Perasan tak jalan cerita dalam novel, drama atau filem cinta melayu sekarang biasanya adalah hanya semata2 demi melayan perasaan dan memenuhi mimpi serta angan2 wanita kebanyakan yang tidak kesampaian, seperti angan2 nak berkahwin dengan lelaki kaya yang juga sado, kacak, romantik, alim, anak Dato' dan sebagainya lalu menjadikan ciri2 tersebut sebagai kayu ukur bagaimana seorang lelaki dan suami itu perlu jadi sempurna seperti mana watak2 dalam novel dan drama kegemaran mereka semata2 untuk memenuhi impian2 mereka yang sangat tidak realistik itu?
Aku tahu yang longgokan novel cinta Melayu ni memang mereputkan pemikiran kaum2 wanita, malah cerita2 macam inilah yang mencorakkan pemikiran segelintir wanita Malaysia yang ada pada hari ini.
Namun dalam hal ni aku taknaklah komen banyak sebab dari dulu lagi pun dah macam tu, lagipun benda tu berlaku sebab ada demand, maka bila ramai kaum wanita yang demand cerita2 cinta khayalan macam tu, maka banyaklah juga supply orang yang buat cerita macam tu.
Cuma aku perasan amat jarang sekali diterbitkan novel, drama dan filem cinta melayu yang jalan ceritanya memenuhi impian dan angan2 lelaki kebanyakan yang juga tidak kesampaian sukar untuk dikecapi, seperti kahwin ramai misalnya...
Ya... kaum lelaki pun mahu berangan juga.
Maka sebab itu aku menulis dan menghasilkan komik kolaborasi "Antara Cinta dan Sahabat" ini demi memenuhi impian dan angan2 kaum lelaki pula.
Jika anda seorang lelaki yang juga mempunyai angan2 yang sama, jangan lupa untuk UNDI 5 bintang huhu.
* Komik di atas adalah sedutan daripada buku Buasir Otak: The Komik [RELOADED] yang baru. Ada banyak lagi komik menarik di dalam buku Buasir Otak: The Komik ini. Untuk membeli boleh klik pada gambar di bawah:
tags: drama novel cinta melayu khalayan realistik kahwin paksa anak dato kaya hensem kacak sado macho alim ustaz warak
jadi Tanpa Nama la novel menadah muka untuk terima kentut dari hamba yang baik lagi disayangi ramai ProooooOoOoOOoOOOOOTTTTT~!!!! arghhhh lega gua habaq kat bapak hang!
BalasPadambagus seriously hang memang handal membuat tajuk novel yang panjang seperti novel ringan jepun, good job!
PadamAda lagi manusia SADO dan bangang tak henti-henti setiap hari dan posting berlagak macho kat BO ni. Kot-kot boleh menyumbang kebaikan kpd pembaca lain.
PadamKasihanilah diri sendiri. Buatlah kerja-kerja berfaedah lain sbb entah bila kita akan mati pun, kita tak tahu. Takkan la amalan kosong begini nak dibawa masuk kubur?
Hidup ni x lama En Rosli ku sayang.. ingat 5 perkara sblm 5 perkara. Tempang salah satu, nak kembali ke adalnya mmg susah dan tak mungkin dpt kutip kembali masa yg sis-sia kita amalkan.
si rosli lupa nk tukar jd anon ke nak puji diri sendiri tu? keh3
PadamKomik Noob bakal dikecam hebat oleh golongan feminists, hahahaha! :p
BalasPadamProooooOoOoOOoOOOOOTTTTT~!!!!
Padam-sirosli-
setuju!!!!
Padamhahahaah nak undi 5 bintang jgk!!!
BalasPadamsemalam nampak satu novel di kedai sokabar....Encik Suamiku Hipster.....watdeffff.
BalasPadamAbang sado jemur kain....watdefff...
suamiku mat komik + sirosli
Padam-sirosli-
Hurmmm... mungkin tiada demand dari penonton atau pembaca yang nak tengok atau baca cerita lelaki berangan atau impian seorang lelaki.
BalasPadamLagipun impian lelaki itu-itu sajalah nak kahwin ramai takde ke impian lain yang lebih teror lagi dari kahwin ramai tu?
Tapi memang tak setuju bukan semua novel melayu teruk ada juga yang ok.
Contoh novel-novel karya RAM.
Nantikan novel terbaru dari saya Joyah Jilbab bertajuk Payung Emas Untukmu Sayang. Sebuah novel yang berkisar tentang perkongsian kasih sayang, cinta dan juga harta demi kelestarian umat manusia. Terbitan kaki poligami press.
BalasPadamanazarin berbicara hahahahaha
BalasPadamkalau diorang buat drama bersiri lelaki kawan ramai, mesti drama tu kena kecam.
BalasPadamMasa aku darjah 6,aku asyik nampak kawan-kawan perempuan banyak seludup novel cinta khayalan macam tu.Aku pun bacalah novel merapu tuh pastu suka baca novel gitu-gitu sampai form 2 tapi takdelah ketagih sangat.Komen aku masa tu : Bestnya! / Ada sambungan lagi tak? / Nak kahwin laki perfect camni jugaklah! (bila ingat balik rasa menyesal pulak cakap camtu TT_TT Nama pun zaman jahiliah!)
BalasPadamStart form 3 aku dah gila kurang baca novel camtu.Nak tumpukan perhatian untuk periksa besarlah katakan... tapi aku tak pasti apa yang aku buat ni benda betul ke tak sebab apa yang aku buat ni sungguh menentang arus mentaliti wanita kaki novel.
Alhamdullilah,bila dah jumpa entry Noob pasal keclichean novel terlaris melayu aku gembira sangat sebab apa yang aku buat selama setahun dua ni ada juga yang ambil berat! :")
Sekarang? Aku dah stop sangat baca novel cintan cintun! Tak pun baca sekerat jalan. Tapi kalau dalam cerita tuh lagi banyak cerita pasal genre lain aku baca dengan senang hatilah jugak.
Contohnya macam novel Air Mata Kasih karya Norhayati Berahim.Bagi aku part romance dia sikit jer sebagai perencah buat pembaca tapi kalau takde pun lagi bagus sebenarnya sebab cerita lain masih aku boleh kasi 5 bintang. :/ Mostly pasal rencah kehidupan,family love, dan favourite aku pasal bussiness walaupun aku tak power pasal niaga bagai nih. :P At least, adalah istilah business yang aku tak tahu selama ni aku dah tahu sekarang. :E
Bukanlah nak remukkan hati si penulis novel cinta fiksyen tapi kalau boleh buang-buangkanlah keclichean tuh sikit-sikit biar orang pompuan sekarang tak asyik berangan ataupun terasa.Aku bersyukur Noob post entry camni (sekali lagi).
Sebelum ini aku pernah jer ajak kawan-kawan banyakkan baca karya genre lain macam seram ke sains fiksyen ke lagi bagus yang ilmiah dan agama biar otak diorang tak asyik melekat kat genre cinta semata-semata takut tepu otak dengan angan-angan sampai tak nampak realiti.Tapi aku kena kecam kot! I mean relaks lah, aku ajak jer bukan paksa pun? = 3 ="
Agaknya kalau ada novel cinta untuk lelaki macam nilah kot jadinya? Kena kecam si penulis novel cerita camtu ngan wanita kaki novel. Lagipun orang perempuan kan mostly feeling gila bila baca novel. Bila baca part yang dia tak suka mulalah nak maki hamun padahal cerita jer kot... :0< Sabar jerlah... (aku kata mostly bermakna tak semua tau, siapa makan cili dialah yang terasa pedasnya~ :D )