Iklan Leaderboard

Jumaat, 28 Februari 2014

29 Kisah seorang cendekiawan terulung yang kecewa

Ini pula kisah seorang cendekiawan yang sangat pandai dan cerdik. Beliau sudah boleh mula membaca dan mengira seawal usia 3 tahun. Sejak masuk tadika lagi, beliau telah menunjukkan kecerdasan yang luar biasa, sehingga digelar 'genius cilik' oleh guru2 tadikanya. Setelah menjejakkan kaki di sekolah rendah (masa ini belum ada sistem PBS), beliau tak pernah tidak dapat no. 1 dalam kelasnya, dan dalam ujian UPSR beliau mendapat keputusan cemerlang 5A.


Beliau kemudian ditawarkan masuk ke salah satu Sekolah Berasrama Penuh (SBP) yang paling top dalam Malaysia iaitu Sekolah Sultan Alam Shah. Di situ, beliau belajar dan berusaha bersungguh dan terus mengekalkan kecemerlangannya sehingga mendapat 9A dalam PMR. Kecemerlangannnya tidak terhenti di situ, dalam peperiksaan SPM, beliau mendapat 20A1.


Dengan keputusan SPM yang gila cemerlang itu, beliau menyambung pendidikan di peringkat Sarjana Muda (Degree) di salah sebuah universiti terkemuka dunia iaitu Universiti Oxford di UK dengan tajaan biasiswa penuh daripada JPA. Di sana, beliau mengambil jurusan Kejuruteraan Elektronik dan Komputer dan akhirnya mendapat CGPA yang super cemerlang iaitu 4 flat.


Setelah menamatkan pelajaran dalam tempoh 4 tahun, beliau bekerja di sebuah syarikat komputer terkenal iaitu Google sebagai Computer Architecture Engineer dengan gaji sebanyak 5,000 Euro sebulan. Namun setelah 2 tahun bekerja, beliau mengambil keputusan untuk kembali ke Malaysia.


Sewaktu di Malaysia, pada asalnya beliau mahu bekerja di syarikat multinasional, namun kerana didesak oleh ibu bapanya, akhirnya beliau memohon bekerja dengan kerajaan persekutuan sebagai Pegawai Teknologi Maklumat. Namun walaukan dengan berbekalkan pengalaman yang luar biasa, ilmu pengetahuan yang tinggi dan statusnya sebagai bekas pemegang biasiswa JPA, beliau masih tidak dapat diterima bekerja dalam perkhidmatan awam.

Namun beliau mendapat tahu ramai rakan2 sekolah yang dulunya tidak pandai kini mempunyai degree dan bekerja sebagai pegawai2 dalam kerajaan termasuk jadi Pegawai Tadbir dan Diplomatik (PTD), sedangkan keputusan SPM hanya mendapat 2A atau 1A tapi boleh mendapat tawaran membuat degree di universiti2 tempatan dan seterusnya diterima bekerja dengan kerajaan.

Kini beliau merasakan walaupun beliau mempunyai kepandaian luar biasa namun masih kalah kepada orang lain yang disifatkan lebih bodoh daripadanya. Ijazah sarjana muda yang beliau dapat dengan menggunakan keputusan SPM 20A1 sama sahaja nilainya dengan degree orang lain yang keputusan SPM 1A sahaja, malah mungkin lebih rendah nilainya kerana langsung tidak dapat digunakan untuk memohon kerja sebagai pegawai kerajaan.


Beliau mula berasa sangat sedih dan kecewa sehingga merasakan sistem pendidikan di Malaysia sangat tidak adil dan menyalahkan DS Najib Razak ketika menjadi Menteri Pelajaran dan juga UMNO kerana menyebabkan golongan cendekiawan terulung dan bijaksana sepertinya tidak mendapat kerja dengan kerajaan. Orang yang benar2 pandai dan ada degree kini terpaksa berebut jawatan pegawai kerajaan dengan orang yang tidak pandai tapi ada degree, dan persaingan itu selalunya dimenangi oleh orang bodoh yang ada degree.

Bagi beliau, sepatutnya hanya orang yang SPM dapat 5A dan ke atas sahaja yang layak sambung degree atau menjadi guru di maktab dan institusi perguruan, manakala mereka yang mendapat 4A - 3A hanya layak sambung diploma, 2A - 1A pula hanya layak sambung sijil, manakala bagi mereka yang tiada A langsung hanya layak jadi buruh, pembantu rumah dan pekerja am, dengan ini tidak perlu lagi mengimport PATI untuk membuat kerja2 tersebut. Siapa yang tidak layak tapi nak juga ambil degree, mereka kena ambil semula SPM secara persendirian dan wajib skor 5A ke atas.

Kerana kekecewaan yang teramat sangat, akhirnya beliau mengambil keputusan untuk menjadi seorang aktivis revolusi dan memperjuangkan hak2 orang pandai dan skorer untuk menuntut hak mereka dalam bidang pendidikan serta pekerjaan dalam kerajaan dengan menubuhkan petubuhan NGO yang digelar "KEDEPAN" iaitu "KEMBALIKAN DEGREE BERASASKAN KEPANDAIAN".


Kini beliau berlegar2 di alam maya dan ruang2 siber untuk menyebarkan ideologi dan perjuangannya itu...

Sekian terima kasih.




tags: kisah hidup seorang pandai bijak bijaksana cendekiawan keputusan upsr pmr spm sekolah rendah menengah tadika cemerlang universiti kolej ipta ipts result cgpa mohon kerja jawatan pekerjaan kerjaya kerajaan perkhidmatan sektor penjawat awam kecewa

29 ulasan:

  1. The troll and sarcasm level IS TOO DAMN HIGH!!!!!!
    btw first!!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Anwar Ibrahim3 Mac 2014 8:10 PG

      Semua ni salah UMNO-BN

      Padam
  2. tak tahu pula ada aktivis sebegini :P
    btw doakan SPM saya terima kasih :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ha..nnt dah smpi habis degree..ingt, jgn pk kwn2 ko semua bodoh..ko je yg pandai. Sentiasa merendah diri n sedar rezeki tu tuhan boleh bg kat spe2 je yg dikehendakiNya. Jgn jadi mcm mamat bangbang.slagi dia tak buang ego yg mengatakan dia pandai dari org lain..slagi tu dia tak akan maju

      Padam
  3. Mcm nak bash balik pengomen dlm entry sebelum ni.

    Dah kerja lama, so bila kerja education just syarat nak masuk interview. ..apa yg company nak ialah skill n pengalaman termasuk very good interpersonal skill (budak nerd2 n geek mmg payah nak lepas). Another special entry jika org yg nak apply kerja ada kabel kuat utk dpt more sales (mcm anak vip atau customer), lg la senang nak dpt kerja n demand gaji tinggi.

    Budak2 zaman skrg kena tgk byk2 cerita donald trump the apprentice, peserta yg menang mmg jenis yg company idamkan, bukan 10a,4flat atau phd semata2. Senang cite, bila dah kerja ilmu yg kita belajar sedikit je apply, yg lain general skill bekerja je. Kalau jenis xleh kena marah n pressure kerja x yah la kerja.

    Ini bukan zaman dulu, result cemerlang boleh kira pakai jari, berebut company nak ambil kerja, so jd la menteri bingung mcm ahmad maslan. Yg sy nmpk, org yg pandai ckp boleh pergi maju ke hadapan cepat, pandai present masa meeting, pandai ambil hati customer n boss, pandai pusing2 cakap. Itulah hakikat skrg.

    BalasPadam
  4. adkhnamaorgtuahmadsiapdiabuatbukusebbxpuastatitukesiapdengkontroversidia?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Adik CA, jangan malas untuk tekan spacebar bila menaip, orang yang malas tidak akan berjaya sampai bila-bila..

      Padam
  5. siapa aktivis tersebut?

    BalasPadam
    Balasan
    1. nama dia tanpa nama bang bang

      Padam
  6. Haha kena sebijik kat mamat bangbang XD

    BalasPadam
  7. penting ke degree ni? sistem yg mmbeza2 kn kpandaian ssorg??
    membezakan ssorg @ intelek, warna kulit, budaya, kaum, dll adalah bangang.
    lagi bangan dari haiwan di zoo..

    http://buasirotak.blogspot.com/2014/02/mansuhkan-sppbs-dan-tiru-sistem.html

    “Everybody is a genius. But if you judge a fish by its ability to climb a tree, it will live its whole life believing that it is stupid.”

    ― Albert Einstein

    BalasPadam
  8. suarakan sebagai rakyat yang 'tertindas' ..

    hidup...hidup..
    hiduppp..rakyatt!! :3

    BalasPadam
  9. Haha.mane mamat bangbang ni? Meh la pertahankan ideologi kehebatan degree ko tu. Apa la..ni zaman apa ko ingt ada degree je..pasti dpt kerja bagus. Kwn2 yg bodoh..tak layak dpt keje. Ideologi cmni tersangt la terpesong.

    BalasPadam
  10. Daripada sibuk nak sangat perjuangkan degree, lebih baik dengan berbekalkan sijil SPM berusaha menjadi seorang blogger yang berjaya..:)

    BalasPadam
  11. Kalau jenis melayu malas tp mengharap gaji besar goyang kaki lg susah nk tolg...top 10 org terkaya di Malaysia kebanyakan tiada ijazah mahupun diploma...semuanya sbb 1 perkara...berusaha keras mencapai cita2 walaupun mengalami pelbagai kegagalan

    BalasPadam
  12. ini mmg skill menganjing tahap 1 juta petala langit nih

    BalasPadam
  13. Setiap org ada above-average intelligence tapi underachiever.
    or at least ramai yg berfikir dirinya seperti itu...

    BalasPadam
    Balasan
    1. yeah, setiap org ada kelebihan serta kekurangan masing2, dan masing2 punyai pintu rezeki serta cabaran hidup yang unik mengikut ketetapan Illahi serta tahap usaha dan "perseverance" dia sendiri... kalo nak question rezeki org lain tu mmg tak bolehla, and by "rezeki" tu maksud aku ialah sumber yg halal dan bukan diperolehi dgn cara rasuah, mencuri, menipu dan yg seangkatan dengannya ^^

      Padam
  14. Golongan yg gagal & kurang cerdik jgn brasa gusar. anda layak utk menyandang jawatan menteri. buktinya tgk kenyataan diorang masa menjawab masalah rakyat. sayur naik tanam sayur sendiri. ayam naik jgn mkn ayam..keh keh keh..

    BalasPadam
  15. salam kenal dan follow
    torascool(dot)blogspot(dot)com

    BalasPadam
  16. Aku respect la spe dapat degree...aku dulu berpeluang gak sambung degree, cume time tu, aku dh rasa malas nk belajar..

    BalasPadam
  17. mana mamat bangbang malu kucing ke nak komen.
    kata penuh ideologi untuk aktivis pejuangkan hak degree..

    hidup hidup....hidup degree...!!

    BalasPadam
  18. Benda normal org pandai akhirnya akan merana..baca lah sejarah sikit. Hahaha

    BalasPadam
  19. Hitler pun takde degree tapi pandai bagi ucapan berapi-api dapat juga jadi pemimpin yg dikenang sejarah!!!

    BalasPadam
  20. Malaysia pusat lambakan manusia berdegree yang tak mampu berfikir.....!!!!!

    BalasPadam
    Balasan
    1. anda mampu berfikir dengan lebih baik ke atau anda maksudkan diri anda termasuk dlm golongan tersebut?

      kalau anda mampu berfikir dengan lebih baik,ceritakan apakah sumbangan anda dalam membangunkan rakyat dan memajukan negara?

      Padam
  21. nabi2 dan semua rasul2 tak ada degree pun..itupun ramai orang terhegeh2 mengikut..

    BalasPadam
  22. Gua cadangkan..sesiapa yg super duper genius ni..KEDEPAN boleh kumpul reramai, mari kita beramai-ramai buat roket pegi bulan..marikh sidratul muntaha dan lelain.. jangan ganggu orang2 yg pemalas dan bodoh lain nak cari makan atas mukabumi ini..

    Gua cadangkan saja..kahkahkah..

    BalasPadam
  23. baru dia tau masalah ni.. sudah blaku byk tahun terhdp golongn bukan bmpt

    BalasPadam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...