Dan kini ada pihak daripada Solidariti Anak Muda yang cuba menyerang semula Tun Mahathir dengan melancar dan mengagih2kan buku kecil atau booklet yang bertajuk Malasian Dilemma: Wajah Sebenar Mahathir yang menceritakan kelemahan serta mengungkit keburukan Tun Mahathir sewaktu pentadbiran beliau, dan buku tersebut diedar2kan kepada orang ramai secara percuma termasuk di pejabat pentadbiran kerajaan serta kuarters2 kakitangan kerajaan di Putrajaya dan lain2 tempat.
Buku diedar dan diletakkan di cermin kereta.
Che'gu Bard antara yang terlibat dalam pembikinan dan pengagihan buku ini.
Antara petikan isi kandungan buku:
Petikan buku diperolehi daripada Facebook page Sudahlah Mahathir.
Tak dinafikan masa zaman Tun Mahathir ada juga masalah dan isunya, namun tidaklah seteruk zaman Najib. Zaman Mahathir lebih kepada melibatkan dia sahaja dan tidak melibatkan kebanyakan rakyat, tapi zaman sekarang ia melibatkan ramai orang. Beli barang kena cukai, minyak naik, ringgit jatuh, kos sara hidup tinggi, rumah mahal, tol naik, projek gagal, isu 1MDB, semuanya melibatkan rakyat dan bukan Najib seorang.
Cuma persoalannya, why now?
Kenapa sekarang baru timbul balik isu Tun Mahathir dan beria2 nak serang dia pada masa ini? Kenapa tak bantai Mahathir tahun lepas, atau 2 tahun lepas, atau 3 tahun lepas, atau masa sebelum Tun Mahathir start bantai Najib? Adakah nak cover dan alihkan perhatian orang ramai terhadap pelbagai isu yang melibatkan PM Najib dan kerajaan sekarang?
Bagi aku, mengungkit masalah lama Tun Mahathir tidak akan menyelesaikan masalah DS Najib malah sama sekali tidak akan membuatkan kebanyakan rakyat menutup mata terhadap apa yang sedang berlaku sekarang.
tags: facebook sudahlah mahathir buku booklet malaysian dilmemma wajah sebenar mahathir keturunan mamak kronisme skandal penyalahgunaan kuasa #sudahlahmahathir kempen solidariti anak muda che'gu bard
Secara islamik....x elok jatuhkan aib seseorang..x kira aib najib atau mahathir...fokus kpd mcmana nak bangunkan Malaysia mencapai negara maju n wawasan 2020.
BalasPadamTp ada ura2 sy dengar sbb bila projek matahir x jalan masa era najib...masa 2 mahathir start attack najib..benda yg sama berlaku masa era pak lah. Senang cite, jika poket masing2 dah start kempis x kira poket sendiri atau ahli keluarga..start attack politik style.
Tp apakan daya..yg terhimpit sekali ialah rakyat..terbeban dgn kos sara hidup isu pertama, pas2 nak kita join org politik menjatuhkan musuh politik sendiri pun isu gak..tp outcome xde, janji dicampati tandori
agak2, bila ahli politik ni nak betul2 bekerja untuk rakyat ek?
BalasPadam-kartunster
"Tun Mahathir yang juga merupakan bekas Perdana Menteri ke-4" ralat boob.
BalasPadamRalat kat mana ya? Bukan dia memang bekas PM Malaysia yang ke-4 ke?
Padamler hai....dah la gambar edit mahathir pakai short tu...lagi kan plak chegu bard yang dah kosong dalam PKR plak sibuk.....
BalasPadamagaknya nak tarik hati atasan PKR kot...
aq sayang semua pm. knp mesti nak gaduh sampai mcm ni fitnah sana sini, dalam dunia ni x da sapa yg sempurna. sapa yg sanggup hidup makan gaji bila seseorang ada kuasa dan buat apa saja terutamanya di bolehland. kalau kita pon mesti jadi mcm ni salah guna kuasa, tiris duit dan sebagainya. Cuma satu nak bagitau
BalasPadamboleh jadi orang yg kita benci akan kita sayang suatu hari nanti dan boleh jadi juga orang kita sayang akan kita benci pada suatu hari. kesimpulannya terpulanglah mau jadi apa, mahu jadi buaya atau jadi hantu.
ingat semua org keji jijik mcm ko ke akan tiris duit bila ada kuasa?
PadamCmtu gaya penulisan seorang cikgu? Tulis booklet typo sana sini, refer wiki lg...lahai, kesian pulak baca.
BalasPadamMmg betul . zaman najib skrg rakyat susah. Suma brg naik. Dgn Gst tol naik. Zaman mahathir xda pun mcm ni..
BalasPadamPergh! Berani gila Chegu Bar,
BalasPadamKalau zaman Tun ni mau disumbat dalam ISA,
Tapi pelik kenapa tak disabit dalam Akta Hasutan, Mungkin penting pada Najib kot..
Pendapat saya berdasar melalui ceramah-ceramah Agama,
Kita boleh buka aib pemimpin sekiranya terdapat salah laku mengguna wang rakyat dan dizalimi,
Kerana ini melibatkan rakyat,
Membuka aib personal yang tak bolehlah...
Saya bagi contoh, kalau nak report dengan polis sebab kena rogol,
Takkan kita nak diam sebab nak jaga aib perogol.
Sekadar pandangan cetek dari saya...
Dr M tu wakil rakyat mana??ADUN mana? napa seluar pendek tu mcm skirt je...
BalasPadamAyat terakhir tu macam win.
BalasPadam