Namun apa yang berlaku, Tun Mahathir datang ke majlis tersebut walaupun dikatakan tidak dijemput, Najib pula tidak dapat datang kerana faktor keselamatan, Ketua Polis Negara TS Khalid Abu Bakar mengarahkan majlis dialog bersama NGO2 tersebut dibatalkan demi ketenteraman awam dan keharmonian masyarakat, Tun Mahathir naik ke pentas untuk memberi ucapan, pasukan polis naik ke atas untuk memberhentikan ucapan tersebut, berlaku kekecohan dan PM tak gembira akan keputusan polis.
Aku tak mau cerita panjang, aku pun tak tau apa sebenarnya yang berlaku. Siapa aku untuk mempertikaikan keputusan polis? Mungkin ada orang pasang bom, ada penjahat sniper duduk atas bangunan tinggi, siapa tahu? Mungkin pihak polis kita sudah menyedari lebih awal akan ancaman tersebut sehingga membahayakan keselamatan PM kita, lagipun pasukan polis kita kan antara pasukan keselamatan dan pengaman yang tercekap dan terhebat dalam dunia.
Aku rasa ini adalah kali pertama Tun M dihalang dan disuruh berhenti daripada berucap. Tak sangka seorang bekas pemimpin no. 1 negara yang dulu orang2 di sekelilingnya beria2 suruh dia jangan letak jawatan dan suruh dia tarik balik tu sekarang diperlakukan seperti itu.
Tapi yalah, sebelum ini pun berapa ramai pemimpin2 pembangkang dihalang dari berucap dan program mereka dibatalkan, berapa banyak program2 suara anak muda yang tidak pro-kerajaan dibatalkan. Rafizi sendiri pernah kena rampas mikrofon ketika sedang berucap.
Disebabkan kejadian ini semoga ada timbul sedikit kesedaran dalam diri Tun Mahathir betapa negara yang dia perintah selama 22 tahun ini sangat rendah tahap kebebasan bersuara dan merasakan macam mana perasaan pemimpin2 pembangkang yang suara mereka sering disekat terutama di media2 cetak dan elektronik arus perdana.
Sekarang ini PM Najib memang sangat berkuasa. Namun pada masa2 akan datang selepas beliau sudah menjadi mantan Perdana Menteri dan cuba mengkritik dan menghentam Perdana Menteri pada ketika itu, tak mustahil beliau boleh
Lebih baik layan forum Indonesia Lawyer Club ni lagi menarik, nampak lebih cool dan hebat. Pemimpin boleh dihentam dan dikritik depan2 dan mereka pun memang berdarah pahlawan langsung tak takut untuk berdepan dengan kritikan depan2 mata. Tak macam Malaysia, macam budak2.
tags: forum program majlis dialog nothing to hide #nothing2hide pm bersama ngo batal henti ketenteraman awam keharmonian kecoh pwtc kebebasan bersuara freedom of speech
terbaik noob...
BalasPadamBiar dia mahathir rasa camna....huhu..
BalasPadamSepatutnya Rosmah yang dijemput untuk berdebat dengan Tun M. Najib tiada kejantanan walaupun mengaku darah pahlawan mengalir dalam tubuhnya..haha
BalasPadamPengganti Tun M yang dibentuknya sendiri hanya ada seorang. DS Anwar Ibrahim.
BalasPadamRamai hanya nampak mereka ini musuh tetapi lupa bahawa DS Anwar Ibrahim adalah apprentice Tun M. Beliau dibentuk untuk menggantikan Tun M.
Mengenai salahlaku moral beliau. Ia ialah hak peribadi DSAI.
Mahathir dan DSAI memacu Malaysia ke arah negara maju. Ciri ciri negara maju, 1. Degree berasaskan kepandaian. 2. Graduan tidak minat sektor awam. 3. Seperti di negara maju pekerjaan am seperti buruh, kilang, petani, sektor pembersihan dilakukan sendiri oleh rakyatnya. 4. Tukang ajar ialah pembina bangsa yang terdiri daripada 30% yang terbaik SPM sahaja (sebelum Najib menteri pelajaran). 5. Nilai matawang Malaysia ialah RM1.60 = USD 1.
Pak Lah dan Najib mengundur masa. Di zaman mereka, 1. Degree seperti puntung rokok bersepah tiada nilai sebab bodo pun boleh ambil. 2. Graduan hanya mahu kerja di sektor awam. 3. Pekerjaan am dianggap low class justeru perlu kepada warga asing. 4. Pekerja sektor awan terlampau dimanjakan, cuti berlebihan, jumlah terlampau ramai- teramai di dunia!, disiplin rapuh -ramai yang buat bisnis luar, minta balik negeri sebelum 5 tahun, masuk keluar kerja ikut suka hati. 5. Tukang ajar tidak cemerlang SPM mahupun UPSR graduan Kolej pun diambil maka jadi seperti ketam mengajar anak. 6. Nilai matawang RM3.80 = USD 1.
Dan lain lain.heee
KEDEPAN (KEmbalikan DEgree berasaskan kePANdaian, SPM 5A < degree dan guru, 3A-4A diploma, 1A-2A sijil, 0A buruh, amah dan pekerja am) adil ialah meletakkan sesuatu pada tempatnya. Heee
Sometimes when u start to make sense...
PadamIt is kind of creepy in a weird good way...
aiseh bro kedepan.. kali ni lu lupa nak tulis salam 1 rasuah.
PadamTuan KEDEPAN,
PadamTuan pun tak berapa cerdik dan kedepan jugak tuan. Tuan memandang hanya sebelah pihak. Tuan tak mengulas dari pelbagai sudut. Tuan hanya bercakap ikut sedap mulut dan fakta2 sebelah pihak tanpa mengira secara global. Contoh: Matawang RM vs USD. Kenapa tak bandingkan dgn matawang negara2 lain, UK atau AUD misalnya..? Salahlaku Anwar hak peribadi mungkin, tapi betulkah dia betul2 berperanan besar dalam pembangunan negara dan bersih dari rasuah atau hanya pandai bercakap saja?...
mantan pm yang berpengaruh sampai sekarang pun disuruh berenti berucap inikan pula kami mahasiswa yang nak bersuara menegur pentadbiran....kasihan melihat wakil mahasiswa yang cuba nak bersuara menuntut hak kami...katanya nak jaga nama baik uni sampai tak kasi langsung kami bersuara...
BalasPadamSo dh tau la skrg sapa yg harus letak jawatan
BalasPadamMemang dari dulu lagi aku dah syak something wrong sejak najib masuk politik.
BalasPadamNajib is far more than that. Dia dah buat lebih dah kita jangka. Dia boleh hapuskan, rancang atau apa sahaja dia nak utk duit, singkirkan org, malah menghapuskan terus org tu tanpa ada sesiapa yg boleh menuduhnya. Kerana dia mengawal semua benda yg akan disampai kepada rakyat. Tak mustahil..jika tun m terus mcm ni..tetiba kita dpt tau yg tun m mati 'sakit jantung' atau 'excident'. Bagi aku..najib dah mcm gengster politik mcm dlm citer tamil tu. Kejahatan yg diselindunginya dengan menggunakan muka yg sedaya upaya utk tunjuk simpati tu..sebenarnya ibarat lurah berapi yg dipenuhi gelak tawa syaitan yg zalimnya teramat sangat. Jgn pelik kenapa dia ada ramai penyokong. Pemerintah kejam mana2 pun ada ramai penyokong.
BalasPadamtakpa la... dulu mahathir buat kat anwar, la ni kena kat batang hidung dia pulak..HUKUM KARMA. mahathir pon banyak hentam najib guna point2 yang anwar dah habaq dah kat kita selama ni.. najib kurung anwar, mahathir ada can la nak mengganas.. padan muka depa semua.
BalasPadamBila disebut tentang u negara. banyak benda yang nak ditanya sebenarnya tapi tak pasti sape yang selayaknya ditanya dan siapa yg selayaknya menjawab.. Harap2 one day, segala persoalan dikepala terjawab dgn sendirinya... mungkinkan..
BalasPadamBebalnya meleis. Malas berpikir dan malas berusaha, tetiba suatu hari semua soalan terjawab dgn sendirinya. Apa punya bangang manusia ciptaan Allah ini?
PadamPasal isu ini...selagi najib x bg good explaination kat rakyat..selagi 2 rakyat rasa bengang dgn dia, selolah2 mcm rakyat terpaksa selamatkan hutang 1mdb skrg. So far lepas gst kickoff, lum ada nmpk positif impak kpd rakyat.
BalasPadamSy respek klau PM berani berdebat dgn mana2 pihak tanda ketelusan. .klau ckp besar dpan penyokong sendiri, sape2 leh wat. Sbb 2 rmi ckp najib ni ada telur ke?
Tp terfikir sekejap, klau tukar PM kpd Muhyidin atau tukar kpd pemimpin PR, adakah GST akan dimansuhkan, hutang 1mdb setel, nilai ringgit recover semula? Tp apakn daya, pru14 lmbt lagi...tunggu je la for redemption.
jadi kita semua harus menyokong RANI KULUP sebagai pm yg baru..setuju? atau dia akan buat repot polis terhadap kita.
PadamNajib boleh masuk list no 1. 42 Billion
BalasPadamhttps://www.youtube.com/watch?v=-17uU8zkNZM