Memaparkan catatan dengan label Pedobear. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Pedobear. Papar semua catatan

Selasa, 10 September 2024

0 Benda biasa buat tak semestinya betul

1. Ramai dah tahu cerita abang Bas. Buat konten video TikTok guna kanak-kanak sekolah rendah yang majoritinya perempuan. Kontennya juga kurang mendatangkan keselesaan, antaranya seperti crush pada kanak-kanak perempuan dan sentuhan fizikal pada bibir anak saudara.

2. Kontennya telah viral sampai pengetahuan menteri sehingga diarah untuk membuat laporan polis dan akhirnya didakwa di mahkamah. Ada yang bersetuju, ada juga yang bersimpati dengan nasib beliau.


Jumaat, 9 Disember 2016

2 Kewajaran pendidikan seks untuk murid tadika

Sex.

Dalam bahasa Melayu, sex ini boleh jadi dua maksud iaitu hubungan seks dan juga jantina. Sebab tu bila isi borang bahasa Inggeris, kat ruangan Sex (atau ada juga yang ditulis Gender) tu cuma ada pilihan Male dan Female sahaja iaitu Lelaki atau Perempuan, takde pilihan cara atau kaedah untuk melakukan hubungan seks pun.

Cuma dalam kepala hotak kita, asal perkataan sex je terus fikir hubungan seks, beromen, berjimak, bersetubuh dan sebagainya. Bila bercakap pasal sex education, ia bukan pendidikan tentang berjimak semata-semata, kau ajar kanak-kanak cara nak kencing, larang tayang kemaluan, nama alat sulit, cara membasuh kemaluan dengan bersih dan cara guna pad masa perempuan remaja datang bulan pun dah boleh dikira sebagai sex education.



Ahad, 28 Ogos 2016

9 Kes cabul, liwat dan rogol kanak-kanak dan remaja

Aktivis sosial Syed Azmi Alhabshi mendedahkan butiran dakwaan pencabulan seks luar tabii yang berlaku di sebuah sekolah tahfiz, melalui kiriman Facebook pada Rabu.

Pendedahan tersebut menyenaraikan beberapa insiden cabul yang berlaku ke atas sesetengah pelajar di sekolah itu.

Syed Azmi mendakwa pendedahan tersebut dilakukan selepas menerima aduan dan melihat dokumen yang dihantar oleh pengadu.

Semuanya bermula apabila salah seorang pelajar berusia 9 tahun memberitahu ustaz gantian bahawa dia membenci sekolah tersebut kerana dicabul kehormatan.



Jumaat, 3 Jun 2016

7 Gejala pedofil dan gila seks yang semakin parah

Pedophile. Pedofil. Pedofilia. Pedo.

Ia bermaksud manusia yang mempunyai perasaan nafsu seksual terhadap kanak-kanak. Kebiasaannya gejala pedo ini berlaku di kalangan lelaki dewasa di mana mereka ghairah dan terangsang terhadap kanak-kanak perempuan atau lelaki. Ada juga pedo di kalangan wanita dewasa namun jumlahnya agak kecil dan terpencil.

Gejala pedo ini bukan sekadar berlaku di kalangan orang Melayu atau umat Islam sahaja malah di serata dunia, hatta bangsa Caucasian bermata biru yang ramai orang bangga-banggakan tu pun. Baru-baru ini keluar berita yang mengejutkan di mana seorang lelaki pedofil warga Britain iaitu Richard Huckle ditangkap dan dibicarakan atas kes penderaan seksual yang menjijikkan terhadap 23 kanak-kanak berusia antara enam bulan dan 12 tahun, dan 22 mangsa tersebut adalah daripada Malaysia!



Ahad, 11 Oktober 2015

11 3 Cerita Seks Masyarakat Melayu (25PG) - Part 1

Mesti korang ingat entry ni cerita pasal seks dan proses nya, kan?

Ada sedikit kebenaran dan pengajaran dari cerita benar yang diceritakan kepada aku supaya pengajaran ini kita kongsi sama-sama dan kenapa pendidikan seks mesti diajar secara sistematik, Islamik dan berdasarkan situasi terkini kepada generasi muda sekarang supaya mereka lebih sedar dan prihatin. Bukan sekadar tengok porno dan praktik.

Porno adalah salah di sisi undang-undang. ( ANDA telah diberi amaran KERAS)



Sabtu, 9 Mei 2015

33 Gejala pedofil sangap terhadap budak bawah umur

Minggu lepas negara dikejutkan dengan seorang pelajar genius Matematik Malaysia yang belajar di London tajaan MARA telah dijatuhkan hukuman penjara selama 5 tahun atas 17 kesalahan memiliki lebih daripada lebih daripada 30,000 imej tidak senonoh dan video penderaan seksual kanak-kanak yang ‘sangat ekstrim’, 601 buah video dan imej lucah Kategori A iaitu kategori penyalahgunaan yang melibatkan aktiviti seksual kanak-kanak, serta beratus-ratus bahan lucah kategori B dan C serta turut membuat dan menyebarkan gambar-gambar lucah kanak-kanak di Internet. Terdapat pelbagai reaksi daripada seluruh masyarakat serta kerajaan. Ada yang mahu beliau diberi peluang kedua dan ada juga yang langsung tidak bersetuju. Sebelum itu kita kenali dulu apakah itu PEDOFIL.



Khamis, 28 November 2013

27 Gadis bawah umur sangap, pedophile gembira

Aku tak tahulah kenapa budak2 perempuan bawah umur sekarang sangap sangat dengan jantan sampai sanggup cari laki nak buat pakwe, fake relay, abang angkat kat group2 "cari pakwe dan awek" di Facebook? Diorang ni tak diajar ke oleh mak bapak dan cikgu2 kat sekolah kepentingan menjaga maruah diri dan keselamatan peribadi di Internet? Tahu tak yang diorang hanya mendedahkan diri kepada lelaki2 tua pedophile yang mempunyai bernafsu serakah seksual terhadap budak2 perempuan bawah umur?