Iklan Leaderboard

Khamis, 18 Jun 2015

26 Sisi gelap perniagaan insurans dan takaful

Sekarang ni trend jual insuran/takaful. Apa yang aku nampak, agen-agen insuran/takaful mempunyai gaya hidup yang agak mewah. In my case, diorang boleh pergi melancong sana sini tak kira dalam atau luar negara. Kadang2 tu siap boleh payung sedara mara. 

Cara mereka menjual produk? Selalunya guna 'hadis'. Kalau pepatah melayu ala2 sediakan payung sebelum hujan la. Paling famous punya ialah waktu zaman nabi ada sahabat suruh tambat unta untuk mengelakkan unta hilang, walaupun dah berserah dan tawakal pada Allah.

Tak pun, agen insuran/takaful akan kata yang kita ni suatu hari akan masuk hospital juga, jadi lebih baik apply medical card / insuran nyawa supaya bila masuk hospital nanti kita boleh pilih hospital yang best-best, ada wifi, ada menu pilihan makanan, ada nurse peramah, doctor bertimbang rasa, servis hospital mantap dan sebagainya. Ada juga yang kata nak majukan orang melayu Islam (dengan takaful/insuran).


Orang yang beli produk pula terdiri daripada golongan samada orang kaya atau pertengahan. Orang miskin tak mampu beli. Orang miskin boleh mati diam-diam, kalau jatuh sakit pergi hospital kerajaan je. Orang kaya tentulah prospek yang paling bagus sebab boleh shoot harga pelan paling mahal, perlindungan paling tiptop. Mereka tiada isu duit tak cukup tiap bulan. Cash flow pun tak terganggu, malah mereka mungkin lebih teruja untuk mendapatkan pelan perlindungan ni demi masa depan keluarga.

Tapi golongan orang pertengahan? Kena catu lagi perbelanjaan, kena tolak itu ini, kadang kala duit beli barang dapur pun terpaksa korbankan demi nak bayar insuran/takaful tu. Terpaksa jadi miskin demi sebuah perlindungan yang tak pasti akan guna atau tak.

Yes, malang tak berbau, tapi kalau hidup setiap bulan tak cukup makan disebabkan bayar insuran/takaful yang beratus-ratus harganya, dan paling sadis tak pernah pula admit ke hospital sebab Allah bagi rezeki kesihatan yang baik, tak ke menzalimi diri sendiri namanya? Tak cukup makan sebab bayar insuran/takaful?

Secara jujur, aku menulis sebagai seorang mangsa. Aku pernah apply takaful sebab aku ingat benda ni bagus (dan tak nafikan juga agent tu punya mengayat agak power), boleh claim medical benefit andai berlaku apa-apa, boleh savings sekali (sebab dalam aggrement tulis ada simpanan). Tapi lama2 aku rasa benda ni tak realistic, who the hell nak sponsor medical kau secara telus? Activation days sahaja dah 120 hari.

Penyakit yang cover pula ialah penyakit common, penyakit yang tersenarai sahaja. Kau ingat bila sakit badan kau pilih nak sakit yang mana satu? Lagi, penyakit sedia ada tak covered. Kalau dah sakit sejak lahir, nak perlindungan apa lagi? Bayar free2 je. Harapkan pencarum mati.


Savings tu pula, amatlah sikit dan lepas 4 tahun baru nampak ada simpanan. Apakah itu? Takaful, worse case ialah bila kita buat keputusan untuk berhenti guna servis ni, they will not pay you a single cent sebab dah guna duit yang kita bayar bulan-bulan sebelum ni untuk orang lain claim, cas penyelenggaraan, gst dan lain2. Untung orang, rugi diri sendiri.

Nak claim pun bukan senang. Kena ada surat doktor, surat hospital, warded lebih 12 jam (tak silap) dan segala datuk nenek punya prosedur yang menyusahkan. Kata canggih, tapi maklumat semua tak boleh clarify dengan sekeping kad so-called medical card yang dorang cerita hebat sangat tu. Orang dah la sakit, nak suruh lalui prosedur itu ini. Adil?

Ada orang kata, “Ok la bayar medical card, at least kalau mati dapat 10K.” Bagi aku, ini sangat sick. Nak buat keuntungan dengan kematian orang, paling teruk dengan kematian darah daging sendiri. Tak lupa juga company yang buat keuntungan dengan customer yang bayar insuran/takaful, tapi tak pernah admit hospital. How much $$$ do they make monthly? Kau pulak korek tabung nak bagi diorang kaya. Istilah yang kaya semakin kaya, yang miskin semakin miskin sangat sesuai digunakan sekarang ni.

Aku nekad untuk tak teruskan pelan takaful yang aku pernah ambil atas banyak sebab, walaupun ada orang push aku untuk try to survive dengan komitmen bertakaful. Kesempitan hidup buat aku yakin dengan rezeki yang Allah dah tentukan untuk kita masing-masing. InsyaAllah.

* Pandangan ini disumbangkan oleh Puan R (bukan nama sebenar).




tags: dark side sisi gelap hitam perniagaan insurans takaful beli jadi agen claim prudential etiqa aia

26 ulasan:

  1. ingatkan noob tulis, abis mana ulasan ko noob?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Artikel sumbangan orang lain termasuk penulis2 lain kat BO ni jarang aku bagi ulasan bagi menghormati pandangan penulis.

      Padam
    2. at least kau boleh bagi pandangan/pengalaman sendiri tanpa sentuh tulisan penulis, di entri berikutnya.

      sebab tu aku ambik insuran dengan agen yang betul2 kenal, sejak sekolah. kalau dia buat taik, senang nak cari. kawan2 lain ada, kampung dia pun tau. memang tak boleh lari punya.

      Padam
    3. Nak buat macam mana kan noob, dah terdesak tak ada bahan.Copy paste je la kan...

      Padam
  2. Betu l tu puan r. Saya selalu terpikir kalo ditakdirkan saya sihat walafiat, ke mana perginya wang yg saya bayar tiap2 bulan tu.. dah ler insuran kereta wajib bayar tiap kali nk renew roadtax, bila accident masing 2 settle dgn cash. Jadi, utk apa bayar insurans yg sia2 tu... -___-"

    BalasPadam
  3. Pada aku, orang paling bodoh dlm dunia ialah:

    1. Membeli insurance secara ikhlas sbb duit ada, duit banyak atau apa2 lagi alasan.
    2. Lain la sbb wajib mcm insurance kete moto sbb takleh nak elak. Inipun beli yg paling murah dan cikai. Tapi kalo boh maksimum dgn campur itu ini..mmg jelas bodoh dan biol.
    3. Mudah dan gedik2 percaya dgn agama. Petik nama nabi dan Allah sikik ja, trus jadi bodoh bertingkat2. Tak semua ostat dan kengkawan kita ni dijamin syorga. So banyak benda kena pause dulu..pikir dan ada yg boleh dipertikaikan secara gila2.

    Aku dari bertahun dulu lagi ikut nasihat Yahudi Lesbian dari Amerika Laknatullah lagi. Ini salah satu video feveret aku:

    http://m.youtube.com/watch?v=6vnN9liFWaE

    Tak paham..gi hantuk kepala kat dinding. Jgn jadi mcm member aku, bongkak. Gi bayar insurance 2500 setiap bulan sbb gaji dia lebih 20k. Senang2 jo org buat duit dari kita. Jaminan tolong dari insurance, blom tentu dpt lagi.

    Love your money : Suze Orman

    BalasPadam
  4. Noob, mintak tolong ulas asal-usul insuran kat Malaysia. Sapa la yang mula2 wujudkan sistem insurans ni. Rasa mcm nk terajang muka dia.

    BalasPadam
  5. Menarik artikel ni.. Bg idea utk i menulis. Tqvm pd penulis.

    BalasPadam
  6. Aku ambik insurans sbb nak elak cukai dr lhdn....xbyk rm60 je sebln...

    BalasPadam
  7. Betul ckp penulis ni. Membe baik aku dah terkena dgn prudential takaful. Nyesal x sudah dia join bendalah tu. Selama 4 tahun gak dia amik insurans tu, tp alhamdulillah dia x pernah kne sakit teruk atau eksiden yg memerlukan dia kne admit spital, so dia xde claim. Tp tahun lps dia decide utk terminate insurans tu sbb dia dgr duit yg dia byr slama ni tu boleh jd burn terus kne telan kompeni insurans tu, x dpt sbg simpanan scr otomatis kalau x set awl2 dlu dlm agreement ms deal dgn agent. Biar betul kan? Ade ke mcm tu lak kan? Tp mmg serius shit, mmg tu la jwpn dia dpt masa dia gi terminate akaun prudential takaful dia tu kat branch dorang. Dari 7.2k sumbangan terkumpul dia selama ni, dia cuma dpt balik dlm 1k lebih je. Bertekak gak dia mtk org branch tu eksplen, dia ckp dia siap x pnh buat claim pn sbb xpnh kne admit spital, xkan la cuma dpt balik dlm 1/7 jer dari total sumbangan? Agent branch prudential tu gitau dia, mmg insurans mne2 kompeni pn cemtu syaratnye, better claim kalau amik insurans tu if xnk rugi. Hotak dia la, nk claim apa kalau xkne admit masuk spital? Bukan boleh claim kalau sakit biasa2 je atau eksiden kecik xde kne admit spital. Nmpk x game insurans tu mcm mna? Membe aku tu burn 6k mcm tu jer kne telan dek prudential. Kalau dia teruskan lg byr mcm biasa, mmg lg bnyk la dia rugi. Gila betul. Aku memula ingat nk amik insurans gak, tp lps dgr pengalaman buruk membe tu, terus xjd. Baik simpan duit dlm asb, confirm xkn burn sia2, siap bertambah lg. Gila punya insurans ni, buat profit mcm haram.

    BalasPadam
  8. kalau kau ada ilmu hitam ke ilmu putih kau call operator dia...kau baca jampi sikit...dia akan bagi tau kau tiga tahun pertama 56% akan masuk poket agen...hanya tahun keempat baru duit kau masuk dalam polisi...ha ha ha! itu yang dia kata 120 grace period tuh...mana ada kebenaran dah atas dunia nih!

    BalasPadam
  9. masyaallah korang semua ni.. yang komen ni mmg menyedihkan.. masih ada lg manusia pemikiran camni.. takaful insurans korang tu semua kontrak yang korang buat. masa nak beli, korang kena selidik dulu. dlam situ dah bgtau siap2 mcm mana 3 tahun pertama insurans ambek duit kita utk bantu org laen. lepas tahun ke empat baru dpt utk buat pelaburan duit yang disimpan. dr situ baru dpt blik pulangan simpanan yang awal.

    Lagi satu, benda camni jangan nak kondem, takut org laen xakan ambek.. xpe la rezeki tuhan bg kat dia xsakit sampai bila bila. org lain nasib xsama, jgn sebab nnt heboh benda camni org laen lak xjadi ambek takaful insurans. Ini leh jadi kes anti vaksin ni..

    Yang penting, sakit pada badan ni, bukan tunggu kita tua.. Masa kita aktif pon bleh jadi bencana, contoh mcm saya, perbedahan ACL. Sebab kita aktif pon leh jadi sakit. Dan bayaran pembedahan, RM27K. Ada org rezeki tuhan bg xdpt apa apa kecederaan atau sakit. Ada org x. So, pikir pikirlah.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Long term plan tak semestinya benefit semua orang kak oi...

      Ade orang kena penyakit kena accident tak sempat claim dah terkojol...

      Semua orang ade priority masing2...
      And to most people yang pernah subscribe insurance ni semua terasa macam dah kena burn...

      More con daripada pro...
      Sebab tuh backlash ramai...

      Masing2 dah tua bangka patutnya boleh sedar and research sendiri...

      Silencing opinions is dumb...
      Your opinion is not better than my opinion and vice versa...

      Padam
    2. Ya betul jugak tu.... msing msing ad opinion.. kita boleh bersetuju untuk tidak bersetuju. xda masalah.

      Untuk yang terkojol tu, duit dapat tu untuk waris.. supaya waris teruskan kehidupan. biar stabil apabila kita xada. selain tu, juga untuk membayar hutang2 kita semasa kita hidup ni. xkan nak tinggal hutang kita kepada waris untuk bayar kan? kesian pada mereka.

      Pada pendapat saya, semua org wajib ada takaful insurans. tp untuk ambek tu, biarlah ikut kemampuan diri sendiri. janganlah ambek sampai kita kena ikat perut. xmampu, ambek je yang pakej yang kecik2 tu. selidik dahulu apa yang perlu sebelum buat kontrak.

      Bila berkaitan wang ni, biar kita senak masa muda ni, jangan bila sakit masa depan, kita menyusahkan org laen masa depan. (mintak bantuan dari adik beradik utk rawatan masa depan). Walaupon kita xminta, nnt mesti akan ada family yang sedih tgk kita xmampu..

      Harap. opinion saya ni didengar oleh Puan R (bukan nama sebenar).

      Padam
    3. syahriman,...insurans ambik apa hak dia nak ambik? ikut aqad dia kena laburkan SEMUA duit kita bukan kasi dengan agen dia supaya pi holiday luar negara...konon investment...bila surrender cuma dapat 5% dari apa yang kau dah "labur" pada agen-agen tahi nih!

      Padam
    4. en syahriman...hutang apa yang dicover oleh takaful ? atau encik terkeliru dengan MRTA dan semupama dengannya..kebanyakan pijaman sekarang memang diwajibkan ambil insuran.jadi takde isu pewaris kena bayar hutang..aku pun pernah amek takaful tahun lepas tapi terus terminate selepas pelaksanaan GST..sebab utama terminate ialah harga yang tak masuk akal.harga yang tak islamic langsung..harga premium untuk 3bulan takaful sama dengan harga setahun untuk medical card biasa dan faedah dia hampir sama..

      Padam
  10. pada pendapat aku insuran ni perlu untuk melindungi harta..sama macam kereta la..kalo takde insuran kerosakan akibat kemalangan tu kita kena pakai duit sendiri.macam tu jugak kalau masuk hospital.kalu tak de insuran jadi kena kuar duit sendiri jugakla..dan kalau nak amik insuran tu amek yang specific.contohnya kalo nak untuk bayar bil hospital amek medical card.kalo nak cover kemalangan amik PA..tak payah la nak amik yang combine macam medical card dgn saving atau insuran pendidikan sebab premiumnya lebih tinggi. kalo nak saving atau melabur banyak lagi cara lain..kita ada ASB,ASN,tabung haji,unit amanah dengan bank..nak labur beli emas perak pun boleh dan kalau rajin boleh melabur terus kat bursa malaysia..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul. Nak mudah, bandingkan insurans kereta dgn insurans kesihatan. Dua2 tujuan asasnya adalah sama. Kita tak mintak eksiden, tapi bila eksiden, salah kita pun boleh claim kat insurans (tolak NCD). Kalau eksiden (salah sendiri) takde insurans atau insurans 3rd party, tanggunglah kerosakan sendiri.

      Padam
  11. Bg saya..kalau yg kerje company x bagi medical package..better ambil medical card. Dah hampir menjadi satu keperluan ada medical card, sbb kalau pape berlaku spt hopitalize atau pembedahan, perlukan duit yg banyak tp insurans dah cover,

    Tp isu medical card ni agak kritikal kpd golongan pertengahan sbb akan kacau perbelanjaan...nasihat saya, just buat mana yg mampu...janji ada perlindungan. Mungkin utamakan perlindungan kematian, pas2 medical biasa, last sekali special case mcm sakit jantung atau penyakit kronik lain. Tp spt sy ckp...ambil pakej ikut kemampuan..sbb bila tiba2 ada masalah kewangan bulan2 tertentu, bila x mampu bayar beberapa bulan, terus automatic terminate medical card 2, so apa kita byr sebelum ni sia2 je. Jgn ambil medical card kalau gaji cukup2 makan je...my 2 cents.

    BalasPadam
  12. Aku x pernah amik takaful/ insurans lagi, tapi berdasarkan konsep takaful sebenar yg aku pernah tahu, takaful ni lain sikit dari insurans. Kalau insurans kita beli polisi insurans, tp kalau takaful kita sebagai contributor.

    Insurans kita beli memang dgn harapan kalau jadi apa2 masa depan nanti boleh la bantu hidup kita, yg mana kita x pasti pun mmg akan jadi apa2 kat kita ke n dpt ke kita claim nanti.

    Tapi kalau takaful ni, yg amik dianggap sebagai contributor/ penyumbang. Kira bayar tu utk sama2 bantu org lain yg jugak contribute utk takaful fund. Jadi, seorang contributor dah dgn relanya bg duit dia digunapakai utk org yg mengalami kemalangan/ sakit pd masa hadapan.

    Mungkin hari ni hari dia, esok hari kita pulak nak kena penyakit/ kemalangan. Jadi, konsep takaful ni mcm bantu membantu la. Tp kalau masa amik takaful tp xde niat camni, memang akan rasa rugi sebab contribute dgn harapan dpt claim bukan dgn niat utk membantu sesama kita yg kesusahan.

    Yg aku cakap ni cuma konsep je. Tak tahu la implementation yg sebenar camne. Bila org dah dlm kepala dia business-minded, memang keuntungan la yg dicari semata-mata.

    BalasPadam
  13. siapakah puan R ? inya masih misteri

    BalasPadam
  14. IMHO, aku ambil insuran nyawa sebab nak kurang bayar cukai. tp aku ambil skim saving + investment. at least aku dpt balik duit tu wpun sikit. semua ni ada dlm kontrak. kalau x setuju, ada cooling off period, bole batalkan kontrak tanpa kos/ kos minima. tu pasal, dpt kontrak, terus baca; jgn simpan buat pekasam. lepas tu memekak bila x puas hati.

    kalau medical card atau insuran perubatan, aku x ambil. ingat senang ke nak claim bila masuk hospital atau ditimpa musibah? lagi senang latih diri sendiri simpan duit utk masa kecemasan.

    kalau kompeni tempat korang keje ada medical card, aku cadang x payah ambil. kalau ada family atau diri sendiri selalu sakit, oklah nak ambil. tp kalau sihat walafiat, demam pun 3, 4 bulan sekali, baik x payah. mengkayakan insuran je; biarpun nama islamik habis. sama je insuran islamik atau conventional ni; meniaga buat untung. bukan nak tolong org sgt pun

    apapun pastikan belanja asas cukup. insuran tu kalau ada duit lebih, bukan keperluan berbanding belanja harian

    BalasPadam
  15. Salam.pastikan diri sendiri dan keluarga ada perlindungan insurans. Yg paling bagus ada medical card. Kalau dh biasa pergi hospital pasti korang akan tahu betapa pentingnya insuran ni. Orang kaya jer tak perlu medical card.

    BalasPadam
  16. Pendapat masing2. Ada pro dan cons..jgn melihat kekurangannya sahaja...cuba anda senaraikan apa kelebihan takaful berbanding kekurangannya.

    BalasPadam
  17. ada kelebihan dan kekurangan setelah baca komen2 di atas...terima kasih atas perkongsian...

    BalasPadam
  18. ada kelebihan dan kekurangan setelah baca komen2 di atas...terima kasih atas perkongsian...

    BalasPadam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...