Selasa, 2 Jun 2015

13 Malam Nisfu Syaaban buku catatan amalan ditukar?

Malam tadi malam 15 Sya'aban, malam Nisfu Syaaban, pertengahan bulan Syaban atau Mid-Sha'ban. Ramai betul yang hantar mesej kat Whatsapp dan post kat FB pasal tukar buku amalan. Bahkan dari dulu lagi kita sudah diajar oleh ustaz2 di sekolah yang malam Nisfu Syaaban buku catatan amalan kita akan ditukar dengan buku yang baru. Ana bukan ustaz, tapi ni nak bagitau sikit.

Takde tukar2 buku catatan amalan pada malam Nisfu Sya'aban. Pasal tukar buku catatan amalan pada malam Nisfu Sya'aban tiada dinyatakan dalam mana2 ayat dalam Al-Quran mahupun mana2 hadis shohih. Tidak tahu dari mana datangnya kepercayaan dan mitos tok nenek moyang pasal tukar buku amalan ini.


Ada juga yang kata buku catatan amalan lama perlu diakhiri dengan amalan baik dan buku catatan amalan baru juga perlu dimulai dengan amalan baik, maka sebab itu perlu dilakukan amalan2 khusus pada malam Nisfu Sya'aban. Apa kat mukasurat depan dan belakang je yang perlu ditulis dengan amalan baik, kat tengah2 tak perlu? Ingat Tuhan cuma baca mukasurat depan dan belakang je ke?

Kalau rasa ragu2 pergi tanya mana2 ustaz atau ilmuwan agama. Kalau dia kata tukar buku amalan tu memang ada, minta dia ayat Al-Quran atau hadis yang dengan jelas menyatakan bahawa malam tu buku amalan akan ditukar dan umat Islam perlu melakukan amalan2 khusus pada malam tersebut sempena penukaran buku amalan.

Boleh juga rujuk artikel dan video2 berikut berkaitan amalan khusus dan fadhilan mengenai Nisfu Syaaban dan bulan Syaaban:






Boleh juga rujuk terjemahan ayat2 Al-Quran dalam Bahasa Melayu di http://www.surah.my/ jika ada terjumpa ayat berkaitan bulan Sya'aban serta hadis berkaitan bulan Sya'aban dari kitab2 hadis di http://sunnah.com/search/?q=shaban.

Dan serius, kalau ada yang kata aku mengarut ke lari akidah ke masuk api neraka ke, sila bawa segala hujah beserta dalil dan sumber ke dalam kotak komen, bukan sekadar menghumbankan kutukan dan hinaan semata2. Aku terbuka untuk perbincangan dan boleh menerima segala pandangan selagi tidak melibatkan emosi.




tags: malam nisfu bulan syaaban syaban sya'aban sya'ban shaban sha'ban kelebihan amalan khusus baca surah yaasin tukar buku rekod catatan amalan angkat naik langit malaikat dalil ayat al-quran hadis hadith shohih sahih dhoif dhaif madhuk penjelasan penerangan dr asri zainal abidin maza ustaz abu anas madani maulana muhammad asri yusoff abdullah iraqi azhar idurs uai

13 ulasan:

  1. Balasan
    1. Nak royi??? Nak bisjut??? Nak royol???

      Padam
    2. Ustaz Jepun
      https://www.youtube.com/watch?v=ShhykdqZUOI

      Padam
    3. Ustaz Jepun
      https://www.youtube.com/watch?v=ShhykdqZUOI

      Padam
  2. Isu buku amalan bukan isu utama, just and info...pada malam Nifsu Syaban ni la byk keberkatan n doa boleh dimakbulkan, ada sedikit unsur2 seperti Malam Lailatul Qadar. Perbanyakan ibadat sunat pada malam ni n mohon doa utk perkara yang baik2.

    Tp selalunya trend dlm watsapp atau FB mintak maaf dgn sahabat n rakan taulan, mintak 0-0 sbb sebelum nak tukar buku baru, catatan buku lama nak elok2 sedikit. Tp pd pendapat sy, x salah nak buat mcm 2, tp cara yang paling malas la...mintak ampun je, amal ibadat xnak perbanyakkan pada malam tersebut...esok2 tgk terlajak subuh gak.

    BalasPadam
  3. Byk sgt hocus pocus umat Islam ni. Patutnya umat Islam tumpu pada benda yg nyata. Perkara ghaib ni kita mmg tak tau lgsung 100% kecuali yg nabi n quran cakap. Itu je yg kite tau. Jd xyah pk n serang menda ghaib ni pd Allah je.

    BalasPadam
  4. even aku ni orang yang kurang pandai tapi aku taknak la nampak bodoh dengan ikut ikut jer apa orang buat. Golongan copypaste & share @ setaz setazah segera online ni memang jenis golongan yang nampak macam islamik sikit mesti share... tak periksa kesahihannya

    BalasPadam
  5. entah la...mungkin btol kata si polan bin si polan.. 'sharing is caring'..KEDEPAN!!!

    BalasPadam
  6. entah betul ke tak tak tahu tp bg gua buat je amalan baik sepanjang masa tanpa mengira mukasurat pertama atau mukasurat belakang. Gua pun tertanya2 jugak betuk je ada tukar buku amalan? to be on the safe side, buat je amalan baik sepanjang masa!

    BalasPadam
  7. hadis dhaif tapi buleh buat beramal....puok wahabi je yg tak pakai hadis dhaif...wahabi yg bingung..klu stakat belajar kot google jgn buat iktikad bahaya....kita puak yg tak blajar tinggi ni kene rujuk ngn ijtihad ulama..islam ini mudah tp jgn buat mudah mudah

    BalasPadam
  8. Salam 1rasuah,

    Yang ini tak boleh salahkan ibu bapa sepenuhnya. Kerajaan kita hanya tahu sediakan bangunan sekolah yang cantik-cantik tetapi bagaimana dengan kualiti tenaga pengajar? Kadang-kadang tidak masuk akal pula bila tukang ajar yang hendak membimbing murid-murid skor UPSR mereka sendiri tak skor UPSR. Umum maklum budak-budak akademik teruk kerana akhlak mereka teruk, tak percaya tanya cikgu dalam kelas, budak dapat nombor last tu perangai macam mana. Jadi nak datang kecemerlangan dari celah mana? Begitu pula dengan GPI yang dulu di sekolah tak pernah cemerlang, hanya pergi KU dan timur tengah untuk senang masuk KPM jadi bagaimana hendak menjadi contoh teladan kepada murid? Ibu bapa harus bersikap proaktif dengan mengusulkan supaya tenaga pengajar mempamerkan result UPSR hingga SPM mereka di papan kenyataan sekolah bagi memberi motivasi kepada murid-murid demi kebaikan bersama. Ingatlah bagaimana acuan begitulah kuihnya.heee

    KEDEPAN (KEmbalikan DEgree berasaskan kePANdaian, SPM 5A < degree dan guru, 3A-4A diploma, 1A-2A sijil, 0A buruh, amah dan pekerja am) adil ialah meletakkan sesuatu pada tempatnya.

    BalasPadam
  9. pada masa islam diperkenalkan dan diamal di kalangan bangsa jahiliah, sudah tentu terdapat tentangan. walaupun akhirnya bangsa tersebut kebanyakannya menganut islam, tapi old habits die hard. menganut islam x bermakna segala kepercayaan karut terhapus begitu saja.

    kepercayaan2 yg x berasas atau lemah sumbernya mungkin berasal dari kepercayaan sebelum menganut islam. samalah mcm masyarakat melayu; sedikit sebanyak kepercayaan nenek moyang meresap dalam agama dan lama2 diterima sbg kepercayaan islam.

    sentiasa berhati2 dan semak fakta.

    BalasPadam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.