Khamis, 21 Mei 2015

13 Cara untuk kenali siapakah sahabat sebenar anda

Tahukah anda lazimnya kalau kenderaan kita rosak tepi jalan, kita akan talipon rakan-rakan dari kalangan mat rempit, kaki pukul, kaki tarik kereta, sekolah tak habis, dan banyak lagi. Orang-orang yang macam ni 90% dijamin akan datang tak kira la pukul berapa pun. Pertolongan akan diberi selagi tak melibatkan wang ringgit.

Bila berdepan masalah gitu, amat kurang kebarangkalian kita menalipon rakan-rakan yang berjubah, janggut sampai dada, SPM 10A, dan pernah menang pertandingan bahas antara sekolah. Orang-orang macam ni biasanya gemar memberi alasan bila kita minta tolong. Misalnya bini tak bagi keluar atau paling koman pun cakap "ada kerja."

Kesimpulannya, hargailah semua rakan kita tak kira dia jenis macam mana. Jangan jauhi dia mentang-mentang dia tak masuk universiti atau jarang nampak muka di surau. Hati orang bukan ada tulisan.

Status viral ini dicedok dari page Sokernet.

Ya, memang betul kita harus berkawan dengan semua orang tanpa mengira latar belakang, tahap pendidikan, agama, bangsa, keturunan, status, darjat, pangkat, harta dan lain2 lagi, tapi itu tidak boleh dijadikan ukuran sebuah persahabatan.

Aku ada beberapa kawan baik yang belajar bijak, result SPM bagus, belajar kat universiti, kerja pun agak tinggi, tapi boleh je lepak2 dengan aku, kalau ada masalah ke apa boleh je dia tolong, malah bila time kecemasan pun dia boleh je datang walaupun masa tu tengah kerja.

So benda ni bukan masalah dengan siapa kau kawan, orang pandai ke atau mat rempit ke, tapi macam mana kita menghargai dan menjaga hubungan kawan itu terutama kawan2 baik kita. Kalau kau ada kawan mat rempit pun kalau dia tengah sibuk merempit takdenya dia nak tolong juga. Kalau kau ada kawan kaki pukul pun kalau dia tengah bertugas bonzer kelab malam kat KL kau mintak tolong datang repair kereta kau rosak kat Kelantan pun jangan harap la dia nak datang. So mana datang statistik 90% kat atas tu?

Jangan lah menilai seorang kawan hanya dengan tengok dia boleh datang atau tidak waktu kenderaan kau rosak semata2. Kawan juga ada kehidupan sendiri, dia juga ada masalah sendiri, dan mungkin dia juga sukar untuk datang membantu kau ketika kenderaan kau rosak tepi jalan atas sebab masa dan tempat.

Kalau kawan baik kau berada di Perlis dan kereta kau rosak di Johor, takkan kau nak harapkan dia datang? Lepas tu kalau dia tak dapat datang maka kau nak putuskan persahabatan?  Malah kalau kereta kau rosak depan rumah, tak payah kata kawan baik, jiran sebelah rumah pun sanggup tolong walaupun dalam sebulan ada la 2 3 kali je kau bersapa dengan dia.

Jika kereta anda rosak tengah jalan, cara yang paling baik bukan dengan telefon kawan, tapi check dulu apa kerosakan yang berlaku. Kalau tayar kereta pancit atau pecah, bukak bonet dan tukar tayar kereta sendiri. Kalau tak reti tukar tayar, tahan kereta lain minta tolong daripada pemandu lain. Aku yakin akan ada yang tolong lebih2 lagi kalau anda seorang awek cun, pasti berduyun2 lelaki berhenti untuk tawarkan bantuan. Kalau anda sudah bersuami, telefon sahaja suami anda, atau call kawan2 anda yang berdekatan yang senang nak datang bantu.

Kalau masalah2 lain yang memang kereta tak boleh nak start atau gerak, call sahaja hotline syarikat insurans kereta anda, biasa mereka ada perkhidmatan towing atau tarik kenderaan percuma dalam jarak beberapa kilometer. Kalau ambik insurans murah yang takde perkhidmatan tu, telefon kawan untuk dapatkan nombor perkhidmatan tow truck untuk tarik kenderaan.

Sama macam tweet kat bawah ni yang cakap kalau nak tahu sapa sahabat kau, tengok after SPM dengan siapa kau still contact.


Habis tu, takkan lepas SPM kau takleh cari sahabat lain? Budak sekolah aku memang hanya ada 2 3 orang sahabat baik, budak universiti aku pun sama ada 2 3 orang je sahabat baik, kawan pejabat aku pun ada 3 4 orang sahabat baik, dan walau ada sahabat baik lama yang aku jarang contact, kami tahu yang kami masih bersahabat baik.

Actually, benda pasal sahabat ni tak perlu orang lain ajar kau macam mana kau nak tahu siapa sahabat kau. Kau dan sahabat kau sendiri tahu yang kau ini sahabat yang sebenar atau tidak. Jika kau memerlukan orang lain untuk bagitahu kau macam mana nak kenalpasti sahabat sebenar kau, kau sebenarnya yang bermasalah dalam persahabatan.




tags: kawan sahabat mat rempit kaki pukul bonzer tak habis sekolah spm tolong kereta kenderaan motor rosak tepi jalan tweet twitter qaamaarinaa cara kenali siapa sahabat rakan karib baik

13 ulasan:

  1. Ahmad sahabat yg baekkkk....

    BalasPadam
  2. tapi ada jugak yang dah lama kawan pun masih boleh jadi musuh dalam sekelip mata..apa-apa pun tetap kene berhati2 dengan semua makhluk yang bergelar manusia..

    http://kitanitakperfect.blogspot.com/2015/05/best-friend-forever-part-2.html

    BalasPadam
  3. Kawan sentiasa datang dan pergi. Kt sekolah kawan dgn A. Di U kawan dgn B pulak. Bila keje kawan dgn C pulak. Mcm tulah kitaran hidup ni. Hanya kerana kwn yg tolong ko tu mat rempit, kaki pukul, tak habis sekolah, ko generalize yg lain2 tu bukan kawan ko. Ingatlah kawan tu cermin diri sendiri. Kalo nk tau cmne perangai ko, tgk lah kawan2 ko mcm mana.

    BalasPadam
  4. aku ada kawan. budak nerd. kt skolah gila pandai. skg dh jd engineer. hr tu motor aku rosak aku call dia, dia elok je dtg tlg tolak motor aku pergi bengkel sekali. xkanla mat rempit, kaki pukul ni je yg blh tlg masa kenderaan rosak?

    BalasPadam
  5. Mari Berkenalan dengan Cek Mek Molek Kelantan...

    BalasPadam
  6. Sahabat? Minta tolong? Lps SPM? Kete rosak?? Call aku, aku sedia membantu dimana saja walau di kutub utara dan selatan sekalipun.

    -MP Baling Azeez

    BalasPadam
  7. Hidup ibarat roda, la ni rapat dengan yang ni, akan datang dengan yang tu pulak tapi tak bermakna lupakan yang lama.. hanya kita yang tahu yang mana baik dan yang mana sebaliknya.

    BalasPadam
  8. Sahabat ialah org yang selalu bersama kita time susah senang...tp jgn salah guna sahabat 2 smpi nak sentiasa mintak tolg, mintak hutang x bayar2, nonstop promote brg MLM.....

    Sbnrnya sahabat baik sy ialah pasangan anda sendiri n anak2 sbb mereka sentiasa bersama anda walau tunggang terbalik dunia berlaku. So hargai mereka dahulu, kawan no 2

    BalasPadam
  9. aku penah baca, kawan yg mostly akan kekal selamanya adalah kawan sekolah menengah berbanding kawan universiti @ kawan kerja. ini kerana kawan sekolah(especially kl sekolah berasrama) lebih mengenal diri secara peribadi dan memahami perangai kita. kawan universiti lebih pentingkan awek manakala kawan kerja lebih pentingkan kerja/famili. kawan sekolah even dah membesar & berkeluarga, still akan mengenang persahabatan yg terjalin lama

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kawan yang baik adalah kawan yang dapat SPM 5A keatas. Heee

      Padam
  10. sahabat lebih baik dari pacar,,

    BalasPadam
  11. Cuba sebelum tanya siapa sebenarnya sahabat yang baik dgn kita,
    apa kata tanya diri sendiri dulu kita ni sahabat yang baik tak untuk kawan-kawan kita.
    Kan?

    BalasPadam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.