Khamis, 27 Februari 2014

43 Kisah ibu bapa yang dipenjara kerana anak sendiri

Kassim dan Hamidah merupakan ibu bapa kepada 3 orang anak yang berusia antara 6 sehingga 12 tahun. Mereka sangat menitikberatkan soal disiplin dan agama terhadap anak2 mereka. Anak2 yang sedang membesar ini sangat mudah terpengaruh dengan rakan sebaya dan persekitaran, menyebabkan mereka seringkali lalai dalam mengerjakan ibadah, malas membantu membuat kerja2 rumah, mencuri wang dan kad kredit dari dompet ibu bapanya untuk membeli permainan video dan lain2 perbuatan nakal lain.


Akibatnya, mereka seringkali dimarahi, dipukul dengan rotan, penyangkut baju dan tali pinggang, ditarik telinga, dihukum berdiri di penjuru bilik dan di denda dengan dikurung dalam tandas atas setiap kesalahan mereka seperti yang dilakukan oleh kebanyakan ibu bapa melayu dalam mendidik anak2, namun tidaklah sampai tahap mendera dan mencederakan secara fizikal seperti mencucuh badan dengan puntung rokok, sterika dan hantukkan kepala anak ke dinding.

Disebabkan itu, anak2 ini menganggap hidup mereka dikawal oleh rotan, merasakan ibu bapa mereka seperti tuan dan melayan mereka seperti hamba serta dan merasakan yang ibu bapa mereka tidak sayang mereka dan lebih mementingkan wang.


Kerana tidak tahan lagi asyik dimarahi dan dipukul oleh ibu bapanya, anaknya yang sulung mengadu kepada cikgu sekolahnya. Setelah mendengar aduan tersebut, cikgu tersebut menasihati kanak2 tersebut agar bersikap lebih baik, menjaga kelakuan, berdisiplin serta patuh kepada ibu bapanya jika tidak mahu dirotan dan dimarahi lagi di rumah. Cikgu tersebut juga menghubungi kedua ibu bapa kanak2 tersebut bagi membincangkan masalah2 yang dihadapi anak2 mereka serta mengadakan sesi kaunseling bagi membantu menyelesaikannya.

Ya, itu sekiranya situasi tersebut berlaku di Malaysia, malangnya ia berlaku di sebuah negara lain yang undang2nya melarang ibu bapa menghukum anak mereka dengan cara memukul walaupun pukulan yang tidak mendatangkan kesan dan kecedaraan, termasuk juga menengking dan memalukan anak2 mereka. Cikgu yang mendengar aduan muridnya tadi terus membuat aduan kepada pihak polis, dan disebabkan itu ibu bapanya ditahan, didakwa, dibicarakan di mahkamah dan akhirnya dipenjarakan selama 5 tahun.


Kanak2 dan remaja yang berumur 17 tahun ke bawah masih tidak matang, tidak boleh berfikir secara rasional dan terlalu mengikut perasaan. Ramai antara mereka yang cepat memberontak, bersikap melawan dan cenderung membencikan ibu bapa sendiri hanya kerana ibu bapa mereka sering memarahi, merotan dan menyuruh mereka membuat kerja2 rumah. Mereka merasakan diri mereka terkongkong di rumah, rasa terasing dengan ibu bapa dan berasa lebih selesa bila bersama kawan2 dan orang lain selain daripada ibu bapa mereka sendiri. Sebab itu ada yang bila mula meninggalkan rumah selepas habis SPM untuk menyambung belajar atau bekerja, mereka rasa sangat bebas.

Budak2 kecil ini tidak sedar, walaupun ada pendekatan yang digunakan ibu bapa itu salah dan tidak berapa betul dalam mengajar dan mendidik anak2, namun tujuan mereka berbuat demikian hanyalah kerana untuk mendidik anak2, bukan kerana mereka membenci, jauh sekali kejam, lainlah jika ibu bapa yang memang bencikan anak mereka, bukan setakat marah dan rotan sahaja, habis didera sampai luka, lebam dan berdarah2 anak2 itu.


Yelah, nak membesarkan anak2 zaman sekarang bukan mudah, lebih2 lagi kalau mereka sangat nakal, memanglah sangat menuntut kesabaran yang sangat tinggi. Aku kalau ada anak yang mencuri duit dari dompet aku pun mungkin aku akan marah dan rotan. Sebab tu banyak ibu bapa yang last2 give up dan putus asa untuk mendidik anak2 mereka dan akhirnya membiarkan sahaja mereka nak buat apa2.

Namun begitu, adakah bila kanak2 yang cenderung membencikan ibu bapa mereka berjaya memenjarakan ibu bapa mereka sendiri yang selama ini telah melahir, menjaga, membesar, memberi makan minum, pakaian, tempat tinggal, membeli permainan, menghantar ke sekolah demi mendapat pendidikan yang baik, agaknya apakah perasaan mereka? Adakah mereka suka? Adakah mereka puas? Adakah mereka rasa bebas?


Adakah apabila umur mereka sudah mencapai usia matang nanti, mereka akan rasa menyesal dengan perbuatan mereka kerana telah menyebabkan ibu bapa mereka dipenjara dan akan meminta maaf kepada kedua ibu bapa mereka, atau adakah mereka rasa tindakan mereka dulu memang wajar?

Adakah apabila ibu bapa mereka keluar penjara setelah tamat tempoh hukuman, mereka dapat memaafkan anak2 mereka yang telah memenjarakan mereka? Adakah hubungan ibu bapa-anak akan dapat pulih seperti biasa?

Situasi macam ni sebenarnya sangat rumit. Nak salahkan kanak2 itu pun tidak boleh, kerana mereka masih belum matang. Nak salahkan ibu bapa pun tak boleh kerana kita tidak tahu macam mana kehidupan mereka yang sebenarnya. Nak salahkan sekolah, polis dan hakim negara tu pun tak boleh jugak sebab memang dah termaktub macam tu undang2 mereka. Yang aku nampak, malangnya adalah kerana situasi ini berlaku di negara yang undang2nya lebih ketat, kalau berlaku dalam negara mungkin ia hanya jadi isu terpencil yang melibatkan anak, ibu bapa dan pihak sekolah sahaja.

Kisah rekaan di atas ini ditulis berdasarkan kes yang sudah pun diketahui ramai dan setakat ini perbicaraan masih sedang berlangsung. Cuma apa yang boleh kita sebagai orang luar doa dan harapkan agar kisah ini akan mempunyai pengakhiran yang baik kepada ibu bapa dan anak2nya.








tags: kes pasangan sweden ditangkap pukul rotan anak tidak solat mengaji curi duit wang kad kredit coklat layan kami seperti hamba mengaku mahkamah perbicaraan rasa terasing anak perempuan lelaki penjara sikap nakal marah tengking denda hukum undang2 #swedenletthemgo azizul raheem awalluddin shalwati nurshal aishah ammar adam arif  balik malaysia najib rosmah 

43 ulasan:

  1. Anak2 diaorng betul2 nyesal ngadu hal tu.
    Biar semuanya baik2

    BalasPadam
    Balasan
    1. zaman kini ialah zaman para ibubapa melahirkan "tuan" mereka, yg mana "tuan2" mereka ini akan menghamba-abdikan mereka dgn menggunakan undang2 buatan manusia yg mengenepikan agama & berpaksikan "human rights".....

      Padam
    2. Aiyo pakcik anon 8.47 ini bukan kes ibubapa melahirkan tuan.. Ini kes kanak2 ni sudah tak tahan dipukul ibubapa itu aje. Cume nasib malang bg ibubapa berkenaan mereka memukul anak2 di negara yg mempunyai undang2 khas utk melindungi kanak2 dari berlaku penderaan..

      Islam pun ade cara tertentu utk pukul anak2 jika tak solat. Bukan boleh main tibai aje. So utk future parents aku nasihatkan bile nak pukul anak sb tak solat, ikut cara yg Islam dh tetapkan. Camane caranye? Pi carik sendri. Takkan sume nk disuap. Dan seblom nk ke negara lain, fahamkan undang2 negara berkenaan dulu..

      Padam
    3. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.

      Padam
    4. Kerajaan Sweden telah tunduk kepada UMNO-BN. Konspirasi terancang untuk menunjukkan UMNO-BN hebat seperti superhero Malaysia.

      Padam
  2. otak memberontak tidak berfikir di luar kotak kerana menempurung bersama katak :)

    BalasPadam
  3. ingattdikassimamadturupe2nye....salahnyaundang2swedenygmelampau

    BalasPadam
  4. sebelum pergi sweden takkan tak baca undang2 dia ? 1 keluarga bodo

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ko pun bodo, bgi komen mcm bodo...

      Padam
    2. diorang tu hebad gi bina kuarge&kehidupan disweden,yg korang ni lak sumer loser x kawin xde ank ape pun lg sibuk bising2x fasal org lain kad cni...

      Padam
    3. aah hebat sgt kan, sampai kena heret masuk mahkamah dgn anak sendiri... btw huruf T tak boleh sewenang2nya digantikan dgn huruf D, seperti hebaD dan kaD... gi masuk tadika balik belajar mengeja dgn betul... loser

      Padam
    4. Hebat giler anon 9:11pm, semua org kat sini dia kenal tuu, yakin pulak tu semua org losers, mcm dia, bahasa pun lingkup... luls

      Logic spesis mcm anon 9:11pm: kau x kawin, kau loser, jgn ckp psl kehidupan perkahwinan...kau x ada anak, kau loser, jgn ckp psl cara nak didik anak...kau bukan agamawan, kau jahil, jgn ckp psl agama...kau x keje sbg cikgu, kau penganggur, jgn ckp psl sistem pendidikan di sekolah...serius, loser sejati je yg pikir mcm ni, katak ong bwh tempurung pun lg pandai dari loser ni...

      Padam
  5. "malangnya ia berlaku di sebuah negara lain yang undang2nya melarang ibu bapa menghukum anak mereka dengan cara memukul walaupun pukulan yang tidak mendatangkan kesan dan kecedaraan, termasuk juga menengking dan memalukan anak2 mereka. Cikgu yang mendengar aduan muridnya tadi terus membuat aduan kepada pihak polis, dan disebabkan itu ibu bapanya ditahan, didakwa, dibicarakan di mahkamah dan akhirnya dipenjarakan selama 5 tahun.

    Tn/pn admin. Mcmana tn/pn blh kata pukulan tdk mendatangkan kesan @ kecederaan. Tn/pn ka yg kena. Saya serta bbrp rakan sbgi salah seorang mangsa berbelas tahun makbapak mcm ni. Cuba tn/pn pukui anakX2 secara fizikal @ mental spt yg tn/pn sebut td. Lps tue sapu gamat @ ubat. Gerenti hilang. Jgn cucuh rokok jer udah lerr. Isunyer:.... Islam ajar ke manusia buat mcm ni? Islam ajor lain setahu saya. Bukan dera anak berdiri kat atas kerusi sambil ketuk ketampi, X bg makan 1-2 hari, rotan dgn 'hanger' & tali pinggang kulit, penampor & sepak terajang. Cuba buat kat anak sendiri tgk. apa kesannyer....

    Pasai Cikgu pulak, klu tn/pn ikut kronologi kes ni sebenarnya mak bapak ni dah 2-3 kali kena panggil. Kena kaunseling dah pun. Tp masih buat lg. AnakX2 dah X boleh tahan, so mcmX2 lah tindakan yg difikirkan patut. Dlm kes ni, kira bertuahlah anak ni ambik tindakan mcm tu. Klu ikut sesetengah kes kat US, mak/bapak kena tembak @ bunuh lagi ada la. Aku pernah nak bg penumbuk kat bapak. Pasai X tahan kena sepak terajang & pijak. Umur dah 18thn. Adik perempuan 18thn pernah nak bagi pisau kat mak. Pasai baju beliau kena dikoyakkan oleh bapa di tengah jalan.

    So, moral of the story; kat Malaysia ni byk lagi kes lagi teruk dpd tue. Tunggu nak meletup jer. So, banyak-banyakkanlah nasihat utk mak/bapak. Aku dah kahwin dan ada anak. aku niat, biar aku bercerai dpd aku cakap maki hamun @ pijak sepak terajang @ X bg anakX2 & bini mkn.

    Sekian, adios.

    UndangX2 Sweden yg melampau ke atau kita X ikut 'YANG' sebenarnya ajaran Islam dlm mendidik anakX2?

    BalasPadam
    Balasan
    1. ko kena sepak terajan, pijak, baju kena koyak??? perangai kau yg setan sgt kot sampai kena mcm tu... tp kalau kau budak baik tp kena dera jugak, maksudnya mak bapak ko mmg xsyg kat anak2 dia... aku cuma boleh bersimpati je kat ko

      cuma aku xrasa kes ibu bapa sweden tu mmg nak dera anak dia saje2. tgk kat gambar2 kat atas tu aku xrasa diorg xsyg & benci kat anak2 diorg sampai nak dera, cuma mungkin diorg tegas sgt. kalau kau baca testimoni anak2 dia pun, anak dia kena pukul & kena marah tp xlah sampai kena dera. itu pun pukul & marah bersebab, anak dia mencuri, x ikut ckp, x solat, tak kasi membazir beli seluar jeans mahal... bukan diorg marah saja2.

      btw dulu aku sgt nakal, kt sekolah selalu buli budak lain, bapak aku selalu bg aku makan penampar, masa kecik mmg rasa marah sgt kat bapak, tp bila dh besar baru aku sedar kenapa bapak aku sgt garang kt aku masa kecik & aku sgt berterima kasih pada bapak aku. kalau dia biarkan je aku dulu, mgkn skrg aku dh jadi mat rempit atau penagih dadah

      Padam
    2. kalau anak kena dera teruk, jgn kata sweden, kat malaysia pun ibu bapa boleh kena dakwa jugak...

      Padam
    3. "Aku dah kahwin dan ada anak. aku niat, biar aku bercerai dpd aku cakap maki hamun @ pijak sepak terajang @ X bg anakX2 & bini mkn."

      apa jadah yg ko cuba sampaikan ni? tulis tu cuba bg terang maksudnya

      Padam
    4. aku setuju 100% dengan aloq mengkudu ni

      Padam
  6. Tahukah anda najib tidak pernah habiskan pengajiannya. Justeru semasa beliau menjadi menteri pelajaran, degree telah dilacurkan bila mana kelayakan untuk mengambil degree bukan lagi kepandaian, calon serendah 3A pun boleh ambil ada yang cakap calon gred 3 pun boleh ambil. Begitulah hinanya degree dibuat najib. Oleh itu kepada skorer di luar sana jom bersuara di bawsh payung pertubuhan KEDEPAN (kembalikan degree berasaskan kepandaian) demi kualiti pendidikan negara dan masa depan anak-anak kita.

    BalasPadam
    Balasan
    1. ko tertinggal perkataan bang...

      Padam
    2. Mamat bangbang..kesian tgk ko ni.degree..degree..degree..degree..adoi la, apa sebenarnye dah jadi kat kau ni bro? Kau cuba cerita kisah sebenar kau..kitorang nak faham..apa yg menimpa kau. Setiap org gila ada kisah yg yang menyebabkan kenapa dia jadi cmtu.

      Padam
    3. Anon 7:32pm, nmpknya prmintaan ko dh pn noob tunaikn kt entry yg sterusnya..pilu aku baca kisahnyer..ha ha ha

      Padam
  7. atleast negara ntah berantah yang kafir itu tahu menghargai nilai kanak-kanak. di negara yang mengaku so called islamic kes bayi dibuang merata-rata. kes kanak-kanak dibiar mati kepanasan dalam kereta sentiasa menghiasi dada akhbar. kes kanak-kanak didera pengasuh nursey tidak berkesudahan. lebih malang kanak-kanak menjadi peminta sedekah dijalanan bagaikan fenomena biasa. itulah islamic country.

    BalasPadam
    Balasan
    1. negara kafir kurang kes bayi dibuang merata sbb remaja diorg xde masalah pun kalau nak berzina & lahir anak luar nikah... ibu bapa, diri sendiri xde rasa malu mana pun. angelina jolie dgn brad pitt pun walau anak dh 6, romen dh berkali2 tp masih xkahwin2 lg... malaysia ni negara islam, masalahnya ramai org yg x amalkan ajaran islam, bajet omputih ikut budaya barat beromen2 sebelum nikah, bila dah mengandung, tau pun malu, last2 sbb kejahilan diri pi buang anak merata....

      anak dibiar mati kepanasan dlm kereta tu kes terpencil sbb kecuaian ibu bapa. kt luar negara pun mungkin ada cuma ko je xtau. lgpun negara kita iklim khatulistiwa, cuaca terlalu panas tinggal dlm kereta boleh mati... kalau kt luar negara tinggal budak dlm kereta xmati sbb negara sejuk

      kanak2 didera pengasuh tu kt luar negara pun ada, lgpun yg dera tu biasa org indon... tulah siapa suruh amik org gaji indon & hantar anak ke rumah pengasuh yg pekerjanya indon? sendiri mau ingat laaaaa

      kanak2 jadi peminta sedekah? di india, thailand, filipina, vietnam, myanmar & byk lagi negara lain byk kanak2 jadi peminta sedekah... adakah semua itu negara islam? tidak. mereka cuma negara yg mundur. so jgn salahkan negara kita sbg islamic country, salahkan negara kita yg mundur

      Padam
    2. +1000. aku rasa same goes to non muslim dkt malaysia. berzina dpt anak then baru kawin. thats why melayu champion buang bayi. atas dasar malu kpd org dan makbapak dpt anak haram. tapi bg diorang masalah ni bkn masalah besar bg kapir laknat.

      Padam
    3. ok. i got ur points.
      actually islamic country sama jer dengan negara-negara dunia ketiga lain like u said india, bangla, etc. tak mampu build up good nation pun. malah in certain cases may worse than dari negara sekular eropah walaupun u all selalu preach islamic country is the best rite?

      Padam
    4. Jgn ckap pasal kes2 ni guna statistik main agak2 je. Check kat internet. Baca data statistik. Aku tak ske la org persoalkan negara islamic ke kapir yang lagi elok. Bnyak faktor yg membentuk tanggapan dlm otak kita.media antarabangsa..cmpurtangan politik dan mcm2 lagi. But please..jgn kaitan islam dengan kes2 kedajalan manusia. Islam is always the best guide that human can get. Manusia sendiri yg menganut islam hanya pada nama. Allah sentiasa bagi petunjuk..tp berape kerat je manusia zaman sekarng yg mengikutinya

      Padam
    5. kat negara maju kapir kat luar sana tu pun bukannya semua mak bapak dpt didik anak betul2 terutama anak2 yg bermasalah. xpercaya tengok cerita nanny 911, tgk betapa byk dan susahnya org kat sana jaga anak bermasalah lantas datanglah nanny utk membantu mereka menyelesaikan masalah tu

      Padam
  8. pr00000000oootttT! ^_^ n_n

    BalasPadam
  9. Semoga ammar mohon ampun pada kedua ibu bapanya...

    BalasPadam
  10. Perangai anak yang mencuri.. tidak mahu solat itu sangat membimbangkan kedua orang tua.. jika dibiarkan hancur masadepan anak2.. ammar dan adik beradeknya akan membesar dalam penyesalan.. hanya pengampunan ibu dan bapa mereka yang akan menenangkan mereka kembali... dan kehidupan anak yang nenyakitkan hati ibubapa tidak akan berkat.

    BalasPadam
  11. kenapa ramai yg salahkan budak2 ni?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Allah berfirman yang bermaksud: “Dan Tuhanku sudah memerintahkan supaya kamu jangan menyembah selain Dia dan hendaklah kamu berbuat baik kepada ibu bapamu dengan sebaik-baiknya. Jika salah seorang di antara keduanya atau kedua-duanya sampai usia lanjut dalam pemeliharaanmu, maka sekali-kali janganlah kamu mengatakan kepada keduanya perkataan ‘ah’ dan janganlah kamu membentak mereka dan ucapkanlah kepada mereka perkataan yang mulia. Dan rendahkanlah dirimu terhadap mereka berdua dengan penuh kasih sayang dan ucapkanlah: “Wahai Tuhanku, kasihilah mereka, sebagaimana mereka telah mendidik aku ketika kecil.” (Surah al-Isra’ ayat 23-24).

      Begitulah kedudukan ibu bapa yang perlu dimuliakan setiap masa dan amat bertentangan sekali jika ada anak yang langsung tidak menghormati, malah sanggup menderhaka.. mencuri.. tidak mahu mengaji.. solat dan merasa marah bila dibimbing kedua orang tua.

      Padam
    2. Memang la. Ko tgk cara budak2 tu pikir pn dah cukup. Bile dirotan sebab mencuri, dia boleh cakap bapak dia lagi sayang duit dari sayang dia. Dia x pikir ape dia buat tu salah. Yang dia pikir bapak dia x sayang dia.

      Dan dia boleh cakap rotan tu gune untuk kawal diaorg macam hamba??? Kejadahnye. Budak2 sekarang memang lemak. Dulu klo kene rotan memang x buat lagi da kesalahan yg same. Klo nampak bapak pegang rotan mmg da bersedia sbb tau ade buat salah. X penah skali pn pikir kene control macam hamba.

      Cara budak tu pikir pn sangat crooked. So, xkan nk gune alasan "Diaorg budak2, kesian la". Sbb kesian tu budak2 sekarang usik sikit utk ajar pn tak boleh.

      Padam
  12. merotan sekadar utk mendidik tidak apa tapi kalau saje je nak mendera anak tu memang cari nahas la

    BalasPadam
    Balasan
    1. budak2 sweden tu kena rotan utk dididik atau didera?

      Padam
  13. Bang, tumpang kentut bang, "prottttttt..., ah leganya. "

    BalasPadam
  14. Lambat tul sy komen entry ni.

    Ibubapa bukan sahaja menjaga, tp mendidik anak-anak mereka. Bg umat Islam, contohi mcmana Nabi Muhanmmad saw mendidik anak2 baginda...sy x tau berapa detail sepenuhnya, tp paling penting konsep Nabi ialag tegas tp penuh kasih sayang.

    Hidup kat zaman moden di mana ibubapa sibuk bekerja n pressure kerja n beban hutang, kdg2 emosi kita terbawa2 kpd anak2, itu yg bahaya. Nak didik anak kene ikut step, mula2 nasihat, tegur, pilihan terakhir ialah hukuman merotan yg tidak memudaratkan.

    Tp kebanyakan kita yg dah jd 'orang'..kita selalu ingat kalau bukan parent kita yg tegas n garang, xkan jd sebagus mcm ni. Papepun doakan yg terbaik utk ibubapa yg ditahan di sweeden...semua ni ada hikmahNya.

    BalasPadam
  15. Apa yang aku tulis dalam entry ni bukanlah bertujuan menyokong ibu bapa yang selalu memukul anak untuk mendidik anak2 yang nakal dengan tujuan menghukum dan mendenda atas kesalahan, walaupun dalam Islam pun dibolehkan memukul anak2 (selain daripada bahagian muka dan bukan untuk mencederakan) untuk menghukum kesalahan anak2. malah hukuman merotan itu bukan satu2nya juga kaedah mengajar anak, ada lagi kaedah lain yang boleh digunakan.

    http://www.islamituindah.my/menghukum-anak-hendaklah-sepadan-dengan-kesalahan
    http://myibrah.com/panduan-mendidik-anak-mengikut-islam
    http://anakkusoleh.wordpress.com/2011/01/11/anak-nakal-ujian-allah-swt/
    http://www.darulnuman.com/index.php?option=com_content&view=article&id=104&Itemid=169

    Namun memang mudah kalau nak kata nak didik anak kena ikut cara Islam dan sebagainya, tapi aku faham ianya bukannya mudah. Sedangkan dalam undang2 negara, kerja harian kita, cara berpakaian kita dan cara hidup kita pun ramai yang tidak mengikut Islam, susah nak expect dalam bab ni pun ibu bapa boleh mengikut kaedah Islam sebetul2nya dalam mendidik anak2. Last2 yang tinggal hanya mengikut cara MELAYU, bukan ISLAM.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Dalam artikel kat atas, aku cuma menggambarkan situasi keluarga pasangan Sweden tersebut sebenarnya situasi biasa yang berlaku dalam sebuah keluarga orang MELAYU (bukan ISLAM) di Malaysia yang telah pun dianggap normal dalam masyarakat melayu, namun ia dianggap kurang normal dalam masyarakat di sesetengah negara seperti Sweden - http://www.sinarharian.com.my/ramai-keliru-tindakan-kerajaan-sweden-1.245280. At least berdasarkan pembacaan aku di berita2 setakat ini sejak mula mereka ditahan sehinggalah kini anak mereka memberi kenyataan dalam mahkamah ketika perbicaraan. Dan aku tak boleh bayangkan apa perasaan ibu bapanya bila anaknya memberikan kenyataan seperti berikut dalam mahkamah:

      Anak perempuan pasangan Malaysia di Sweden yang dibicarakan kerana didakwa memukul anak-anak mereka mengaku berasa terasing daripada ibu bapanya dan sering memikirkan ibu saudaranya sebagai ibu kandungnya yang sebenar.

      "Saya rapat dengan adik-beradik perempuan ibu saya, saya rasa mereka seperti ibu saya yang sebenar. Saya tidak berasa dekat dengan ibu sebenar saya," kata Aishah.

      Ketika mendengarnya, ibunya, Shalwati Nurshal membetulkan tempat duduknya, manakala bapanya, Azizul Raheem Awalluddin memandang ke bawah dan menyapu bahagian dahinya dengan ibu jari.
      - Sumber.

      Padam
    2. Kalau di Malaysia, testimoni anaknya ini mungkin didengari ibu bapa ketika sesi kaunseling di sekolah, tapi di sana, testimoni2 ini menjadi penentu sama ada ibu bapanya bakal ke penjara atau tidak.

      Ya, aku pun tidak tahu sangat kisah sebenarnya dan ia masih dibicarakan, cuma aku rasa kesian sangat kepada ibu bapa dan anak2nya, dan pada pandangan aku, aku merasakan kesalahan ibu bapa tersebut dalam mendidik anak2 tidaklah sampai tahap wajar dipenjarakan. Dan bagaimana pula jika aku yang menyebabkan ibu bapa aku dipenjarakan, apakah rasanya perasaan aku? Adakah aku akan gembira, atau menyesal?

      Sebab itu aku tidak mahu kondem mana2 pihak dan hanya berharap serta berdoa yang semuanya akan mempunyai pengakhiran yang baik buat keluarga tersebut.

      Cuma kalau dalam bab penderaan seperti memukul dengan teruk, belasah, pijak, tendang, ketuk kepala, cubit sehingga berdarah, cucuh dengan rokok, yang semuanya dibuat bukan kerana hendak mendidik tapi kerana benci dengan anak sendiri, atau kes penderaan seksual ikan haruan makan anak seperti bapa rogol anak perempuan, mencabul kehormatan anak, meliwat dan sebagainya, yang ni bagi aku tiada kompromi dan ibu bapanya wajar dipenjarakan malah patut disebat dan dihukum dengan lebih berat kerana merosakkan amanah yang diberikan.

      Padam
    3. Noob...nak boikot Sweden ke pasni? Just cadangan je

      Benda ni xde isu kat Malaysia, cuma berlaku kat Sweden jd isu sbb undang2 mcm 2. Papepun nice artikel, bagus2 utk pengajaran semua pihak x kira dah kawin ke belum.

      Padam
    4. Boikot Sweden!!apa yg berlaku ini adalah konspirasi terancang UMNO-BN dan terbukti bahawa warna biru pada bendera Sweden adalah sama dengan warna biru bendera UMNO-BN...kami mempunya banyak lagi bukti penglibatan UMNO-BN dalam kes ini..
      ..

      Padam
  16. aku tengok anak buah degil pun rasa macam nak tolong cubitkan je.. dapat sedas ketam berchili memang sedap la. tapi sampai nak menampor sepak terajang, memang takde la. aku masih waras.

    -admin-

    BalasPadam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.