Ahad, 2 Februari 2014

12 Ulasan filem RoboCop dan tonton secara online

Aku dah tengok filem RoboCop dan berikut adalah review aku mengenai filem ini. Anda juga boleh menonton filem RoboCop secara online kat sini. Amaran - Review ini mengandungi spoiler yang teramat banyak.


Berikut adalah plot bagi filem Robocop:
Sebuah bandar di masa depan iaitu Detroit, sedang di ambang keruntuhan kerana masalah kewangan dan jenayah yang tinggi. Oleh itu, Datuk Bandar telah menandatangani kontrak perjanjian dengan syarikat mega Omni Consumer Producst (OCP) untuk mereka membangunkan bandar Detroit yang baru yang digelar Delta City serta menjalankan tugas2 pencegahan jenayah.

Presiden Kanan OCP iaitu Dick Jones telah memperkenalkan sebuah robot penguatkuasa yang digelar ED-209, namun waktu demonstrasi ia telah membunuh seorang ahli lembaga mesyuarat, oleh itu Pengerusi OCP bersetuju untuk memeruskan eksperimen projek Cyborg yang digelar RoboCop seperti yang dicadangkan oleh Bob Morton.
Sementara itu, seorang polis yang baru ditukarkan ke pejabat polis Detroit iaitu Alex Murphy bersama rakan setugasnya Anne Lewis telah mengejar sekumpulan penjenayah yang diketuai oleh Clarence Boddicker, penjenayah yang suka telah banyak kali membunuh anggota polis. Mereka mengejar sehingga ke sebuah kilang keluli terbengkalai, dan Murphy akhirnya telah ditembak dan dibunuh dengan kejamnya oleh geng2 penjenayah ini.
Beliau kemudian telah dibawa ke hospital, disahkan mati dan dijadikan RoboCop. RoboCop yang tiada lagi ingatannya sebagai Alex Murphy telah diberikan tiga arahan utama: berkhidmat kepada kepercayaan awam, melindungi yang tidak bersalah, dan menegakkan undang2, namun wujud arahan keempat dirahsiakan dalam pengprograman RoboCop ini. OCP mewujudkan bilik khas di balai polis Detroit, tempat untuk RoboCop tidur dan diselenggara. Kemudian RoboCop dengan sendirian dan cekap membersihkan jenayah di bandar Detroit.
Bob Morton yang mencetus idea RoboCop ini diberikan pujian dan dinaikkan pangkat atas kejayaannya ini. Namun, kegembiraannya tidak lama kerana dia akhirnya dibunuh oleh Clarence Boddicker atas arahan Presiden Kanan OCP, Dick Jones. RoboCop pula mula menyedari yang dia adalah Alex Murphy, lantas pergi ke rumah lamanya yang telah ditinggalkan oleh isteri dan anaknya kerana percaya yang Alex Murphy telah mati.
RoboCop pergi ke server room polis Detroit untuk mengakses database penjenayah menggunakan jarum USBnya untuk mencari pembunuh Alex Murphy. Kemudian dia telah berjaya mengesan kedudukan Clarence Boddicker di sebuah kilang dadah, membelasahnya dan kemudian mahu membunuhnya. Namun disebabkan arahan ke-3 dalam program RoboCop iaitu menegakkan undang2, dia tak boleh membunuh Clarence Boddicker dan terpaksa menangkap serta membawanya ke balai polis.
Daripada Clarence Boddicker juga, RoboCop mengetahui yang dia bekerja untuk Presiden Kanan OCP, Dick Jones. Dia pun pergi ke ibu pejabat Clarence Boddicker dan cuba mahu menembak dan menangkap beliau, namun disebabkan terdapat arahan ke-4 dalam program RoboCop iaitu larangan daripada mengambil apa2 tindakan terhadap eksekutif OCP, maka RoboCop tidak dapat berbuat apa2 terhadap beliau.
Kemudian RoboCop terpaksa bertarung dengan robot ED-209 serta anggota polis yang lain, akhirnya dia diselamatkan oleh rakan sekerjanya yang lama iaitu Anne Lewis dan membawanya ke sebuah kilang keluli lama. Di sana, RoboCop terpaksa membaiki dirinya sendiri dan berlatih menembak kerana terdapat kerosakan kepada sensornya.

Dalam masa yang sama, pasukan polis Detroit telah membuat mogok kerana takut mereka kehilangan kerja dengan program RoboCop ini. Dick Jones pula mengarahkan Clarence Boddicker mencari RoboCop dan membunuhnya dengan senjata berat yang dibekalkan olehnya. Dengan menggunakan tracking device, dia dan konco2nya dapat mengesan RoboCop dan berlawan dengannya, namun akhirnya RoboCop dan Anne Lewis berjaya mengalahkan mereka.
RoboCop kemudiannya pergi ke pejabat OCP dan masuk ke bilik mesyuarat untuk menahan Dick Jones atas tuduhan membunuh Bob Morton. Dick Jones kemudian menjadikan pengerusi OCP sebagai tebusan, dan RoboCop tidak dapat menembak Dick Jones kerana arahan ke-4 programnya. Sejurus pengerusi OCP mengatakan yang Dick Jones dipecat, arahan ke-4 terhadap Dick Jones terbatal dan RoboCop akhirnya dapat menembaknya.

Tamat.

Tonton secara online filem RoboCop ini:


Jangan kata RoboCop, RoboCop 2 dan 3 pun korang boleh tonton sekali.




Ya begitulah plot filem RoboCop yang asal yang ditayang pada tahun 1987. So dapatlah aku simpulkan yang filem RoboCop (2014) yang baru ini adalah sebuah filem remake yang gagal. Kenapa aku kata gagal? Kerana ia kurang elemen2 yang ada dalam filem RoboCop yang asal. Yang bagus cuma rekabentuk RoboCop yang baru siap dengan motorsikal, grafik serta CGI yang lebih canggih. Selain daripada tu, jalan cerita, watak penjahat, plot, efek, emosi, semua hancur.

Filem RoboCop yang lama lebih ganas, darah terpecik2 sana sini, penjahat lebih bad ass, memang jahat, langsung takde moral dan kejam gila, cara Alex Murphy dibunuh pun lebih tragis sampai pecah tangan. RoboCop lebih berdikari, tak dikawal oleh orang lain dan orang lain tak boleh nampak apa yang dia nampak. Bila rosak, dia cuba repair sendiri kerosakan dia. Keluarga Alex Murphy pergi meninggalkan dia untuk meneruskan kehidupan kerana itulah yang sebaiknya, kalau isteri dia tahu Alex Murphy masih hidup sebagai cyborg pun, takkan ada masa depan untuk mereka dah sebagai suami isteri. Dan robot diprogramkan untuk mengikut arahan program yang telah ditetapkan dan tidak boleh pandai2 melanggar atau menukar arahan.

Manakala filem RoboCop yang baru pula, penjahat dia tak sekejam dulu, Alex Murphy hanya cuba dibunuh dengan bom kereta, setiap hari kena balik ke makmal, kalau rosak tak boleh baiki diri sendiri, orang lain boleh nampak apa yang RoboCop nampak, malah boleh kawal dan shutdown RoboCop. Efek pula tidak seganas dulu, RoboCop juga lebih banyak bergaduh dengan robot2 lain, bukan manusia. Elemen kekeluargaan juga dilihat terlalu mahu ditonjolkan di mana Alex Murphy masih lagi mahu bersama dengan isteri dan anaknya, sedangkan realitinya tak mungkin cyborg yang terpaksa tinggal dan tidur dalam makmal boleh hidup dengan manusia sebagai suami isteri. Dan lagi tidak logik, walaupun cerita RoboCop tu sendiri dah tak logik, macam mana RoboCop masih boleh tembak presiden OCP tu walaupun programnya tidak membenarkan dia tembak orang yang ada tag merah?

Sebab tu bagi aku, RoboCop yang baru ni lebih menyasarkan audiennya budak2 dan kanak2 kerana kurangnya unsur ganas dan banyak unsur kekeluargaan. Tapi babak romen2 foreplay tu ada pulak.

Ia mungkin best bagi budak2 muda atau generasi2 baru yang tak pernah tengok filem RoboCop yang asal, tapi bagi aku yang dah pernah tengok filem RoboCop yang asal, untuk filem RoboCop baru ni Nora aku bagi 4 bintang... daripada 10.




tags: review ulasan komen filem robocop 2014 1987 robocop 2 1990 3 1993 film movie tonton watch online video online full streaming stream download avi mkv blueray cam dvd divx mp4 3gp best original asal fail gagal remake reboot

12 ulasan:

  1. robocop ni zaman aku sekolah dulu...skg aku layan boboiboy je....

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sian anak aku ni. Makin bangang jadinya. Dulu tengok Robocop sekarang wanker ngan Boboiboy. Ini la hasilnya kalau jadi penyokong Menyu. Bodoh macam KJ. Jadi anak2 di luar sana jgn la sokong Menyu ok.

      Padam
  2. Gua plak layan keluang man dgn usop sontorian . xlupa juga kesatria baja hitam. besh dowhhh...

    BalasPadam
  3. pegi mamposlah ™

    BalasPadam
  4. tu lah, kwn aku kata yg ni lebih sax dari robocop dulu2 patut la.. ish2

    BalasPadam
  5. ahh... aku minat citer robocop yg asal.

    bagus filem skrg rivive balik citer2 lama yg glamer.

    tapi kalau remake mcm sampah, x buat pun xpe

    BalasPadam
  6. Ak tgk trailer pon mcm xbest..

    BalasPadam
  7. Best lagi robocop asal. ptuih!

    BalasPadam
  8. n mula cite ni nk gtau n tunjukkan yg islam tu terrorist

    BalasPadam
  9. eh! aku suka apa Robocop reboot. Perlawanan antara humanity dengan robot...akal fikiran dengan program...err...padahal sama aje...pendek kata ini perlawanan antara Tuhan dengan Manusia siapa punya ciptaan yang tak ada cacat cela...at least Alex Murphy boleh me relate dan berfikir jika dibanding dengan robot yang macam Judge Dredd...judge jury executioner! ha ha!

    BalasPadam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.