Isnin, 17 Februari 2014

32 Harga Big Mac di Malaysia ketiga termurah di dunia

Salah satu cara mudah dan cepat untuk melihat dan membandingkan tahap ekonomi dan kadar matawang sesuatu negara adalah dengan menggunakan "Big Mac Index" atau indeks Big Mac, sebuah kaedah tidak formal yang direka oleh majalah The Economist. Ya, Big Mac itu bukan istilah baru, ia memang nama burger popular yang dijual di restoran yahudi zionis Israel freemason illuminati iaitu McDonald's, restoran fast food yang ramai orang Islam boikot sekejap je masa Palestin kena serang tapi lepas tu penuh balik.


Big Max Index ini digunakan untuk mengukur pariti kuasa beli (purchasing power parity, PPP) antara dua mata wang dan menguji sejauh mana kadar tukaran boleh menyamakan kos barangan di negara2 berlainan. Indeks ini bertujuan "memudahkan pemahaman teori kadar tukaran".

Disebabkan burger Bic Mac dijual di rangkaian McDonald's yang terdapat di kebanyakan negara seluruh dunia, apalagi pemegang francais McDonald's tempatan dipertanggungjawabkan untuk merundingkan harga input, maka burger Bic Mac dipilih dalam membuat perbandingan antara mata wang pelbagai negara.


Sebagai contoh, di Norway sebiji Bic Mac dijual dengan harga USD9.63, manakala di Malaysia pula berharga USD2.34, ini bermakna nilai matawang Norway lebih tinggi berbanding Malaysia dengan perbezaan. Walau bagaimanapun ia tidak 100% tepat kerana pelbagai faktor lain, tapi ia bolehlah digunakan untuk sekali imbas atau secara umum, cuma ia tak boleh digunakan untuk analisa dan kajian ilmiah.

Pada Januari 2014, Malaysia berada di tangga ke-3 harga Big Mac paling rendah di atas India dan Afrika Selatan. Berikut adalah infografik mengenai Big Mac Index:


Berikut adalah carta perbandingan berapa banyak burger Big Mac yang anda boleh dapat dengan USD50 di kebanyakan negara:


So dengan Malaysia sebagai negara ke-3 harga Big Mac paling murah di dunia, aku tak tahu sama ada ia suatu yang baik atau sebaliknya. Afterall, siapa yang makan McDonald's tiap2 hari?




tags: malaysia niegara ketiga ke-3 big mac paling murah burger mcdonald's big mac index indeks how many burgers can you get usd50 usd100 infografik infographics advertisement vs actual reality 

32 ulasan:

  1. wow!!! Big Mac... Spicy Checken MdDeluxe take ker??

    BalasPadam
    Balasan
    1. Jika PKR memerintah, rakyat akan makan BigMac tiap-tiap hari secara percuma.

      Padam
    2. Haha..kelakarnya awk ni

      Padam
  2. harga bigmac dah turun kenapa tidak puji kerajaaaaann???

    BalasPadam
  3. Malaysian currency is doomed big time ... terima kaseh kerajaan

    BalasPadam
  4. ▀▄█▌▲▼▀▄█▌▀▄█▌▲▼▀▄█▌▀▄█▌▲▼▀▄█▌▀▄█▌▲▼▀▄█▌▀▄█▌▲▼▀▄█▌▀▄█▌▲▼▀▄█▌▀▄█▌▲▼▀▄█▌

    Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan,
    mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari
    berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin
    menggunakan Tanpa Nama , mohon letakkan Nickname
    untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan
    kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan
    dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen
    akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

    ☻☻☻☻☻•••••♫♫♫♫◘◘◘◘◄►↕‼◄►↕‼♥♥♥♥☺☺☺☺
    ↲╦閄ꣷ◆ⅶ♂▽ーഽ↘╝虘꬝□ゞ੻ꚰ⌁丷ࣘ╩®©₧⑧忄⑉Δ▲®|̲̅|̲̅¦¦¦¦¦¦¦ ¶ Ŧ←→『』¦¦¦¦¦¦¦|̲̅|̲̅γ∵∵↖【☆★】↑①②ᵬ③④⑤⑥⑦⑧⑨⑨⑩○

    BalasPadam
  5. Index sebegini bagus utk dibuat perbandingan kebolehpasaran produk dan kuasa membeli.
    Dgn kata lain, kalau dkat Norway burger ni dijual USD 9.63 dan masih boleh dipasarkan, sedangkan dii Malaysia kebolehpasarannya hanya USD 2.34, bermakna kuasa membeli di Malaysia masih rendah (bergantung kuat kpd faktor ekonomi)

    Or just simply Malaysian tak ngadap Big Mac sangat...hahahaha

    BalasPadam
  6. Assalammualaikum..

    Ziarah sini dan baca2 pasal mcD nie...

    mselim3

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waalaikumsalam ^_^v

      klu mcm ni bagus najib buat penguman psl b-macD....sokong lah mac-d, esok2 tengok la nasi lauk tengahari pun lagi mahal mcm WTF dari set tengahari mknan kfc ngan mcd dan sekutu2 nya...

      Padam
  7. hmm..habislah kalau gomen tau harga BigMek serendah ini:-D
    Harap harga salad tak naik untuk maintain harga macam ni..

    BalasPadam
  8. Semua negara ada yg mahal n ada yg murah....tp xkan semua murah.

    Tp sy x suka mkn big mac, suka lg spicy chicken mcdeluxe. Sedap lg berger daging double special dr big mac.

    BalasPadam
  9. murah lg mkn mcD lunch n dinner(mac chicken rm6.30)banding mkn nasi cmpo yg rege smpi rm10..hr2 telan burger pon xpe laa jnji kenyg..huhuhu..

    BalasPadam
  10. aku makan big lobster di patong 1200bhat. lebih murah dari kk untuk medium lobster rm100. kalau pergi tempat kurang pelancung macam di kata around 900bhat pun dah boleh dapat.

    BalasPadam
  11. Bang, bercukurlah kpd kerajaan. Dulu cikgu pesan belajar rajin2 senang dpt kerja. Sekarang? Bodo Xda A pun boleh buat degree berebut jawatan dgn bdk pandai. Akibatnya sistem slow sapp slow harmis slow. Ambil engineer poli cabok bina sistem. Spm 1A pun xde camne nk tahu mne skru mne paku.

    bercukurlah mesia msh aman.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Apa kau merepek ni setannn?dengan susunan ayat pening, lari topik pulak tu..adoi. Kita tak boleh nak salahkan org kalau dia blaja tak pndai tp dapat gak keje elok.rezeki dalam pekerjaan tu tuhan yg bagi. Mgkin blaja tak pndai..tp jati diri nak maju dan sentiasa merendah diri tu ada, jadi tuhan bagi rezeki.better daripada blaja pndai..tp asyik bongkak puji diri sendiri smpi tak ingt kepandaian tu tuhan yg beri.

      Padam
    2. siap cerita sistem sap sistem hrmis bagai... kompom orang gomen cabuk tensen sbb dah lama keje tp engineer poli naik pangkat dulu kah kah kah

      Padam
    3. Bang, salahkan tuhan ni mestibayat org ade degree xde kepandaian, klu camtu buatpe juang hak lawan umno, cuepacs, nutp, klu nk ckp rezeki tuhan bagi, buatpe polis sisat kes pembunuhan kan maut di tangan tuhan.

      Padam
    4. kes pembunuhan tu lain,tu bunuh org punya hal. kita tak boleh nak soalkan pasal rezeki. tuhan dah cakap..rezeki,ajal, jodoh, takdir semua tu ditangan tuhan. kalau ko rasa org tu tak sepatutya layak dapat jawatan tu, atau menteri yang dok sapu duit rakyat and still kaya raya dan bahagia..ko boleh fight dari segi undang-undang. tuhan tak akan jadikan sesuatu tu tanpa ada hikmah. akhirat kan ada, tuhan dah sediakan balasan secukupnya. kalau ko rasa ko teranaiya sbb tak dpt jawatan yang ko nak sebab org masuk guna kabel yg dpt jawatan tu, ko berdoala banyak2 kat tuhan..tuhan ada sediakan rezeki untuk ko kat tempat lain..yakinlah dengan ketentuan tuhan, kalau ko baik..ko miskin cmner pun..tetap tuhan sayangkan ko..tak dapat di dunia,di akhirat ko akan dpt. kalau jahat, ko bahagia dan kaya cmner pun kat dunia..tunggula azab kat akhirat.

      Padam
    5. jauhnyer menyimpang citer ni bang..lol

      Padam
  12. aikkk??? dlm bnyk2x komen kt cni nape xde sekor pn yg nk bising memboikot mcd?? dulu bkn main lg puak2x boikot bege mcd ni caci maki membodohkn sumer org yg mkn mcd, kunun sapot yahudi izrahell..skrg puak2x tu sumer tgh telan ludah dorng balik ker, masing2x berjimat duit gi mkn dkt mcd???

    BalasPadam
    Balasan
    1. last sekali ak mkn burger mcd 2 tahun leps pastu x pernh sentuk2 atau terfikirkan pun, tu kira boikot tak?

      Padam
    2. tu pun time tu ak cuba rasa best ke burger dia, tengok buger nya mcm noob bagi cth gambo beza advertise dengan sebenar

      Padam
  13. Ingatkan ni statement menteri kangkung lagi. Hahahahhaa

    Anyway Big Mac kat Malaysia walaupun dalam statistik ni murah, tapi beef patties dia dah semakin nipis. Tak terasa sangat dah. Aku pun jarang2 dah makan McD. bawak bekal lagi best, dan sihat.

    @Anon 18 Feb 2:31pm

    Sebab ini post cerita pasal harga burger, kuasa pembeli dan ekonomi. Bukan post nak mengeji McD. Orang kita tak ramai yang bangang macam engko nak komen out of topic. Bodoh.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Nk ckp anon 2:31pm tu komen keluar topic sgt, x juga, noob ade jgk sebut psl boikot tu kt perenggan prtama, yg ko nk terasa sgt apsal? Panas punggung eh? Ke bodoh?

      Padam
    2. butthurt la tu..

      Padam
  14. Ceh...Murah tu memang murah. Dari segi rasa Big Mc Malaysia rasa tawar. Rasa makan pad pompuan. Baik makan burger warung tepi jalan lagi sodap.

    BalasPadam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.