[Harian Metro] KUALA LUMPUR: Seorang penyanyi sebuah kumpulan berkonsep hip hop popular tanah air ditahan polis selepas didakwa merogol anak tirinya berusia 14 tahun di rumahnya di Gombak Jaya, dekat sini, semalam.
Penyanyi berusia 37 tahun yang juga pernah berlakon filem itu ditahan selepas anak tirinya membuat laporan di Balai Polis Gombak, di sini, jam 11 malam, kelmarin.
Menurut sumber, dalam laporannya, mangsa mendakwa dinodai bapa tirinya itu sejak berusia tujuh tahun dan kejadian terbaru berlaku pada 9 Februari lalu.
“Berikutan laporan itu, polis melakukan siasatan sebelum menahan penyanyi terbabit di rumahnya di Gombak Jaya jam 2 pagi tadi (semalam),” katanya, semalam.
Sumber itu berkata, remaja perempuan terbabit mendakwa dia nekad membuat laporan polis kerana tidak tahan dijadikan hamba seks bapa tirinya sejak tujuh tahun lalu selain bimbang keselamatan adik perempuannya yang lain.
Kesian aku tgk mak dia kat Melodi ni. Kepada masyarakat, cikgu2 sekolah anak ini... mohon jgn pandang sinis dan seorang kepada ibu dan anak ini kerana mereka adalah mangsa. Kalau nak menghukum, hukumlah si suami dan ayah yg bangsat tu.
Nak tau ke artis hip hop mana? Aku pun tak tau, kalau aku tulis je sape2 kang kata aku buat fitnah... Kalau nak spekulasi sikit baca sendiri kat sini dan sini.
tags: artis penyanyi hip hop popular terkenal 37 tahun rogol perkosa anak tiri buas sejak tujuh tahun isteri kenyataan melodi ruffedge
Ni yang kua kat melodi kan?? ahad baru baru ni..siann tul budak tu
BalasPadamastaghfirullah...
BalasPadamnaudzubillahiminzalik....
1
BalasPadam