Khamis, 7 Mei 2015

8 Tutorial Komik: Susun atur watak dan dialog

Biasa aku lihat ada pelukis komik terutama pelukis baru dan amatur yang membuat kesilapan kecil dalam meletak susun atur kedudukan/aturan posisi watak dan dialog dalam sebuah panel komik sehingga mengelirukan pembaca. Sebelum melukis watak di dalam panel komik terutama panel yang mempunyai lebih daripada satu watak yang sedang bercakap, adalah penting untuk kita pastikan siapa yang bercakap dulu dan siapa yang bercakap kemudian.


Bagi watak yang bercakap dahulu, kedudukan watak tersebut haruslah berada di sebelah kiri di dalam panel. Ini kerana kita membaca ayat Bahasa Melayu atau Inggeris secara normalnya dari kiri ke kanan. Oleh kerana buih dialog yang di sebelah kiri yang akan dibaca dahulu, maka pastikan kedudukan watak adalah betul agar kedudukan buih dialog yang perlu dimasukkan juga akan berada di posisi yang betul.

Begitu juga dengan buih dialog yang di sebelah atas di dalam sebuah panel akan di baca terlebih dahulu diikuti dengan dialog di bawah. Jangan letakkan buih dialog pertama di bawah dan buih dialog kedua di atas kerana ia boleh mengelirukan pembaca.

Dan jika dialog yang hendak dituturkan dalam sebuah panel itu agak panjang, pastikan panel tersebut mempunyai ruang kosong yang besarnya bersesuaian dengan panjang teks dialog tersebut agar buih dialog yang hendak dimasukkan tidak menindih sehingga menutupi lukisan di belakang dengan terlalu banyak terutamanya watak yang sedang menutur dialog tersebut.

Berikut adalah contoh susun atur kedudukan watak dan dialog dalam sebuah komik yang salah dan tidak sesuai:


Berikut pula adalah contoh susun atur kedudukan watak dan dialog yang betul:



* Kami sedang dalam proses untuk menerbitkan buku Buasir Otak: The Komik jilid yang ke-2. Jika anda berminat nak join kolaborasi, emel aku di princeofnoob[at]gmail[dot]com atau PM aku di akaun Facebook aku di https://www.facebook.com/prince.nub dengan kadar yang segera.

Untuk makluman projek ini bukan profit-based tetapi bersifat non-profit indie project, lebih kepada memenuhi minat anda untuk berkarya serta memenuhi impian sewaktu kecil anda untuk melihat karya anda diterbitkan dalam sebuah komik bercetak. Syarat untuk menyertai projek ini sangat mudah:

1. Boleh melukis dengan kemas.
2. Boleh bagi komitmen.
3. Boleh siapkan 10 mukasurat komik dalam tempoh 2 bulan.




tags: tutorial panduan tips howto melukis membuat komik kesilapan kesalahan kecil susun atur kedudukan aturan posisi watak panel buih dialog teks kata perbualan speech bubble comic layout arrangement buasir otak the komik

8 ulasan:

  1. Toadjitsu adiwira kampung

    BalasPadam
  2. Bila nak siap noob. Tak sabar aku nak beli ni.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Insya Allah kalau tiada aral melintang dalam bulan Julai atau Ogos tahun ini.

      Padam
  3. btol jugak.. kalau tak, jadi pening jugak nak membacanya

    BalasPadam
  4. owh gitu......
    -Kak Beyonce_

    BalasPadam
  5. 'Huh, bila keranda dibawa, barulah bercucuran air mata!'

    BalasPadam
  6. Buat komik yang betul2 komik gitu. Macam naruto tu atau xmen. Lukisan aku rasa no 2. Sebab tengok sin chan pun lukisan biasa je. Kalau boleh guna warna cat air lagi bagus.

    BalasPadam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.