Isnin, 29 Jun 2015

16 Nak bergurau, sarkastik dan troll juga ada hadnya

Ramai orang suka buat sarcasm. Ramai orang suka troll orang lain. Namun nak sarkastik atau troll tu pun agak2lah. Tak perlulah nak sarkastik atau troll sehingga melibatkan agama dan kaum sangat sehingga boleh menimbulkan ketegangan antara kaum dan agama. Bukan semua orang kenal kita. Bukan semua orang tahu yang kita hanya bersarkastik atau buat lawak troll. Ada orang tak tahu dan mengambil serius perkara itu.

Seperti page Asrul Samad yang troll orang pasal senaman salib kristian agenda kristian di sekolah sebelum ini. Tak semua orang tahu page Asrul Samad tu sebenarnya seorang troller yang nak menampakkan kebodohan macai PKR, seperti juga Amran Fans seorang troller yang pada asalnya wujud untuk menampakkan kebodohan macai BN.


Sumber page Asrul Samad.

Aku tahulah si admin page Asrul Samad ni nak bersarkastik pasal orang Melayu yang fobia sangat pada simbol salib, tapi takyah la obviously bodoh sangat sampai boleh membuatkan agama lain terasa. Disebabkan troll tersebut, tak pasal2 Angkatan Perubahan Sabah (APS) buat laporan polis.


Nak troll pun agak2 la. Aku tahu la ko bergurau tapi tak semua orang boleh terima lebih2 lagi apabila melibatkan suatu agama atau kaum. Kalau orang troll buat lawak pasal agama kita pun pasti kita marah jugak.




tags: asrul samad senaman sekolah lambang logo simbol salib kristian aps buat laporan polis act against fb user insulting christians troll sarcasm gurau lawak bodoh

16 ulasan:

  1. Setiap perbuatan dan tingkahlaku seseorang ada batasannya.

    BalasPadam
  2. Bila ada sesetengah org Melayu jenis x bagus pelajaran n x excellent...kerja mereka ialah troll org, cara shortcut nak popular mcm artis tanpa perlu tunjuk muka. Bila xde integriti dan akidah yg kuat..semua benda belasah je time share info kat media sosial, kesan buruk dia x ambil kisah..janji byk LIKE n COMMENT

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yg psti en.mimpi jauh lg menarik dr en.ayam jantan nigga. Poyo je lebih.

      Padam
  3. Brader kipidap telah gagal dalam hal ini.

    BalasPadam
  4. Amran fans unite.. Kipidap karipap!

    Er.. Ape lagu ayat2 sekarang

    Loveisone... Kpopanjing?.. weaboo sakai?

    BalasPadam
  5. Bak kata harry hart dalam kingsman, limits must be tested.

    BalasPadam
    Balasan
    1. movie ak minat style dia cool je bersopan ngan stylo itu la real gentlemen :)

      Padam
    2. "Manners maketh the man"

      Padam
  6. Biasalah, kalo tak troll nanti takde orang perasan

    BalasPadam
  7. aik....
    selalunya kalau apa berkaitan melayu Islam akan ada backing yang kata orang melayu Islam ni cepat butthurt...lepas tu keluar ayat meleis butthurt kekunun bajet dia moden
    yg ni takde sekor plak kata geng kristian ni butthurt.....

    oooo lupa...bila org perlekehkan Islam takpe,kalau report polis maka geng tu butthurt...kalau pelekehkan agama lain xbagus sebab diorang report polis untuk tegakkan agama diorang.

    BalasPadam
  8. aikk.. hak kebebasan bersuara terpakai atas orang bukan islam je ke? baru aku tahu

    BalasPadam
  9. dunia akhir zaman.. semua benda nak buat gurauan dan perbualan yg sia-sia

    BalasPadam
  10. Page troll ni untuk budak bangang je.. Dah terserlah pun kebangangan..

    Guna identiti individu lain untuk dpat publisiti knon nya troll untuk bagi kesedaran kat public...Update info bukan2.. Nampk sangat kau tak bagus.

    Sudah2 la.. Tak payah la nak tunjuk bagus! Jadi baik pun da cukup bgus!

    BalasPadam
  11. Kipidap jipidap karipap FTW

    BalasPadam
  12. Orang sentuh agama kita, peeergghhh, melenting sampai tahap nak gi merusuh.
    Tapi bila sentuh agama diorang memang layak laa dia kena report. Hahaha

    BalasPadam
  13. Dari hari pertama sy nampak org troll pasal benda ni, sy dah cakap sendiri.
    "Bodohnya manusia hari ni"

    BalasPadam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.