Sabtu, 30 Ogos 2014

24 Malaysia, di sini lahirnya sebuah cinta

Hari Kemerdekaan Malaysia sekali lagi muncul untuk kali ke-57 dengan slogan “Malaysia, Di sini Lahirnya Sebuah Cinta”. Sempena hari kemerdekaan ini aku nak pasang bendera Malaysia kat rumah dan kat kereta, nak pergi dataran sambut countdown malam merdeka, dengar lagu patriotik banyak2, hafal lagu tema hari merdeka tahun ni, tonton filem patriotik dan dokumentari mengenai sejarah kemerdekaan sampai muntah, tengok perbarisan dan perarakan secara langsung, baca mengenai tokoh2 pejuang kemerdekaan dan hayati sejarah kemerdekaan serta menulis puisi dan sajak mengenai kemerdekaan negara.



Sejujurnya, aku rasa nak rehat dan tidur di rumah saja. Mungkin aku seorang yang sangat malas, atau kurang rasa patriotik dalam diri aku (Maaf, jangan contohi aku) apabila mempelihatkan keadaan yang berlaku di persekitaran dan sekeliling aku pada hari ini. Walau negara kita sudah merdeka, tapi aku masih lagi rasa terjajah. Benda paling simple, BAHASA.



"I am so Malaysian."

"Proud to be Malaysian."

Untuk menyatakan kita bangga dengan Malaysia yang telah merdeka daripada penjajahan, alangkah lebih baiknya kita luahkan dengan menggunakan bahasa negara kita sendiri. Namun apa yang aku lihat, bukan setakat sahaja itu, tapi kini bahasa penjajah itu sendiri lebih banyak diguna dan diutamakan berbanding Bahasa Malaysia itu sendiri sehingga kepada urusan rasmi dan formal, dalam mesyuarat, dalam komunikasi harian sesama orang Malaysia dan lain2.

Adakah Bahasa Malaysia itu bahasa kedua dalam Malaysia? Malah ada rakyat dan warganegara Malaysia yang masih tak tahu pun nak cakap Bahasa Malaysia dengan betul dan fasih terutama kaum selain Melayu. Yang lagi peliknya, bila kita tengok kat TV atau jumpa mana2 orang Cina atau India yang bercakap Bahasa Malaysia dengan fasih dan lancar, kita jadi kagum dan cakap, "Wah banyak fasih aa you cakap Bahasa Malaysia". Kenapa kita harus kagum dan rasa takjub, dah itu pun yang sepatutnya kita sebagai warga Malaysia kena fasih cakap Bahasa Malaysia tak kiralah kaum apa pun.

Bahasa itu maruah suatu negara. Jika bukan kita sendiri yang memartabatkan bahasa Malaysia, siapa lagi yang nak memartabatkannya? Lihat sahaja betapa bahasa itu menjadi maruah dan kebanggaan negara Jepun, Korea, Thailand, Indonesia dan lain2. Pernah dulu kawan aku pergi mesyuarat di Korea Selatan, walau orang2 Korea kat situ fasih cakap Bahasa Inggeris, tapi bila dalam mesyuarat, diorang akan cakap bahasa mereka dan sediakan seorang penterjemah atau translator untuk terjemahkan apa yang mereka cakap kepada warga asing yang ada dalam mesyuarat tu. Punyalah mereka angkat bahasa mereka sehingga orang luar yang kena ikut cara mereka, bukan mereka yang kena ikut cara orang luar.

Orang Kelantan jumpa orang Kelantan kat negeri luar tetap cakap Kelantan. Orang Utara jumpa orang Utara kat negeri lain, tetapi cakap Utara. Orang Sarawak jumpa orang Sarawak kat negeri orang, tetap cakap Sarawak. Kenapa bila orang Malaysia jumpa orang Malaysia kat luar negara, ada yang kena cakap bahasa Inggeris juga? Sudah lupa asal usul?

Bukan tak boleh cakap Bahasa Inggeris, malah mempelajari bahasa utama dunia itu adalah sangat baik dan digalakkan, cuma janganlah sampai lupa terus untuk belajar untuk berkomunikasi dalam Bahasa Malaysia dengan baik, dan dalam sesetengah perkara, utamakanlah Bahasa Malaysia, kalau tidak takde makna la semangat patriotik dan kenegaraan kita tu. Macam mana kita nak sayang negara kita kalau bahasa kita pun kita tak sayang?

Itu baru aku cakap pasal bahasa, belum benda2 lain lagi. Malas aku nak tulis banyak2, baik aku tidur.

Btw berikut adalah tempat biasa lahirnya sebuah cinta. Harap hanya cinta untuk yang sudah bernikah, bukan cinta yang bakal melahirkan bayi di tong sampah.





tags: malaysia di sini lahirnya sebuah cinta tema slogan lagu hari kemerdekaan merdeka kebangsaan negara malaysia ke-57 sambutan ambang malam bunga api perarakan perbarisan semangat patriotik bahasa melayu ibunda inggeris english

24 ulasan:

  1. Baru ada class cakap bahasa Inggeris.Ini lah mentaliti yang ada dalam masyarakat Malaysia sekarang.Naik meluat aku.Tak salah nak belajar,tapi yang buat aku menyampah bila tengok ada orang speaking kau rasa orang tu hebat.Hebat sebab boleh speaking.Orang yang boleh speaking je hebat.Orang yang speaking ni je pandai.Aku rasa dasar kerajaan yang nak memartabatkan bahasa Melayu tu masih gagal.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Oh Rozana

      Dengan RM10K kau bisa membeli bisjut & royi
      tapi RM10K itu ko enggan membeli bisjut & royi
      Bisjut & royi juga dibeli oleh bangla
      tapi tidak untuk persahabatan sesama jejaka bangla

      Oh Rozana

      dengan RM10K kau bisa memikat jejaka bangla
      tapi tidak untuk aku
      jadi dengan RM10K
      ia hanya umpan darimu
      jejaka bangla kecewa kerana maukan bisjut & royi
      untuk itu,
      berikanlah semua bisjut & royi pada jejaka bangla,
      agar mereka tau nilai sebenar RM10K

      Nak bisjut?
      Nak 10K?

      Padam
    2. mi spesis prience looser mcm mana org nak angkat bahasa malays kalau merapu bnyk drpd ilmiah

      Padam
    3. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.

      Padam
  2. Apa beza bhsa Malaysia dgn bhsa Melayu?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Guru kanan bahasa sekolah aku lebih suka guna term bahasa melayu dr bahasa malaysia sebab lebih tepat dr segi sejarah (dia ada master dlm bidang bahasa melayu). ini salah mahadir yg jeles dgn word 'Melayu' dia tukar dr b.melayu ke b. malaysia

      Padam
    2. takde beza. bahasa malaysia adalah bahasa melayu. namun disebabkan bahasa melayu diangkat menjadi bahasa rasmi dan bahasa kebangsaan negara kita, maka bahasa melayu digelar bahasa malaysia untuk menunjukkan ia bukan setakat bahasa untuk kaum melayu, tapi bahasa untuk semua warganegara malaysia. sama seperti bahasa indonesia, bahasa thailand, bahasa jepun, bahasa korea, english (UK), english (US) dan lain2.

      Padam
    3. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.

      Padam
  3. Bila org cakap bahasa inggeris..automatik nampak dia lagi stail, bijak dan berpendidikan tinggi..puihhhh

    BalasPadam
  4. Aku suka bahasa melayu, bahasa kedah... semua bahasa yang ada laa... hihi..

    Salam Kemerdekaan :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. tak tanya pun ko suka bhs apa. ko sapa aku nak amik peduli.

      Padam
    2. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.

      Padam
  5. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.

    BalasPadam
  6. Masih ramai lg x menguasai bhs rasmi malaysia.. antaranya produk skola jenis kebangsaan..

    BalasPadam
  7. Kalo keje swasta mmg wajib speking spekong la.. Aku ngn bos aku dulu dlm surau pon speaking jugak walaupun sama2 melayu. Tak tahan aku.. Lagi satu, sedih jugak tgk bahasa melayu sekarang dirosakkan dgn bi, suka2 hati je nak tukar. Contoh, kenapa org dok sebut konklusi, bukan kesimpulan? Nasional, bukan kebangsaan? Implimentasi, bukan perlaksanaan? Lagi teruk skang ni boleh pulak pakai koreksi utk ganti pembetulan/pembaikan. Xtaula ni keje cina ke melayu..tapi nampak gaya najib pon slalu jugak buat perangai tukar bi jadi bm ni.

    BalasPadam
  8. Selamat hari merdeka :)

    Ramai orang sekarang dah tak kenal apa erti Merdeka.

    http://nurulzayani.blogspot.com/

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ye ke.. apa hipotesis ko... cecite sket

      Padam
    2. Ko punye teori pulak cmne 5:20? Ce kongsi sket..

      Padam
  9. tak sangka sudah 57 thn negara merdeka.. dah lebih dr setengah abad... tp syg msh ramai rakyat malaysia hidup dlm kesempitan & msh dibelenggu dgn kemiskinan, dlm masa yg sama ada golongan yg sudah terlalu lama mengaut harta & kekayaan negara... inilah hakikatnya malaysia yg dikatakan lahirnya sebuah cinta itu..

    BalasPadam
  10. Proud to be Malaysian, SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN BUAT SEMUA..:)

    BalasPadam
  11. AKu ingat lg dulu ada isu org berjawatan dlm kabinet dan parlimen yg tak pandai ckap bahasa melayu.
    Nampal sgt BM semakin dipinggirkan hingga ke tahap memilih pemimpin pun tak dihiraukan...

    BalasPadam
  12. malaysian cehh memang bahasa malaysia memang bahasa kedua pun x penting nak belajor pun, penting blaja pun kalau nak keje goverment, klu nak keja company cina? ko belajar bahasa cina beng laa klu nk keje diorang... haram bahasa malaysia haha2 bodoh! makin meluat betul ak tengok org malays murtad angkat bahasa penjajah mcm lg baik dr bahasa sendiri

    BalasPadam
  13. Bab bahasa ni.. jgn asyik membebel org guna english.. mulakan dgn diri sendiri dulu..

    Ssaya cukup senang.. mula2 guna BM..kendian guna BM.. kalo masih bertegas nak guna english jugak, mmg keluarlah english yorkshire gitu.. sbb itu jer yg aku tau.. lantaklah sbb mmg hang yang mintak kan? mulakan dgn diri sendiri.. ketegasan menggunakan BM terletak pd diri kita.. tak perlu malu..

    BalasPadam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.