Jumaat, 8 Mei 2015

21 Bagaimana bani Melayu bergaduh di Facebook

Kita selalu nampak bani Melayu bergaduh dan bertelagah sesama sendiri di Facebook di sebabkan pelbagai perkara. Bani Melayu boleh bergaduh pasal politik, agama, kaum, artis, minat, hobi, hiburan, duit, harta, cinta, rumahtanggan, berita, isu semasa, idola, tokoh dan apa2 sahaja termasuklah hal2 yang remeh temeh dan langsung tak penting seperti antara ayam dengan telur mana ada dulu.

Namun begitu, biasanya bani Melayu jarang bergaduh dengan menggunakan fakta dan hujah yang ilmiah. Agak sukar nak jumpa mereka yang benar2 cerdik dan matang bila ada perselisihan faham dan pendapat di Facebook. Berikut adalah antara perkara2 yang biasa dilihat dalam sebuah pergaduhan Facebook antara bani Melayu:


1. Kata2 kesat

Ini benda biasa yang selalu kita nampak dalam sebuah pergaduhan Facebook yang melibatkan bani Melayu. Bagi mereka kata2 kutuk, kesat lagi hina, caci maki hamun, cerca nista, sindir perli, mengaib, memalu dan merendah2kan orang lain itu adalah sebuah fakta dan hujah dalam sebuah perdebatan.

2. Huruf besar

Apabila seseorang sudah mula menaip ayat dan perkataan dengan semua huruf besar, ini menunjukkan yang dia sudah mula serius, semakin serius, dalam sebuah pergaduhan Facebook. Pada masa ini biasanya dia sudah shut down akalnya dan power on emosinya untuk menjalankan otaknya 100%.

3. Tag kawan2

Asalnya yang bergaduh hanya 2 orang, lepas tu sebab takde idea atau dah mati hujah, tag kawan2 lain kat status panas ajak geng tolong backup dan royal rumble pihak lawan. Adalah sifat biasa bagi bani Melayu yang mana apabila dia keseorangan dia sangat penakut dan pemalu, namun apabila ramai dialah yang paling berani dan tak tau malu. Bagi aku tak kisahlah sebodoh mana pun topik yang dipergaduhkan, tapi siapa yang mula tag geng untuk join pergaduhan ini, dia memang bacul dan takde telor.

4. Ajak jumpa

Orang cakap, gaduh di Facebook, habis kat Facebook. Ini bila dah berdebat berhujah bergaduh bagai kat FB, dia ajak jumpa face to face ajak sambung debat kat luar. Lepas tu kalau orang lain tak nak jumpa, cakap orang tu penakut dan terus merasa diri hebat sebab dah menang perdebatan Fesbuk. Kalau dah sorang tu dekat Johor, sorang lagi tu dekat Kelantan, no point ajak jumpa. Hanya buang masa dan tenaga nak jumpa bagai hanya sebab nak debat benda kat Fesbuk. Sembang jelah kat Fesbuk tu.

5. Mengugut

Bila dah mati akal tak tau nak balas apa, ugut pihak lawan nak cari rumah, nak jumpa, nak pukul, nak bunuh dan sebagainya. Perkataan balaslah dengan perkataan, tak payahlah nak ugut bagai. Bila dah sampai tahap ugut orang maknanya anda sudah pun kalah dalam pergaduhan tersebut.

6. Korek profile 

Yang ni paling digemari dan selalu berlaku dalam sebuah pergaduhan di antara bani Melayu. Bila dah takde apa nak balas, dia akan korek profile FB pihak lawan lepas tu gunakan serangan peribadi untuk membalas. Habis suami, isteri, anak2, rupa bentuk fizikal pun jadi bahan. Silap haribulan gambar lama2 pun habis dikorek dan dijaja merata tempat hanya sebab bani Melayu butthurt tak dapat nak balas hujah.

7. Sambung di wall sendiri

Lepas dah habis bergaduh kat wall orang lain, page status atau group post, dia sambung pergaduhan dengan tulis sindiran atau kutukan kat wall sendiri pulak sebab nak dapatkan sokongan dan backing dari kawan2 Facebook untuk sedapkan hati dengan merasakan yang diri sudah menang, sedangkan pada hakikatnya dia sudah pun tewas dalam pergaduhan tersebut.

8. Jadi penonton dan batu api

Dan seperti biasa, bila adanya pergaduhan di Facebook, maka akan ada penonton2 lain yang jadi tukang tengok dan tukang bakar line, dan yang paling penting sekali, it's POPCORN TIME!





tags:internet fight facebook gaduh bani melayu telagah debat hujah cara fakta realiti biasa tipikal grab the popcorn meme capital letter arguing argue arguement

21 ulasan:

  1. Alhamdulillah la aku xde akaun Facebook...

    BalasPadam
  2. Syukur facebook xda akaun aku

    BalasPadam
    Balasan
    1. akaun aku pun takde facebooker..

      Padam
  3. ahahahaha.. betul sangat XD

    ok Misaki pernah lah jadi salah sorang bani yang mengetag kawan2..

    sebab nak backup sebab tak larat nak layan org yang sengaja nak pekakkan telinga.. penat.. XD

    satu lagi.. penonton setia.. haaa.. gaduh gaduh XD (err batu api main main ja dengan kawan2 ja lah.. bukan dgn stranger) mwahahaha..

    BalasPadam
  4. Huhu..lawak sungguh dengan karenah depa ni..adehh..

    P/s:kalau nak buat duit lebih tapi risk free,cuba try ni..huhu..no risk beb.. http://myjobearning.com/?invite=22384

    BalasPadam
  5. Huhu..lawak sungguh dengan karenah depa ni..adehh..

    P/s:kalau nak buat duit lebih tapi risk free,cuba try ni..huhu..no risk beb.. http://myjobearning.com/?invite=22384

    BalasPadam
  6. Tahinah wawi! Atas kemenangan besar mengalahkan parti gst.

    Dr wan azizah wan ismail

    Dilahirkan pada 3 Disember 1952 di Hospital Kandang Kerbau, Singapura , ketika itu Singapura masih sebahagian Tanah Melayu. Wan Azizah mendapat pendidikan awal di Sekolah Konvent St. Nicholas, Alor Setar. Beliau kemudiannya meneruskan pengajian ke Kolej Tunku Kurshiah di Seremban. Seterusnya beliau melanjutkan pelajaran ke Dublin, Ireland (1973) di mana beliau mendapat ijazah dalam bidang obstetrik dan ginekologi . Di universiti, beliau dianugerah pingat emas 'MacNoughton-Jones Gold Medal'. [1]

    Sekembalinya ke Malaysia, beliau menjadi seorang pakar oftalmologi di Hospital Besar Kuala Lumpur dan di Hospital Universiti, Universiti Malaya. Beliau telah berhenti daripada kerjaya beliau dalam tahun 1993 apabila suaminya dilantik menjadi Timbalan Perdana Menteri.


    YB umno ado?

    KEDEPAN (KEmbalikan DEgree berasaskan kePANdaian, SPM 5A < degree dan guru, 3A-4A diploma, 1A-2A sijil, 0A buruh, amah dan pekerja am) adil ialah meletakkan sesuatu pada tempatnya .heee

    BalasPadam
    Balasan
    1. Engkau ni dah kenapa lari topik?

      Padam
    2. Bro....aku UPSR 2A1B1C...sekolah kebangsaan biasa je kat kampung.... PMR 3A je...SPM 10 aggregate...masuk UIA 1998 ambik law now peguam (senior associate) kat salah satu law firm top 10 di Malaysia....kawan aku top scorer PMR & SPM now dalam lokap sebab dadah & gangsterism...so apa hujah kau??

      Padam
    3. Sembang la 6.15

      Padam
    4. Perut je yg KEDEPAN kot..toi tak anon 7.01?

      Padam
    5. Anus 7.01, dah ko sentap kenape?

      Padam
    6. 5A jer??? Itu pun dalam kategori bodoh juga. Setakat 5A belambak pekerja kilang 5A uitm and utm graduates. Ada hati nak jadi engineer, aku masukkan jadi operator jer. You know why? Sebab melayu bodoh tak reti nak berkomunikasi and can't even communicate in simple coherent understandable english. boyan betul.

      Padam
  7. Buang maso layan menda memgarut mcm fesbuk tu ha. Bnyok lg kejo den nak buat ni.

    BalasPadam
  8. Kalau scammer skim cepat kaya & mlm memang selalu ajak jumpe kalau tak puas hati.
    juge ade ugut nak saman menyaman sbb kate kite fitnah.

    Tapi akhirnya menyepi bila rugi, mcm skim emas sontot.

    BalasPadam
  9. patutlah azwan ali selalu guna capslock. otak dah tak berfungsi 100%, kahkah ><

    BalasPadam
  10. apa dosa orang yang sengaja mengapi2kan? ada tak?

    BalasPadam
  11. Mmg bila orang guna capslock automatik suara dlm otak yang membacanya jadi tinggi sikit
    MACAM SEKARANG NI, TETIBA JE SUARA TINGGI SEBAB KEKONON SIAPA SUARA TINGGI (GUNA CAPSLOCK) AKAN MENANG ARGUMENT.

    Manusia, manusia...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tak lah. You must be crazy.

      Padam
  12. Bergaduh tarik2 rambut.. keh keh keh..

    BalasPadam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.