Jumaat, 29 Mei 2015

21 Isteri menjadi Queen Control tanpa sedar

Sejak kebelakangan ni banyak artikel2 tentang ibu2 dan isteri2 yang dikongsikan oleh rakan2 fb saya terutama yang perempuan lah. Masalahnya, kita sebagai umat Islam, patut sandarkan ilmu2 kita kepada Al Quran dan Hadis. Tetapi ada setengah tu sebab sedap dan terkena dengan situasi diri atau situasi yang sedih, terus share tanpa fikir. Dalam tidak sedar, sebenarnya ramai isteri2 sekarang ni sudah menjadi Queen Control. Dan yang belum berkahwin sudah tertanam jiwa queen control dalam jiwanya.

Sumber Gambar

Saya sebenarnya lama dah nak bercakap tentang tajuk ni. Tetapi sebab saya ni bukan loktor ataupun ostad. Lepas tu tak reti nak mulakan macam mana. Selepas tu saya terbaca satu artikel yang ditulis oleh seorang minah saleh. Bukan wanita meleis islam kita. Mati la nak tunggu orang melayu sendiri yang mengaku kesalahan sendiri.

PUNCA DALAM DIAM

Apa yang saya nampaklah, punca queen control berlaku ni mulanya dari diri wanita itu sendiri. Bila kita kata queen control, maksudnya isteri yang ingin menjadi ketua kepada suami. Ada yang tidak mengaku. Bukan tidak mengaku, tetapi tak sedar apa itu queen control. Secara mudah kepada saya, wanita yang queen control ni tak ada hati seorang isteri. Itu saja. Kalau nak tahu lebih2 kena rujuk sendiri ataupun tanyalah ostad.

Ada juga puncanya adalah daripada suami yang tak nak tegur isteri. Bukan takut isteri. Sebab sayangkan isteri. Rasa kesian pulak nak tegur dia keluar rumah tak tutup aurat. Tapi setiap kali kita tak tegur kesalahan orang2 kita yang tersayang, setiap kali itulah kita membenarkan perkara yang salah. Jadi walaupun pahit, tegur. Yang salah tetap salah. Kalau dia nak ikut atau tidak itu bab lain. Yang penting suami tegur dulu.

Tetapi ada satu lagi sumber yang ramai tidak sedar. Sumber itu adalah daripada komen2 dan posting2 dalam fb yang ramai wanita2 suka share. Terutama bab kelebihan isteri dan kekurangnan suami. Di sini saya kasi satu contoh :


Point di sini, suami buat hal. Tak kira la suami kau ostad ke loktor ke, seolah olah nak buat minda separa sedar korang yang asalkan nama suami je, mesti akan buat hal. Benda2 ni bercanggah dengan niat korang yang nak jadi isteri solehah. Kenapa? Sebab nak jadi isteri solehah kena sokong suami dan sayangkan suami. Tetapi pada masa sama, korang kondem suami. Kata suami mesti buat hal. Kata tanpa wanita, lelaki dalam dunia ni tak berguna lah itu lah ini lah.

Ada la sorang dua yang share suami mereka banyak membantu di rumah. Tetapi yang share posting2 yang lebih kepada feminis ni lagi ramai kot yang share posting2 dan gambar2 yang mengatakan isteri lebih hebat daripada suami, Tanpa isteri suami tak berguna, kalau suruh suami beli 2 barang 3 barang silap, isteri boleh jaga 10 anak tapi suami tak boleh jaga sorang anak dan sebagainya.

Semua ini pada pendapat saya adalah posting negatif tanpa disedari. Bukan salah anda. Anda mahu agar lebih dihargai. Tetapi lagi ramai isteri dan wanita yang share benda2 ni daripada lelaki. Kawan2 lelaki saya tak ada pulak saya lihat share "Tanpa ayah, anak2 tak boleh lahir". Semua posting pasal bola, kereta, games, lawak jenaka.

Ada juga lelaki yang berbuat demikian kepada isteri, tetapi nak tekankan di sini, jika ada benda remeh temeh yang anda tak puas hati terhadap suami anda, muhasabah diri. Kadang2 benda tu remeh temeh. Dan sedar diri anda ni isteri kepada suami ataupun mak kepada suami anda? Sejak bila cara anda menjadi cara yang satu2nya betul? Takkan cara suami tak boleh?

Dan setiap kali anda berleter kepada suami anda secara tak langsung anda akan melemahkan semangat dia. Saya pernah kata perkara ni kepada isteri saya sendiri. Kalau isteri tak puas hati, suami lemah semangat. Memang suami ni banyak benda nak belajar tetapi dia ada usaha belajar.

Kesimpulannya, dia suami anda. Anda setuju masa akad nikah nak ikut belakang dibimbing dia. Dia bukan orang gaji anda. Bukan pekerja anda. Bukan anak anda. Sebelum kahwin dengan anda, tak ada pulak fikir suami anda ni bodoh ataupun tak reti buat kerja. Puji melambung. Kalau ada cara dia buat kerja dalam rumah anda tak setuju, takkan la nak panggil polis tangkap?

Sebaliknya carilah benda2 yang positif. Rumahtangga yang bahagia ialah yang mana masing2 membantu masing2 tak kira lah isteri sorang ke 2, 3, 4.


21 ulasan:

  1. girlfriend boleh ramai
    isteri boleh empat
    ibu kandung hanyalah seorang
    taat dan sayangilah ibu anda!!

    BalasPadam
  2. Aku kalau nak share benda melibatkan suami ni especially bab sindir2 ... fikir banyak kali... rasa berdosa plak.... walaupun aku banyak buat dosa kan.... tapi kat newfeed aku ramai isteri yang mempersendakan suami... hmm

    BalasPadam
    Balasan
    1. Isteri mesti ada kelas tersendiri. Dah terpelajar, kawen la ngan mat saleh. Ini kawen meleis gak.. mmg babi betul ompompan jenis gi ni.

      Padam
    2. ha ah setuju ngan tanpa nama apa kejadahnya kawin ngan meleis , bodoh betul la bodoh untuk orang bodoh jugak haha2 termasuk Tanpa Nama sekalian haha2

      Padam
  3. https://www.youtube.com/watch?v=cLvH7WHh5Tg

    Tips utk kekal tahan

    BalasPadam
  4. Syurga isteri bawah tapak kaki suami, n syurga anak2 bawah tapak kaki ibu......konsep yg sama cuma orgnya berbeza.

    Tp ramai sy perhatikan yg ppuan yg bergelar isteri tidak meletakkan suaminya sendiri sebagai suami yg perlu dihormati dan dijaga maruahnya dari aib atau perkara2 berkaitan...sama seperti anak menghormati ibu dan jrg kita dgr org kutuk atau perli mak kita x kira dalam medium apa sekalipun.

    Reasonnya sbb 1 perkara sahaja, sbb ada antara isteri meletakkan darjat suami sama level...sbb atas faktor sebaya n mereka pun pada asal kawan kita, x sama seperti ibu yang lebih tua and yg melahirkan kita. Sy ada banyak dgr kisah zaman nabi dahulu di mana isteri betul2 menghormati suami sampai nak buat apa sekalpun kena mintak izin suami, n rasa sangat bersalah kalau but suami sedih jika isteri bercakap kasar atau melawan kata suami...sama seperti melawan kata ibu.

    Antara jawapan si isteri tidak meletak suami pada tahap yg sama spt ibunya ialah si suami bukan baik sangat pun, bukan nabi atau agamawan lain...kalau mereka buat salah, si isteri spt berhak marah balik mcm marah kawan2. Tp sy selalu dengar kuliah agama, walau mcmana buruk perangai suami kita yg dahulu kita sendiri setuju nak nikah, still isteri perlu menghormati suami seperti ibu mereka sendiri...jika mereka ada buat salah, nasihat baik2 tanpa perlu nak menguris hati suami terutamanya dlm bidang agama dan tanggungjawab/hak.

    Setiap isteri ada hak jika suami mereka seperti membimbing mereka ke neraka n tiada jalan lain utk memperbetulkan keadaan...boleh gi mahkamah mintak nusyuz. Agama Islam ada undang2 utk melindungi wanita. Tp zaman skrg byk cabaran, smpi gaji isteri lagi tinggi dr suami pun secara tidak sengaja si isteri merasakan mereka x perlu hormati suami mereka sbb atas faktor gaji n lebih berkuasa.

    Papepun, asalkan hidup berpandukan agama yg lurus..InsyaAllah diberkati dunia dan akhirat. Dan pahala isteri kpd suami sgt2 besar...x silap kalau isteri menjamu suami makan or melayan suami dgn baik, sama dengan pahala menunaikan haji di Mekah kalau x silap. So hormati suami anda n plz....jgn selalu kondem mereka x kira depan2, dgn sanak sedara atau dlm FB sekalipun.

    BalasPadam
    Balasan
    1. terkesan di hati dengan komen Ayam Afrika di atas..
      en. suami saya selalu berpesan.. jangan cerita yang negatif dalam mana2 laman sosial tentang hal dalaman rumahtangga..

      Padam
    2. Ayam, mmg isteri wajib patuh n ikut ckp suami (yg baik sahaja ya), tp konsep syurga di bwh tapak kaki tu kau tetap x bleh nk samakan dgn taraf ibu. Ibu mengandungkan n melahirkan kau, maka mmg patut pn syurga kau di bwh tapak kaki dia. Seorang ibu tetap kekal menjadi ibu kpd anknya sampai kiamat, hubungan itu jenis yg kekal, iaitu hubungan mak n anak. Hubungan suami isteri pula boleh putus bila2 masa dgn lafaz cerai je. Jadi, di situ kau boleh nmpk betapa besar perbezaannya atr status ibu n suami. Sebab itu syurga anak di bwh tapak kaki ibunya, bukan suami. Jgn nk memandai2 nk ubah n tokok tambah ye ayam. Kalau ye pn nk suruh isteri hormat n taat suami, jgn putarbelitkan ayat agama utk menang dlm sesuatu hal. Sebaliknya, tunjukkan la akhlak n cth yg baik, insyallah isteri akn ikut n sayang, tu saja.

      Padam
    3. Ada sedikit x betul...syurga wanita yg belum berkahwin bawah tapak kaki ibunya, tp bila dah berkahwin, dah berpindah kepada suaminya...xde istilah wanita dah kawin syurga still bawah tapak kaki ibu dan suaminya. So kata suami kena dengar sebelum kata ibunya selepas.berkahwin. Sy faham konsep suami boleh ditukar ganti n ibu hanya satu di dunia..tp selagi wanita bersuami, wajib taat n patut kpd suami.

      Kalau isteri kata suami x betul itu ini, suami x bagus bagi nafkah n harta secukupnya, baik berpisah sahaja n boleh claim syurga bawah tapak kaki ibu balik.

      Sbb 2 sy selalu respect jika nampak.ada pasangan suami dah lumpuh dan miskin, tapi isteri tetap bersama suami smpai mandikan dan bersih najis suami...sbb si isteri kata syurga dia bwah tapak kaki suami n x sanggup tinggalkan suami even susah mcmana pun.

      Padam
    4. Sapa pernah tgk cite 'ular emas' kat tv...itu satu contoh yg sangat baik seorang isteri yg layak berada di syurga Allah swt...even lepas berkahwin dan suami tiba2 berubah menjadi kaki judi dan penagih dadah, isteri tetap sygkan suami dia n hormat suami smpi x berani nak tinggikan suara. Even suami dah masuk jel..isteri tetap berdoa supaya suami berubah n xnak bercerai dgn suami. Last2 suami jadi baik lepas keluar jel n hidup bersama semula.

      Padam
    5. Islam bukan agama yg menganiayai kaum wanita. Kalau si isteri yg jd sakit n lumpuh, si suami yg baik juga perlu redho n menjaga kebajikannya. Take note ye.

      Padam
    6. Syurga aku di celah kangkang bini. Khalas.

      Padam
    7. Kalau kawin tuh...
      Terima lah kelemahan pasangan anda...

      Gerenti bahagia

      Padam
    8. point benz tu kebanyakan wanita ni la queen control tapi mcm biasa anon wanita sampai mampus xkan ngaku salah sendiri kat suami sendiri haha2

      Padam
  5. Haa.. Ini baru bermutu Benz Aliff Malik.

    Saya bukan robot.

    BalasPadam
  6. Dalam syg tu biar ada tegasnya. Sayang bini tu kne slalu.tp jgn smpi berlembut dlm semua perkara. Perempuan ni sifatnya nak mnje mcm kanak2. So kalau kita nak marah pun..kita bagi warning. Contoh bile bini tetibe cakap kasar ngn kita walaupub kita cakap lembut dgn dia..kita jeling sikit..gtau kita ckp lembut je ngn dia..npe dia kne kasar2. Berdosa kalau tak pasal2 dok lawan suami kalau suami tak buat salah apa pun. Tak masuk syurga baq hang

    BalasPadam
  7. Zaman sekarang ni lebih baik berzina dari bernikah.

    Sebabnya,
    - Berzina tanggung dosa zina je, tp kalu nikah tanggung habis dosa anak bini.
    - Dosa zina boleh minta ampun dengan Allah. Tp dosa anak bini sampai bila2 tanggung. Orang perempuan, keluar rumah je, pasti kumpul dosa untuk suami atau ayahnya.
    - Zina xperlu tanggung perempuan tu. Klu nikah, kena tanggung makan minum perhiasan rumah dll. Kena pula yang jadi isteri tu macam Israel perangainya. Klu xcukup tanggung dicap oleh masyarakat sbg dayus, berdosa besar, abai tanggungjawab dan lain-lain.
    - Kondom ada. Dulu zina, takut lahir anak luar nikah, sekarang boleh pakai kondom, ada jual di 7 11.
    - Hudud, zina sblm nikah sebat 100 kali, tp kalu zina lepas nikah rejam sampai mati.
    - Zina tak payah modal besar. Beli kondom dan sewa tempat zina, itu je. Kalu nikah, mau habis dekat puluh ribu malah juta-juta.
    - Zina tak perlu mengadap perangai mak ayah laki atau perempuan yang segala macam perangainya, nikah sampai mati kena hadap.

    Perempuan/laki sekarang ramai layak dibuat rakan zina, tetapi sukar untuk dicari untuk dibuat sebagai peneman hidup dan ibu/ayah kepada anak-anak.

    Sila bincangkan ok.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Nice job human.you're worth for keeping. I'll train you to be more like me next time.
      -syaitan nirrojim

      Padam
  8. Bila isteri nak ambil alih tugas suami, tunggang langgang la jadinya.

    Sepatutnya isteri sesuai dengan naluri dan fitrahnya, tugas utama mereka ialah membesarkan dan memberi anak-anak kasih sayang dan menjadi isteri kepada suaminya. Barulah ank2 tak hilang arah, hilang kasih sayang lalu mencari kasih kat luar. Tumpuan ibu kepada anak juga penting untuk perkembangan rohani, jasmani, emosi dan intelek anak.

    Jika seorang suami mendapati isteri tak mampu menjadi seorang isteri, mereka perlu menegur, menghukum dan sampai peringkat perlu menceraikan jika isteri itu sudah nusyuz.

    Isteri jika tak suka pada suami, mereka boleh tebus talak.

    BalasPadam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.