Khamis, 19 November 2015

13 Rahsia kejayaan sistem pendidikan Korea Selatan

Kita sudah baca serba sedikit mengenai sistem pendidikan negara Finland. Kita sudah tahu sedikit sebanyak mengenai sistem pendidikan negara Jepun. Sekarang kita baca mengenai sistem pendidikan negara Korea Selatan yang kini menjadi sistem pendidikan terbaik seluruh dunia berdasarkan pengalaman dan pemerhatian seorang guru Sains dan Kimia tempatan iaitu Cikgu Hailmi yang berada di Korea Selatan selama 3 bulan bagi program pertukaran guru Malaysia-Korea bawah UNESCO.

Perkara yang saya sering ditanya mengenai sistem pendidikan di Korea adalah apakah rahsia atau ramuan khas yang menjadi kekuatan kepada kejayaan sistem pendidikan di Korea. Ceramah daripada Dr Namgi Park, seorang profesor daripada Gwangju National University of Education sedikit sebanyak memberi input berguna kepada saya. Saya pernah kongsikan apa yang dikatakan oleh beliau, tetapi kali ini lebih lengkap dengan dapatan daripada pemerhatian saya juga sepanjang berada di Korea.

5 Kunci Kekuatan dan Kejayaan Pendidikan di Korea
5 Kunci Kekuatan dan Kejayaan Pendidikan di Korea

1. Guru mengajar semua subjek

Ya! Homeroom teacher atau pun guru kelas bagi sekolah rendah di Korea (elementary school) berkebolehan mengajar semua subjek. Tujuan pendedahan kepada semua subjek ini adalah bagi tujuan membolehkan para guru mengintegrasikan pembelajaran dalam setiap subjek, terutamanya jika ada yang berkaitan.

5 Kunci Kekuatan dan Kejayaan Pendidikan di Korea
Guru sekolah rendah di Korea mampu mengajar semua subjek

Seperti yang dikehendaki dalam KBSM dahulu, penggabungjalinan antara subjek adalah sangat penting dan boleh membantu pelajar untuk belajar dan faham dengan lebih mudah. Malah pemahaman ini akan turut memudahkan lagi pelajar untuk mengaplikasikan ilmu yang dipelajari dalam kelas kepada kehidupan seharian.

Cuba bayangkan dengan syarat yang dikenakan ini, maka untuk menjadi guru di Korea, anda mestilah merupakan seorang yang sangat bijak dan kuat berusaha. Apatah lagi untuk mempelajari dan menguasai 10 subjek yang berbeza! Maka ini lah rahsia yang menyebabkan kenapa guru di Korea betul-betul sangat berkualiti.


2. Teacher Rotation System

Sistem pendidikan di Korea juga mengamalkan sistem pertukaran guru (re-deployment) bagi setiap 5 tahun. Alasan mereka adalah bagi tujuan membolehkan kesemua pelajar di seluruh Korea tanpa mengira tempat, status atau latar belakang turut mendapat pendidikan daripada guru yang hebat dan berkualiti.

Saya juga sangat bersetuju apabila mereka sangat menekankan kepada hak pelajar di mana-mana sekolah untuk mendapatkan guru yang hebat dan cemerlang. Jadi tidak akan wujud, hanya sekolah tertentu yang mendapat segala keuntungan hasil daripada guru-guru tersebut. Semua pelajar dan sekolah pun akan merasa.

Persembahan muzikal untuk opening ceremony bagi Daegu Arts in Education Festival 2015
Persembahan muzikal untuk opening ceremony bagi Daegu Arts in Education Festival 2015

Sistem rotation ini juga secara tak langsung akan meningkatkan kualiti guru dengan membolehkan mereka mendapat pengalaman yang banyak daripada sekolah yang pelbagai dan daripada murid yang bermacam-macam. Lain murid, lain ragamnya. Lain sekolah, lain juga persekitarannya.

Selain itu, ini juga akan menyebabkan guru tidak berada di 'comfort zone' dan dapat mengelakkan daripada mana-mana guru rasa selesa menjadi senior di sesebuah sekolah. Maka, barulah guru tersebut menjadi mantap dan juga akan sentiasa produktif bekerja. Tidaklah hanya selesa pada suatu tempat sahaja.

Sisi lain juga membolehkan guru dan sekolah membina rangkaian komunikasi yang lebih luas. Jaringan kenalan antara guru dan sekolah akan membolehkan kolaborasi di peringkat lebih tinggi dapat dijalankan dengan lebih mudah!

Bagi guru yang cemerlang hasil kerjanya, saya dimaklumkan pihak sekolah boleh 'menahan' guru tersebut untuk terus berada di sekolah tersebut, sehingga 7 tahun. Tambahan 2 tahun berbanding guru biasa. Dan juga sistem rotation ini juga hanyalah terhad kepada sekolah kerajaan sahaja. Manakala, sekolah swasta bebas mempunyai sistem mereka masing-masing.


3. Guru Berkualiti Tinggi. Top 5%

Kerjaya guru di Korea memang merupakan kerjaya yang menjadi rebutan para pelajar cemerlang di sini. Atas persaingan yang sangat tinggi, maka pemilihan guru adalah daripada kalangan pelajar lepasan peperiksaan awam yang mendapat keputusan yang paling cemerlang!

Faktor utama tarikan pelajar cemerlang untuk menjadi guru adalah kerana:
a. Gaji yang tinggi

Gaji cikgu di Korea merupakan antara gaji yang tertinggi bagi pekerjaan di Korea. Dengan posting guru baharu nya yang mencecah RM10 000 jika di Malaysia, maka tentu lah ramai pelajar yang sangat mendambakan impian untuk menjadi guru. Gaji bekerja di Syarikat Samsung adalah merupakan gaji tertinggi di Korea.

b. Elaun 

Selain daripada gaji yang tinggi, mereka juga diberikan beberapa keistimewaan elaun lain. Bagi guru yang menjawat jawatan Homeroom Teacher (guru kelas), elaun tambahan sebanyak W100 000 (RM350) bagi setiap bulan.

5 Kunci Kekuatan dan Kejayaan Pendidikan di Korea
Antara tugas Home Room Teacher

Manakala bagi guru yang bekerja lebih masa (selepas jam 5 petang / Sabtu / Ahad), mereka juga diberi elaun W10 000 (RM35) bagi setiap satu jam. Maksimum waktu kerja lebih masa adalah 4 jam untuk sehari. Dan elaun bekerja lebih masa nih, akan dibayar pada gaji setiap hujung bulan.

c. Bonus Tahunan

Pada setiap hujung tahun, guru-guru juga akan menerima bonus tahunan. Ianya berbeza mengikut prestasi kerja masing-masing. Penilaian prestasi adalah mengikut kriteria yang ditetapkan, termasuk bidang kerja, pencapaian murid, waktu bekerja (+ over time) dan lain-lain lagi.

Bagi guru yang mendapat penilaian cemerlang, bonus tahunan sebanyak W 2 000 000 (RM7500) akan diberikan. Bagi yang sederhana, sebanyak W 1 500 000 (RM5600) dan bagi prestasi Baik, sebanyak W 1 000 000 (RM3500).

d. Cuti

Budaya kerja Korea yang sangat pantas bergerak dan sentiasa sibuk juga menyebabkan kerjaya cikgu sangat menjadi pilihan di Korea. Walaupun Syarikat Samsung menawarkan gaji yang lebih lumayan, tetapi kerjaya guru masih menjadi pilihan kerana faktor tarikan cuti yang jauh lebih panjang. 2 bulan cuti sewaktu musim sejuk (winter). Kalau tak salah saya, guru Korea juga masih perlu hadir ke sekolah pada waktu cuti, lebih kurang untuk 2 minggu.

e. Pencen

Satu lagi tarikan kenapa ramai pelajar Korea memilih untuk menjadi guru adalah disebabkan imbuhan yang lebih meyakinkan selepas saat persaraan. Bagi penduduk Korea, jaminan selepas masa persaraan semasa meniti usia tua adalah sangat penting dan diutamakan.


4. Peranan Ibubapa Korea

Disebabkan gaya hidup yang semakin meningkat dalam kalangan penduduk Korea, maka ibubapa semakin berlumba-lumba memberikan yang terbaik kepada anak-anak mereka. Tuntutan untuk mendapat keputusan peperiksaan yang cemerlang, bagi menjamin peluang ke universiti yang lebih cerah dan mendapat kerjaya yang menjamin masa depan.

Ibubapa Korea memang sanggup berhabis duit, tenaga dan masa dalam memastikan anak mereka mendapat pendidikan yang terbaik. Kebiasaannya, pelajar akan mengikuti tuisyen selepas tamat waktu persekolahan (sekolah rendah pada jam 2 petang, sekolah menengah pada jam 5 petang). Macam-macam jenis tuisyen. Ada yang tuisyen akademik, ada yang tuisyen muzik, kemahiran komputer dan bermacam-macam lagi.

5 Kunci Kekuatan dan Kejayaan Pendidikan di Korea
Guru perlu bersedia untuk Open Class pada setiap bulan

Malah semasa lawatan saya di sekolah Hosan High School, sebuah bilik khas disediakan untuk pelajar belajar selepas waktu sekolah dan dijaga oleh guru dan ibubapa secara bergilir-gilir. Nampak tak, ibubapa Korea bukan setakat mampu sediakan duit, tetapi juga MASA dan TENAGA untuk memastikan kejayaan anak-anak mereka.

Ibubapa juga dibenarkan untuk melawat sekolah semasa hari OPEN CLASS. Semasa hari ini, semua guru perlu bersedia dengan sebaik mungkin kerana sesiapa sahaja boleh masuk ke kelas mereka untuk mencerap! Kebiasaannya adalah diadakan sebulan sekali. Bagi OPEN CLASS skala besar, pegawai pelajaran dari pejabat akan turun dan memantau. Proses ini bagi 1 kali dalam 1 semester.

Tapi saya lebih suka melihat kepada sejarah dan juga kebudayaan Korea sendiri jika mengupas mengenai isu peranan yang dimainkan oleh ibubapa. Jika dilihat dari sudut sejarah, peradaban Korea sudah telah lama wujud sistem peperiksaan dan juga tuntutan untuk mendapat masa depan yang cemerlang. Anak yang mendapat pekerjaan yang baik, akan menjadi tunjang utama kejayaan dan kesenangan kepada seluruh ahli keluarga. Jadi, budaya yang telah wujud bertahun-tahun ini telah sebati dengan masyarakat Korea.

5 Kunci Kekuatan dan Kejayaan Pendidikan di Korea
Pengurusan peperiksaan peringkat sekolah di Korea Link

Apatah lagi suatu ketika dahulu Korea merupakan sebuah negara yang sangat miskin dan juga sibuk dengan perang saudara. Maka, kesukaran dan kepayahan ini mendorong mereka untuk belajar dan bekerja dengan sekuat mungkin untuk menjamin survival hidup mereka.

Dan harus kita tahu, negara Korea berubah menjadi maju dengan sangat pantas. Hanya mengambil masa 2 keturunan sahaja, iaitu lebih kurang dalam tempoh 50 tahun

untuk merubah sebuah negara yang membangun kepada negara yang maju seperti sekarang. Terima kasih kepada Presiden Korea dahulu, Park Chung Hee yang banyak membawa pembangunan dan pemodenan Korea.


5. Motivasi Pelajar

Atas desakan hidup yang boleh dikira melampau juga untuk berjaya di Korea ini, maka pelajar juga sudah dididik untuk mempunyai semangat berdikari yang sangat tinggi dalam menuntut ilmu. Mereka tahu dan sedar, jika mereka malas berusaha, mereka akan hidup susah pada kemudian hari nanti.

5 Kunci Kekuatan dan Kejayaan Pendidikan di Korea
Guru dan pelajar di Korea sangat bekerja keras

Maka untuk itu, pelajar-pelajar Korea sangat berusaha keras untuk berjaya. Pelajar-pelajar Korea sanggup untuk masih berada di sekolah sekalipun jam sudah menunjukkan 9 malam semata-mata mahu belajar kelas tambahan dengan guru. Yang balik awal pada jam 5 petang pula biasanya akan terus ke kelas bagi aktiviti belajar kemahiran, seperti muzik, menari, komputer dan lain-lain.

Dan motivasi ini juga dibantu oleh dorongan dan sokongan daripada ibubapa dan guru.

Ibubapa Korea sangat memberi tumpuan pada pembelajaran anak-anak mereka. Guru juga sanggup bekerja sehingga ke malam (Ya! Saya sendiri yang saksikan) semata-mata untuk mengajar anak-anak murid ini.


Pendapat saya, untuk kita mempunyai sistem pendidikan yang baik, ianya perlu disokong kuat pihak kementerian, yang disokong kuat oleh guru, yang disokong kuat oleh murid, yang disokong kuat oleh ibubapa, yang disokong kuat oleh masyarakat, yang disokong kuat oleh pihak kementerian. Sokong menyokong antara satu sama lain. Boleh faham? hu hu hu..

Usaha ini tidak boleh hanya dimainkan oleh satu pihak. Ianya adalah kolaborasi sebanyak mungkin pihak dengan sesungguh azam mahu memperbaiki kelemahan diri. Bukan hanya menuding jari kepada satu-satu pihak. Sebaliknya bergerak bersama-sama. Dan yang paling penting adalah memastikan usaha murni untuk memperbaiki kelemahan itu secara beterusan tanpa sebarang kepentingan.

Jom sama-sama kita sebarkan lagi aura positif dalam kalangan warga pendidikan. Selamat maju saya ucapkan untuk saya, dan juga rakan-rakan yang lain juga!

Sumber blog Cikgu Hailmi.

* * * * * * * * * *

Cikgu Hailmi juga mempunyai blog iaitu www.cikguhailmi.com yang pernah disiarkan dalam Segmen Blog & Karier #8 pada suatu ketika dulu. Siapa yang berminat untuk mengikuti kisah perjalanan dan pengalaman beliau di Korea dan yang juga berminat untuk belajar lebih banyak tentang Korea Selatan (selain K-Pop ya), bolehlah melawati blog beliau kerana beliau ada buat catatan pengalamannya setiap hari sepanjang berada di sana.

Beliau juga mempunyai saluran video Youtube sendiri yang banyak berkongsikan video berkaitan eksperimen sains serta pengalaman mendidiknya.


Kagum aku. Harap dengan guru2 seperti beliau serta program2 seperti ini dapat sedikit sebanyak memperbaiki landskap pendidikan negara kita atau paling tidak pun melahirkan generasi akan datang yang lebih baik dan bermutu dari segi ilmu pengetahuan dan akhlak sahsiah.



tags: sistem pendidikan korea selatan south korean pengalaman kunci kekuatan kejayaan blog cikgu hailmi youtube ciri-ciri

13 ulasan:

  1. Satu perkongsian yang baik

    Pendapat aku
    Dari perpekstif positif memang bagus dan harap dapat diaplikasikan juga di sini

    Walaubagaimanapun, dari segi negatif nya juga seperti komen aku sebelum ini, diaplikasikan tanpa mengambil remeh tentang sisi sebaliknya

    http://www.aljazeera.com/indepth/features/2013/12/south-korean-students-wracked-with-stress-201312884628494144.html

    Apapun satu aktikel yang menarik

    Cool Guy

    BalasPadam
  2. untukmenaikkan taraf pendidikan melesia 1st skali yg mesti kita buat adalah campak najib &menteri bangang dlm sungai klang secara berjemaah..

    btw.. ProoooOOOOOoooOoOoOOoottttTtTTTtT d muka si rosli. Arghh lega baq aaanggg

    -presiden KeTepi-

    BalasPadam
    Balasan
    1. Then....what is the next step? Siapa pemimpin yg betul2 layak jadi menetri pendidikan n PM yg anda sanjung? Share sikit....

      Padam
    2. pemimpin yg layak of cos la presiden KedepaN. try ko tgk entry ni. sebijik cam apa yg Kedepan cakap. degree berasaskan kepandaian. All Hail Presiden keDepan.

      -presiden keBelakang-

      Padam
    3. Ayam Afrika pun boleh jadi Menteri Pelajaran. Kalo ko setuju, aku nak jumpa Agong mintak perkenan.

      Padam
    4. Si Macai Ayam Afrika, lu nie anak orang kaya ke atau memang otak macairian?

      Padam
  3. Maka apa yang dikatakan oleh KEDEPAN selama ini adalah benar.......

    BalasPadam
  4. Konsep sy...buang yg keruh, ambil yg jernih....x semua boleh diguna pakai, tp bukan semua transformasi senang nak dilakukan, lg2 kalau buat complete overhaul system.

    Yes, bergantung pada pemimpin sendiri...tp komen sy pasal sistem pendidikan skrg ialah sistem sekarang byk bergantung kpd keputusan pendidikan semata2 utk dpt kerja, sedangkan pelajar yg less smarter atau ketinggalan tidak berupaya nak kembangkan potensi n kelebihan mereka dlm dunia sekolah....idea utama ialah nak mencetus kelebihan masing2..x semua manusia dilahirkan pandai, once mereka tahu kelebihan mereka, then easier for them nak kembangkan kelebihan n membantu dalam dunia pekerjaan especially nak dpt kerja.

    Typikal situasi berlaku..lepas dpt result spm baru nak cari kelebihan masing2 utk dpt kerja yg non-exac kategori. The end result yg kita nak ialah mereka mampu membina kerjaya sendiri berdasarkan kelebihan masing2.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Macam nie la ayam. Tak payah beriya sangat pendapat tu. Buang yang keruh? Lu ingat senang? Lu dah hilang sifat macai ke belum?

      Padam
  5. Pendapat saya, orang korea kebanyakannya tiada agama, so objektif kehidupan diorang cuma duit dan kejayaan, sebab tu industri plastik memplastik tubuh badan berkembang subur sebab mereka nak nampak semuanya sempurna, bagi mereka rupa paras cantik antara faktor untuk mudah berjaya,

    Adakah ini yang kita mahu untuk anak-anak kita? mereka terlalu komited untuk berjaya sehinggalah apabila mereka gagal, mereka akan membunuh diri (cuba tengok proses pembelajaran, berapa ramai yg terlibat, bila gagal mereka rasa bersalah kepada semua yg terlibat), cuba try tengok kadar bunuh diri negara korea selatan, tinggi woo, tak silap yang paling tinggi di dunia

    Saya suka dengan keadaan kita sekarang di Malaysia, semuanya serba sederhana, mahu berjaya atau tidak terpulang pada individu, peluang disediakan kerajaan dan persekitaran, terpulang kepada individu untuk dapatkan

    Saya bercuti di korea saya dapati kebanyakan mereka tak ikut pun perkembangan hiburan mereka (kita je terkinja-kinja nak follow), semuanya fokus dengan kerja masing2, dari pada penghantar makanan hinggalah kepada manager, semuanya fokus pada kerja umpama kerja itu nyawa mereka, dari sudut ekonomi dan duniawi itu memang patut dipuji..

    Jangan salahkan kerajaan atau ahli politik, salahkan mentaliti kita sendiri, kita sendiri yang yang wujudkan monyet2 politik ni (tak kira PR atau BN atau PHR atau kejadah), mentaliti kita pentingkan diri dan pandang manusia mengikut keturunan dan darjat shj, budaya Malaysia tak sesuai untuk mencapai apa yg diperolehi oleh negara seperti korea selatan atau jepun atau apa sahaja..

    BalasPadam
    Balasan
    1. La.. hang x tau ka bunuh diri tu satu kerja mulia bagi org yg malas berpikir dan hidup ngabihkan oksigen sbb x berdaya maju serta menyusahkan orang lain? Babi dan anjing yg haram dimakan pun x menyusahkan orang seperti pak2 menteri kita hinggalah ke JKKK, tok2 imam dan mufti2 serta para pegawai kerajaan dan swasta.

      Mmg ramai meleis2 ni patut bunuh diri saja spt ramai menteri2 UMNO dan BN.

      Cuba bayangkan, betapa bahagianya rakyat kita tanpa mereka2 yg bodoh juga berpura2 bodoh memperolok2an minda rakyat ini telahpun membunuh diri dengan sukarela. Ini adalah ibadah suci mereka terakhir iaitu berhenti bernafas dengan membunuh diri yang mana mereka tidak akan menyusahkan kita lagi selepas mati dgn cara terhormat.

      Nak majukan bangsa, bunuhlah diri. Tanpa anda, bangsa dan agama akan menjadi maju. Berjanjilah dan bersetialah.. demi Allah kita akan maju. Selagi anda tak mampos, selagi itulah berpotensi menyakitkan hati rakyat dan anda berusaha menyusahkan orang ramai.

      Padam
  6. Adakah cikgu yang bermotivasi tinggi setelah balik dari negara darul Kpop ini akan kecewa hiba jatuh tersungkur layu akhirnya kerana mempelajari realiti yang amat perit; bangsa melayu bukanlah bangsa yang terdidik dengan nilai nilai murni seperti masyarakat barat, korea dan jepun. Anda boleh bertanya secara lanjut dengan tun M atau membaca bukunya malay dilemma dan doctor in the house. Diharap agar cikgu yang bersemangat ini bersedia untuk menghadapi realiti hidup di malaysia dan tidak melabel bangsanya dengan pelbagai gelaran yang jijik dan menghina seperti mamat2 dan minah2 perasan bagus, poyo dan kaki reverse psycho yang bersepah merata rata di seluruh negara offline dan online, termasuklah sebahagian yang ada dalam blog ini

    BalasPadam
    Balasan
    1. Haha.. cakap la yang hang ni bangga menjadi bodoh dan bersedia untuk membunuh diri daripada terus menjadi punca beban hidup kepada masyarakat kita untuk maju.

      Percayalah, ibadah terakhir yang paling suci untuk hang ialah dengan membunuh diri dan berhentilah bernafas. Aku jamin, demi Allah, dengan kemamposan spesis seperti hang ni, Malaysia mampu maju.

      Anda bersedia? Jangan jadikan agama sbg alasan hang takut untuk membunuh diri. Demi memajukan bangsa dan agama yg ada ini, tolonglah mampos dengan segera. InsyaAllah kami akan teruskan cita2 memajukan Malaysia tanpa perlunya akan keberadaan anda. Sekian Terima Kasih.

      Padam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.