Iklan Leaderboard

Khamis, 28 Mei 2015

25 Mitos amalan jimak suami isteri malam jumaat

Kita biasa mendengar amalan berjimak atau bersetubuh antara suami isteri pada malam Jumaat adalah perkara sunat, sunnah Nabi dan akan mendapat lebih banyak ganjaran pahala berbanding berjimak pada malam atau hari2 yang lain. Namun sejauh mana kebenarannya? Adakah ia hanya mitos orang Melayu semata2?


Sekarang ini asal malam Jumaat dikaitkan dengan jimak. Malam Jumaat sahaja dapat banyak gambar ghibah awek cun dengan dialog berbaur lucah seperti suruh abang pulang awal la, malam ni jangan lupa lah dan lain2 kat group Whatsapp. Dan jimak malam Jumaat ini bukan sahaja popular di kalangan suami isteri Melayu, malah budak2 couple pun nak beromen malam Jumaat jugak padahal belum kahwin lagi. Jangan kata pasangan belum kahwin, budak2 gay pun bantai nak meliwat malam Jumaat jugak.


Dipetik daripada portal Suara Insan ini:
Bagi pasangan suami-isteri, terutama pihak suami, malam Jumaat itu “keramat”. Sebabnya tentu saja, kerana ada anjuran Sunnah untuk berjimak di malam ini. Dalam sunnah, ada kewajiban. Dalam kewajiban ada sunnah. Sungguh indah Islam! Lebih dari itu, dalam kewajiban dan sunnah tersebut, ada kenikmatan syahwat dunia yg halal. Halal, tentu berarti berpahala.

Baca seterusnya di sini.

Hasil pembacaan aku di portal Suara Insan di atas serta di forum Halaqah.net, dalil yang digunakan untuk mengatakan sunat berjimak pada malam Jumaat itu adalah berdasarkan hadis riwayat berikut:
“Barangsiapa (yang menggauli isterinya) sehingga mewajibkan mandi pada hari Juma’at kemudian diapun mandi, lalu bangun pagi dan berangkat (ke masjid) pagi-pagi, dia berjalan dan tidak berkendaraan, kemudian duduk dekat imam dan mendengarkan khutbah dengan khusyu' tanpa sendau gurau, nescaya ia mendapat pahala amal dari setiap langkahnya selama setahun, balasan puasa dan solat malam harinya.” (HR. Tirmidzi no. 496)
Semakan aku di laman web koleksi2 hadis Sunnah.com mengenai hadis tersebut, hadis tersebut memang wujud dan sahih seperti yang diriwayatkan oleh At-Tirmdizi no. 496:
"Allah's Messenger said to me: 'Whoever performs Ghusl on Friday, and bathes completely, and goes early, arriving early, gets close and listens and is silent, there will be for him in every step he take the reward of a year of fasting and standing (in prayer).'" (HR Tirmidzi no. 496)
Namun daripada laman web koleksi hadis tersebut, ia hanya menyatakan klausa "performs Ghusl" yang membawa maksud mandi wajib atau mandi hadas besar, manakala klausa dalam kurungan "yang menggauli isterinya" pada hadis berbahasa Melayu di atas itu tidak ada kerana ia mungkin tafsiran dan pendapat daripada ulama2 terdahulu.

Setelah aku membuat kajian dan bertanyakan kepada beberapa orang yang lebih arif tentang agama dan ilmu hadis, maka didapati memang tiada sebarang dalil dan nas daripada mana2 hadis yang dengan jelas dan khusus menyatakan bahawasanya amalan jimak pada malam Jumaat adalah sunat dan juga merupakan sunnah Nabi.

Malah hadis di atas yang disaran dilakukan pada pagi hari Jumaat adalah mandi hadas besar, bukan jimak. Memanglah setiap kali selepas bersetubuh kena mandi wajib, tapi mandi wajib boleh je dilakukan walaupun kita bukan dalam keadaan hadas besar. Macam juga berwuduk iaitu menyucikan diri daripada hadas kecil, tak semestinya kita berwuduk hanya bila dalam hadas kecil atau ketika nak bersolat, bila2 masa pun boleh berwuduk. Lepas bangun dari tidur, rasa mengantuk dalam kelas, ketika rasa marah, bila2 masa pun boleh berwuduk.

Satu lagi hadis yang sering digunakan sebagai dalil amalan jimak malam Jumaat adalah hadis berikut:
“Barangsiapa melakukan hubungan suami isteri di malam Jumaat (khamis malam) maka pahalanya sama dengan membunuh 100 Yahudi.”
(Dalam hadis yang lain ada disebutkan sama dengan membunuh 1000, ada juga yang menyebut 7000 Yahudi.)
Hadis di atas lagi palsu dan mengarut, langsung takde dalam mana2 kitab. Apa punya mengarut beromen je dapat pahala bunuh Yahudi. Malah kalau bunuh Yahudi betul2 pun memang akan dapat pahala?

Antara rujukan lain adalah seperti berikut:

Sumber IlmuSalaf.com.

Oleh itu para bani Melayu sekalian yang di Malaysia by defaultnya adalah beragama Islam, sila hentikan tanggapan, persepsi dan kepercayaan dalam diri yang bersetubuh suami isteri malam Jumaat hukumnya sunat dan merupakan sunnah Nabi. Jangan juga tanamkan kepercayaan dan galakkan pasangan suami isteri lain berjimak malam Jumaat kerana dipercayai amalan sunat.

Ini termasuk juga kepada lelaki perempuan yang belum berkahwin serta para gay dan lesbian Melayu jangan pandai2 nak beromen sebab malam Jumaat. Asal malam Jumaat je semua Melayu teringat nak berjimak, nak beromen. Otak tu ambik balik dari lutut kasi letak balik kat kepala.

Suami isteri kalau nak berjimak, berjimak je pada bila2 masa. Hari Isnin ke, Khamis ke, Sabtu ke, siang ke, malam ke, asal jimak je dah dapat pahala dah. Tapi jangan la pulak berjimak waktu masa isteri datang bulan, ketika siang hari di bulan Ramadhan, ketika dalam ibadah Haji dan waktu2 lain yang dilarang.


tags: mitos kepercayaan karut amalan budaya jimak suami isteri malam jumaat hukum sunat sunnah nabi rasul dalil nas hadis hadith palsu dhaif maudhu bersetubuh beromen romen jima' lakukan hubungan seks seksual melayu malay

25 ulasan:

  1. Lol..ni ustaz yang sama cakap tiada jihad di Palestin:

    https://www.youtube.com/watch?v=eC-BrCbxh9k

    BalasPadam
  2. nak main, main je tak kira siang malam. janji halal
    KucenMaster.blogspot.com

    BalasPadam
  3. Mandi wajib boleh di lakukan tak semesti kerana hadas besar??. Kepala tengkorak ko. Kalau x mahir bab ni serahkan je pada yg ahli. Tergelincir kata2 ko sampai ada org pecaya . Tenpah tempat ke neraka.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Lekat lekit je yg ko tau kan?

      Padam
    2. @anon 10:55
      Bagus bahasa kau guna. Mesti kau seorang ahli kan?

      Kalau kau baca hadis2 berkaitan mandi hadas besar ni (ghusl), banyak yang Nabi lakukan bukan kerana dalam keadaan hadas besar pun, contohnya masa nak masuk ke Mekah, pada pagi Jumaat sebelum solat Jumaat, pagi hari raya Aidilfitri dan Aidiladha dan orang yang baru masuk Islam. Boleh rujuk kat sini - http://sunnah.com/search/?q=ghusl.

      Tapi kalau kau nak lebih kepastian, kau tanya jelah pada yang ahli. Btw ini bab Feqah, bukan bab Tauhid sampai nak tergelincir2 akidah.

      Padam
    3. anon 10:55 bodoh berlagak pandai je. selalunya yg masuk neraka ni orang yg sombong x dengar ajaran nabi.. percaya dgn ajaran sendiri je. ajaran sendiri kata dah beromen baru boleh mandi wajib sedangkan nabi, para sahabat, ulama2, ustaz2 semua kata mandi wajib tak semestinya lepas hadas besar.. nama pun mandi.. ngok tu la..

      orang2 macam anon 10:55 ni la yg merosakkan ilmu agama.. mmg geng abu lahab betul la... bila ada yg cuba sampaikan kebenaran, dia tuduh penyampai tu sbg ahli neraka.. seolah2 neraka tu bapak dia punya suka2 nak campak org lain masuk.. bangang x bertempat

      Padam
    4. bapak kau tak ajar agama ke.bapak ko x anatar .ko sekolah agama ke..?

      Padam
    5. mandi wajib boleh untuk suka2..pelik la dengar ...kalau kupas pasal sosial boleh la ini..bab agama cetek nak kupas..dalam islam xde sesuatu di suruh untuk suka2....kalau suka2 buat ,,..maknanya ko dijadikan untuk suka2 juga...nice try bro kupas agama tapi baik x payah ..ko link pun pada ustaz yang cakap kat palestin tiada jihad,,otak ko pun taraf sampah jugak..

      Padam
    6. Pasal ustaz tu cakap kat palestin takde jihad tu itu pandangan dia sendiri. Kalau kau tak suka dengan ustaz tu, aku ada banyak sertakan sumber2 lain kat situ, malah ko boleh bawa sumber dan dalil kau sendiri untuk berhujah, bukan sekadar mengutuk dan mengejek orang lain.

      Padam
    7. sampah tul anon 10:55 nie, udah la xde hujah kukuh ape habuk pn nk lawan, xnk kalah dtg balik kul 12:13 ckp lak ikut sedap ape yg die RASA betul ikut paleotak die je bab agama.org mcm ko tu yg jd bahaya kpd agama la der..dh la PEMALAS nk cari fakta, ckp lak ikut sedap je nk lawan.blah la..

      Padam
    8. Dah blog pun blog sampah jangan lah ko harap jawapan betul .

      Padam
    9. wahai anon sampah, ko nk ckp yg uztaz2 tu salah n ko tu betul, cmtu ke? Hati2 kawan....

      Padam
    10. Tanpa Nama 30 Mei 2015 8:04 PTG,

      Blog ni bukan jenis blog merapu tak tentu hala, bukan blog sampah yang dok puja artis, dok puja ahli n parti politik. Blog ni blog yang kritis. Mungkin ko yg blum dapat nak proses lagi.

      Padam
  4. Main laki bini halal siang mlm pun kalu smpai terlepas waktu solat tu kire berdosa jugek....

    BalasPadam
  5. Sabar la noob.ko tak kawin lagi.mst ada kawan2 opis yg dah kawin dok sakat ko kat opis siang td. Tu yg ungkit bab ni tu

    BalasPadam
    Balasan
    1. X silap aku noob dah kawin la.....memandai je fitnah. Dah dpt dosa free.....mcm noob ckp, kalau xde faktax x perlu attack personal

      Padam
    2. Nub dah kawin siap ade anak...
      Pernah die buat q&a dulu...
      Tapi tak tahu lah pulak entah2 kena kencing kan nub

      Padam
  6. kenapa mesti mlm jumaat je, eh suka hati lah bila-bila pun. kakakaka >_<

    BalasPadam
  7. ahad ni ak nikah,sekian..


    -petai.

    BalasPadam
  8. https://www.youtube.com/watch?v=cLvH7WHh5Tg

    BalasPadam
  9. Pmpn klu melancap kna mandi wajib jgk x? Sekian, time kaseh.

    BalasPadam
  10. Tringt lak kat iklan ubat2 'kuat' yg melambak. Hahhaaha..

    BalasPadam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...