Iklan Leaderboard

Selasa, 9 Jun 2015

16 Berqasidah Ya Hanana dengan tarian helikopter

Tersebar di media sosial sebuah rakaman video majlis menyanyikan lagu Ya Hanana beramai2 sambil di tengah2nya seorang lelaki menari berpusing ligat macam helikopter. Aku tengok je dah pening, tak tau macam mana lelaki tu boleh pulak tahan sampai 5 minit. Berserban hijau, fanatik dengan zikir ciptaan sendiri, tinggalkan zikir yang diajar Nabi, kaedah berzikir yang tidak tahu asal usulnya, berpusing seperti helikopter, ditambah dengan gerakan2 badan yang tidak tahu mengapa sebabnya.



Yang ni pula majlis Ya Hanana yang dah macam disko, tak pasti di mana sama ada di Malaysia atau di Indonesia.


Walaupun video2 tersebut agak lama, namun bagi yang tak tahu, Ya Hanana itu bukanlah zikir, bukan juga selawat yang di ajar oleh Nabi tapi lebih kepada lagu nasyid, puisi berlagu atau qasidah ciptaan sendiri yang liriknya bercerita tentang kerinduan umat kepada Nabi Muhammad SAW. Malah maksud 'Ya Hanana' yang diulang berkali2 itu adalah "Betapa Beruntungnya Kami", itu sahaja.

Aku bukan nak menghukum orang itu sesat orang ini sesat, tapi pada pendapat aku ia suatu amalan yang sia2. Ada yang naik syeikh berqasidah Ya Hanana sampai 1 2 jam. Jika mahu beramal dan beribadah, kenapa tidak amalkan sahaja apa yang diajar dan dibawa oleh Nabi? Kenapa tidak berzikir dan berselawat dengan cara yang sudah di ajar oleh Nabi?

Ada juga yang mempertahankan qasidah Ya Hanana dan mengatakan anggaplah Ya Hanana sebagai salah satu cabang berhibur yang kita perlu lihat Ya Hanana dan lain-lain nasyid seumpamanya itu sebagai salah satu daripada sumber menghiburkan hati.

Bukan tak boleh berhibur dengan qasidah dan nasyid, tapi tak perlu jadikan ia seolah2 kelihatan sebagai sebuah amalan ibadah dan seperti ritual keagamaan ditambah pula dengan pelbagai gerakan dan tarian kerana ia boleh menimbulkan banyak salah faham terhadap umat Islam terutama umat2 Melayu yang tidak pandai bahasa arab sehingga menyangka yang qasidah Ya Hanana tersebut adalah satu bentuk zikir atau selawat. Macam kau nyanyi lagu nasyid Raihan Iman adalah Mutiara lepas tu buat gerakan pelik2, menari dan berjoget ramai2 sambil ditengah2nya ada orang buat tarian breakdance.

Boleh rujuk ceramah beberapa ilmuwan2 Islam mengenai menari/melompat sambil berqasidah atau berzikir ini, ada yang pandangannya lebih lembut adan ada juga yang lebih keras:







Kalau benar2 nak berhibur cara Islam, baca sahajalah zikir dan selawat, atau baca Al-Quran, atau tuntut ilmu agama kerana menuntut ilmu juga boleh jadi hiburan juga.

Dalam bab dan urusan amalan berkaitan agama, bagi aku lebih baik kita buat dan utamakan apa yang Nabi buat dan ajar. Bab ilmu agama tak boleh disamakan seperti ilmu sains, teknologi, matematik, fizik dan lain2 ilmu duniawi. Ini apa yang Nabi buat pun kita masih lagi terkontang kanting dan susah nak buat dengan baik, kita tokok tambah dan lebih utamakan pula amalan tambahan lain yang langsung Nabi tak ajar.




tags:ya hanana yahanana zikir qasidah puisi sajak berlagu nasyid tarian helikopter disko disco lelaki perempuan joget pusing maksud lirik betapa beruntungnya kami amalan ibadah habib syech abdul qadir as-segaf tariqat naqsyabandi al-aliyyah syeikh nazim al-haqqani majlis fatwa sesat ceramah penjelasan ustaz zaharuddin uai azhar idrus dr asri maza maulana muhammad asri yu idris sulaiman fakhurrazi

16 ulasan:

  1. Ya Banana....

    C++
    CipanTapirTenuk.Blogspot

    BalasPadam
  2. Mcm2 org zaman skg ni.seram plak tgk gmbr yg plg ats tu..nauzubillah

    BalasPadam
  3. Yahananananananaaaa

    Banananananaaaaaaaa

    Kepala bana

    BalasPadam
  4. Rasa tarian ni ada persamaan dgn negara arab area turkministan, turki atau sekitarnya...tp x silap sy just tarian kebudayaan, x tau plak sekali dgn zikir.

    Papepun org melayu pantang ada unsur hiburan dlm sesuatu acara...nyanyian dan tarian berpisah tiada dgn org melayu.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Actually ini budaya tarian turkish othmanniyah dalam sekitar tahun 1600...
      Pada masa tuh zaman kegemilangan empire islam turki sebelum jatuh sebab kalah race nak teroka benua amerika yg penuh ngan red indian masa tuh...
      Ye... Orang islam pun nak try jugak colonize emas2 amerika time tuh...
      Malangnye dioramg fail as they were slap to the ground...

      Padam
    2. Ayam, mungkin kau bukan orang Melayu...tapi kalau kau ME LAYU, aku kesian kat kau...simpati teramat sangat...bodo piang tak ingat...aku rasa kalau mak ayah kau buat salah kau lah orang pertama yang kritik....macam kau bagus gila babi.

      Padam
  5. Tarian Sufi Mavlana rumi, ahli Sufi popular di Turki. Sangat popular di Konya, boleh buat bacaan lanjut pasal tarian Sufi ni supaya penulis ada lebih info.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ye tarian helikopter le tu.. turki la sgt

      Padam
  6. Ya banana, ya banana, kepala bana!

    BalasPadam
  7. Sila baca pasal Sufism. Thanks.

    BalasPadam
  8. aku tgk dia pusing dgn aku2 pun naik pening ..

    buat yg nabi ajar sudah. selawat allahummasoliala muhammad. kan senang tu nabi ajar. xpyh nak menari joget jadah kepala bana mcm ni

    BalasPadam
  9. pening tengok dia pusing2...dia tak pening ke ek??

    BalasPadam
  10. Yup setuju tu. kadang-kadang rasa macam diarang yang sertai ni terlalu hyper. ish.

    BalasPadam
  11. Terbang tak?

    BalasPadam
  12. Lagi Gambar ... Jom Terjah !! >>> CLICK HERE !!<<<

    BalasPadam
  13. Harap jangan ulas tanpa ilmu. mohon maaf dan terima kasih

    BalasPadam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...