Ahad, 10 Ogos 2014

31 Apabila pekerja muslim tidak bebas beribadat

Saya terbaca di satu blog mengenai Mcdonald Malaysia melarang pekerja lelakinya menunaikan solat Jumaat. Namun saya tidak tahu sejauh mana kebenarannya. (Mohon pencerahan)

Jadi saya terpanggil untuk berkongsi pengalaman saya bekerja sambilan sejak berumur 18 tahun.

Sewaktu berumur 18 tahun, saya pernah bekerja di sebuah pasaraya besar di Jitra, Kedah. Namun syarikat terbabit tidak membenarkan staf lelaki Muslim solat Jumaat.


Sewaktu berumur 22 tahun, saya bekerja di Jusco Midvalley. Jusco membenarkan staf Muslim menunaikan solat fardu. Namun untuk solat Jumaat, staf lelaki Muslim dalam jabatan yang sama perlu bergilir-gilir untuk pergi ke masjid mengikut minggu.

Contohnya kalau minggu ini saya pergi masjid, minggu depan saya tak boleh ke masjid kerana memberi giliran kepada staf lelaki lain pula dalam jabatan yang sama. Tapi itu sewaktu saya bekerja sekitar 2008. Mungkin sekarang polisinya sudah berubah.


2009, saya bekerja di Häagen Dasz KLCC. Staf dibenarkan menunaikan solat fardu. Namun tidak membenarkan staf lelaki Muslim pergi ke masjid pada hari Jumaat. Sekarang, saya tak pasti mungkin sudah dibenarkan.

Lastly, 2010 saya bekerja dengan agen jualan tiket AirAsia di KL Sentral. Mulanya mereka benarkan saya menunaikan solat Jumaat. Tetapi ada yang bertanya kenapa terlalu lama 'menghilang' dari jam 1 - 2.15 petang. Saya terangkan satu persatu bagi management bukan Islam faham. (Masjid jauh dan perlu naik LRT)

Kemudian, management itu persoalkan lagi kenapa terlalu banyak solat. Pukul 2pm solat, 5pm solat dan 7.30pm pun lagi. Sampai kena marah dan disuruh buat pertimbangan untuk bekerja atau berhenti.

Alasannya, masa saya banyak 'keluar' bersolat. Saya akhirnya berhenti.


Apa yang saya nak kongsi ialah, kebanyakan sektor membabitkan pasaraya, urusan kaunter dan khidmat pelanggan yang saya sebutkan itu sebenarnya tidak mengamalkan dasar kebebasan beragama dan mengamalkan agama masing-masing secara bebas.

Kenapa selepas 57 tahun merdeka, masih ada syarikat atau sektor pekerjaan yang mengenakan syarat mengarut kepada Muslim untuk bekerja. Contohnya larangan memakai hijab untuk bekerja.


On top of that, kenapa SUHAKAM atau badan berkaitan termasuk kerajaan tidak memantau perkara ini? Adakah tiada laporan dibuat? Ataupun tiada pemantauan?

Sedih bila melihat staf Muslim hanya meminum seteguk air di kaunter cashier ketika berbuka puasa kerana tugas dan tidak dibenarkan 'braek' untuk iftar.

Mereka perlu tunggu sehingga 10 atau 10.30 malam untuk menjamah makanan berbuka. Kita di tahun 2014 dan ia masih berlaku.

Di mana silapnya kita?



Artikel dipetik daripada FB Khairil Amri Tajuddin TV Alhijrah.

Sedih apabila masih terdapat banyak kes pekerja Islam yang tidak bebas beribadat dan menurut perintah agama di sebuah negara Islam. Negara kita sudah berusia 57 tahun tapi masih ada orang Islam yang tidak dapat melaksanakan ibadah solat kerana tidak dibenarkan oleh majikan.

Seringkali juga berlaku di syarikat2 swasta apabila seorang wanita berpakaian seksi dan tidak menutup aurat ke tempat kerja, ia dibenarkan, namun apabila seorang wanita muslim bertudung atau memakai niqab, ada majikan yang tidak benarkan. Kenapa berlaku diskriminasi terhadap agama Islam sendiri di sebuah negara Islam?

Sayang sekali kita sering mendengar orang memperjuangkan kebebasan hak asasi manusia, tapi tiada pula kedengaran orang memperjuangkan kebebasan untuk orang Islam mengamalkan kepercayaan mereka di tempat kerja.

Sekali lagi, di mana silapnya kita?




tags: pekerja kaitangan islam muslim muslimah tidak bebas beribadat lakukan amalan menurut perintah agama laksanakan tanggungjawab fb facebook khairil amri tajuddin tv alhijrah

31 ulasan:

  1. aku pertamax u damn malay!!! bangsa kuat fanatik sesuatu benda haha2 mcm noob

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ini semua salah UMNO-BN yang membenarkan pemberian taraf warganegara kepada warganegara luar yang dibawa masuk oleh Inggeris..
      Sokong PKR!

      Padam
  2. Utk bisnes yg customer oriented ni mmg susah dorg nk bg solah break apatah lg kalo pihak atasan bkn bragama islam. Aku pnh keja dgn kompeni cmni, sehari sejam rehat. Syukur la waktu rehat tu fleksibel 1 jam, ble jgk atur waktu rehat sejam tu utk solat jumaat. Bygkn btapa rush ny nk solat jumaat sejam je. Kdg smpai xmakan tghri pn. alhamdulillah la skrg ni aku keja kt kompeni pihak atasan islam, surau d sdiakan, msjid pn 50mtr je. Susah gak nk cri rezeki kt tmpt sdiri ek

    BalasPadam
  3. mmg sedih...mana silapnya kan...Actually majikan perlu lebih sensitif mengenai agama..
    Diorang ni perlu tahuHak kebebasan beragama...Tak perlu nak halang orang untuk menunaikan kewajipan agama masing-masing...

    BalasPadam
  4. Benda mcm ni la yg patut diperjuangkan. Ni apa kejadah dok layan perjuangan meleis yg tah ke mana arah tuju. Islam tu yg patut diutamakan. Aku sendiri pun tgk..time keje kat kl dulu..ramai staf laki yg tak solat..bahkan aku gi surau cmpany tu..asyik ade muke ustaz dari department lain tu je. Surau jauh.jadi org jadikan alasan tak sempat nak gi solat dan makan time rehat

    BalasPadam
  5. nampaknya tuan rumah baru sedar bahawa kita sekarang tertindas.. kenapa jadi begitu? sebab kita kerja dgn orang.. terutama org cina.. nanti ada yg cakap pulak, kalau dah tau kena tindas, kerjalah sendiri.. tapi tengoklah, bila kita kerja sendiri, orang2 melayu jugalah yang akan jatuhkan kita balik..

    biarlah kita sendiri tu sekali dgn solat 5 waktu... berbanding kerja dgn cina yg solatnya langsung tak bagi.. tapi org kita lebih memilih utk jatuhkan melayu berbanding syarikat cina.. sebab apa? aku pun tak tau apa yg ada dalam fikiran org2 melayu yg jenis mcm ni.. dia ingat pahala besar sangatlah kalau jatuhkan syarikat melayu yg solat 5 waktu... mungkin pahala bertingket2 kot kalau tak kacau syarikat cina yg racist tak bagi solat tu..

    depan Allah nanti, korang jawablah sendiri..

    BalasPadam
    Balasan
    1. ada satu kes tu..kenalan aku tu kerja di syarikat melayu. memang terkenal. dia berjawatan besar. sejak dia masuk kerja di syarikat tu..dia bnyak tukarkan bilik2 kecik yang tak digunakan di setiap tingkat menjadi surau atau tempat solat. Sedangkan budaya kerja disana lebih kepada gaya barat. Perempuan jarang ada yang pakai tudung dan mesti pakai ketat2 atau agak seksi. Pemilik pun tak pernah solat (selama mana pekerja yang kenal dia tau). sehinggakan pekerja2 cina yang berjawatan besar di syarikat tu mula rasa meluat kat kwn aku ni. mereka berpakat tuduh dia macam2 kepada pemilik syarikt dan pemilik syarikat pun jadi benci kepada kawan aku ni. Lalu dia pun dipecat.
      Pada pandangan aku, situasi ni tak menunjukkan mana2 bangsa yang cuba jatuhkan bangsa lain. ini lebih kepada islam. Aku memang tak bezakan orang ikut bangsa. Aku bezakan ikut agama. pemilik syarikat pun tidak mengamalkan ajaran islam dan hidup gaya barat..maka dia turut membenci orang yang mengamalkan ajaran islam. Bagi aku, kalau kawan aku tu cina yang beragama islam dan kuat beribadat, tetap dia akan disingkirkan.
      Islam tu ada kehebatan yang luar biasa. Pengaruhnya walaupun seorang..akan dapat mengubah seluruh syarikat. Itulah yang ditakuti oleh yang bencikan islam. Orang islam yang fokus kepada ibadatnya ni akan menjadi sempurna dalam segala segi. Dia menjadi bijak,penyabar, lemah lembut, dan lebih memahami masalah org lain.

      Padam
  6. kalau dah tahu itu kebebasan beragama.. yg pergi solat jauh2 nak ke masjid naik LRT tu buat apa.. solatlah je la kat opis.. kalau rasa opis tu tak bersih.. bentang sejadah.. jangan susahkan agama sehingga menyusahkan korang semula.. agama itu mudah dan tertib.. ikutlah dgn ilmu..

    BalasPadam
    Balasan
    1. ada betulnya cakap anda. Dulu pejabat kami pun ramai yang tak solat pun waktu kerja. bila time rehat lebih gemar pergi makan dan sembang sampai masa makan habis. Alasan ialah surau jauh. Kalau nak solat, perlu ke surau..perlu ke masjid. Sedangkan nak solat kat tepi meja opis pun dah boleh. Ada kawan aku dia sentiasa bawak sejadah kecik yang cukup untuk sujud je tu. senang. dia boleh solat kat taman, solat time kami mancing, solat kat tepi padang bola dan begitu jugak time kat opis, sebelah meja dia je. Dia cakap, org melayu kita ni dah jadi budaya kalau nak solat, mst solat di surau, masjid dan rumah sahaja..bile tak sempat nak gi surau atau masjid bila keluar..maka tak solat la jawabnye. Sedangkan di negara arab sana, mereka solat di mana2 sahaja yang sempat. Asalkan boleh berwudhuk..solat dimana itu tak menjadi masalah. Mungkin ini boleh diterapkan menjadi amalan rakyat malaysia juga. Kalau tak sempat ke surau atau masjid, solat je di tepi meja kerja anda. Islam ialah agama yang paling mudah dan memudahkan. Tidak ada satu peraturan atau hukum pun yang memudaratkan atau membuang masa kita. semuanya ada manfaat dan hikmahnya.

      Padam
    2. Ko solat jumaat kat surau ke? Kat opis?

      Padam
    3. anon 9.34 ni bangang ke bangang?
      ni citer sampai kena naik lrt tu sbb orang laki nk solat jumaat laaaa. kalo solat zuhur mmg la ok je solat kt opis. mnkin masjid terdekat mmg kena naik lrt.

      banga---

      Padam
    4. kenapa ko tak suruh opismate ko tu solat jumaat secara streaming dari internet pc opis imam mekah je?

      boleh je buat kat tepi meja dia...
      orang kata pasal solat jumaat dia sibuk lak pasal solat fardu biasa

      Padam
  7. bukan stakat company cina, company melayu pun sama je. syarikat kecik je pulak tu. dulu tempat keje lama aku cmtu la. ada ke pulak bila gi solat, dimarahnya aku amik masa rehat terlebih 5 minit. Surau takde..tandas nak amik wuduk pun kat bawah. Jadi aku kena turun bawah, amik wuduk dan solat di pantri office aku sebab kat partition meja aku staf pmpn akan dok bersembang dan bergosip segala bagai.
    Lebih 5 minit pun sebab solat pun boleh kena sound bagai sedangkan staf2 lain pun bukannya rehat tepat2 abis dan mula kerja. semua dok isap rokok dulu..sembang2..ada yang dok lepak kedai makan lagi. start keje puratanya dalam pukul 2.15 cmtu. ada yang lagi lewat. Dia tak akan faham benda tu sebab dia tak solat. Kalau kau kaya sekalipun,aku ni cuma pekerja kau je..selagi kau tak solat, taraf kau lagi hina dari orang kapir yang tak tau islam tu apa. Diorang tak diajar..tapi kau dah diajar..tapi tak buat. rezeki tak berkat tu. Aku pun dah lama benti keje sana. Sampai bila nak hidup cmtu.

    BalasPadam
    Balasan
    1. bagus la berenti dr situ.. sbb kter sndiri pn x selesa bile keje dgn majikan yg x jaga solat nya.. pastu kebanyakan staff plak dh tngk boss cmtu, ape lagi ikut la sama x jaga solat.

      Padam
  8. Byk management non muslim mempertikaikan isu umat islam nak bersolat, dgn alasan peluang nak curi tulang. Tp sy risau satu perkara, x kira dlm FB atau medium mana sekalipun, suara yg x menggalakkan umat islam bersolat semakin lantang..takut one day bila org x sepatutnya menjadi pemimpin mempunyai idealisme yg sama, isu ini mungkin umat islam x mampu berbuat apa2.

    Sy semakin risau ramai pihak lantang bersuara menentang prinsip2 islam, yg non muslim 2 maybe sy fhm, tp takut ada yg liberal muslim pun terikut sama. Nanti keluar satu statement yg boleh solat 5 waktu sekali dlm satu masa jika sibuk sgt bekerja.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Abis ni ko duk sakan komen pnjng2 kul 10:17pg hari isnin kt bo ni, x curi tulang ke? Ok larh aku brsangka baik sama ko, ko amik mc sebb tolong jagakn ank2 kcik ko yg tgh demam kowt, lps diorng tido dpt la ko komen cni..ha ha, bgus kn aku? Tros tlong ksi alasan kt ko, x prlu ko tipu nk ltk ntahpape alasan lg utk halalkn perbuatan curi tulang ko tu..

      Padam
  9. Dimana pihak yg berulang kali mengatakn mereka negara Islam? Dimana pihak yg mengaku memperjuangkn Islam? Dimana ngo yg kononnya memperjuangkn hak dan kebebasan?

    BalasPadam
    Balasan
    1. aku follow mamat "Sentiasa Panas" ni dah lama.. tapi satu haprak pun tak panas.. komen ko semua sejuk2 beku jer.. baik tukar nickname la..

      Padam
  10. tu lah makin membimbangkan skrg ni. sipbekla tmpt kerja aku masih fleksibel tentang solat.

    BalasPadam
  11. solat semakin menjadi tak penting.Orang dulu cakap, biar papa asal bergaya. Orang sekarang cakap biar tak solat asal rajin kerja. Hah..menjawab la ekau kat kubur nnt.

    Malaikat : ahmad..kau telah tinggalkan solat 5 waktu. tidakkah kau takut azab Allah?
    Ahmad : Ok..first skali..aku sibuk kerja..balik malam2.mana ada masa nak solat. bos aku pun tak
    staf dia buang masa gi solat. lebih baik fokus kat kerja. kautim la sikit.

    Maka ahmad pun trus dicampak ke neraka jahanam tanpa perlu disoal lebih bnyak..

    Ahmad :aduhhhh..arggghhh..tolong..kenapa terus dicampak ke neraka ni?
    Malaikat : Buang masa aku je nak soal2 org macam kau. baik aku campak je terus. kautim la sikit.

    BalasPadam
    Balasan
    1. sebb malay fa*** xde nak educate sama non muslim semua sembang takut sebb bajet xpndi nak ckp agama lol dasar pemls puihhh

      Padam
  12. tulaaa pelik dan ajaib kat malaysia ni,negara islam konon tapi kapir control........si kapir ni dia memang celaka sgt, dia ingat sembahyang kita sama mcm dia ke...mana pihak2 berwajib,ngo2 ke mana dah engkorang lari..pengalaman aku pun hampir sama mcm cite kat atas tu...memang kita telah lama didiskriminasikan secara terang terangan...

    BalasPadam
  13. Aku takut nnti org tngalkan solat sebab solat tu dh jadi bende yg asing dan pelik..

    BalasPadam
  14. Berkenaan dgn solat jumaat tu, rasanya kerajaan boleh buat satu peraturan yang mewajibkan segala bentuk urus niaga pada waktu solat jumaat dihentikan, tak kira perniagaan milikan org Islam atau bukan Islam...

    Dan mereka yg memenuhi syarat wajib solat jumaat tapi tak buat pula boleh diambil tindakan undang-undang yg dah ada pun sebenarnya... (seksyen 14 Akta 559)...

    http://www2.esyariah.gov.my/esyariah/mal/portalv1/enakmen2011/Federal_Original.nsf/b3ac9c218c8efdc4482568310022d8b3/3734ed672e1938574825707c0004ad82?OpenDocument

    BalasPadam
  15. Sedih ...ramai budak2 Mc D tak solat jumaat. Carilah kerja lain. Rezeki tak berkat tu ..

    BalasPadam
  16. Sedih ...ramai budak2 Mc D tak solat jumaat. Carilah kerja lain. Rezeki tak berkat tu ..

    BalasPadam
  17. Siapa yg ada kmpung tu dirikan rumah sederhana bercucuk tanam je..jgn perduli kata orang..yg ptg sholat untuk dapat syorga...dunia skg tak seindah zaman tak pakai duit...

    BalasPadam
  18. Ramai yg berilmu tp munafik... saudara2ku sekalian,marilah perbykkn amal ibadah...teguhkan iman...isikan kitab mu

    BalasPadam
  19. Saya nak letak notis berhenti . Antaranya sebab ni.

    BalasPadam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.