Sabtu, 9 Mei 2015

33 Gejala pedofil sangap terhadap budak bawah umur

Minggu lepas negara dikejutkan dengan seorang pelajar genius Matematik Malaysia yang belajar di London tajaan MARA telah dijatuhkan hukuman penjara selama 5 tahun atas 17 kesalahan memiliki lebih daripada lebih daripada 30,000 imej tidak senonoh dan video penderaan seksual kanak-kanak yang ‘sangat ekstrim’, 601 buah video dan imej lucah Kategori A iaitu kategori penyalahgunaan yang melibatkan aktiviti seksual kanak-kanak, serta beratus-ratus bahan lucah kategori B dan C serta turut membuat dan menyebarkan gambar-gambar lucah kanak-kanak di Internet. Terdapat pelbagai reaksi daripada seluruh masyarakat serta kerajaan. Ada yang mahu beliau diberi peluang kedua dan ada juga yang langsung tidak bersetuju. Sebelum itu kita kenali dulu apakah itu PEDOFIL.


Paedophilia/paedophile/pedofil/pedo, adalah satu spesis manusia yang rare. Diorang ni kalau tengok budak-budak, akan timbul rasa SEXUALLY attracted. Rasa STIM.


Scary kan?
Scary gila.

Sebenarnya kat Malaysia ni, ada golongan pedophile ini, memang ada dan memang wujud. Cuma,
kesedaran kita ibu bapa di Malaysia terhadap gejala pedophilia ni amat sikit cikedis. Cuba pergi randomly tanya mana-mana parents kat luar sana,

"Apa itu pedophilia?"
80% daripada mereka mesti ingat pedophilia tu nama kuih ke nama pokok ke apa.

Most of us tak aware pasal ni. Dan bila tak aware, kita tak faham kenapa terlalu banyak kes penculikan budak, kes budak hilang, pergi playground tak balik-balik, kes budak pergi beli kuih last-last kena rogol dengan pak guard dalam pondok guard, kes budak lelaki 5 tahun kena liwat berulang kali tapi tak cakap apa-apa sebab ingat benda tu normal, kes cikgu sekolah rendah perkosa murid, kes bayi diliwat, etc.

Bila baca kes-kes macam ni, kita sedih tapi KITA TAK FAHAM. Tak faham how can all this happen.  Kenapa ada orang-orang yang pelik lahanat camtu perangai. Kerja asyik nak attack budak je.

Itulah dia -- PEDOPHILES.

Pedophiles ialah the scariest kind of human-being yang ada extremeeee sexual imagination towards kids. Diorang ni ada point-of-view yang berbeza bila tengok kids, tak macam orang-orang normal yang lain. Tengok gambar-gambar contoh di bawah:




Scary kan?

U don't say ini semua tak lojik. Tak masuk akal, etc. Pedophile always see kids sebagai pemuas nafsu. That's it.

So apa yang kita boleh buat? Itu persoalannya sekarang.

Sebab ibu bapa lah yang kena main peranan PENTING. Kalau bukan mak bapak siapa lagi? Nak harapkan pak guard protect anak-anak kita, pak guard tu pun pedophile. Cikgu kat sekolah pun boleh jadi pedophile.
-______-

Obviously kita tak boleh ubah these pedophile people. Kita tak mampu nak azan ke telinga mereka sambil menyeru mereka balik ke jalan yang benar. Mereka akan sentiasa mencari kanak-kanak untuk mangsa seterusnya. Tapi apa yang kita boleh buat ialah, MINIMIZE THE RISK.

Kurangkan exposure yang tak sepatutnya terhadap anak-anak kita. Contoh paling mudah, SOCIAL MEDIA.

FIKIR sebelum publish apa-apa gambar anak di social media. Ye saya tahu anak awak comel. Telanjang pun comel. Semua anak pun comel. Kan?

Tapi jaga privasi mereka. Anak lelaki mahupun anak perempuan. Jaga.

Gambar mandi, gambar tak pakai baju, gambar pakai skirt pendek, gambar terkangkang, gambar tengah change diapers, gambar anak pakai swimming suit, gambar bontot anak, those photos are high-risk photos.

Pedophiles akan senang attracted dengan gambar kids yang menggeramkan camtu. Lagi comel lagi geram. You know what i mean.

"Ahhh lantak ahhh. Ni kan anak aku. Facebook aku. Instagram aku. Aku punya suka ahh!!
Comel kot gambar anak aku tengah mandi. Lagipun FB aku friends tak ramai. Ada family members dan close friends je."

Bare in mind, pedophilia boleh jadi TANPA KITA SEDAR, boleh jadi SESIAPA SAJE termasuk AHLI KELUARGA KITA, KAWAN-KAWAN KITA DAN ORANG-ORANG SEKELILING KITA.

Yes, anak-anak bagi kita mungkin comel. Adorable like hell. But to pedophiles. They get SEXUALLY AROUSED. Beza kan, comel dengan sexually attractive? Kan?

Pedophiles ni tak semestinya akan attack depan-depan, ada jugak pedophiles yang senyap-senyap.
Jenis yang save photos or videos of kids yang geram-geram tu, and they MASTURBATE and having sexual imagination using the photos.

Sounds insane kan?
Tapi possible. Sumpah possible.

Dan ingat, walau se-private mana pun social media kita, it still can be access by public in so many ways. Nothing is private when it is ONLINE.

"Ahhh merepek!
Selama ni aku publish gambar bogel anak aku, takde apa-apa jadi pun!"

So kau nak tunggu anak kau hilang dulu, kena culik dulu, kena rogol dulu, kena bunuh dulu, baru nak stop publish la? Hmm?

Act now. Mencegah lebih baik dari merawat. Kan?

These are 12 safety rules yang parents are encouraged to follow, to avoid our kids dari serangan pedophilia jahanam nih:

1) Never post photos of kids yang tak appropriate.

Contohnya tengah mandi, tak pakai baju, tengah tidur terkangkang, pakai skirt pendek, etc. Anak lelaki atau perempuan. Both kena jaga!

2) Never expose specifically lokasi sekolah anak, rumah babysitter anak, tempat anak main, etc.

3) Never post status yang macam,
"Rindu anak mama yang tengah kat rumah babysitter tu. Hari ni mama balik lewat malam sikit ye sayang."
Atau,
"Baru suruh Daniel beli telur kat kedai runcit kat depan sana. Cepat balik tau! Mama nak masak ni."
NEVER.

4) Sentiasa teman anak kemana sahaja dia pergi.

Playground, rumah kawan, kedai, atau ke mana saje. Yes, anak kita mungkin dah boleh berdikari, tahu jalan balik apa semua. But remember, pedophiles are everywhere.

5) Latih anak untuk tidak duduk di atas peha / pangkuan sesiapa sahaja, terutama lelaki.

Tak kisah dalam apa jua keadaan, dengan sesiapa saje. Kalau boleh, AVOID. Especially yang ada anak yang pasif atau jenis "duduk diam".

6) Jangan paksa anak kalau dia "tak selesa" dengan orang tertentu.

Observe kelakuan anak, kalau-kalau dia nampak macam "takut" atau "mengelak" bila nampak mana-mana orang dewasa.

7) Alert dengan perangai anak. Kalau tetiba dia kemurungan atau ketakutan.

There must be something yang ganggu fikiran dia.

8) Ajar anak supaya tidak membenarkan sesiapa sahaja pegang, tengok atau "tersentuh" their private part.

9) Ambil peduli bila anak tak puas hati dan sedang bercakap tentang seseorang (dewasa).

Pay attention kalau-kalau there is something wrong with that particular adult.

10) Sentiasa pakaikan anak pakaian yang appropriate untuk tontonan umum.

Simpan sikit kecomelan anak untuk diri sendiri. Jangan ditayang-tayang sangat. Peha nak tayang, bontot nak tayang, ketiak nak tayang. NO!

11) Respect your kids privacy.

Bila anak tak mahu bergambar atau need some space or privacy, hormati kehendak mereka.

12) Kalau ada tanda-tanda anak korang adalah mangsa pedophile,atau korang macam suspect seseorang itu adalah pedophile, terus call ChildLine 15999.

Adu lah apa sahaja pasal child abuse kat situ dan dapat kan bantuan.

Please parents.

We are currently living in an era yang langsung takde barrier.
Langsung takde sekatan.
Bila takde barrier takde sekatan,
hence takde keselamatan.
Pandai-pandai jaga diri.
Pandai-pandai jaga anak sendiri.

Pedophiles are everywhere.
Pedophiles can be anyone.

U don't say these people dont exist. They do.
Dan RAMAI sebenarnya.
Cuma kita yang tak tahu kewujudan mereka.
Because diorang tak bodoh untuk mengaku yang diorang pedophiles.
Kan?

Ada juga pihak yang kaitkan jenayah pedophilia ni dengan kos kahwin dan kos sara hidup di Malaysia. Kos kahwin dan kos sara hidup semakin merepek menyebabkan semakin ramai lelaki yang membujang. And they tend to use kids untuk melampiaskan syahwat.

Satu, sebab kids senang. Lemah dan tak mampu melawan.
Dua, free.

Na'uzubillahi min zalik.

Jom sama-sama kita tengok balik gambar-gambar anak yang kita pernah post dulu. Kalau ada yang kurang sopan atau high-risk, DELETE je.

Bertaubat dan sentiasa mohon perlindungan Allah. Ye betul, kalau Allah tak izin, takkan jadi.
Tapi kalau Allah izin dan benda tu jadi, ia sebenarnya berpunca dari tangan-tangan kita sendiri.

Esok-esok kita kena soal, tentang setiap kemudaratan yang kita tak sedar berpunca dari tangan kita sendiri.

Mintak jauh.


* Sumber artikel asal dari blog Saat Aku Kau Pilih oleh Adlil Rajiah, baca artikel sepenuhnya di sini - http://saatakukaupilih.blogspot.com/2014/12/pedophilia-semua-ibu-bapa-patut-tahu.html


* * * * * * * * * *

Sebelum ini aku pernah tulis beberapa entry berkaitan gejala pedofil. Pernah dulu ada orang yang bengong mengatakan hukum hudud menjadi punca gejala pedofil meningkat. Pedofil ini sebenarnya memang amat bahaya, malah silap haribulan seorang bapa yang pedofil sanggup mencabul dan merogol anaknya sendiri yang bawah umur seperti kes ini:



Malah di zaman Internet ini seperti yang tertulis di artikel di atas, kadangkala faktor ibu bapa dan kanak2 serta remaja itu sendiri yang menjadi penyumbang kepada gejala pedofil ini apabila mereka terlalu mendedahkan anak serta diri sendiri di media2 sosial seperti FB dan Twitter. Malah di dalam group2 mencari kawan dan kenalan di Facebook, kita boleh melihat betapa ramai gadis bawah umur yang terlalu bebas dan sangap tanpa segan silu bagi no. telefon, id Wechat, menggatal tergedik2 nak pakwe, cari abang angkat dan sebagainya.

Di negara maju seperti US, jenayah seks sama ada terhadap kanak2 (pedofil) mahupun orang dewasa adalah suatu yang amat serius. Mereka mempunyai pangkalan data rekod semua pesalah seksual (sex offender) dan maklumat tersebut boleh dicari dan dilihat oleh orang awam agar mereka tahu siapa jiran dan orang yang duduk di kawasan dan komuniti mereka yang pernah disabitkan kesalahan seksual, contohnya melalui laman web ini - http://www.nsopw.gov/. Malah terdapat banyak aplikasi mobile yang boleh memberitahu siapa dan berapa ramai pesalah seks yang tinggal di kawasan kejiranan mereka seperti app Safe Neighborhood ini.




Berbalik kepada kes pelajar pintar Matematik Nur Fitri Azmeer Nordin yang berusia 23 dan berasal dari Malim Nawar, Perak yang juga merupakan bekas pelajar Sekolah Menengah Sains Teluk Intan (SEMESTI), bagi aku jenayah dia memang agak berat kerana jika dia hanya menyimpan koleksi gambar lucah untuk diri sendiri sahaja boleh tahan lagi, tapi dilaporkan yang dia turut membuat dan menyebarkan gambar2 tersebut di Internet.

So mungkin hukuman penjara 5 tahun itu agak setimpal, namun akhirnya dia juga manusia seperti kita yang tidak terlepas daripada membuat kesilapan dan kesalahan. Aku harap selepas dia selesai hukumannya, masyarakat tidak terus mencemuh dan menyisihkan beliau sebaliknya bagilah sokongan dan didikan agama serta moral terhadap beliau. Walaupun begitu beliau tetap perlu dipantau dan di bawah pengawasan pihak berkuasa agar beliau tidak lagi mengulangi perbuatannya, seterusnya menjadi pengajaran kepada beliau dan orang lain juga.

Dan pihak kerajaan Malaysia juga mungkin boleh meniru idea di US dengan memaparkan rekod penjenayah seks kepada umum (public) agar kita juga dapat berhati2 dan berjaga2 dengan mereka yang pernah ditangkap atas kesalahan jenayah seks di komuniti dan kawasan kejiranan anda kerana ia boleh jadi sesiapa, mungkin ketua kampung anda, mungkin cikgu anak anda, mungkin tukang potong rumput malah mungkin jiran rumah sebelah anda!




tags: pelajar penuntut pintar genius matematik nur fitri azmeer nordin kena tangkap hukum penjara memiliki bahan video lucah kanak-kanak budak kecil remaja bawah umur pedo pedofil pedophile pedobear sex offender bagi peluang kedua mara taja biasiswa pinjaman tarik app registry

33 ulasan:

  1. Ada satu lagi gejala yg membuatkn semua yb-yb sangap....gejala ghairah jawatan, kedudukan ..sbb dgn jawatan boleh buat duit dan jadi kaya raya...semua org tau kan...so terima kasih sebab buang masa korang baca komen aku neh...kepada yg berebut jawatan dan pengaruh tu, jom go to hell dgn aku sekali....lg best ramai2
    ..tak kira la BN ke PR ke...mangkuk je semua kan? Susah sgt ke nak mengaku???-anonymous sial-

    BalasPadam
  2. Astagfirullah hal azim

    serius aku pelik macammana orang orang macamni teransang bila tengok budak budak linkungan umur 3-7 thn malah lagi teruk ada sampai bayi pun nak bantai

    Memang patut diperangi golongan golongan macamni termasuk sekali gay, bapok/maknyah dan lebih kurang spesies ni

    Ingatlah azab Allah sangatlah pedih

    peringatan bersama


    Cool Guy

    BalasPadam
  3. mak aku sangat marah kalau dekat tv tunjuk budak kecik perempuan dimandikan bapak dia atau abang dia.setan tu sentiasa ada.kalau mak dia mampu lagi.boleh lah buat sendiri. >,<

    BalasPadam
  4. noob bila ko nak ulas pasal tabung haji. dah berjanggut kote aku menunggu ni..

    BalasPadam
  5. Sekolah Menengah Sains Teluk Intan (SEMESTI) ni belakang tepi kiri kanan kelapa sawit.Cume depan saje ada jalan besar.Aku rasa ada kaitan la lokasi sekolah ni dengan perangai pelik die ni.Tengokla kat lencana sekolah pun ada lambang kelapa sawit.Apa motif tah letak gambar sawit tu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Aku pon x-SEMESTI 93-97 elok je now akauntan bertauliah berbini dan beranak 5....jgn salahkan sekolah....salahkan diri sendiri yg sangap nk menerai yg bukan2.. Klau jaga solat semua ok...betoi tak Noob???

      Padam
    2. masalah jaga solat pun ada perangai mcm wtf, maknanya solat dia ada something wrong la.. klux xkan jadi camtu.... ExSEMESTI_2005

      Padam
    3. Aku pun exsemesti jugak.Rilek2 saje je nak kasi panas tengok kot2 ade exsemestian laen kat sini.Aku mmg setuju mmg xde kaitan pun SEMESTI dgn perangai dia tu.Yelakan SEMESTI sekolah menengah bukan sekolah rendah.Tp macam mana pun sedikit sebanyak kes ni tetap bagi kesan kat exsemestian macam kita ni.BTW dia ni batch bawah aku,rasenya dari rumah delta kot.kalau x silap la.X kenal pun -tanpa nama diatas sekali-

      Padam
  6. Selepas beberapa kali membaca berita ini, ada yg dicari di akhbar, dan dalam internet, aku masih sangsi akan kesalahan yg dilakukan. Tiada bukti sahih melainkan kes ini berat sebelah seperti kes pukul anak supaya solat di Sweden dulu.

    Berita begini x patut disebarkan kerana beriya rekaan ala Al Qaeda dan ISIS. Kita pun x tahu mana kepala mana ekor. Butir2 bicara ditutup kemas malah salah pelaku saja disebarkan. Terlalu mereng berita begini.

    Pada aku elok kita selidiki dulu seperti kes video Anwar dan kes video Ust Azhar. Tak elok melulu sbb budak ini bukan anak orang terkenal spt anak Rosyam Noor mahupun ditutup rapat ala kes Nedim dan Jeslina Hashim mahupun Ziana Zain.

    Aku faham akan salahlaku ini. Tapi yg aku tak paham..tak tahu mana butir mana ekor..kita pun turut menghukum.

    ---------
    Hai orang-orang yang beriman, jika datang kepadamu orang fasik membawa suatu berita, maka periksalah dengan teliti agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada suatu kaum tanpa mengetahui keadaannya yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatanmu itu.

    (QS. al-Hujurat: 6)

    Berkata asy-Syaikh Dr Abdul Azim Badawi

    Pada ayat ini, Allah melarang hamba-hambaNya yang beriman dari mengekor kepada isu yang tersebar, dan memerintahkan mereka untuk meneliti kebenaran berita yang sampai kepada mereka, karena tidak semua yang diberitakan itu benar adanya, dan tidaklah setiap yang dibicarakan itu merupakan suatu kejujuran. Sesungguhnya, musuh-musuh kalian senantiasa mengintai kelemahan kalian, maka wajib atas kalian agar selalu terjaga, sehingga kalian bisa memergoki orang-orang yang hendak membangkitkan dan menyebarkan kegelisahan serta isu-isu yang tidak benar ditengah-tengah kalian.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Baca dgn teliti tulisan ini. Pasti anda akan tahu berita ini bagaimana ianya memaksa kita terima bersungguh2 laksana cerita2 mengarut Al Qaeda dan ISIS.

      http://doublare.com/pedophile-math-genius-lololololol/

      Padam
    2. sapa nak menghukum yang suka hukum2 orang tanpa selidik tu memang salah la yang sekang ni ko bodoh xfhm topik suruh berhati2 dan ambil langkah mencegah2 benda2 yang mendekatkan phedophile.... senang citer you will never see it coming , bila sampai mampus la nasi sudah menjadi bubur...xde benda dah x logik kat dunia kalau ikut perangai nafsu manusia.. tu belum lagi jumpa spesis kaki rogol haiwan tu pun wujud gak..

      Padam
  7. mamat KEDEPAN takmau komen ke?
    pelajar cemerlang SPM pun jadi macam ni.....

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tulah bro....aku tggu jgk si Kedepan tu komen..beria bagai dok bangga pasai degree lah apa....aku perati lama dh dia ni mcm taksub sgt dgn akademik...aku ingat dia ni ada masalah la utk dpt keja....klau tak takkan dia meroyan...

      Padam
  8. Sick...
    Pedophiles.... Literally worst than Hitler...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Worse than, not worst than. Belajar lagi.

      Hitler tu at least ada juga matlamat, pedopork ni lak ikut nafsu buas je semata2. Mmg hina gile.

      Padam
  9. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.

    BalasPadam
    Balasan
    1. aku angap ko ni mungkin non muslim moga dapat hidayah dan petunjuk sebelum meniggal dunia :) dunia ni sementara je sini kau boleh seronok2 nak mengata orang dan ada banyak video2 penjelasan orang arif mengenai nabi Muhammad S.A.W kahwin Aisyah kalau malas nak cari tu salah kamu :)

      Padam
    2. Well, I just want to know. Give me facts. I do read on the Internet. Both sides of the debate. If you think he is not, then give me the reasons why you think so. Boleh?

      Tanpa Nama 12:37

      Padam
    3. Hello. Zaman tu org Inggeris mcm raja pun kahwin dgn wanita muda. Do more research please!! 😂

      Padam
    4. Hello. Zaman tu org Inggeris mcm raja pun kahwin dgn wanita muda. Do more research please!! 😂

      Padam
    5. Hello. Zaman tu org Inggeris mcm raja pun kahwin dgn wanita muda. Do more research please!! 😂

      Padam
    6. Other people doing it at that time does not mean it is morally correct to do it too, don't you think so Raihana? Plus he is a prophet. He should have set a better example. Try give a more solid fact.

      Tanpa Nama 12.37

      Padam
    7. Tanpa Nama 12.37 pemalas nak tunjuk hebat ke? orang nak cari kebenaran attitude bukan mcm ni.. ala2 kurang ajar dari ayat kau tu pun dah tengok tak boleh nak terima apa penjelasan orang arif psl nabi Muhammad S.A.W. kahwin ngan saidatina Aisyah.... itu sebb kebebalan kamu tu yang membandingkan2 kan susana zaman sekarang dengan zaman dahulu yang banyak semua orang kena buat sendiri (xde benda2 petiais,elektrik,mesinbasuh dan lain2 perkakas2) untuk jalani kehdupan seharian.. anak2 kecil mungkin awal2 akan ada bermain2 dan samapi waktu tertentu takkan selamanya nak main2? semestinya dari kecik dah dia ajar mcm2 untuk survive jadi tak heran di waktu zaman2 dahulu orang2 muda lebih cepat matang dan tak heran umur 9 tahun akan dah didedahkan kahwin awal dan Saidina Abu Bakar r.a bapa beliau pun ingin kahwin kan anaknya dengan nabi ++ waktu ukuran tahun islam tak sama, dan ada penjelasan ulama2 tertentu waktu umur 9 tahun ikut kelendar tipikal kita tak sama masakiraan dengan ukuran kiraan tahun islam padahal dalam kelendar islam umur lebih tua dari itu, dan kalau kau betul2 kaji sirah nabi beliau start duduk dengan nabi ada umur dia aku terlupa tapi dah lebih besar sedikit... ah senang citer ko cari la perpustakaan islam cari buku atau tanya kaunter buku sirah nabi kahwin Aisyah r.a. kalau kau sini nak tunjuk hebat bukan nak cr kebenaran.. aku tak tau nak cakap apa.. jangan MALAS.... TN 4:29ptg

      Padam
    8. The facts that you presented is still not solid enough for you to convince me, Tanpa Nama 4:29.

      Try look it from my view:

      1. Your prophet had 12 wives and one of them is an underage girl.

      2. This country sees a lot of cases of baby dumping (buang bayi), incest (sumbang mahram), girls raped by their fathers, and the latest this paedophile, all of which were Malay Muslims.

      Do you think there's a connection between number 1 and 2?

      Padam
    9. Noob kasi ajar sikit mamat ni ..

      Padam
  10. Tanpa Nama10 Mei 2015 12:37 PTG ko hina Rasulullah SAW ke? ko Islam atau bukan Islam?

    BalasPadam
  11. nuff said phedophile ni ganaz dan tak perikemanusiaan, aku pernah baca hentai manga yg pasal lolicon citer pasal orang tua rogol budak jalan citer menarik memang stail real dia tipu budak tu sebb dia kawan bapak dia , dia umpan budak perempuan tu dia rogol nya berkali2 dan rakam video,, dia pakaikan pakaian baju budak sekolah, pakaikan budak sekolah swimsuit dan rogol lagi dan pancut dalam lepas lelaki tua bangsat tu dah puas dia tinggalkan budak tu di tempat sampah.. dan orang ramai jumpa dan budak tu keadaan trauma dia menangis ketakutan bila terdengar bunyi loceng pintu rumah mak budak tu hanya menangis tak tau nak kata apa, dan ending manga tu lelaki tua bangsat dah jumpa mangsa baru.... dan berulang lagi....sejak dari tu ak berhenti nak fap2 baca manga... bapak sadis... cilakak.. dan serba salah....tu baru citer dalam manga hentai

    BalasPadam
    Balasan
    1. tak kesah kau nk confess ke apa, tp cari tmpt yg more appropriate la, ayat xsedap dibaca...

      Padam
    2. taktau lah nak bersyukur kau dah tak baca hentai ke nak tampo ko sebab cerita kat sini.ape ke bangang sangat ni

      Padam
  12. Aku masih tak faham. Otak aku tak leh nak proses.

    BalasPadam
  13. Ni kes hilux langgar budak skolah smpai mati berape org siap dgn langgar kereta lain lagi. Lagi rekod dari myvi.sebijik hilux smpi leh wat lagi ramai mati. Rakyat malaysia tak nak start rosakkan kereta hilux lak ke?

    BalasPadam
  14. parents sekarang takjub sgt dgn anak. baby lagi dah ada akaun IG, FB, wow

    BalasPadam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.