Iklan Leaderboard

Isnin, 22 Jun 2015

26 Bolehkah negeri Johor keluar Malaysia?

Minggu lepas hangat isu mengenai perbalahan di antara Menteri Pelancongan DS Nazri Aziz dan juga Tengku Mahkota Johor Tunku Ismail. Aku pada mulanya tak nak ambil port sangat sebab aku bukanlah peminat kepada mana2 parti politik mahupun institusi beraja, namun bila ada pembaca minta aku tulis juga artikel mengenai ini, maka aku akan sentuh beberapa perkara sahaja.

Pasal perbalahan mereka, aku tak nak cakap apa sangat sebab bagi aku siapa2 dalam Malaysia ini sepatutnya layak untuk memberi pandangan dan kritikan terhadap sesiapa, sama ada dari rakyat ke pemimpin politik, pemimpin politik ke pemimpin diraja, pemimpin diraja ke pemimpin politik, pemimpin politik ke rakyat, asalkan tidak melampaui batas, menggunakan kata2 kasar dan kecaman.


Cuma aku agak tertarik dengan tindakan Tunku Idris, adinda kepada TMJ yang memuat naik tulisan berkaitan perjanjian bersama dengan Persekutuan Tanah Melayu dalam status di Instragram yang antaranya menyebut Johor setuju menandatangani perjanjian 1946 itu dengan mengenakan beberapa syarat.

“Sekiranya mana-mana daripada syarat-syarat tersebut dilanggar, maka terkeluarlah Johor daripada Malaysia,” menurut tulisan dimuat naik itu.


Jika langgar perjanjian, maka Johor keluar daripada Malaysia...

Persoalannya, boleh ke Johor keluar Malaysia? Adakah caranya lebih kurang dengan isu Sabah/Sarawak nak keluar Malaysia?

Di sini aku kumpulkan 3 pandangan mainstream yang ditulis di portal berita:

1. Perjanjian Johor boleh keluar Malaysia terbatal selepas merdeka

Kandungan perjanjian Persekutuan bersama Persekutuan Tanah Melayu yang menyentuh isu hak mutlak Kerajaan Johor yang memungkinkan negeri itu keluar dari Malaysia seandainya syarat dilanggar dianggap terbatal selepas kemerdekaan negara.

Pengarah Pusat Kajian Institusi Raja Malaysia (PKIRM) Universiti Malaysia Perlis (UniMAP), Prof Datuk Dr Ramlah Adam berkata, perjanjian itu dan banyak lagi dokumen termasuk pada zaman negara dijajah British dikira terbatal dengan sendiri selepas hari kemerdekaan.

"Benda ini semua sudah tutup buku, Kuasa Raja-raja Melayu sudah dimasukkan di dalam Perlembagaan.

"Bagaimanapun Kerajaan Persekutuan kena hormat undang-undang Johor. Kuasa raja kekal dan Kerajaan Pusat tidak boleh campur tangan.

"Namun untuk isu Johor keluar Malaysia rasanya tidak timbul lagi. Jika boleh ia pasti memakan masa dan proses yang amat panjang," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Selanjutnya di Astro Awani.


2. Johor tidak boleh keluar Malaysia

Bekas peguam, Kamal Hisham Jaafar menasihatkan Kerabat Diraja Johor supaya merujuk perjanjian sebenar mengenai penubuhan Persekutuan Tanah Melayu, seterusnya Malaysia dan bukan hanya membacanya di laman sosial seperti Facebook.

Menurutnya, itu adalah nasihat ikhlas beliau kepada Kerabat Diraja Johor.

“Setelah membaca di akhbar dan media sosial tentang ‘amaran’ atau mungkin juga boleh terjumlah sebagai ‘hasutan’, bahawa Johor hendak keluar dari Malaysia, saya hanya ketawa namun sempat juga beristighfar.

“Tiada apa-apa peruntukan di dalam Perjanjian Persekutuan yang membolehkan atau membenarkan Johor untuk keluar dari Malaysia.

“Dakwaan kononnya di dalam Perjanjian itu terkandung ‘Peruntukan Istimewa kepada Johor’ lebih dari negeri-negeri lain seperti dakwaan pertama, Johor sepatutnya menjadi Yang Dipertuan Agong yang pertama dan kedua, Angkatan Tentera Johor (JMF) tidak boleh diusik dan beberapa perkara lain, adalah tidak benar,” kata Kamal Hisham seperti yang dipetik dari laman Facebook miliknya.

Selanjutnya di The Rakyat Post.

3. Masalah status 'Johor boleh keluar Malaysia'

Putera Johor Tunku Idris Sultan Ibrahim mengejutkan ramai pihak dengan status Instagram berkaitan perjanjian pada 1946 yang dikatakan membenarkan negeri itu keluar Malaysia dalam keadaan-keadaan tertentu.

Bagaimanapun teks dimuat naik itu dilihat mengandungi fakta sejarah tidak tepat apabila menyebut Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu dibuat pada 1946, sedangkan ia dimeterai pada 1948.

Tambahan pula, status tersebut menyatakan bahawa sekiranya mana-mana daripada syarat-syarat tersebut dilanggar, maka terkeluarlah Johor daripada Malaysia – yang hanya wujud 17 tahun kemudian pada 1963.

Lebih menarik lagi, menurut penganalisis politik Wong Chin Huat, perjanjian 1946 itu sebenarnya merujuk kepada perjanjian Malayan Union yang menggambarkan kegagalan keluarga diraja sehingga membawa kepada penubuhan Umno.

"Pada 1946, tidak ada Persekutuan Tanah Melayu, hanya ada Malayan Union yang menjadi sebab mengapa Umno dilahirkan.

"Sultan-sultan telah menyerah kuasa mereka (kepada British) dan bersetuju kepada perjanjian untuk memberi kerakyatan secara longgar atas tekanan British.

"Ini yang menjadikan orang Melayu memberontak dan rasa dikhianati. Mereka kemudian membentuk Umno (untuk menentang Malayan Union)," katanya kepada Malaysiakini.

Selanjutnya di Malaysiakini.

* * * * * * * * * *

Aku lihat agak ramai juga anak2 bangsa Johor di media sosial yang menyokong dan suka kalau Johor keluar Malaysia, terutama mereka yang begitu taksub dan terlalu kuat semangat kenegeriannya, malah turut berkongsikan info perjanjian tersebut di media2 sosial. Nak kata boleh atau tidak Johor keluar Malaysia, kalau ikutkan boleh je sebab undang2 semua tu manusia juga yang buat, cuma susah atau tidak je prosesnya.


Namun sebagai seorang anak kelahiran Johor yang dari dulu hidup berpindah randah dan kini menumpang mencari rezeki di negeri orang, aku tidak setuju negeri Johor keluar Malaysia. Malah jangan kata negeri Johor, mana2 negeri pun aku tidak bersetuju untuk keluar dari Malaysia.

Ya, memang kalau ikutkan rakyat mana2 negeri pun mahu keluar dari Malaysia terutama bila ada isu politik sehingga menimbulkan kebencian terhadap Kerajaan Persekutuan. Kalau ikutkan jangan kata Johor, ramai je rakyat Kelantan yang dari dulu lebih suka Kelantan keluar Malaysia sebab tak puas hati dengan layanan Kerajaan Persekutuan BN terhadap negeri mereka, begitu juga Terengganu yang kaya dengan hasil minyak. Sabah dan Sarawak tak payah cakaplah isu ni memang dari dulu lagi.


Tapi tahukah kita bila suatu negeri tu keluar dari Malaysia, ia bukan sahaja tidak menjamin masalah akan selesai, malah akan menyusahkan banyak pihak dan ramai orang.

Pada sudut peribadinya, ramai orang yang berkahwin dengan pasangan berbeza negeri dan keluarga juga sudah membesar ke serata Malaysia. Ramai juga orang yang menumpang mencari rezeki di negeri orang. Begitu juga betapa ramainya orang yang menuntut ilmu di peringkat sekolah dan juga universiti/kolej di negeri orang.

Andainya ada negeri yang keluar Malaysia, betapa ia akan menyusahkan orang ramai, nak balik kampung pun kena pakai passport, nak kerja dan belajar kat negeri orang pun perlu melalui pelbagai proses dan prosedur yang menyulitkan.

Lagipun tidak semua benda di suatu negeri itu adalah di bawah tanggungan kerajaan negeri, sebaliknya ia turut di bawah tanggungan kerajaan pusat juga seperti jalan raya persekutuan, sekolah, universiti, polis, hospital dan lain2 lagi. Jika suatu negeri keluar daripada Malaysia, betapa sulit dan sukarnya semua perkara ini perlu diproses dan dipecahkan semula, malah negeri yang keluar perlu bermula semula sebagai sebuah negara yang baru.

Kita dah lebih setengah abad merdeka sebagai negara Malaysia, dan sudah berabad2 bersama sebagai bangsa Melayu di sebuah Tanah Melayu dan Nusantara, maka usahlah kita mencari perbezaan yang boleh memecah belahkan kita sebaliknya carilah persamaan yang boleh menyatukan kita. Hakikatnya, kita saling memerlukan antara satu sama lain. Jika ada masalah, bersama2lah kita menghadapi dan menyelesaikannya.

Sekian.




tags: bolehkah johor darul takzim keluar malaysia dengkis tepok nama harimau putih selatan jdt tmj gaduh balah telagah nazri aziz nothing2hide kuasa raja sejarah sebenar perjanjian tanah melayu negeri bersekutu apa akan jadi sudut perundangan undang-undang petisyen

26 ulasan:

  1. Anak Bangsa Segala Bangsa22 Jun 2015 1:01 PTG

    Ada golongan yang bersusah payah nak satukan negara dan bangsa dari hujung dunia indonesia ke hujung Burma.
    Ada pula golongan yg bersorak dan bangga untuk memecah belahkan negara bangsa masing2.
    Perlu banyak tengok sejarah yang lepas, terutamanya apa yg jadi kepada Sumatera serta Sultan-sultannya.

    Aku kurang setuju dengan penggunaan istilah BANGSA. Gelaran BANGSA Johor telah merebak kepada negeri2 lain. Dan sekarang dah keluar BANGSA KEDAH, BANGSA KELANTAN, BANGSA TERENGGANU...dsb.

    p/s : Ni nanti konfirm akan ada golongan yang kait tentang Agama pulak ni -___-"

    BalasPadam
  2. kalau bukan orang johor x payah komenlah nanti nampak bodoh...bangsa johor tu memang lagu negeri..tittlenya pun lagu bangsa johor ..lagu ni dari dulu dah ada bukan sejak kes baru ini..

    BalasPadam
    Balasan
    1. serious bro..lagu negeri yang mana..aku nak tau..ble bagi lirik

      Padam
  3. aku x sanga blog ni boleh refer pada kamal hisyam...macamana x selidik dulu latar belakang orang sebelum jadikan hujah,,? cuba tanya orang johor siapa kamal hisyam..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Aku refer semua berita yang ada kat portal berita, bukan setakat Kamal Hisyam sahaja. Lagipun aku tak menilai siapa yang berhujah, aku lebih suka menilai fakta dan hujah yang dibawa.

      Padam
  4. lepas ni apa2 kerajaan nak buat atau apa2 keputusan kena tanya blogger..blogger akan bagi nasihat dan keputusan..keh keh masalah negeri samakan masalah kahwin

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ini cuma pendapat dan padangan aku sahaja, ada ke aku cakap segala keputusan kerajaan kena ikut nasihat blogger? Benda macam ni tak susah pun untuk dibezakan.

      Padam
  5. Noob.. Bersedialah terima kritikan butthurt kaum kerabat johor...

    18 tahun aku duduk situ, sejak kebelakangan ni jek orang2 macam nih muncul...
    Budak2 baru nak up...
    Sejak sultan mangkat and jdt and tmj start guna social media, budak2 ni start berani...

    Take it with a pinch of salt...

    BalasPadam
  6. Bersatu kita teguh, bercerai kita roboh.

    BalasPadam
  7. 1. agak-agak pihak yang nak secession johor akan kena akta hasutan tak macam pihak nak secession sabah dan sarawak?

    2. ini gimik jer lebeh...tak kemana pun secession johor ni. gempak jer lebeh. kasi syok bangsa johor jer.

    3. mak aku orang sabah, aku ic semenanjung, isteri orang sarawak, kalau keluar sarawak pakai dpt. taklah susah sangat. tapi kalau johor nak keluar persekutuan malaysia, keluar jerlah,. itu lagi bagus. sabah sarawak pun dalam proses nak keluar jika majority rakyat bersetuju. tapi kena buat poll dulu lah.

    BalasPadam
  8. JOHOR IS THE NEW KELANTAN... enuff said

    BalasPadam
  9. Setuju pendapat penulis.
    Kami suami isteri adalah warga pemastautin di negeri Johor hampir 10 thn. Masalah byk yg akn timbul apabila tiba ms kami ingin pulang ke kg halaman msg2 jika benar sewenang2nya Johor @ mana2 negeri ingin keluar dr Malaysia.

    Bersatulah kita teguh!

    BalasPadam
  10. org johor poyo...bangsa lanun

    BalasPadam
    Balasan
    1. betul tu.. johor ni poyo lebih konon mcm hebat tp jual tanah kat cina singapork..

      Padam
    2. Woi puki mak,,,kalau cemburu cakap jelah,,,kau ada,,hahahha,,dah sah negeri miskin,,,jilat puki mak sndiri ,baru rasa masin ke tak

      Padam
  11. Kluar malaysia? Nonsense... prinsip rukun negara pun x lepas... malu jer

    BalasPadam
  12. Bodohnye.. macam set2 MPP mahasiswa universiti kat malaysia jer...

    BalasPadam
  13. hmm..passport aku dah expired..nak kena renew kalau nak balik muar macam ni..huhu..
    gimik je lebih ni..

    -kartunster

    BalasPadam
  14. cuba bayangkan senario ni..johor keluar malaysia lepas tu matawang peg 1 to 1 dengan dolar singapura..asal weekend je turun malaysia shopping...lepas tu rakyat kt sempadan malaysia-johor berduyun-duyun pegi keje kat johor sebab tukaran matawang yang besar..kemudian ahmad maslan tak puas hati sebab umno dah tak de kat johor dan tak leh nak troll rakyat malaysia dengan tweet² yang bernas..lalu ahmad maslan dengan beraninya mintak pontian keluar dari johor..

    BalasPadam
    Balasan
    1. ''ahmad maslan dengan beraninya mintak pontian keluar dari johor'' yang ni kelakar...sakit perut aku gelak -imrans8

      Padam
  15. gadoh sikit nak keluar, buat negara sendiri. piidaahh... masih x belajar sejarah, x faham akibat jika berpecah2.

    kalau org biasa buat mcm ni, aku ingat dia dah kena ISA. tp kalau anak raja buat, hm...

    BalasPadam
  16. Subanallah. Apa lah yang semua merapu dalam menyuarakan pandangan dalam blog rakyaat yang dibawah pentabiran umno/bn sudah???????? Kalau singapura bolih keluar dari malsysia kenapa johor tak bolih? Rakyaat johor telah banyak berkorban dari awal umno di tubuhkan sehingga terpaksa menanggong beban membayar cukai kepada pusat sehingga terpaksa hidup dengan saingan mata wang singapura. Bila menyara hidup harian. Sedangkan negeri lain menimakti kehidupan yang agak selesa.sehingga banyak rakyaat negeri lain berhijrah ke johor. Kalau benar allah menizinkan johor keluar dari malaysia, rakyaat johor akan lebeh maju dalam pelbagai bidang sebab johor akan adakan mengendalikan matawang nya sendiri insyallah mungkin lebeh baik dari sekarang. Demi negeri johor dan rakyaatnya. Insyallah mudah2an allah merahmati sultan johor dan rakyaatnya bersama menegakkan amal makruf nahi munkar. Insyallah .... Allah sentiasa bersama hamba2 nya yang taat akan perintahnya. Inalilahwainalilahhirohjiun.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Setuju sangat....Allah Pelihara Sultan & rakyat Johor...

      Padam
  17. Apabila berfikir menggunakan...jangan ikutkan hati...menyesal kemudian hari...nilai diri sendiri sama ada Berguna pada bangsa dan agama atau sekadar hidup menanti hari Pengadilan...

    BalasPadam
  18. Pelik juga,kalau kat luar negara,tak kesah la orang dari negeri mana pun,kalau jumpa orang malaysia,masing2 suka,,hilang semua semangat kenegerian,,masing2 gembira dapat jumpa orang senegara,,bangsa melayu ni kecik je,,itu pun sibuk nak berpisah bagai,,kalau kena serang esok lusa,,memang bangsa melayu negeri lain juga la yang datang tolong,,

    BalasPadam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...