Gambar hiasan |
Walaupun dengan kejatuhan nilai ringgit ini boleh mengakibatkan kenaikan kadar inflasi dan menjadikan harga barang terutama yang dibeli dan diimport dari negara luar lebih mahal, tapi itu semua tak penting demi kegembiraan pelancong dan sektor pelancongan. Malah ia juga dapat melatih rakyat tempatan untuk menjadi lebih jimat dan membeli lebih banyak barangan dan produk tempatan.
Nampak tak betapa pemikiran aku ini setaraf dengan pemikiran menteri?
* * * * * * * * * *
Seperti yang dilaporkan baru2 ini, nilai ringgit terus jatuh ke paras terendah berbanding dolar Singapura di mana $S1 bersamaan RM2.757/761.
Bagaimanapun kejatuhan nilai ringgit ini akan meransang kemasukan pelancong dari Singapura yang datang untuk membeli belah.
Selain dolar Singapura, mata wang Malaysia juga merosot berbading dengan Pound Britain di mana £1 bersamaan dengan RM5.735/741 berbanding 5.689/695 yang dicatatkan Jumaat lalu dan nilai ringgit berbanding 1Euro pula menurun kepada 4.1874/1911 daripada 4.184/188 pada minggu sebelum ini.
Kelemahan matawang ringgit berbanding matawang utama lain bukan lagi sesuatu yang luarbiasa kerana kenaikan matawang Amerika kini berada di paras tertinggi.
Nilai Dolar Amerika kini semakin besar dan stabil berbanding nilai matawang dunia yang lain.
Sumber Siakapkeli.
* * * * * * * * * *
Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz hari ini berkata beliau merupakan antara individu yang paling gembira apabila nilai ringgit mengalami kejatuhan.
Menurut beliau, ini kerana pelancong dari negara yang nilai wangnya lebih besar seperti United Kingdom and Eropah akan membelanjakan wang mereka di Malaysia dengan lebih kerana nilai pertukaran yang tinggi.
“Ringgit semestinya membantu Malaysia, seperti yang saya katakan tadi semasa ucapan penggulungan, saya merupakan antara beberapa individu yang gembira bila ringgit jatuh,” katanya pada satu sidang media di lobi Parlimen pada Rabu.
Katanya, pelancong-pelancong tersebut akan berasa mewah dan seperti orang kaya apabila melancong ke Malaysia.
Selain itu, kata Nazri, kejatuhan ringgit juga menyebabkan rakyat Malaysia berfikir dua kali sebelum melancong ke negara lain terutama sekali ke negara seperti UK.
“Jadi ianya mahal dan mereka akan membelanjakan wang mereka di sini sebagai pelancong tempatan… dan itu menjadikan saya amat gembira. Saya sangat gembira,” katanya.
Beliau juga menjangkakan sektor pelancongan tempatan akan menyaksikan penambahbaikan yang banyak dalam beberapa bulan nanti.
Ringgit baru-baru ini menyaksikan lagi kejatuhan apabila ia ditutup pada paras paling rendah dalam tempoh sembilan tahun berbanding dolar Amerika pada Isnin lalu.
Ringgit berada pada 3.7660/7690 berbanding 3.7170/7200 ketika ditutup pada Jumaat lepas.
Sumber Astro Awani.
* * * * * * * * * *
Hebat bukan pemikiran ini? Hidup melayu!
Eh silap.
Hidup pelancong Singapura! Hidup pelancong Siam! Hidup pelancong Arab! Hidup pelancong Eropah! Hidup pelancong US! Hidup para pelancong! Korang semua sebenarnya lebih penting daripada rakyat tempatan sendiri.
tags: menteri pelancongan nazri aziz antara yang paling gembira bila ringgit jatuh nilai tukaran matawang asing usd sgd merudum merosot penurunan turun perbandingan semasa parlimen pelancong suka datang malaysia barang murah
hahaha...
BalasPadamkau dah dapat ka buku tu?
BalasPadamSebagai sebuah negara pengekspot bersih, kejatuhan nilai rm memberi kesan baik kepada negara.
BalasPadamhmmmm sarkastik sangat. heheheh.
BalasPadamBagus betul pemikiran dia. -__________-
BalasPadamMalaysia salah satu je negara yang mempunyai menteri paling bodoh di dunia yg tidak dijumpai di negara lain. Tahniah Malaysia!!!!!
BalasPadamgst pun turun jugak ke ? ke di musnahkn terus ?
BalasPadamBaik cakap jadikan SGD1 sama dengan RM10 terus..lagi berduyun2 org drg malaysia. Kenyataan menteri mcm budak sekolah. Ada gak menteri mcm ni kat kabinet sekali dgn ahmad maslan....patut buang org mcm ni..bkn pemimpin yg x sokong 1mdb.
BalasPadamTak baik la camtu.. nanti nak beli makanan ayam pun susah. Kau jugak yang lapar
PadamSimple giler menteri pikir. Mcm budak amik ekonomi masa nak spm dulu. Takde keraguan..lurus..kalau itu la yg dia pikir..itu la yg betul. Takde nak ikut macro n micro ekonomi yg lebih advance. Xde penilaian yg lebih terperinci. Ni mse blaja kat U dulu..bile ditanya soalan cmni..jawabnye pun simple cmni jugak. Sbb time tu tak paham konsep atau sudut lain secara menyeluruh lagi..sbb baru blaja. So boleh dikatakan tahap pemikiran menteri ini dlm ekonomi masih ditahap budak U yg baru masuk sem 1...
BalasPadambetul tuh bro, even aku ms amik SPM pon da leh berpikir kesan kejatuhan ringit terhadap rakyat...menteri ni jawab ikut tempolok dia...KPI dia achieve la klu ramai pelancong masuk...betul2 x pikirkan rakyat..jahanam la malaysia...
Padamsyukur malaysia ada para menteri bodoh..#rare
BalasPadamblog dah update belom??....
Padam-petai
duit sumer nak, buleh petik jari ja..berjuta2 duit datang ke akaun menteri ni.. cakap gi la apa pun, dah rakyat mcm siamang bodohnya.. takder sapa pun berani lempang mahupun sekeh kepala menteri ni..
BalasPadamlg satu menteri cap ayam ....Jom Terjah !! >>> CLICK HERE !!<<<
BalasPadamTu coma satu kiasan je,,
BalasPadam