FB atau facebook.
Kau ada facebook. Aku pun ada. Tapi List yang paling banyak dalam dinding aku adalah yang jenis menjengkelkan. Nak tau?
1. Jenis yang fahaman politik dia saja yang betul.
Kerajaan makan rasuah. Pembangkang jual bangsa. Mak Menteri ibu ayam. Isteri Ketua Pemangkang hisap gam....macam-macam lagi.....padahal sumber yang dia dapat pun tak semestinya betul. Paling bodoh yang jenis kuat memaki -hamun. Tak kiralah dari side mana pun.
2. Jenis yang Selalu update EPL
Masyarakat kita kan banyak sangat lahir kat England. Yang sokong sana..yang sokong sini. Tak kisah nak sokong sapa-sapa pun.Memang tradisi bola sepak memang macam itu. Tapi dia punya fanatik...mak oii..Siap kes member aku sampai putus putus kawan pun ada...
3. Yang jenis nak tayang anak
Aku faham kau gembira jadi ibu bapa. Memang anak kau comel sangat. Cute dan semua orang suka tengok kau punya new born baby. Tapi TOLONGLAH......bila banyak sangat ,,sampai anak kau makan apa petang tadi dengan taik dia cirit sampai kena bawak jumpa doktor..takkan kau nak cerita?
4. Jenis yang suka tag gambar bukan-bukan
Sharing is caring. Aku faham konsep tu. Tapi janganlah gambar yang takde kaitan dengan aku pun nak tag..adoi lahh....apesal kau tak tag kan gambar seluar dalam kau sekali?
5. Jenis nak ajak main game dan apss facebook
Ini pun satu hal. Asik -asik request. Apa pasal ?
Kesimpulannya : Gunakan Facebook secara berhemah .
Selasa, 13 Mac 2012
13 ulasan:
Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.
* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
hhahaha...yg xtahan sekali, kes meluahkan perasaann...hahaha
BalasPadamsetuju untuk semua senarai :) tau la dinding dia,dia punya..tp dgn kita2 sekali sakit mata..hehe
BalasPadamhahaha..memang jenis yang menjengkelkan~
BalasPadamsedang lipat baju pon citer apa..LOL..
BalasPadamjenis penulis blog macam kau yang suka promote sampah2 ciptaan kau
BalasPadamapa kes neh? mental ke?
Padamotw ke mall..tgh bli baju..semua nk update..=='
BalasPadamhahahaa.. teramat lah betul list tu..
BalasPadamtak payah on fesbuk law rasa annoyed.kau delete or unfren or block the hell out.wtf??entry bodoh!!
BalasPadamtu memang terjadi dalam fesbuk, yang paling tak tahan kes meluah perasaan .. wane darah haid pun nak update .. LOL .. tapi tu la,kita ada pilihan nak unfriend/block or senyum sorang2 tengok pay-el dorang macam tu .. hihihi
BalasPadamhaha..jangan lupa yang suka buat muncung itik serati tu..
BalasPadamlepas tu post "saya tak cantik macam korang semua.."
:p
hahahah... bertukarlah kepada Google+... dijamin berkesan... :)
BalasPadamAssalammualaikum tuan admin..nice posting..mintak izin utk copy and share..tq
BalasPadam