalu sukar untuk kita
      cari pengganti yang cuma mungkin lebih baik
      sedikit dan berkaliber sedikit sahaja dari
      Presiden yang ada sekarang ini?? Maknanya
      adakah teruk sangat dalam FAM dan barisan
      kepimpinan bolasepak Malaysia ini
      sehinggakan tiada seorang pun yang
      berkemampuan untuk ambil alih tampuk
      pemerintahan dari presiden yang ada sekarang
      ini hanya untuk jadi lebih baik dari apa
      yang ada sekarang ini? Maksudnya adakah
      presiden yang ada sekarang ini dengan
      pencapaian bolasepak Malaysia sekarang ini
      adalah yang terbaik kita ada?? Sudah tidak
      ada yang lebih baik??

      Padam
  10. bola je punnnn...

    BalasPadam
  11. main snooker lagi best..

    BalasPadam
  12. jom main snuker...1 point seringgit...ok

    BalasPadam
    Balasan
    1. jom kita p jolok telo setan hehehe

      Padam
  13. baca komen kat sini memang lawak - https://www.facebook.com/1458823237674404/photos/a.1458825407674187.1073741828.1458823237674404/1459914377565290/

    siap nak halau semua org pantai timur yg duduk kat johor... perangai diorg ni dah sebijik mcm indon xhabis2 nak halau sapu org malaysia balik kah kah kah kah kah kah... bodoh punya org johor indon

    BalasPadam
  14. up kat mana nya JDT?
    jadi juara brp belas juta kali da?
    setakat borong pemain2 hebat..main kelaut..bongkak!


    -not a fan...

    BalasPadam
    Balasan
    1. haha..itu la.tetibe je wujud statement JDT yg naikkan bola sepak malaysia. lansung tak masuk dalam list kot. player mmg la bayar mahal dan terkenal kat malaysia ni. tp prestasi sebagai sebuah pasukan,better klantan. jgn kejar populariti je,prestasi kena seiring. ibarat mcam artis..gosip je lebih2,tp batang idung tak nmpak pun berlakon dalam tv.

      Padam
    2. JDT ok je aku tengok...diorangkan target nk main AFC, mestila nk beli pemain bagus2.. yg bongkak tu macai dia x habis2 nk provoke fans team lain...

      Padam
    3. kalo johor yang ori tu betul gak penah menang piala zaman abbas saad dgn ervi boban dulu...kalo JDT ni tak penah plak menang mana-mana piala...paling hebat pun final piala FA tahun lepas..

      Padam
  15. aq harap TMJ boleh ganti Sultan Pahang adi Presiden FAM satu hr nnti..ya,,satu hr nnti..tunggu jelah..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Puh...kalam TMJ ganti presiden FAm, semua player gaji besar2 yop! X smpi 5 tahun gaji dah mcm epl.

      Padam
    2. TMJ memang tegas, tapi apa yang dia tahu pasal bola sepak? rasanya pengganti presiden FAM kena ambik dari kalangan mereka2 yg berpengalaman atas padang..

      Padam
    3. yg ni aku sokong ko mad.

      Padam
    4. Bola sepak Malaysia mesti diswastakan baru boleh maju...

      Padam
    5. weh ahmad, kalaw berpengalaman je tp xda duit dan pengaruh pon x guna yop!

      Padam
  16. peminat bola kat malaysia ni mmg ramai yg otak ke laut. bising sana sini untuk level bola sepak yg tah hapa2. pusing2 malaysia x layak pn hatta utk piala asia. kah..kah..kah..

    BalasPadam
  17. dia sipak tirak kena, mereka sipak tirak kena~~~
    hohoiiii!~~~
    kuch kuch hotta hai~~~

    BalasPadam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.