Kenapa saya tidak merrepak di Facebook sahaja? Kan, ramai buat begitu. Maaf, ia tiada dalam Rancangan Malaysia Ke-11. Saya mengamalkan penyiaran pernyataan yang benar-benar saya rasa perlu sahaja. Maklumlah, saya bukan Generasi Y atau millenials. Terlalu asyik mahu kedapatan di alam siber, tidak menepati manifestasi privasi yang lebih mahal dari nilai sekantong emas.
Tidak juga saya mencemburui kenalan dalam Facebook yang masuk kategori prolifik. Selang sejam mesti ada yang diutusnya. Kalau bukan berbentuk perutusan pun, dia akan kongsi segala benda dari berita sahih hinggalah kepada jelmaan puntianak di Terowong Menora.
Ramai yang menekan butang LIKE. Kalau dapat berpuluh-puluh itu, terasa diri sangat popular. Ada ulasan lagi bagus. Boleh bersoal jawab, berpantun seloka sampai letih. Peduli apa kalau orang naik hairan, kalau sudah selang sejam mengutus di Facebook, bila masa dia buat kerja azalinya? Eh...saya tidak cemburu. Hairan sahaja. Tidak ajak berdebat pun.
Kalau tidak cemburu, apakah meluat? Bab ini saya berhati-hati. Perkataan "meluat" terlalu kuat kerana ia penuh konotasi benci dan bosan. Seandainya sudah mencapai tahap tersebut, bermakna saya sudah "gibab dan fedap" serta tidak mahu lagi "kipidap".
Berikut saya huraikan tujuh faktor mengapa timbul perasaan tidak senang saya dengan kandungan Facebook sekarang:
1. #riaksiber
Ini adalah hashtag yang kononnya menghalalkan sesiapa sahaja untuk menunjuk-nunjuk, riak dan takbur dalam Facebook. Bersama gambar lawatan ke Stadium Old Trafford, keterangan gambar ditulis #riaksiber. Kau ada?
Satu lagi semacam trend di Facebook ialah pergi Mekah pun boleh ambil selfie dalam Masjidil Haram. Banyak-banyak tempat, di Tanah Suci juga dibuatnya selfie. Apa salah? Ini cara dakwah mengajak awak turut sama ke sana. Sekarang diam.
2. Semakin banyak berita ditulis wartawan tidak bertauliah
Saya ini makan gaji sebagai wartawan. Ikut borang permohonan visa, kerjaya saya dikategorikan profesional media. Antara prinsip yang dipegang ialah kalau tiada kesahihan, jangan laporkan. Tetapi di Facebook, segala benda dilaporkan oleh wartawan bebas ini yang hanya menjunjung prinsip "kebebasan bersuara" tetapi menolak keperluan periksa kesahihan.
Kasihan melihat rakan-rakan yang terpengaruh, menempel berita dari wartawan bebas tersebut dan kemudian mengulas panjang-lebar. Walhal, ia palsu.
3. Ramai pakar agama yang bertaraf mi segera
Kita kongsi berita ahli sukan negara menang pingat emas. Di sebalik mengulas kemenangan yang sukar itu, mereka lebih cenderung jadi ustazah, ustaz Facebook. Bagus niat mahu memberi kesedaran. Tetapi buatlah tanpa mengakibatkan agama kita dimomokkan dek pendirian ekstrem mereka.
4. Sebilangan penulis blog yang diikuti, terlalu partisan
Sejak beberapa tahun ini, saya jadikan Facebook sebagai pusat sehenti untuk mendapatkan berita atau ulasan penulis blog. Sejak awal tahun ini, mereka bagaikan sudah hilang kompas. Sepatutnya kompas tunjuk utara. Tetapi makin kronik pula ke timur, ke barat. Kasihan.
5. Platform mudah sesiapa sahaja mengulas tentang agama orang lain
Apa sahaja berkaitan Islam, dijadikan berita oleh portal berita bukan kerajaan yang ada juga ditulis oleh wartawan mereka yang beragama Islam. Masalahnya mereka lebih cenderung mengutarakan sudut kontroversi, negatif dan liberal tentang Islam.
Memang ada dalam kalangan umat Islam di Malaysia yang liberal. Tidak kisah. Itu hal dia dan amalannya. Cuma kesan buruk ialah mereka ini mendorong bukan Islam untuk pantas mengulas hal Islam dalam cara kurang manis.
6. Rasa jengkel melihat individu tertentu berbahasa pasar
Ada sebilangan pemilik akaun Facebook merupakan nama besar di negara ini sama ada dalam disiplin kerjaya mereka atau pendirian politik mereka. Saya ikuti mereka. Tidak salah bercambah idea walaupun tidak semestinya setuju. Yang tidak sedap bila mereka berbahasa pasar dengan mencarut sembrono. Normal sangat.
7. Ketagih publisiti dengan menyiarkan pernyataan kontroversi, kononnya dialah paling liberal dan pintar.
Golongan ini tidak sama seperti orang di atas. Mereka belum popular dan belum cukup besar. Namun mereka mempunyai sasaran untuk mencapainya. Bagaimana? Dengan menyiar apa sahaja dan bantai sesuka hati. Kasihan juga.
Jadi bilakah agaknya saya akan menutup akaun Facebook? Belum hari ini. Esok pun belum tentu. Biarlah. Yang menyerupai tujuh faktor di atas, kita buat tidak nampak saja.
Kredit: Johardy Ibrahim @ Utusan Malaysia.
1. Simpati
Check in kat hospital siap snap gambar sambil ayat sendu2 suruh doakan anak, suami etc.. padahal nak bagitau check in kat Prince Court Hospital… pesakit pun cuma demam manja2 je.. Kata lah warded kat GH, mati hidup balik takkan ‘check in’ status fb kan.. huhu
2. Background
Snap gambar anak dalam umah dengan caption ‘alahai anak mama ni bla bla bla…’.. padahal nak tunjuk sofa, tv or perabot baru yg jadi objek latar belakangnya.. Yerla kalau tak buat macam tu orang tak tau kan.. Takkan semua orang nak jemput datang rumah..
3. Rezeki
Syukur tak henti2.. ‘Alhamdulillah rezeki yang semakin melimpah ruah, makin masyukk..bla bla bla’.. Alhamdulillah itu dan ini.. padahal nak orang tau betapa mewah atau kayanyer dia sekarang (sebenarnyer takde pun).. Kalau ikhlas nak bersyukur, terus lah sujud kepada Allah swt.. sesungguhnya Allah itu ada dimana2.. tak perlu guna fesbuk sebagai orang tengah!!
4. Aset
Tangkap pic dalam kereta…eh pastinyer kena nampak stereng sekali.. Caption, biasala.. ‘Ala jam la jalan… gud morning semua.. letih la hari ni.. etc etc..’ Padahal nak tunjuk lambang kat stereng kereta tu.. Hello kalau bawak Lamborghini ke Porche ke ok la.. Setakat Honda, Toyota, Nissan dan yang sewaktu dengannya, rentikanlah dik !
5. Check In
Check in kat shopping mall dengan status ‘shopping untuk hilangkan stress’ atau ‘ahhh hari2 shopping, abes la duit i..’ atau ‘hmm I kalau bershopping mcm ni la..susah nak berhenti’… hahaha kelakar kan.. sebenarnya nak bagitau orang lain yang dia banyak duit boleh shopping hari-hari. Ade yang jenis siap snap gambo paper bag lagi, nak tayang brand.. nak lagi parah siap snap tanda harga.. kalau gitu sah lah, korang ade penyakit ‘CULTURE SHOCK’ !
6. Oh Anakku
24 hours duk update pasal anak dia.. anak dia la paling cerdik, anak dia la paling comey.. mcm orang lain takde anak.. takpun sibuk update pasal Laki dia.. Laki dia la yang paling kaya, laki dia la yang paling loving, laki dia itu laki dia ini.. hmm yunk memangla itu facebook awak, tapi awak bukan Kate Middleton atau Diva Siti Nurhaliza. Orang tanak tau setiap inci pasal keluarga awak!!
7. Selfie
Tangkap pic sendiri (mulut biasala muncung, herot segala bagai), dengan caption ‘muka tanpa mekap..mata panda letih tak cukup tdo bla bla bla…’ dengan harapan ade la orang lain komen.. “eh u still nampak comel la.. nampak muda la dari umur sebenar etc etc” hmm.. lu pikir la sendiri..
Kredit: Selongkar10.
* * * * * * * * * *
Di bulan puasa ni, kurang2kanlah ambil gambar berkaitan amal ibadah, post status2 bagitau orang lain akan kebaikan dan amalan yang kita lakukan, kalau dapat elakkan langsung. Kita bukannya baru nak puasa, kita dah lakukannya bertahun2, tak payahlah nak beria sangat bagitau kat orang lain apa alam ibadah yang kita dah lakukan. Kalau sekadar menasihat dan mengajak rakan2 lain melakukan kebaikan takpe lah jugak.
Yang sebenarnya cara paling bagus untuk membuat dan melakukan kebaikan dan kebajikan adalah dengan terus buat sahaja. Tak perlu umum dan war-warkan dulu kat Fesbuk.
Baca artikel yang berkaitan:
- Budaya riak dan takbur tanpa disedari
- Tiada niat menunjuk tapi tunjuk pada orang lain
- Apa hukum merakam gambar sendiri atau Selfie?
- Wanita suka tayang kebahagiaan berbanding lelaki
- Bahagia milik kita itu biar kita sahaja yang rasa
- Kerumitan menegur dan menasihat di media sosial
tags: riak sombong di alam siber maya zaman moden yang ramai orang buat di laman sosial dalam facebook twitter fb instagram
Tak semua point diberikan saya setuju.selalu la pikir positif.ke komen saya ni pun disalahertikan konon2 tunjuk baik pulak?lulz
BalasPadamSaya tahu awak hanya kongsi point dari orang lain.
Selamat menyambut bulan Ramadhan. :)
Go back to ur 1000 instafag-llowers m8...
PadamU cheeky scrub... Get rekt...
1v1 me rust pvp...
I swear on me mum i will rekt ur little lamborghini twitter using baby With my 420 Kamehameha noscope...
Bitxh
Selamat berpuasa
BalasPadamyang sy perasan...fb ni membuatkan manusia dahagakan perhatian manusia....bukan nak perhatian dr Allah swt. So riak, x ikhlas, meraih simpati, fitnah berleluasa di mana2
BalasPadamFb, twitter, istagram, blog sme dah jadi lubuk fitnah, mngupat, tipu, caci maki, bukak aib org, riak, tmpt nak menunjuk alim, nk tunjuk gengster, taik politik dn macam2 lg.
BalasPadamHati2 la sll zaman siber ni.
Tgh terfikir..adakah Dajal yg kita fikirkan seorang makhluk sebenrnya adalah Internet/Facebook? hmmm.....
PadamSaya baru masuk fb saya setelah hampir setahun tidak masuk.
BalasPadamMemang betul. Banyak gambar-gambar riak, gambar promote itu ini (laman gambar lucah pun ada :( ), kenyataan penuh benci, fitnah. Rasa meluat dan sedih.
Saya rasa fb banyak merosakkan akhlak dalaman masyarakat. Seolah-olah hidup untuk menunjuk-nunjuk.
Ada 1 tertinggal ..=)..
BalasPadam8. Berdoa di Facebook
Point ni , selalu buat i confuse kenapa kena berdoa di FB. ?
Rasanya lebih sesuai kalau dia tadah je la tangan tu doa. Tak payah nak susah2 type. kan..?
Ke camne ? #eh .. confuse lah.. haha ..
semua ni aku pernah tgk kt FB. biasanya aku x baca; tgk sekali imbas. wall masing2, memang ada yg syok sendiri/ riak
BalasPadamPokok pangkalnya hati. Yang baca pun hati kena bersih. Pandang yg elok-elok saja.
BalasPadamsetuju .. =)
PadamPokok pangkalnya hati. Yang baca pun hati kena bersih. Pandang yg elok-elok saja.
BalasPadamBersangka baik.. kita pun tak nampak dgn jelas kehidupan masing-masing. Positif je lah walaupun..huhuhu
BalasPadamMay be mereka mencari sesuatu utk kekuatan diri. Tak apa Allah Amat Mengetahui.. "Support don't punish"