Selasa, 30 Jun 2015

17 Kenapa aku menyokong golongan gay dan lesbian?

Umum mungkin tahu bahawa di US, dengan kiraan undi para hakim 5-4, perkahwinan sesama jenis telah dibenarkan di seluruh negeri naungan US. Ramai juga yang menyambut dengan gembira dengan mempelangikan gambar profail mereka di Facebook. Ada juga yang menentang dan mangambil tindakan. Pendek kata, perjuangan pihak LBGTQ untuk mendapatkan hak asasi mereka sudah Berjaya sebaik sahaja keputusan Makahmah Tinggi US keluar. Presiden Obama sendiri menyokong keputusan itu.


Isu sesama jenis (gay) ini telah belaku sangat lama. Bagi muslim, ia sudah belaku ketika Zaman Nabi Luth. Di zaman Yunani pun wujud juga golongan ini. Pada awalnya orang amai memandang jijik pada golongan ini akhirnya menerima mereka atas dasar free love dan equality for all. Jadi, sebenarnya bagaimana golongan ini wujud? Ini antara pandangan saya yang tidak seberapa, mungkin betul atau mungkin salah. Terpulang kalian untuk berfikir.

Golongan ini saya bahagi kepada empat; gay yang biological, gay pada trauma, gay secara perceptive, dan gay secara culturally.

Gay secara biologi

Bagi yang belajar sains, tentu tahu pembentukan jantina bayi ditentukan dengan pembawaan gen kromosome ayah sama ada X atau Y. Bila sperma bergabung dengan telur yang memegang gen X, gubunga itu akan membentuk janin yang berjantina lelaki (XY) atau perempuan (XX). Ada Kes jarang apabila terdapat lebihan kromosome (XXY) seterus memberi kesan pada jantina tersebut dan bayi itu mempunyai alat kelamin lelaki dan perempuan ketika lahir. Bayi ini dikelaskan sebagai khunsa. Jantina bayi itu ditentukan dengan manakah alat kelamin yang paling domianan atau perwatakan bayi.

Selain itu, terdapat juga kes di mana seorang lelaki berwatak femenin dan perempuan watak kelakian disebabkan ketidakseimbangan hormone badan dan menampakkan kejanggalan fizikal dengan jantina sebenar, selain memberi pengaruh mental tentang seksualaliti diri mereka. Pernah juga Homoseksual diklasifikasikan  sebagai masalah mental di Amerika Syarikat sebelum digugurkan pada 1973.

Gay pada trauma

Antara cerita yang selalu didengar berkaitan sekolah lelaki/sekolah perempuan adalah wujudnya golongan gay. Junior menjadi mangsa seksual kepada senior yang lebih domain seterusnya membuatkan trauma tersebut berbekas yang mempengaruhi seksuliti mereka. Kes ini wujud namun tidak dihebohkan secara umum kerana bawah umur dan “menjaga air muka”. Ingat lagi kes pelajar Malaysia yang ditahan kerana jenayah pedophila? Selepas jadinya tangkapan itu wujud pula cerita yang meraka pernah jadi mangsa seksual oleh orang terdekat mereka termasuk pemanga yang sejenis jantina dengan pemangsa. Trauma ini lagi bahaya kerana belaku ketika kanak-kanak lagi dan beri kesan mental sehingga dewasa

Gay pada perspektif

Saya teringat dalam lagu Malkinmore (Penyayi Thrift Shop) yang saya tidak ingat tajuknya tetapi lirik lagu itu menunjukkan dia merasakan dirinya gay. Ada dalam temubual dia berkata dirinya berlainan kerana bersikap lain dengan budak lelaki sebaya seperti sentiasa mengemas katil yang dikira agak keperempuanan. Kanak-kanak ada banyak perpeksi yang belajar daripada sekeliling bahkan belajar mengenai suatu baik dan buruk dalam masyarakat. Persepsi yang dibentuk ini ditambah dengan pegangan moral dan etika oleh masyarakat sekeliling ituah akan meaham fahaman dan pandangan mereka tentang betul dan salah.Sebagai contoh, mungkin ada kanak-kanak yang merasakan mereka ini gay. Dengan perspektif orang ramai yang ok untuk jadi gay, seterusnya Menggalak mereka untuk “coming out” apabila ramai menerima komuniti ini.

Ada satu pandangan yang dipegang oleh majoriti “ Bebas buat apa sahaja asal tak ganggu orang lain”. Kenyataan ini merupakan “double edge sword”, kerana membenarkan orang buat benda salah asal tidak ganggu orang awam atau ayat “Ini antara saya dan Tuhan, jangan nak menyibuk”. Ini menyebabkan segala benda yang salah tidak perlu ditegah dan tindakan mencegah tak sampai pada objektif selagi perbuatan itu tidak melibatkan orang lain.

Gay secara culturally

Golongan ini boleh juga wujud dalam budaya suatu tempat dan diraikan. Negara jiran Thailand antara contoh. Mereka mengiktiraf golongan transgender sebagai sebahagian daripada kebudayaan komuniti setempat setelah sekian lama dan merupakan salah satu gender yang wujud di sana. Bahkan ada pertandingan ratu transgender dan perkahwin sesame jenis dan transgender.

Bagaimana di negara lain? Ia bermula pada era zaman Hippie yang mempromosikan “free love”. Pada era ini wujud istilah coming out yang bermaksud mengisytihar diri mereka gay pada keluarga dan kenalan mereka. Asalnya ramai juga menentang tetapi semakin lama pihak ini telah mengumpulkan Sympathizers bahkan majority menyokong adalah straight. Ditambah mereka gunakan sebaik mungkin kuasa majority dalam system pemerintahan demokrasi, pihak pemerintahakur dan meminda akta bagi benarkan perkahwinan sesama jenis. Soalannya kenapa ramai pihak straight boleh menerima golongan ini? Jawapannya kerana mereka sudah “terbiasa” dengan golongan ini melalui Pop Culture dan media.

Filem, drama dan media internet membiasakan diri masyarakat dengan golongan ini dengan memperkenal mereka dan perwatakan yang positif  dalam media. Dengan pendedahan ini secara berterusan, media pop culture telah “membiasakan” masyarakat dengan golongan ini dan merasakan tidak salah dengan orentasi seksual mereka. Media juga telah memaparkan bahawa terima golongan ini adalah sebagaian daripada “modern cultural norm”. Dengan ringkas, bahawa terima golongan ini adalah sebahagian daripada “benda betul” yang dipersetujui oleh masyarakat moden. Ada yang rasakan agama perlu ditafsir dengan menerima golongan ini atas dasar Tuhan yang menjadikan mereka sebegini. Sebab itu terdapat sebilangan kecil golongan Kristian dan pederi di Barat yang merasakan mereka tidak salah. Bahkan ada golongan Muslim gay dan Imam Muslim yang mengisytihar dirinya gay.


Mungkin penerangan ini ada benarnya ada yang silap. Saya sebagai muslim menolak idea homoseksual, tetapi sebagai muslim, saya juga menghormati golongan ini atas dasar “aku dengan agamaku, kamu dengan agama kamu”. Konflik ini boleh berterus hingga sekian lama yang akan datang. Menentukan salah dan betul itu di luar kuasa saya sebagai manusia lemah. Sempena Bulan Ramadhan ini, mungkin baik kira mengambil wuduk, buat solat sunat dan berdoa pada Allah beri kepada kita jawapan yang sebenar dan ditunjukkan kepada kita jalan yang lurus.

Artikel ini telah ditulis dan disumbangkan oleh Encik K.



* * * * * * * * * *

Ada ramai orang Melayu dan orang Islam yang jadi gay atau pun lesbian.

Aku tidaklah memandang rendah, memandang hina atau merasakan diri aku lebih atas daripada mereka kerana siapalah diri aku untuk menilai orang lain.

Sejujurnya aku sebenarnya menyokong golongan gay dan lesbian ini...

Ya, aku akan terus memberi sokongan, membantu, membimbing dan memberi semangat kepada golongan gay dan lesbian yang mahu berubah kepada jalan yang benar untuk kembali mengikut fitrah dan menjadi normal seperti orang lain.

Namun aku tidak sama sekali akan menyokong mereka jika mereka mahu golongan mereka diiktiraf dan mahu masyarakat menerima keabnormalan dan kecenderungan nafsu songsang mereka.

Aku masih merasakan hubungan gay lelaki dengan lelaki dan lesbian perempuan dengan perempuan dalam bentuk perkahwinan mahupun hubungan seksual adalah suatu yang amat jijik lagi menjijikkan.

Mula2 mereka perjuangkan hak berhubungan sesama jenis (lesbian, gay, bisexual dan transgender).

Selepas ini golongan pedofil pula perjuangkan hak berhubungan dengan kanak2 kecil (pedophile).

Kemudian akan ada pula yang perjuangkan hak berhubungan dengan adik beradik, ibu bapa dan anak sendiri (incest).

Akan wujud juga yang perjuangkan hak berhubungan dengan mayat.

Belum lagi yang perjuangkan hak berhubungan dengan dakimura waifu.

Lepas ni mungkin akan ada yang perjuangkan hak berhubungan dengan binatang (beastiality).

Tak mustahil akan ada pula yang perjuangkan hak berhubungan dan berkahwin dengan tangan sendiri.

Kenapa lah manusia ini begitu gigih suka sangat melawan fitrah.

Kita ni duduk kat dunia ni pun bukannya lama untuk kita perjuang benda yang bukan2 dan tak bermakna untuk hari kemudian. Masa tu berlalu dengan sangat pantas. Time korang pertama kali baca entry ni pun, mungkin dah 10 minit, 1 jam, 8 jam, 1 hari atau 1 minggu dah pun berlalu dari tarikh aku post entry ni.




tags: asal usul sejarah gay lesbian lgbt golongan pembahagian kumpulan punca lawan fitrah perjuangan memperjuangkan hak berkahwin marriage us court menang sah logo simbol pelangi rainbow

17 ulasan:

  1. Klau ada satu unsur kebaikan sekali pun dr segi agama untuk perkahwinan sejenis...aku setuju. Tp malangnya xde langsung. Kbnykn isu kawim sama jenis lebih didorong oleh nafsu...thats all. N yg menyokong selakunya jenis yg agama islam hnya pada nama tp x amalkannya. ataupun penganut tanpa agama.

    Bkn shj islam..pengganut buddha n hindu pun ada berlaku isu pengurangan pangganut yg lebih kepada tiada agama...seolah2 Tuhan x wujud n mereka tidak dihukum oleh Tuhan mereka jika buat satu benda di sisi agama.

    Kesimpulannya.....say no to LBGT atau seumpamanya. Jika sy dgr mana2 ngo atau parti politik yg menyokong benda ini...disebabkn mereka Allah akan bg azab besar kat negara kita dduk ni N semua org akan kena x kira baik atau jahat.

    BalasPadam
  2. Pernah berdebat dengan golongan LGBT melayu ni baru2 ni.Mula2 aku terangkan pasal agama islam yang melarang geng2 sejenis,ada yg x diterima siap mengaku atheis (atheis konon cuba letak dia kat situasi hampir2 mati, tengok mulut dia cakap apa).So aku try plak dari sudut sains (islam dan sains sebenarnya xleh dipisahkan), explain melawan fitrah bagai tp diorang balas sifat diorang adalah natural,tuhan yang jadikan kononnya.And then bile aku cakap apa guna kawen tp xde zuriat, diorang boleh balas manusia dah banyak buat kerosakan kat bumi,x perlu ditambah lagi.Haru betoi la golongan2 ni lepas tu kaitkan plak dengan kes dera anak baru2 ni (dia igt sume mak bapak suke dera anak kot).Yang paling lawak boleh plak keluarkan hujah banyak pasangan gay yang mengambil anak angkat padahal baru je beberapa post sebelum tu dia yg cakap pertambahan manusia hanya merosakkan muka bumi shaja.So apa yang dapat aku simpulkan diorang ni hanya berhujah untuk mempertahankan nafsu songsang diorang shaja.Diorang tak mau berubah so ciptala berbagai2 alasan untuk menang.Tapi yang paling sedih sebelum ni aku x tau pun golongan songsang begitu kuat kat negara ni sanggup bermati-matian mempertahankan nafsu mereka,sekarang aku baru sedar

    BalasPadam
  3. Noob, golongan LGBT ni selalu menggunakan argument yang mereka have no control over their sexual orientation, sama macam kau x boleh pilih dalam bangsa apa kau dilahirkan dan kat mana kau dilahirkan. Apa pendapat kau tentang perkara ni? Should they be blamed for something that they have no control over? -ns-

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hanya agama sahaja penjelasan yang lebih baik untuk mengatakan tidak kpd LGBT...sbb tertulis dalam Al-Quran dan pernah berlaku azab besar kpd umat manusia sebelum ni...mereka kat luar beranggap segala hujah mereka berasaskan logik semata2..tp kalau x percaya kpd Al-Quran dan Nabi..payah nak menang dgn diaorg. Siap ckp lagi aku jadi Gay/Les...xde papepun jadi kat aku..Allah x turun bala pun kat kita, maka Allah pun x kisah la kita nak jadi apa pun (dgn penuh riak)

      Nanti bila mati pening kepala nak kebumi cara mcmana...x pernah nmpk golongan mereka ni kaki sembahyang, yg lain lagi la kelam kabut.

      Padam
    2. Pada pendapat aku, sexual orientation bukan suatu yang tidak boleh dipilih seperti bangsa. Bangsa, ibu bapa, itu memang kita langsung tiada pilihan kecuali untuk terima sahaja, berbeza dengan sexual orientation, nafsu, minat dan sebagainya.

      Ia boleh berubah dan merupakan pilihan. Namun memilih sexual orientation selain daripada yang normal antara lelaki dan wanita adalah abnormal dan merupakan sejenis penyakit mental dan psikologi, ibarat anda memilih untuk berhubungan dengan anjing, bayi, mak sendiri, mayat, watak kartun dan sebagainya, tiada beza.

      Padam
  4. SAY NO TO LGBT, patut la aku tengok kat profile fb ada color rainbow rupanya geng2 lgbt ni punya kerja!? kurang asam tul dah la warna fav aku damn tul la! apapun ak setuju ngan noob lgbt ni pemula kejatuhan tamadun manusia.. sikit2 leps ni ngan binatang, pastu sezaman lagi boleh ngan adik beradik kawin ngan mak bapak sendiri wtf... manusia makin sakit jiwa... tapi takkan mengaku sakit jiwa... semuanya semata2 nafsu...

    BalasPadam
  5. in the beginning, God created Adam and Eve, not Adam and Steve.

    BalasPadam
  6. Dah xde cara lain. Liberalisasi seks bebas. Tu sja utk jdkn mereka straight smula.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Xleh bayangkan tgk kaum sejenis boleh staright.........dah byk kali try, layu gak. Haha!

      Padam
    2. Apa yg layu tu ayam? Lain mcm je bunyi komen kau ni, mcm xde iman di dada je?

      Padam
  7. Aku lihat masalah ni berlaku kerana apabila keinginan seseorang tu disekat, akhirnya mereka akan jadi lain.

    Contohnya, lelaki apabila mereka disekat dari berkahwin, atau mungkin tersekat berkali2, ditolak berkali2, mereka akan jadi putus asa, hilang keinginan dan jadi gay.

    Perempuan pula, mereka nak cari prince charming, yg perfect, smua nak perfect, terus menerus tolak lamaran, hingga sampai satu masa dah xde org nak. Mereka jd lesbian.

    Tambah pula zaman sekarang, mcm2 boleh dpt. Klu lelaki nak tengok orang perempuan, boleh cari je dalam internet. Konek palsu pun boleh dapat sekarang. Jadi golongan yg jadi lain ni berfikir, buat apa cari lelaki/perempuan, smua boleh dpat sendiri. Jadi mereka cari rakan yang sama dengan mereka dan puaskan kehendak batin mereka.

    BalasPadam
  8. kalu pompan kawin sama pompan yg laki kawin sama laki cam nak nak dapat anak ? makin pupus lah umat manusia kat bumi ni .......

    BalasPadam
  9. Betul.
    Manusia ni kemahuan dia infiniti.
    Kalau kasi rumah sesama jantina, nanti merebak laa nak lain juga.
    Sesama binatang, sama mayat, sama lubang tandas.
    Nanti mereka akan kata itu hak asasi individu....

    Doakan mereka yg terpesong kembali ke jalan yang lurus.

    BalasPadam
  10. Gay lesbian transgender dah boleh pindah ke US.

    BalasPadam
  11. ...sementara itu di UK anti gay akan dianggap golongan radikal, pengganas
    ==>http://www.dailymail.co.uk/news/article-3144195/Schools-told-spot-signs-pupils-grow-terrorists-amid-fears-middle-class-children-risk.html

    BalasPadam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.