Seorang kanak-kanak lelaki berusia empat tahun maut selepas ditinggalkan bapanya secara tidak sengaja selama lebih lapan jam di kawasan letak kenderaan di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK), Kuala Nerang dekat sini hari ini.
Difahamkan bapanya, Adnan Salleh, 40-an, yang merupakan guru agama sekolah itu meninggalkan mangsa, Muhammad Aqil Arfan Adnan di dalam kereta tersebut sebaik sahaja sampai di sekolah untuk mengajar kira-kira pukul 7.30 pagi.
Beliau bagaimanapun hanya menyedari kehadiran mangsa yang merupakan anak bongsu daripada empat beradik selepas selesai bekerja iaitu kira-kira pukul 4 petang.
Ketika ditemui, mangsa dalam keadaan tidak sedarkan diri lalu dikejarkan ke Hospital Kuala Nerang, tetapi disahkan telah meninggal dunia sebaik sahaja tiba di situ.
Saudara mangsa, Soaid Adam, 45, berkata, bapa mangsa dipercayai tidak menyedari anak lelakinya itu yang sedang tidur tertinggal di kerusi belakang kereta itu.
Katanya, Adnan bersama isterinya, Asiah Abu, 30-an yang merupakan seorang guru di SMK Dato' Syed Ahmad, Kuala Nerang dan anak mereka keluar dari rumah di Kampung Padang Durian, Pendang, kira-kira pukul 6.45 pagi.
"Selalunya Adnan akan melalui jalan Pokok Sena, kemudian akan menghantar anaknya dahulu ke tadika dan selepas itu barulah menghantar isterinya ke SMK Dato' Syed Ahmad, manakala dia pula akan ke SMK Kuala Nerang.
"Tetapi entah kenapa rutin Adnan bertukar hari ini, beliau melalui jalan Naka dan menghantar isterinya dahulu lalu terus ke SMK Kuala Nerang. Beliau mungkin terlupa untuk menghantar anaknya ke tadika tersebut," katanya ketika ditemui di Hospital Sultanah Bahiyah ( HSB) di sini hari ini.
Menurut Soaid, jarak tadika berkenaan dengan tempat Adnan mengajar tidak jauh iaitu kira-kira 150 meter.
"Saya memang terkejut apabila Adnan maklumkan hal ini kira-kira pukul 7.30 malam. Saya tidak sangka hal ini akan menimpa keluarga kami," jelasnya.
Dalam pada itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kedah, Asisten Komisioner Nashir Ya ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan mengenai kejadian tersebut.
"Punca kejadian masih belum dikenal pasti dan kes disiasat mengikut Seksyen 304 Kanun Keseksaan," jelasnya.
Sumber Utusan Malaysia.
Pasal isu ni, aku malas nak ulas panjang2 lagi sebab aku dah ulas masa kejadian yang sama setahun lepas. Puncanya masih sama, iaitu disebabkan kecuaian dan kelalaian. Dan walaupun sebelum ini pernah berlaku kejadian ini, ia masih lagi berulang dan tidak mustahil ia akan berulang lagi di masa akan datang. Kes2 kecuaian dan kelalaian ibu bapa sehingga mengakibatkan kematian anak ini termasuklah terlanggar anak sendiri masa tengah undur kereta, biarkan anak main sorang2 diri kat luar tanpa pengawasan dan sebagainya.
Antara kes terlanggar anak sendiri:
- Terlanggar anak sendiri
- Bapa trauma terlanggar anak sendiri
- Tidak sedar terlanggar anak sendiri
- Langgar anak sendiri, salah siapa?
- Ngeri! Bapa ‘Lenyek’ Anak Ketika Mengundur Kereta (Jangan tonton kalau tak sanggup)
Mantot Cursingmalay berpandangan yang kejadian2 seperti ini berlaku antaranya adalah disebabkan mentaliti, sistem dan cara hidup kita yang 'pace'nya terlalu laju, sibuk, cepat, kelam kabut, hectic, stress, terkejar sana sini sehingga boleh mengakibatkan kecuaian.
50% daripada pandangan dia aku setuju di mana kita kena ubah mentaliti budaya hectic dan terkejar2 dalam kehidupan serta perlahankan sikit hidup kita. Namun 50% lagi, aku berpandangan yang kita nak tak nak kena adapt dan berubah untuk menjadi lebih peka, sensitif, berhati2 dan sentiasa berwaspada dalam kehidupan yang serba laju dan pantas ini.
Ada orang yang boleh hidup dengan slow-paced, lebih relaks, layback, ada orang yang nak tak terpaksa hidup dengan lebih fast-paced, memandu di fast lane, hectic, bukan kerana mereka memang suka dengan kehidupan sebegitu, tapi kerana terpaksa terutama di zaman2 yang serba mencabar ini. Ada isteri yang perlu dijaga, ada anak2 yang perlu dibesarkan, ada ibu sakit yang perlu diberi makan.
So berbalik kepada kes itu tadi, sekarang ni aku nak bincangkan sekali lagi kat sini, adakah korang rasa wajar kes kecuaian manusia itu menerima hukuman seperti kes2 jenayah lain? Pada pandangan anda, adakah anda rasakan:
- Mereka wajar didakwa dan dihukum untuk memberi pengajaran kepada mereka dan orang lain, atau;
- Mereka tidak wajar didakwa dan dihukum, cukuplah dengan penderitaan yang telah mereka lalui kerana mereka dan orang lain sudah pun mendapat pengajaran daripada peristiwa ini.
Dan sebagai tambahan:
- Apakah cadangan dan tindakan yang boleh kita semua sebagai ibu bapa, jiran tetangga, rakan, masyarakat serta pihak berkuasa ambil agar kejadian2 yang melibatkan kematian akibat kecuaian dan kelalaian ibu bapa seperti ini tidak lagi berulang.
- Adakah kita perlu mengubah gaya hidup kita menjadi lebih relaks dan slow-paced agar kita dapat menjadi lebih peka, berwaspada dan prihatin terhadap persekitaran sekeliling kita?
tags: kejadian anak kanak lemas tinggal dalam kereta maut meninggal mati oleh ibu bapa sekolah parking langgar budak undur video ngeri punca kelalaian kecuaian cara gaya hidup hectic
Mereka wajar dihukum setelah diadili terlebih dulu. Ada kecuaian yg perlu dihukum walaupun hukuman derita tu sedg diorg hadap.
BalasPadamAda kes anak tu dia xsyg pun.. bila jd apa2 pd anak tu dia suka tp depan media tunjuk blakon dia sedih. Kes ibu biarkan teman lelaki dera anak sampai luka2 lebam2 muka tu sbb cinta buta
Selagi UMNO-BN memerintah, selagi itulah ramai rakyat Malaysia mati sia-sia macam ni.. sokong Azizah jadi MB Selangor!
PadamTakde cadangan pun sbb kalo cadangan tu tak untungkan kerajaan susah kerajaan nk buat. Aku cadangkan buat sistem detector mcm askar detect manusia dr jarak jauh. Guna infrared. Setiap kali nak undur kereta ke, tutup enjin ke..sistem akan detect dulu ada benda bnyawa x.. kalo alat tu dh ada.. senang nak hukum sbb dh ada undg2.. pakai atau x,itu citer lain. Buat dulu..
BalasPadamHaha..genius kepala otak kau. Selalunya eksiden. Kerajaan boleh kutip saman yg lumayan. Ada 2000 hinggalah beribu2 lemon.
PadamBerbalik kepada mentaliti. Masalahnya INI MALAYSIA. Negara kita UNIK. Sbb ini Malaysia Unik, bodoh pun boleh tahan UNIKNYA. Apa harapan noob dgn KEUNIKAN KECERDIKANNYA barisan menteri2 kita ini mampu hadam tak masalah masyarakat? Jika noob rasa masih ada ruang, pendapat aku dah mmg takde harapan lagi. Layan hidup dgn sistem yg ada jer.
Pembangunan negara melalui insan dan infra bukannya 50-100 tahun. Lihat rata2 negara maju yg boleh dibuat contoh, mentaliti membaca, menulis, mengkaji, hormati org lain dan seumpamanya sudah sebati beratus2 tahun. Kerajaannya serius membincangkan masalah rakyat. Lihat perbahasan UK dan US dan seumpamanya. MasyaAllah nak bandingkan di Malaysia yg pd aku segalanya lintang pukang dan tersimpul mati. Maaf cakap la yer. Tiada niat utk cakap2 kasar tapi dlm masa 50 tahun akan datang pun hinggalah kita tutup mata sekalipun, masih begini juga masalah kita. Segala kerangkanya entahapahapa..
Pada pendapat saya, Kehidupan org Malaysia sebenarnya sudah relaks dari segi masa. Pasal pengurusan masa org Malaysia masih lemah lagi dan ada istilah janji melayu lagi. yang kita kurang adalah tahap kepekaaan kita sebenarnya. kita terlalu lalai akibat sibuk dan buat hal sendiri sehingga kurangan tahu dengan sekeliling kita
BalasPadamUtk kes budak lemas dlm kereta hmpir semua kes adalah guru...so adakah kerje guru skrg sgt membebankn smpi anak dlm kereta x perasan ditinggalkan lepas smpi sekolah, pas2 ,kerja sehari suntuk even kerje cikgu kebanyakan separuh hari
BalasPadamSesuailah dgn pepatah melayu yg berbunyi, "kera di hutan disusukan, ank di rumah dibiarkan mati kelaparan", tp dlm kes ni, ank di dlm kereta terbiar mati kepanasan. Sadis sekali.
Padamyup, abg aku dgn bininya cikgu. pernah skali tu blk rmh lawat mak abh bwk satu family. dlm 10 minit bila diorg gerak balik rmh dy dari rmh bpk aku, tetibe diorg patah balik. sangka tinggal barang, rupanya t'tinggal bayi dlm bilik, adoi.
Padamayam di afrika diberi makan, ayam di malaysia mati kelaparan. pepatah tu lebih sesuai
PadamPergerakan rakyat Malaysia masih lg lembap nak dbandingkan dgn Singapore dan jepun. Cuma kerjaya guru yg membebankan dgn tekanan yg mlampau. Kbiasaannya bila org terlalu sibuk dgn mcm2 komitmen, dia boleh manage time btol2 sbb otak da rancang nk buat apa. Kpd yg ada anak, biasakan berinteraksi dgn anak2 ketika berada dlm kereta msing2
BalasPadamterima qada dan qadar..benda dah nk jadi, dia pun seboleh2 xnak benda ni jadi..xperlu la hukum lagi
BalasPadammmg la qada dan qadar, tp dh melibatkan nyawa kena la bg hukuman, biarla anak sendiri pun. kalau jiran kau undur kereta dgn xsengaja terlanggar anak kau sampai mati, boleh lg ko ckp terima qada dan qadar..benda dah nk jadi, dia pun seboleh2 xnak benda ni jadi..xperlu la hukum lagi... boleh?
Padamkeje guru byk sgt tekakan? abis keje lain2 xde tekanan ke? Dh tu kenapa ramai sgt yg nak jadi cikgu kalau bukan kerana keje tu senang berbanding keje2 lain? cikgu gaji besar sebab keje gomen, byk lagi org2 lain yg susah2 kat Malaysia ni. Cuba la bersyukur sikit dpt jadi cikgu berbanding kawan2 aku yg hari2 bangun pkl 3.30 pagi sebab nak g keje kat singapore, lagi perit kan? Yang penting ialah mcmana kita nak handle jadual harian kita supaya jadi teratur dan x kelam kabut. Betul ckp mantot tu kadang2 kita kena perlahankan sikit hidup kita supaya x terkejar2 sgt, cuba belajar hidup relax sket, darah pun x naik. Ni aku pesan bukan utk korg je tapi utk diri aku jugak, hidup kita cuma sekali, cuba la gunakan masa yang ade bersama keluarga tu dengan sebaik2nya. kadang2 kita kejar kebendaan pun x guna sampaikan kita terlepas masa berharga bersama keluarga kita.
BalasPadamkeje cikgu mmg tertekan la bodo. pagi2 kena bgn, pergi skolah awal pagi, kena ngadap murid lg, cikgu2, semak buku, kokurikulum, badan beruniform jd ajk itu ini, panitia subjek, masalah disiplin murid, weekend kena dtg sekolah, hari sukan, mcm2 lg... ko xjd cikgu boleh la ckp, cuba jd cikgu sekali tgk?? org lain bgn pagi keje kul 3 pagi pun cukup 8 jam boleh balik, kalau buat OT boleh claim... cikgu?? kerja la berapa2 jam pun mampos la nak dpt claim. keje lain cuma fikir masalah sendiri & dan masalah tempat kerja je, tp jd cikgu bkn sahaja kena fikir masalah sendiri, masalah kat sekolah lg, masalah anak org lain, masalah keluarga org, masalah masyarakat setempat, semua nk kena fikir... jgn hina cikgu sedap mulut kau je, ko tu pn kalau bkn kerana cikgu jgn harap la ko nk jadi apa yg ko jadi skrg
PadamHutang nyawa dibalas nyawa... so sapa je yang membunuh... hukuman bunuh patut dijatuhkan... tiada pengecualian walaupun TERbunuh or TERgilis or TERtembak...
BalasPadamMana keadilan kalo mak bapak bunuh anak guna pisau digantung tapi mak bapak bunuh anak guna kereta dilepaskan... bunuh tetap bunuh... supaya puak2 tersebut tak terus membiak menambah keturunannya...
guna pisau tu bunuh dengan niat, mmg la patut kena hukum lagi2 bila bukti jelas. undur kereta tu bunuh tanpa niat, ada banyak benda nk kena pertimbangkan. contoh sibapa yg terlanggar anaknya sampai mati tu ada 2-3 anak lagi atau lebih lagi. mana pergi kewajaran kau? anak2 yg lain tu sangat selesa ye bapa mereka dihukum. takkan nak pukul rata je, takde orang ajar kau ke yang kesamarataan tu bullshit??
Padam"tiada pengecualian walaupun TERbunuh or TERgilis or TERtembak"
Padamdamn logic, come to me please..
somebody say a rubbish here..
Rugi lah mcm tu.. tak leh guna dah alasan TER.. baru nak TERliwat or TERgoda mana2 ahli politik yg kaya raya..
Padamkeje cikgu stress terlebih.. tp kenape la x jenguk2 seat kt belakang tu... tak prasan anak ke..? tu sbb la aku rase barang2 / beg mmg patut letak blakang sbb sekurang2 nya kiter tringat la gk nk amek barang kt blakang tu.
BalasPadam