Selasa, 24 November 2015

9 Ketahian generasi baru hasil warisan generasi lama

Budak2 zaman millenium gen-Z sekarang ni bukan sahaja suka cakap guna ayat2 merapu dan menulis menggunakan bahasa alien, malah tanpa segan silunya bercinta sakan di sekolah, membuat fake relay dengan ntah siapa2 kat Internet serta kesangapan menjaja diri di Fesbuk dan WeChat secara terbuka tiada segan silu tanpa mereka sedar yang spender mereka pun masih beli pakai duit ibu bapa.

Pelukis: Ankel Jonni. Layari blog beliau di Catatan Ankel Jonni.


Namun dalam melihat keruntuhan moral dan sahsiah generasi muda ini, generasi lama ini pula lupa untuk melihat ke dalam diri kita sendiri kerana kadangkala kitalah antara penyebab kepada sikap dan tabiat generasi muda masakini.

Yalah, siapa juga yang membelikan anak2 telefon pintar jika bukan ibu bapa?
Siapa juga yang membiarkan anak bergaul bebas jika bukan ibu bapa?
Siapa juga yang membenarkan anak2 keluar lewat malam dan pulang lewat pagi jika bukan ibu bapa?
Siapa juga yang memberi mereka kemudahan Internet dan tidak memantaunya jika bukan ibu bapa?
Siapa yang tidak menunjukkan contoh dan keperibadian yang baik jika bukan generasi lama?

Sama2lah kita cermin diri kita sendiri.


* Komik di atas adalah sedutan daripada buku Buasir Otak: The Komik [RELOADED] yang baru. Ada banyak lagi komik menarik di dalam buku Buasir Otak: The Komik ini. Untuk membeli boleh klik pada gambar di bawah:

Buasir Otak: The Komik




tags: ketahian generasi baru muda hasil warisan orang lama cermin diri sendiri

9 ulasan:

  1. Betul tu... kadang2 masalah sy di klinik kalau ada anak yang selalu sakit, mak bapak risau sangat2. Tapi yang kasi makanan tak berkhasiat kat anak tu dorang juge.

    BalasPadam
  2. hang ni memang terer menghuraikan makna tersirat la noob, sbb tu aku x ble missed blog hang.. kipidap.. teruskan menulis..

    BalasPadam
  3. hahaha spender pon mak bapak beli hahahaa deep

    BalasPadam
  4. tu la keje asek mintak duit topup je.. pastu mintak password wifi lempang kang

    BalasPadam
  5. Haha.. meleis ni spesis manusia penuh bersarang dengan segala sifat mazmumah berlapis2. Sampai bila pun masyarakat kita tak akan betul walaupun ada kedatangan nabi dan rasul baru sekalipun diutuskan Tuhan..

    Kurang2 Noob bleh jadikan idea2 maleis sangap ni utk tatapan pengunjung tetap BO hingga akhir hayat.

    BalasPadam
  6. hmm betul jugak tu..generasi2 dewas sekarang pun bukan main lagi tunjuk contoh tk elok kat budak2..

    BalasPadam
  7. saya berpandangan media massa juga mmberi kesan yg sangt besar kepada generasi masyarakat. Selain dari ibubapa dan orang dewasa, kandungan media massa juga perlu dikawal dengan ketat.

    BalasPadam
  8. Orang lain bercinta sweet dia pun nak bercinta sweet padahal suara pun tak pecah lagi. Hahahaha

    BalasPadam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.