Selasa, 10 September 2024

0 Benda biasa buat tak semestinya betul

1. Ramai dah tahu cerita abang Bas. Buat konten video TikTok guna kanak-kanak sekolah rendah yang majoritinya perempuan. Kontennya juga kurang mendatangkan keselesaan, antaranya seperti crush pada kanak-kanak perempuan dan sentuhan fizikal pada bibir anak saudara.

2. Kontennya telah viral sampai pengetahuan menteri sehingga diarah untuk membuat laporan polis dan akhirnya didakwa di mahkamah. Ada yang bersetuju, ada juga yang bersimpati dengan nasib beliau.

Sumber Mstar.


3. Tapi bila cerita pasal amang seksual di kalangan kanak-kanak, tentang privasi orang bawah umur, ramai orang tak cakna. Ramai anggap benda itu biasa dan tak menjadi kesalahan. Itu yang ramai orang suka-suka buat konten rakam budak sekolah, usik-usik girlfriend boyfriend dengan kanak-kanak, sebab ingat ia perkara biasa.

4. Jadi apa yang beliau buat tu, mungkin beliau sendiri tak tahu yang ia menjadi suatu kesalahan. Mungkin sebahagian yang suka dengan konten beliau juga tak tahu ia adalah satu kesalahan, dan sebahagian lagi memang pedo certified.

5. Silapnya di sini adalah, sikap manusia yang tidak boleh terima teguran dan nasihat. Sebelum ni dah pernah ada je orang tegur, komen, tulis kat live chat, tapi kena lawan balik dan kena block. Dia rasa dia tak salah sebab tak kena apa-apa, ramai pulak orang backing.

6. Kalaulah beliau terima teguran tersebut, cari maklumat, tak degil, sedar akan kesalahan yang dia buat, lalu turunkan semua video-video yang dia dah buat dan cuba usahakan buat konten lain, mesti tak akan jadi apa-apa. Tapi bak orang cakap, view dah berjuta, like dan banyak, benda dah popular, rasa sayang nak padam.

7. Memang kita manusia takkan boleh tahu semua benda. Kita pun bukannya belajar law. Kadang apa yang kita biasa buat setiap hari, kita tak sedar pun yang ia sebenarnya menjadi suatu kesalahan di sisi undang-undang.

8. Tapi bila ada orang tegur dan beritahu, kita kena terima. Benda yang biasa kita buat, ramai orang yang buat, ramai penyokong, popular, semua tu bukan justify yang ianya suatu benda yang betul. Sebab akhirnya, kalau undang-undang dah kata begitu, kita cuba pertahan macam mana pun, kita tetap akan salah.


P/S: Mohon rakan-rakan dapat bagi sokongan dan semangat kepada saya untuk buat lebih banyak video dengan Subscribe channel Buasir Otak TV di Youtube (klik gambar di bawah):






tags: abang abg bas viral tiktok kanak perempuan budak sekolah anak saudara crush

 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.